The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by erasksm, 2022-02-06 14:33:21

manual

panduan

Keywords: panduan

PANDUAN & CONTOH SOALAN

PKSK

SESI 2022

Apa Itu PKSK?

PKSK (Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus)
ialah satu kaedah untuk menilai penguasaan murid
secara menyeluruh dan tidak hanya menumpukan
prestasi akademik semata-mata.

PKSK tidak menggantikan peperiksaan UPSR dan
PT3. Sebaliknya, untuk mengenal pasti potensi diri
berdasarkan kecerdasan intelek, emosi dan rohani
untuk tapisan kemasukan ke sekolah khusus.

Komponen PKSK

PKSK mengandungi 3 KOMPONEN bahagian iaitu
Kecerdasan Insaniah, Kecerdasan Intelek dan
Artikulasi Penulisan. Setiap bahagian mempunyai
objektif penilaian yang tersendiri.

BAHAGIAN A : KECERDASAN INSANIAH

Bahagian A adalah ujian untuk mengenal pasti
personaliti atau karakter pelajar. Ia mengandungi 30

soalan objektif aneka pilihan untuk dijawab secara
atas talian (online). Skor markah untuk bahagian ini
mewakili 20% daripada markah keseluruhan.

Tiada jawapan betul atau salah. Hanya pilih jawapan
paling hampir atau mencerminkan diri anda yang
sebenar. Ada 3 elemen penilaian dalam bahagian ini
iaitu Kecerdasan Emosi (EQ), Kecerdasan Rohani
(SQ) dan Kecerdasan Insaniah (SSQ).

1. Kecerdasan Emosi (EQ)
Untuk mengukur keupayaan calon mengenal pasti
emosi, menggunakan, memahami dan menguruskan
emosi ke arah yang lebih positif.

Contoh soalan:

1. Apakah yang perlu dilakukan apabila jumpa
pengemis di jalanan?

A) membantu pengemis tersebut dengan
memberi wang

B) melaporkan kepada pusat kebajikan
masyarakat

C) membiarkan sahaja pengemis tersebut
D) melaporkan kepada pihak polis

2. Kecerdasan Rohani (SQ)
Untuk mengukur kemampuan calon melihat masalah
dari sudut positif, menyelesaikannya dengan cara
yang baik serta menilainya dari sudut hikmah.

Contoh soalan:

1. Anda telah merosakkan kalkulator milik kawan,
apakah tindakan anda?

A) Segera memohon maaf
B) Membelikannya kalkulator baru
C) Membaiki kalkulator tersebut
D) Menggantikannya dengan kalkulator kamu

3. Kecerdasan Insaniah (SSQ)
Untuk mengukur keterampilan diri seperti
kepimpinan, komunikasi dan interaksi, berpasukan
atau bekerjasama dengan orang lain untuk manfaat
diri dan orang lain.

Contoh soalan:

1. Kalau kelas anda bising, sebagai ketua kelas
dan murid anda perlu buat apa?

A) menulis nama murid yang bising
B) menegur murid yang bising

C) mengawal kelas sebaik mungkin
D) melaporkan kepada guru kelas

BAHAGIAN B : KECERDASAN INTELEK

Bahagian B merupakan ujian untuk mengukur tahap
kepintaran dan intelektual pelajar. Ia mengandungi 70
soalan objektif aneka pilihan yang merangkumi topik
IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah.

Jawapan betul akan mendapat 1 markah manakala
tiada markah bagi jawapan yang salah. Skor markah
mewakili 70% daripada markah keseluruhan.

Bahagian A dan B akan dijalankan serentak dalam
satu sesi secara online. Calon akan menjawab 100
soalan objektif dalam tempoh masa 90 minit.

IQ (Intelligent Quotient)
Untuk mengukur keupayaan calon menggunakan
logik dan maklumat untuk menjawab persoalan,
membuat jangkaan, menyelesaikan teka-teki atau
soalan matematik.

Contoh soalan:

1. Nombor manakah yang sesuai diletakkan pada
tanda soal?

A) 6
B) 11
C) 9
D) 13

2.Bentuk manakah yang sesuai diletakkan pada
tanda soal?

A) A
B) B
C) C
D) D

Pengetahuan Am
Untuk menguji tahap pengetahuan am pelajar dalam
pelbagai konteks seperti budaya, geografi, sukan,
kenegaraan, teknologi dan banyak lagi. Skop soalan
pengetahuan am adalah. Calon yang mempunyai
pengetahuan yang luas memiliki kelebihan.

Contoh soalan:

1.Malaysia sebuah negara yang terkenal dengan
pelbagai adat. Adat Perpatih merupakan antara
adat masih lagi wujud dan diamalkan oleh
masyarakat Melayu di Malaysia. Negeri yang
mengamalkan adat ini ialah ____.[Budaya]

A) Johor
B) Sarawak
C) Negeri Sembilan
D) Perlis

2.Kuala Lumpur merupakan bandar metropolitan di
Malaysia yang terletak di pertemuan dua sungai
iaitu Sungai Gombak dan ___________.[Geografi]

A) Sungai Kelang
B) Sungai Buloh
C) Sungai Besi
D) Sungai Siput

3.Antara alat berikut, yang manakah digunakan
untuk menyukat isi padu air? [Teknologi]

A) B)

C) D)

4.Selepas mencapai kemerdekaan, Malaysia telah
mengalami pembangunan yang pesat. Siapakah
yang digelar sebagai Bapa Pembangunan
Malaysia? [Kenegaraan]

A) Tun Abdul Razak
B) Tun Hussein Onn
C) Tuanku Abdul Rahman
D) Tun Dr Mahathir Mohamad

Penyelesaian Masalah
Untuk mengukur tahap kemahiran pelajar dalam
menyelesaikan pemasalahan Matematik atau Sains.
Soalan biasanya dalam satu teks yang mengandungi
pendekatan kuantitatif atau kualitatif.

Contoh soalan:

1.Suatu pameran berlangsung di bandar A dari 25
Oktober 2020 hingga 9 Disember 2020. Berapa
lamakah, dalam bulan dan hari, pameran itu
berlangsung? [Matematik]

A) 1 bulan 6 hari
B) 1 bulan 15 hari
C) 1 bulan 9 hari
D) 2 bulan 5 hari

2.Jadual menunjukkan berat beg 4 orang murid.
Jika min berat setiap beg itu ialah 15 kg,
berapakah berat beg C? [Matematik]

A) 13.4
B) 14.4
C) 13.6
D) 60

3.Rajah menunjukkan bayang-bayang yang terbentuk
pada waktu yang berbeza. Antara berikut, yang
manakah menunjukkan susunan yang betul dari
waktu pagi ke petang? [Sains]

A) O, N, L, M
B) O, L, M, N
C) N, M, L, O
D) L, M, N, O

4.Hani mengambil masa 15 minit untuk ke sekolah
dari rumahnya. Berapakah masa yang diambil
oleh Hani jika dia berulang alik ke sekolah
selama 5 hari? [Sains]

A) 30 minit
B) 2 jam
C) 1 jam 30 minit
D) 2 jam 30 minit

Selain itu, calon juga diuji dengan soalan-soalan
Bahasa Inggeris untuk menilai tahap pemahaman
dalam bahasa tersebut.

1.Airin bought a loaf of raisin _____ for her
sister.

A) cake
B) bread
C) pancake
D) chocolate

2.My sister ________________ a lot of money
yesterday.

A) was spening
B) has spent
C) had spent
D) spent

3.Please be quiet! The baby __________ and
mother __________ her nap.

A) are sleeping, takes
B) is sleeping, is taking
C) is sleeping, are taking
D) are sleeping, is taking

BAHAGIAN C : ARTIKULASI PENULISAN

Bahagian C adalah ujian untuk mengukur kebolehan
pelajar mengeluarkan idea atau pendapat, kreativiti
dan kecenderungan dalam sesuatu bidang.

Calon akan diberikan 3 pilihan tajuk karangan dan
dikehendaki memilih satu tajuk. Panjang karangan
melebihi 100 patah perkataan untuk Tingkatan 1
manakala 250 patah perkataan bagi Tingkatan 4.

Kaedah menjawab adalah secara bertulis dan tempoh
masa diberikan selama 45 minit. Markah bahagian ini
mewakili 10% daripada markah keseluruhan.

Contoh soalan:

1.Jika anda diberi wang sebanyak RM100,000, apa
yang anda lakukan dengan wang tersebut?

2.Anda diberi pilihan untuk membuat inovasi dari
barangan kitar semula. Apa produk yang anda
rancangkan?

3.Bagaimana anda mengisi masa ketika PKP dengan
sesuatu yang bermanfaat?

Percambahan idea dan kreativiti dalam pengolahan
ayat penting dalam bahagian ini. Kecenderungan
dalam sesuatu bidang juga diambil kira berdasarkan
idea dan pendapat yang dihasilkan.

Contohnya, karangan yang menerapkan hujah atau
pendapat dari sudut sains menunjukkan calon lebih
cenderung ke arah aliran sains tulen. Begitu juga
Calon yang mengetengahkan pendapat dari sudut
agama mungkin ke arah sains tulen agama.

Dapatkan info, tips & contoh soalan PKSK
melalui channel Telegram di bawah:

>> https://t.me/ujianpksk <<


Click to View FlipBook Version