JALUR GEMILANG
Apakah itu jalur gemilang?
Jalur gemilang ialah bendera malaysia.Jalur gemilang mengandungi 14 jalur merah
dan putih(melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah yang
melambangkan keberanian rakyat Malaysia yang tiada bandingnya terhadap negara
ini,di sebelah atas bermula dari jalur putih kedua bersilang sehingga jalur putih
yang terakhir melambangkan kesucian negara, tanda keanggotaan yang sama
dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 Wilayah Persekutuan dan ianya menjadi
simbol untuk 14 jalur pada Jalur Gemilang.
Bahagian segi empat (atau kanton) yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri
menegak dari atas hingga ke bawah jalur merah yang kelima itu melambangkan
perpaduan rakyat Malaysia;kanton tersebut mengandungi anak bulan yang
melambangkan agama Islam sebagai agama bagi persekutuan(seperti yang telah
tertakluk didalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia). Bintang pecah 14 itu
melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna
kuning pada anak bulan dan bintang melambangkan warna diraja bagi Duli-duli
Yang Mulia Baginda Raja-raja Melayu.
SEJARAH BENDERA
PERSEKUTUAN
TANAH MELAYU
Permulaan asal Jalur Gemilang bermula apabila pada tahun
1949,dengan persetujuan majlis Raja-Raja untuk mebubuhkan
sebuah jawatankuasa bagi menimbang dan membuat perakuan
berhubung denagn reka bentuk bendera bagi Persekutuan
Tanah Melayu yang baharu.
Bagi tujuan itu, satu pertandingan tealah diadakan bagi mereka
bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baharu pada
tahun 1949. Pertandingan peringkat kebangsaan telah ini
dianjurkan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan
mendapat 373 penyertaan dari karyawan seluruh negara.
Daripada sejumlah itu tiga rekabentuk bendera baharu bagi
Persekutuan Tanah Melayu tealah dipilih untuk ke peringkat
akhir.
Cadangan bendera Perseketuan
Tanah Melayu (Malaya )pertama
Cadangan bendera Persekutuan
Tanah Melayu (Malaya )kedua
Cadangan bendera Persekutuan Tanah
Melayu (Malaya) ketiga
Majlis Perundangan Persekutuan telah memberi
peluang kepada orang ramai untuk memberikan
pendapat kepada ketiga-tiga rekabentuk tersebut.
Keputusan akhir pendapat umum yang dikelolakan
oleh akhbar THE MALAY MAIL telah disiarkan pada 29
November 1949 di mana ia menunjukkan majoriti
pengundi telah memilih rekaan bendera ketiga ciptaan
Mohamed Bin Hamzah, seorang arkitek kerajaan dari
Johor.
Reka bentuk ini menampilkan sebelas jalur biru-putih
dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi
kiri di dalam pepenjuru berwarna bendera Johor iaitu
negeri asal Mohamed dan bendera Kerajaan
Majapahit.
Walau bagaimanapun,rekaan ini perlu diubah suai beberapa kali terdahulu. Salah
seorang ahli jawatankuasa tersebut, Dato' Onn Bin Jaafar telah ke Johor untuk bertemu
dengan Mohamed bagi membincangkan pengubahsuaian tersebut. Pertama ialah
bintang pecah lima pada kanton bendera, yang mana Dato' Onn telah mencadangkan
agar diubah kepada bintang pecah sebelas. Hal ini memandangkan Tanah Melayu
sedang aktif menentang pengganas komunis di serata negara, dan bintang pecah lima
adalah mirip simbol yang digunakan pihak komunis pada ketika itu. Kadua, perubahan
terhadap warna jalur dan warna kanton telah dicadangkan, agar ditukar antara kedua-
duanya,maka kantonnya berwarna biru dan jalurnya berwarna merah dan putih.
Perubahan ketiga adalah hasil titah cadangan Sultan Badlishah ibni al-Marhum Sultan
Abdul Hamid Halim Shah,Sultan Kedah pada ketika itu. Baginda mencadangkan agar
warna putih bulan dan bjntang itu diubah kepada warna kuning iaitu warna diraja.
Setelah Mohamed bersetuju dengan pengubahsuaian tersebut dan mengemukakan
reka bentuk tersebut telah diteliti padabMesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23
Februari 1950. Pada 19 April 1950,Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan
usul yang dibentangkan oleh Pemanku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:
"That in the opinion of this Council the
fFlag of the Federation of Malaya
should be as follows:-Eleven
horizontol stripes alternately red and
white in colour,the uppermost stripe
being red,having a blue quarter with a
cresent and eleven pointed star in
yellow superimposed,the standard
size of the flag to be six feet by three
feet."
Bendera Persekutuan Tanah Melayu dari
tahun 1950 hingga 1963 yang telah
diluluskan untuk kegunaan
Reka bentuk bendera terubah suai itu juga
mendapat kelulusan Raja GeorgeVI pada
19 Mei 1950. Dengan itu,buat pertama
kalinya bendera Persekutuan Tanah
Melayu telah dikibarkan dalam satu majlis
menaikkan bendera tersebut yang
dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British
pada 26Mei 1950 dihadiri oleh DYMM
Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai
Raja GeorgeVI.
Pembentukan Malaysia
• Percantuman Sabah,Sarawak dan Singapura dengan
Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara
baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu,bendera
Persekutuan Tanah Melayu telah diubah suai untuk mengambil
kira penambahan negeri-negeri tersebut.
• Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan
Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan
Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah
memperkenalkan bahawa reka bentuk Bendera Malaysia
hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah
Melayu,dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan
pecahan bintang. Tiga jalur dan pecahan tambahan (14
kesemuanya) bagi menunjukkan 3 buah negeri baharu dalam
Persekutuan Mlaysia.
Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos
1965,namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga
sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 tersebut
melambangkan keanggotaaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah
negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya.)
Bendera Malaysia yang digunakan hari ini hasil pindaan
terhadap reka bentuk asal Mohamed Hamzah pada tahun
1949.
Versi banner(pemidang)
Selama ini,terdapat berbagai-bagai cara Bendera Malaysia
digantung secara menegak,sama ada dengan
pengubahsuaian terhadap bendera, mahupun dengan
menggantung bendera pada kepalanya dengan ekor
bendera berada di bawah. Memandangkan bahawa
Bendera Malaysia mempunyai maksud yang dalam dan
berkait rapat dengan institusi diraja serta agam Islam,
sesetengah cara bendera tersebut digantung adalah
kurang sesuai dari segi implikasinya. Oleh yang demikian,
pada tahun 1990 kerajaan Malaysia telah menetapkan
satu reka bentuk piawai bagi bendera versi banner atau
pemidang. Reka bentuk tersebut telah ditetapkan melalui
Surat Pekeliling Bil.1 Tahun 1990,dan adalah seperti
berikut:
●Kain rentang nendaklah membujur dari atas ke bawah
dan mempunyai dua bahagian iaitu:
○ Bahagian atas
■ Mengandungi bulan dan bintang berwarna kuning
yang menghala ke atas berlatar belakangkan warna biru.
○ Bahagian bawah
■ Mengandungi 14 jalur merah putih membujur dari
atas ke bawah. Bentuk ekor di bawahnya adalah
berukuran 1/8 daripada panjang banner.
● Warna yang digunakan hendaklah warna-warna yang
sama dengan Jalur Gemilang iaitu merah,putih,biru dan
kuning.
● Ukuran biasa bagi kain rentang Jalur Gemilang ialah 12
kaki panjang dan 3 kaki lebar pada nisbah 4:1 (2×8)
SEJARAH NAMA
JALUR GEMILANG
Selama 47 tahun digelar Bendera Malaysia,pada kemerdekaan
ke-40 pada 1997, namanya ditukar kepada Jalur Gemilang. Nama
diusulkan pegawai dari Jabatan Muzium Negara dan
Antikuiti,Redzuan Tamin dalam satu peraduan membabitkan
pihak tertentu ini berjaya menewaskan 28 cadangan antaranya,
Malaysia Raya ,N.U.S.A, Mega Sakti, Saga Merah dan sebagainya.
Ilham untuk menamakan bendera Malaysia kepada Jalur
Gemilang diusulkan Datuk Hashim Mat Dris. Cadangan berkenaan
dikemukakan kepada Perdana Menteri pada 11 Julai 1995. Pada 1
Julai 1996,urus setia menguruskan nama mengemukakan 75
cadangan berserta ulasan dan huraian. Tiga nama disenarai
pendekkan iaitu Setia Petkasa,Seri Setia Perkasa dan Seri Setia
Negara. Tiga nama ini bagaimanapun ditolak Jemaah Menteri
ketika sebuah mesyuarat pada 11 September 1996. 28 nama lagi
dicadangkan dan pada 2 jun 1997,tiga nama dicalon mengikut
keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur
Sinar Gemilang.
Nama bendera Malaysia telah diisytiharkan oleh Tun Mahathir bin Mohamad,
Perdana Menteri pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan
negara yang ke -40. Pengisytiharkan Jalur Gemilang dilakukan pada jam 11.58
di Dataran Metdeka, Kuala Lumpur.
Maksud terperinci nama Jalur Gemilang adalah seperti yang berikut:
●JALUR- menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah
dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan
satu haluan yang lurus,hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti
oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan
bangsa dan negara .
●GEMILANG- bermaksud bercahaya terang-benderang dan cemerlang. Oleh
yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa
jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dalam
mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar
negara. Kesungguhan,kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan
imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang
terang lagi jelas.
KAITAN SEJARAH
DENGAN BENDERA
LAIN
Bendera Johor
Bendera Malaysia juga
dimaklumkan mempunyai kaitan
dengan Bendera Johor berikutan
Mohammed Hamzah yang
merupakan pemenang dan
pereka bantuk Bendera Malaysia
tersebut adalah anak watan
negeri Johor. Bendera Johor telah
digunapakai sejak penubuhan
Kesultanan Johor Moden dan
direka sepenuhnya oleh Sultan Sir
Abu Bakar pada tahun 1871.
Bendera Syarikat Hindia
Timur Inggeris
Bendera rekaan ketiga
terubahsuai ini telah terinspirasi
penuh daripada bendera rasmi
Syarikat Hindia Timur Inggeris, ini
boleh dibuktikan dengan
sebahagian besar elemen
utamanya yang disusun pada
lunas yang sama khususnya pada
jalur merah putih dan kotak
berwarna biru disisi sebelah kiri
atas bendera.
Apabila bendera rekaan biru itu
telah diteliti pada setiap
bahagian kemasan reka
bentuknya, setiap satunya
membawa definisi yang signifikan
seperti berikut:
Bendera Majapahit
Bendera Sang Saka Getih-Getah
Samudera (Bendera Majapahit)
UNDANG-
UNDANG YANG
TERKAIT
Bendera Malaysia adalah tertakluk kepada
Akta Lambang dan Nama(Mencegah
Penggunaan Tidak Wajar)1963; sebarang
perbuatan yang menghina bendera seperti
kibaran bendera terbalik boleh dikenakan
hukuman denda maksimum RM20,000
atau penjara maksimum tiga tahun atau
kedua-duanya.
LIRIK LAGU
UNTUK JALUR
GEMILANG
Lagu khas yang ditujukan kepada Jalur Gemilang dibuat untuk
memperingati dan membanggakan bendera Malaysia disamping
memperingati identiti bendera serta menyeru untuk dikibarkan
bendera tersebut beserta kemegahan.
Benderaku
Sebelum bendera Malaysia diberikan nama " Jalur Gemilang",lagu telah
dibuat khas untuk bendera Malaysia tanpa menggunakan seberang
rujukan nama khas tetapi terus merujuk kepada " Bendera
Malaysia"atau "Benderaku". Selepas bendera Malaysia telah diberi
nama, perkataan di setiap awal perenggan yang mempunyai perkataan
"Bendera Malysia" atau "Benderaku" telah ditukar kepada "Jalur
Gemilang". Walau bagaimanapun, keadaan tidak sesuai memungkinkan
orang menyanyikan versi lama di samping menyanyikan lagu baru "
Jalur Gemilang".
Benderaku yang gagah perkasa
Merah putih kuning biru warnanya
Berkibar megah penuh bercahaya
Pusaka kita rakyat Malaysia Bendera Malaysia oh
bendera ku
Ku pertahankan sepenuh raga ku
Dikaulah lambang negara berpadu
Di bawah naungan Dulu Tuanku Berkibar terus oh
bendera ku
Kau kan ku junjung sepanjang waktu
Harumlah nama negara yang tercinta
Padamu tempat taat dan setia Bendera Malaysia
bendera kita
Kemegahan rakyat kita semua
Berkibar berkibar di ruang angkasa
Dirgahayu bendera tercinta.
Ciptaan dan senikata: Tony Fonseka
Jalur Gemilang
Ketika " Jalur Gemilang" dinamakan, lagu khas
untuknya turut dibuat untuk meraikan dan
memperingati bendera Malaysia dengan nama
Jalur Gemilang, identiti dan kemegahan yang
telah dibawa bersama yang bermula
melancarkan dirasmikan pada tarikh 9 Ogos
2003.
Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua
Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa Merdeka
Semangat jaya kami warganya
Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat
Jalur Gemilang dibawah naunganmu
Jalur Gemilang kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur Gemilang megah kami terasa
Jalur Gemilang kibarkanlah wawasan
Merah,putih, biru, kuning
Jalur semangat kami semua
Berkibarlah, berkibarlah, berkibarlah
Jalur Gemilang
Ciptaan dan seni kata: Pak Ngah& Siso Kopratasa
BENDERA-
BENDERA
MALAYSIA
Bendera Malaysia (1963-kini)
Bendera Malaysia jenis
pemidang(banner)
Bendera Yang di-Pertuan Agong
Bendera Persekutuan Tanah
Melayu(1950-1963)
TERIMA KASIH