Ng Kwok Jun No. K/P: 030117070449 Angka Giliran: 2021302340362 Program: PISMP Tahun2 Sem2 Ambilan: JUN 2022 Unit: Pengajian Cina 1 Nama Pensyarah: Khairudin Bin Saidin Buku Log Pengakap
i. Pengurusan dan pentadbiran pasukan Pengurusan dan struktur organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Pengurusan dan struktur organisasi Persekutuan Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia IPG KPM Pengurusan dan struktur organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia Kumpulan Latihan Malaysia peringkat IPGK Tuanku Bainun. ii. Prinsip Asas Pengakap Pe P rl e e r m s bagaan M P a e l r a s y e s k ia utuan Pengakap etiaan P d e a n n ga undang-undang kap Cogan kata dan lambang Pengakap Isyarat dan hormat Pengakap Berjabat tangan Persekutuan Pengakap Malaysia. Lagu Pengakap Malaysia Lagu-lagu Pengakap Kanak-kanak Bendera Malaysia dan maksudnya. Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia dan maksudnya. Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) dan kawasan Asia Pasifik(TB) dan maksudnya. Isi Kandungan iii.Sejarah perkembangan dan struktur organisasi √Sejarah PPM KLM IPGKPM iv.Orientasi Kurikulum Unit Beruniform di Sekolah Rendah √Menyediakan satu perancangan tahunan program Unit Uniform Pengakap di sekolah rendah yang mengandungi skim-skim lencana PKK.
Pengurusan dan Pentadbiran Pasukan
Pengurusan dan struktur organisasi Persekutuan Pengakap Malaysia
STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA TADBIR PASUKAN LATIHAN MAJLIS PENGAKAP KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA
STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS TADBIR MAJLIS PENGAKAP KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA
STRUKTUR ORGANISASI MAJLIS EKSEKUTIF MAJLIS PENGAKAP KUMPULAN LATIHAN MALAYISA
Prinsip Asas Pengakap
FASA 1 Nama dan Alamat Persatuan ini dikenali dengan nama... Alamat yang didaftarkan bagi persatuan ini adalah... FASA 2 Matlamat Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. FASA 3 Objektif Ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Pergerakan Pengakapa Malaysia) dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu berpengakap, memupuk semangat bertanggungjawab serta disiplin diri. Ahli-ahli Pergerakan Pengakap Malaysia akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya. FASA 4 Keahlian Dibuka kepada semua murid dari tahun 3 hingga tahun 6 sekolah tersebut. Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan dan pemilihan ahli adalah berdasarkan minat dan bakat murid pada awal tahun. Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan tersebut. FASA 5 Guru Penasihat Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah tersebut. Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan sesuatu aktiviti. Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli- ahli semasa aktiviti dijalankan.
FASA 6 Ahli Jawatankuasa Dilantik semasa Mesyuarat Agung. Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk juga layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa. Pemilihan ahli jawatankuasa adalah secara undian. Ahli Jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan perlu menghantar surat perletakkan jawatan kepada Guru Penasihat. Ahli Jawatankuasa Persatuan terdiri daripada : - Pengerusi - Naib Pengerusi - Setiausaha - Penolong Setiausaha - Bendahari - Penolong Bendahari - Ahli Jawatankuasa (bilangan mengikut keperluan) - Pemeriksa (kira-kira 2 orang) FASA 7 Tugas dan Tanggungjawab Ahli Jawatankuasa Pengerusi Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat. Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. Naib Pengerusi Membantu pengerusi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. Setiausaha Menguruskan hal-hal surat menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyurat/laporan kegiatan-kegiatan. Mencatat kehadiran ahli. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. Bendahari Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Persatuan. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. -Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa. Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. Ahli Jawatankuasa Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan. Mempengerusikan Biro sekiranya dilantik. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa. Pemeriksa Kira-Kira Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertanggungjawab ke atasnya. Memastikan pengurusan kewangan adalah betul.
FASA 8 Kewangan Sumber utama kewangan Persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung. Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui kepelbagaian aktiviti. Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi mebiayai aktiviti tersebut.. FASA 9 Kehadiran / Penyertaan Ahli Persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan sepanjang tahun. Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian. FASA 10 Aktiviti Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa. Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan akan diumumkan kepada pengetahuan ahli.. FASA 11 Peraturan-peraturan Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas. Peraturan khas yang telah ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib. FASA 12 Tindakan Disiplin Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan. Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut: Amaran lisan Amaran bertulis Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayu kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.
FASA 13 Pindaan Perlembagaan Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda. Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh pengetua. FASA 14 Pembuburan Persatuan Guru Besar diberi kuasa untuk membubaran persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib dijelaskan dan aki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar. FASA 15 Hal-hal Lain Setiap ahli perlu mengetahui sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat. Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang aktiviti di luar kawasan sekolah mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada penjaga terlebih dahulu dengan mengisi borang berkaitan.
Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Perlembagaan merupakan satu dokumen atau himpunan dokumen undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara, negeri, organisasi atau pertubuhan. Perlembagaan diwujudkan adalah untuk menyelaraskan sistem pengurusan dan pentadbiran dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan untuk membentuk undang-undang, sama ada di pihak pemimpin mahupun di pihak ahli. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan, khususnya kepada ahli. Oleh itu, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang dan peraturan asas bagi sesebuah organisasi seperti Persekutuan Pengakap Malaysia. Dengan kata lain, perlembagaan ialah undang-undang. Sehubungan dengan itu, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan di institusi pendidikan, sama ada di sekolah, institut pendidikan guru atau di institusi pengajian tinggi perlu mempunyai perlembagaan dan undangundang tubuhnya yang tersendiri.
Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Mengikut Akta Perdaftar Pertubuhan, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan perlu mendaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan atau ROS. Pergerakan pengakap yang ditubuhkan di institusi pendidikan tidak perlu menyediakan perlembagaan kerana PPM selaku badan induk telah pun mempunyai perlembagaan. Oleh itu, persatuan tersebut perlu merujuk dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan oleh PPM. Fungsi sesebuah perlembagaan dan undang-undang kecil persatuan atau pertubuhan adalah sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan persatuan atau pertubuhan berkenaan. Perlembagaan dan Undang-undang Kecil juga bertujuan untuk melancar dan melincinkan perjalanan sesebuah persatuan atau pertubuhan kerana perlembagaan akan dapat menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa serta ahli biasa yang menganggotai persatuan atau pertubuhan yang berkenaan. Justeru itu, PPM amat memerlukan Perlembagaan dan Undang-undang Tubuhnya yang tersendiri untuk memasti dan menentukan dasar dan arah tuju perjalanan PPM dengan cara yang betul, teratur dan berkesan.
Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Jenis Perlembagaan: 1.a.Ada dua jenis perlembagaan, iaitu: a.Perlembagaan bertulis; dan b.Perlembagaan tidak bertulis Perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Perlembagaan bertulis sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan dilakukan pindaan. 2. Perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu kanun atau dokumen, misalnya adat resam dan pantang larang. 3. Dalam konteks Persekutuan Pengakap Malaysia, Perlembagaan persekutuan yang telah digubal dan diterima pakai sejak PPM ditubuhkan adalah Perlembagaan Bertulis, bukannya perlembagaan lisan. 4.
Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Pada amnya, perlembagaan persatuan atau pertubuhan mempunyai beberapa perkara seperti yang berikut: 1.Nama dan alamat persatuan atau pertubuhan; 2.Matlamat; 3.Keahlian; 4.Ahli Jawatankuasa (bilangan, senarai tugas dan seumpamanya); 5.Kewangan persatuan atau pertubuhan; 6.Pembatalan dan pembubaran persatuan atau pertubuhan; 7.Pindaan perlembagaan persatuan atau pertubuhan; 8.Mesyuarat persatuan atau pertubuhan; dan 9.Perkara-perkara lain yang boleh dimasukkan mengikut kesesuaian.
Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Tujuan atau fungsi perlembagaan: 1.Untuk mewujudkan suatu bentuk pengurusan dan pentadbiran yang adil dan bersih. 2.Untuk mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa. 3.Mengawal pergerakan pemimpin dan ahli (orang bawahan). Sebagai alat untuk menyelesaikan konflik atau masalah dalaman, khususnya kerana perlembagaan merupakan dokumen dan sumber rujukan yang tepat. 4. 5.Melindungi hak ahli. 6.Menyatakan peranan individu, sama ada pemimpin mahupun ahli. 7.Menjamin keharmonian dan kestabilan pertubuhan.
Perlembagaan Persekutuan Pengakap Malaysia Setiap PPM Negeri mempunyai Undang-undang Kecil yang tersendiri untuk menggerakkan PPM Negeri. Namun semua Undang-undang Kecil ini tertakluk di bawah Perlembagaan PPM yang dijadikan sebagai undang-undang tertinggi dalam PPM. Sekiranya Perlembagaan PPM atau Undang-undang Kecil PPM Negeri ingin dipinda, maka ia boleh dilakukan sekiranya memperoleh kelebihan suara dua pertiga (majoriti) daripada ahli Majlis Pengakap Negara atau Majlis Pengakap Negeri. Seandainya pada peringkat tertentu pindaan perlembagaan berkenaan gagal untuk memperoleh sokongan kelebihan suara majoriti, justeru pindaan perlembagaan akan terhalang. Perlembagaan perlu sentiasa kemas kini dan diubah suai supaya sesuai dan selaras dengan keperluan persatuan atau pertubuhan berkenaan dari semasa ke semasa.
ISYARAT PENGAKAP (CARA MELAFAZKAN PERSETIAAN)
Persetiaan Pengakap Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya saya akan taat kepada tuhan raja dan negara menolong orang pada setiap masa menurut undang-undang pengakap
Dipercayai Taat Berguna Bersaudara Berbudi Kasihkan Binatang Menurut Perintsh Tabah Hati Berjimat Suci Fikiran, Suci Perkataan, Suci Perbuatan Undang-undang Pengakap Lagu undang-undang Pengakap Scan here
Undang-undang Pengakap 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpinpemimpin pengakapnya, ibubapanya, orang-orang diatas dan orang-orang yang dibawahnya. 3. Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lainlain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang. 7. Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan. 8. Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan. 9. Pengakap itu jimat dan cermat 10. Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.
Cogan Kata Pengakap (Scout Motto) Pengakap Kanak-kanak (Cub Scout) Buat Sehabis Baik Pengakap Muda (Boy Scout) Selalu Sedia Pengakap Remaja (Rover Scout) Pandangan Luas Pengakap Kelana Berkhidmat
Lambang Pengakap Malaysia Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3 Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap masa, Menurut undang-undang Pengakap. Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-undang Pengakap yang sepuluh. Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan "Persaudaraan Pengakap ". Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam Malaysia ". Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama Islam ". Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia ". Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang menandakan unit-unit pengakap: Kuning "Pengakap Kanak-Kanak" , Hijau "Pengakap Muda " , Merah "Pengakap Remaja "
Lambang Pengakap Dunia Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara. Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh. Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan Pengakap. Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia. Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia. Warna putih-kesucian dan kebersihan.
Isyarat Pengakap Melafaz ikrar Persetiaan Pengakap dan mengulang Persetiaan Pengakap. 1. Sebagai isyarat hormat apabila bertemu atau berselisih jalan (semasa dalam uniform) sesama pengakap terutama pengakap asing. 2. Bila melintasi bendera kebangsaan / negeri. 3. Patrol atau semasa bendera-bendera itu dinaikkan dan semasa ia dikibarkan. 4. Bila isyarat pengakap dibuat?
Semasa memegang tongkat berdiri dalam keadaan “sedia ” , tangan kiri menyentuh tongkat dengan tapak tangan terlangkup. Hormat Pengakap Kalau membuat hormat pengakap, tangan kanan diangkat seperti hormat dalam tentera atau polis. Sentuhkan hujung kening. Semasa berjalan pantas atau perlahan bertongkat, angkat sedikit tangan dan sentuh tongkat dengan tangan kiri.
SALAM PENGAKAP Bersalam dengan Tangan Kanan dengan Pengakap Malaysia Bersalam dengan Tangan Kiri dengan Pengakap Antarabangsa.
Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia Lagu Pengakap Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setia masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara
Lagu Pengakap Kanak-kanak Saya Pilih Pengakap Yip pi ya ya Yip pi yip pi ya Saya pilih pengakap sahaja Siang jadi kenangan Malam jadi impian Cintaku semakin mendalam Di Sini Senang Di sini senang , di sana senang Di mana, mana hatiku senang Di sini senang di sana senang Di mana mana hatiku senang La la la la lalala La la la la lalala La la la la la lalalala Taps Day is done, gone the sun from the sea, from the hill, from the sky All is well, safely rest, God is nigh Untuk lirik lagu-lagu pengkap kanak-kanak lain, sila scan
Bendera Malaysia dan maksudnya. Bendera Malaysia terdiri daripada garisan 14 jalur merah dan putih berselang-seli dan lambang bulan sabit dan bintang 14 mata dikenali sebagai Bintang Persekutuan. 14 jalur, dengan lebar yang sama, mewakili status yang sama dalam persekutuan 13 negara anggota dan wilayah persekutuan, manakala 14 titik bintang mewakili perpaduan antara entiti ini. Bulan sabit mewakili agama Islam sebagai agama negara. Biru: Latar belakang bulan sabut dan bintang yang berwarna biru pula melambangkan perpaduan rakyat Malaysia. Kuning: Warna kuning pada bintang dan bulan sabit ialah warna diraja raja-raja Melayu. Merah: Melambangkan keberanian rakyat Malaysia mengharungi pelbagai cabaran demi negara tercinta Putih: Melambangkan kesucian dan keluhuran hati rakyat Malaysia yang berbilang kaum
Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia dan maksudnya. Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan. Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 08.00 sehinggalah 18.30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu.
Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM)dan maksudnya. Jarum kompas menghala ke atas (utara), bermakna ia adalah peringatan kepada setiap pengakap agar sentiasa mengamalkan kebenaran dan menjadi seorang yang boleh dipercayai. Selain itu, sentiasa menjaga cita-cita dan peranannya sebagai pembimbing. Treefoil (fleur-de-lis) atau Bunga dengan Tiga Hujung, melambangkan Tiga Janji Pengakap (Janji Pengakap) Dua bintang, melambangkan bahawa ahli Pengakap sentiasa berusaha untuk menjadi pencerahan dan membantu dalam kebenaran dan pengetahuan. Tali bulat dengan hujung membentuk simpulan mati, melambangkan rakan-rakan Pengakap di seluruh dunia sentiasa mengekalkan hubungan mesra dan persaudaraan. Warna putih melambangkan jiwa Pengakap yang mempunyai hati yang suci dan bersih. Warna asas ungu bermaksud Pengakap mempunyai kemahiran kepimpinan dan suka menolong orang lain.
Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM)dan maksudnya. Visi WOSM Menjelang tahun 2023, Pengakap akan menjadi pergerakan belia yang berpendidikan terkemuka di dunia, membolehkan 100 juta anak muda menjadi warganegara aktif dengan mewujudkan perubahan positif dalam komuniti mereka dan di dunia melalui perkongsian nilai. Misi WOSM Misi Pengakap adalah menyumbang kepada pendidikan anak muda, " melalui satu sistem nilai berdasarkan Persetiaan dan Undang-undang Pengakap, membantu membina dunia yang lebih baik di mana setiap individu dapat memenuhi keperluan diri dan memainkan peranan yang konstruktif dalam masyarakat
Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM)dan maksudnya. PELIBATAN MUDA REMAJA Memberi peluang kepada anak muda untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan, serta berkemampuan untuk mengambil bahagian secara aktif dalam Pergerakan dan komuniti mereka. KAEDAH PENDIDIKAN Penyediaan program untuk belia perlu seiring dengan kemampuan belia untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang. Program yang menarik diperlukan untuk melatih dan mengekalkan ciri kesukarelawanan bagi menjamin kualiti dalam melaksanakan program. KEPELBAGAIAN & INKLUSIF Pengakap adalah cerminan masyarakat di mana ia wujud dan menerima semua individu tanpa diskriminasi. Kepelbagaian ini bukan hanya dapat dilihat pada keahliannya, tetapi turut meliputi kaedah dan program yang dilaksanakan dalam Pergerakan Pengakap.
Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM)dan maksudnya. IMPAK SOSIAL Ahli Pengakap harus terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat dan berkongsi pengalaman dengan orang lain. Melalui kaedah ini, Pengakap berkhidmat kepada komuniti sekaligus membentuk ciri kepimpinan yang positif. KOMUNIKASI & HUBUNGAN LUAR Profil Pengakap harus menggambarkan arah tuju yang jelas serta menerapkan budaya perkongsian melalui kaedah komunikasi yang berkesan, dan pelibatan dalam perkongsian pelan strategik selari dengan pergerakan belia bertaraf dunia. TADBIR URUS WOSM harus telus, bertanggungjawab, cekap, dan jelas dengan strategi yang berfokuskan kepada pencapaian visi dan misi Pergerakan. Peranan dan tanggungjawab di setiap peringkat organisasi harus difahami dengan jelas, serta berfokus kepada pelanggan.
Pergerakan Pengakap kawasan Asia Pasifik(TB). Serantau Pengakap Asia-Pasifik telah mengalami kelahiran dan kelahiran kembali organisasi kepramukaan nasional sejak serantau ini ditubuhkan pada tahun 1956. Bermula dengan sepuluh ahli pengasas, dan bertambah menjadi 25 negara anggota pada tahun 2003, dengan 23 negara sebagai ahli penuh dan 2 negara sebagai ahli persatuan , meliputi 17 juta Pengakap. Lapan dari 15 persatuan Pengakap terbesar berada di Wilayah Asia-Pasifik. Negara-negara komunis di Asia Tengah dan Kesatuan Soviet telah atau sedang mengembangkan Kepramukaannya seiring dengan kebangkitan serantau ini. Selama beberapa tahun, komunisme menekan Pengakap di Afghanistan, telah kembali bersama dengan Mongolia, selepas Afghanistan terlepas sebagai negara satelit Soviet sejak tahun 1924. Di sisi lain, Jawatankuasa Kepanduan Dunia telah menerima Deklarasi GerakanPramuka Indonesia tentang mempunyai 17 juta ahli (banci 2008) pada tahun 2009. Ini telah mengubah secara langsung tentang banyaknya anggota, bertambah 9 juta, yang sekarang mempunyai jumlah ahli 24.7 juta.
Pergerakan Pengakap kawasan Asia Pasifik(TB). Berasingan oleh sumber-sumber tidak merata, budaya, kumpulan etnik dan sumber teknologi, Pengakap di rantau Asia-Pasifik umumnya menikmati rasa hormat dari masyarakat dan oleh kerajaan, pelbagai sukarelawan meliputi sektor awam dan swasta, dan diaktifkan oleh kecil tapi komited sekumpulan profesional dalam perkhidmatan pengakap. Serantau Pengarah Asia-Pasifik sekarang adalah Abdullah Rasheed dari Maldives dan Jejomar Binay dari Filipina sebagai Ketua Serantau Asia-Pasifik. Serantau ini juga merupakan rakan imbangan dari Asia Pacific Region of the World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS).
Sejarah PPM KLM IPGKPM
Sejarah PPM KLM IPGKPM i. Peringkat awal penubuhan: a. Pergerakan pengakap di Maktab-maktab Perguruan (kini Institut Pendidikan Guru) telah lama wujud dengan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tg. Malim menjadi maktab perguruan yaqng pertama menubuhkan pergerakan pengakap, diikuti Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (MPPM), Durian Daun, Melaka dan seterusnya di semua maktab perguruan di Malaysia. b. Pada masa itu, pergerakan-pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran negeri yang berbeza mengikut lokasi maktab perguruan tersebut berada. Misalnya, Pergerakan Pengakap MPSI diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Perak, manakala Pergerakan Pengakap MPPM diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Melaka. Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Kelantan, manakala Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang diletakkan di bawah pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri Pulau Pinang.
Sejarah PPM KLM IPGKPM C. Disebabkan pengurusan pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan diletakkan di bawah pengurusan negeri yang berbeza, justeru tidak wujud keselarasan pengurusan dan pentadbiran di antara pergerakan-pergerakan pengakap tersebut. d. Untuk memastikan agar pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan nampak bersatu dan setanding dengan pergerakan pengakap yang terdapat di daerah dan negeri Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM), telah timbul kesedaran dalam kalangan beberapa pemimpin pengakap di maktab-maktab perguruan untuk menyatukan semua pengerakan pengakap maktabperguruan di bawah sebuah pengurusan dan pentadbiran negeri pengakap yang sama tarafnya seperti PPM Negeri pada pertengahan tahun 1980-an. e. Sebuah kertas kerja berkaitan penyatuan semua pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan di bawah satu bumbung telah dibuat dan diangkatkan kepada pengurusan tertinggi PPM untuk dipertimbangkan. Jika dipersetujui oleh PPM, pengurusan dan pentadbiran pergerakan pengakap maktab-maktab perguran akan diletakkan di bawah pengurusan Unit Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sejarah PPM KLM IPGKPM ii. Penubuhan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (MPKLMBPG): a. Impian Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk menyatukan semua pergerakan pengakap maktab perguruan di bawah satu pengurusan dan pentadbiran negeri PPM akhirnya tercapai. b. Atas persetujuan PPM, pada 10 Ogos 1985, sebuah negeri PPM yang baharu telah ditubuhkan khusus untuk mengurustadbirkan semua pergerakan pengakap di maktab perguruan di seluruh Malaysia. Negeri tersebut dikenali sebagai Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia atau ringkasnya MPKLMBPG. c. MPKLMBPG telah ditubuhkan di Institut Perguruan Pendidikan Negara (IPPN), yang kini dikenali sebagai Institut Aminuddin Baki (IAB), Pahang Darul Makmur. Manakala pergerakan pengakap di maktab-maktab perguruan diiktiraf sebagai sebuah daerah PPM yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan Malaysia atau KLM. Setiap daerah pengakap di maktab perguruan diberikan nombor. Misalnya, Pergerakan Pengakap Maktab Perguruan Sultan Idris diberikan nombor KLM-01.
Sejarah PPM KLM IPGKPM d. Penubuhan MPKLMBPG telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Amar Dr. Hj. Sulaiman Hj. Daud Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan selaku Ketua Pengakap Negara. e. Tujuan utama MPKLMBPG ditubuhkan adalah untuk menghimpunkan semua pergerakan pengakap di maktabmaktab/institut perguruan merangkumi 31 buah maktab perguruan seluruh Malaysia ketika itu agar pergerakan tersebut mudah untuk dijaga, diawasi dan diurustadbirkan di bawah satu pengurusan yang sama seperti yang termaktub dalam Buku Perlembagaan MPKLMBPG. f. MPKLMBPG beribu pejabat di Unit Kokurikulum, Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, Pusat Bandar Damansara, Kuala Lumpur. g. Disebabkan MPKLMBPG di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), maka pengurusan tertinggi MPKLMBPG terdiri daripada mereka yang berada di KPM, iaitu: (i) Penaung Utama : YB Menteri Pelajaran Malaysia. (ii) Penaung : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. (iii) Yang Dipertua : Pengarah BPG. (iv) Naib Yang Dipertua : Timbalan Pengarah BPG. (v) Pengerusi : Ketua Penolong Pengarah Unit Kokurikulum, BPG, KPM.
Sejarah PPM KLM IPGKPM h. Dengan kejayaan penubuhan MPKLMBPG, maka kesemua 31 buah pergerakan pengakap di maktab-maktab/institut perguruan Malaysia yang dinamakan sebagai Kumpulan Latihan Malaysia atau KLM telah berjaya disatukan di bawah satu pengurusan dan pentadbiran PPM Negeri yang baharu. i. Bagi melancarkan lagi pengurusan dan perjalanan MPKLMBPG, BPG telah melantik Encik Abu Bakar bin Ahmad, pensyarah akademik dari Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG yang pertama. j. Beliau dibantu oleh Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin, Penolong Pengarah Unit Kokurikulum, BPG, KPM yang telah dilantik sebagai Setiausaha Kehormat, MPKLMBPG yang pertama pada tahun 1985. k. Bidang kuasa yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG adalah sama seperti bidang kuasa yang dimiliki oleh Pesuruhjaya Pengakap Negeri yang lain.
Sejarah PPM KLM IPGKPM l. Pada tahun 1994, Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG yang baharu menggantikan Encik Abu Bakar bin Ahmad yang bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan. m. Manakala tempat beliau sebagai Setiausaha Kehormat MPKLMBPG telah diambil alih oleh Encik Zainal bin Mohd. Salleh, Penolong Pengarah, Unit Kokurikulum. BPG. n. Pada tahun 2007, jawatan Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG telah diserahkan kepada Tuan Haji Mohd. Kamar bin Zainuddin, pensyarah akademik di Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Kuala Lumpur setelah Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohsin bersara wajib dalam perkhidmatan kerajaan. o. Tuan Haji Mohd. Kamar bin Zainuddin merupakan Pesuruhjaya Pengakap Negeri, MPKLMBPG yang terakhir sebelum MPKLMBPG dibubarkan dan digantikan dengan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia atau ringkasnya MPKLMIPG.
Sejarah PPM KLM IPGKPM iii. Penubuhan Majlis Pengakap Kumpulan Latihan Malaysia, Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia (MPKLMIPG): a. Pada tahun 2008 Kementerian Pendidikan Malaysia telah menaik tarafkan pusat latihan perguruan dengan mewujudkan Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi meneruskan peranan BPG untuk melatih bakal-bakal guru di seluruh Malaysia. Peranan BPG dijumudkan hanya untuk memberikan latihan tambahan atau lanjutan dalam bidang pendidikan kepada guru-guru dalam perkhidmatan. Secara tidak langsung, MPKLMBPG sudah tidak relevan lagi di BPG. b. Sehubungan dengan itu, bagi melangsungkan kesinambungan MPKLM sebagai sebuah negeri PPM, khususnya untuk melatih dan memimpin bakal pemimpin pengakap di IPG, MPKLMIPG telah ditubuhkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Cyberjaya, Selangor pada 17 Jun 2010 atas persetujuan YBhg Datuk Dr. Haili bin Dolhan selaku Rektor, IPGM, KPM pada masa itu.
Sejarah PPM KLM IPGKPM C. Penubuhan MPKLMIPG telah dirasmikan oleh Ybhg. Dr. Noriati binti A. Rashid, Pengarah Pusat Pembangunan Akademik, IPGM, KPM selaku Pengerusi, MPKLMIPG pada 29 Mac 2011 di Hotel Carlton, Shah Alam, Selangor. Manakala Majlis Perisytiharan MPKLMIPG telah disempurnakan oleh YBhg. Dato " Seri Dr. Hj. Shafie b. Hj. Mohd Salleh, Ketua Pengakap Negara pada 30 Mac 2011 di tempat yang sama. d. Selaras dengan itu, MPKLMIPG secara rasminya telah ditubuhkan menggantikan MPKLMBPG tanpa menukarkan fungsi penubuhan MPKLM yang asal, iaitu untuk menjaga dan mengawasi serta mengurustadbirkan 27 Pergerakan Pengakap Daerah yang dikenali sebagai Kumpulan Latihan Malaysia (KLM) di 27 buah Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia, seperti yang termaktub di dalam Buku Undang-undang Kecil MPKLMIPG.