The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitiwahida, 2022-12-12 23:08:46

ARAHAN TEKNIK JALAN 986 (PINDAAN 2022)

ARAHAN TEKNIK JALAN 986 (PINDAAN 2022)

NOTA RINGKAS



ARAHAN TEKNIK JALAN 9/86
(PINDAAN 2022)

GUIDELINES FOR THE INSTALLATION OF
KILOMETER POST & ROAD RESERVE
MARKER

LATAR BELAKANG

Arahan Teknik Jalan 9/86 telah diterbitkan pada tahun 1986 oleh Cawangan Jalan. Setelah
lebih 30 tahun penerbitanya, Bahagian Pembangunan Inovasi dan Standard (BPIS) Cawangan
Jalan telah melantik Cawangan Senggara Fasiliti Jalan (CFSJ) sebagai Pengerusi untuk
penubuhan Jawatankuasa Kecil menyemak dan mengemaskini dokumen bagi memastikan
ianya memenuhi keperluan semasa dilapangan.

Setelah jawatankuasa kecil siap menyemak dan mengemaskini, dokumen telah dibentangkan
dan diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Spesifikasi Piawai JKR bagi kerja-kerja jalan
yang bersidang pada 1 Jun 2022 danseterusnya dibentangkan dalam Mesyuarat Pengarah
Bil.3/2022 pada 2 Jun 2022 bagi mendapat punca kuasa penggunaan melalui surat arahan
Ketua Pengarah Kerja Raya .

PENYATAAN ISU
KMPost Semasa (Konkrit)

Diantara perkara-perkara berbangkit ditapak yang menjadikan keperluan untuk dokumen ini
disemak adalah:

Plates Kecil Lokasi
Plate sukar dilihat pada waktu Sukar untuk dipasang di kawasan
malam dan sekiranya rumput yang mempunyai ruang terhad
panjang nombor seksyen akan dan sekiranya dipasang di lokasi
tertutup. yang ada guardrail maklumat
KMPost tidak dapat dilihat
Hazard
Bahaya kepada pengguna Penyelenggaraan
jalan raya sekiranya berlaku Sukar untuk diselenggara, contoh
kemalangan kerana diperbuat plates perlu dibuka, batu dicat
daripada konkrit. dan dipasang semula.

Pemasangan
Perlu menggunakan kren dan
jentera semasa pemasangan.

Fungsi Kilometer Post

1. Sumber maklumat kepada orang ramai tentang jarak ke dan dari
bandar, titik terminal bandar dan lokasi penting

2. Tujuan pentadbiran

3. Inventori untuk tujuan penyenggaraan jalan

4. Kaedah mencari alamat khususnya alamat yang terletak di
luar had bandar

5. Jaminan kepada pengguna jalan raya bahawa mereka
menuju ke arah yang betul




Fungsi Penanda Rizab Jalan

1. Menyatakan undang-undang berkaitan bagi sesuatu jalan

2. Mengelakkan pencerobohan awam

3. Mengenalpasti Rizab Jalan

4. Penyelenggaraan jalan

5. Mempercepat pengambilan tanah untuk menaiktaraf
projek jalan raya

GAMBAR KMPOST ARAHAN TEKNIK JALAN 9/86

KMPOST SEMASA

Perubahan Utama

Rekabentuk asal KMPost

dikekalkan namun

bahan ditukar daripada

konkrit kepada AC Bond

Composite Panel.

Rekabentuk Reserve

Marker dan Tanda

Amaran di masukkan.

Type A (Setiap 5 KM) Type B (Setiap 1 KM) Penambahbaikan Lain

GAMBAR KMPOST ARAHAN TEKNIK JALAN 9/86 Destinasi Primer dan
(PINDAAN 2022) Skunder dikemaskini
oleh JKR Negeri. Lokasi
KELULUSAN pemasangan diberikan
juga penerangan secara
gambarajah. Jenis Asas
KMPost adalah B-TST
(KIK JKR Daerah kerian)

Type A (Setiap 5 KM) Type B (Setiap 1 KM)

KEBAIKAN:
KMPOST ARAHAN TEKNIK JALAN 9/86 (PINDAAN 2022)

Dokumen ATJ yang telah dikemaskini ini dapat mengatasi perkara-perkara berbangkit di
tapak sepertimana berikut:

Plates Lokasi
Mudah dilihat pada waktu Pemasangan KMPost tidak
malam kerana memantulkan terhad. KMPost masih boleh
cahaya. Sekiranya rumput dilihat wapaupun dipasang
panjang, nombor seksyen dikawasan ada guardrail.
tidak tertutup
Penyelenggaraan
Hazard Mudah untuk diselenggara,
Kurang bahaya kepada hanya perlu dibersihkan sahaja.
pengguna jalan raya kerana
diperbuat daripada bahan AC Penyelenggaraan pemasangan
Bond Composite Panel Penerangan gambarajah
menggunakan
Pemasangan skematik
Tidak perlu menggunakan
kren, jentera dan pekerja yang
ramai semasa pemasangan.

Asas Bongkah Tapak Sambung
Tiang (BTST)
Mudah dan cepat dipasang

Skematik
Penerangan pemasangan menggunakan gambarajah skematik

Asas bongkah tapak Sambung Tiang (B-TST)
Mudah dan cepat dipasang

Road Reserved Marker

Kaedah Pelaksanaan

Dengan Surat Arahan ini, pemasangan
Kilometre Post dan Penanda Rizab Jalan di
Jalan Persekutuan adalah sepertimana
ketetapan berikut:

a.Bagi pembinaan jalan baru atau naiktaraf
adalah dikehendaki menggunakan garis
panduan yang baharu ini.

b.Manakala bagi jalan sedia ada; sekiranya
terdapat kerja-kerja penggantian KM Post,
kerosakan dan lain-lain sebab yang
memerlukan Kilometre Post dibina semula
adalah dikehendaki menggunakan garis
panduan yang baharu ini; dan

c.Pemasangan penanda rizab jalan dan papan
tanda amaran berkaitan pencerobohan rizab
jalan perlulah mematuhi spesifikasi yang
dinyatakan dalam garis panduan yang baharu
ini.

Kuat Kuasa

Dengan Surat Arahan ini, penggunaan Arahan Teknik (Jalan) 9/86: Guidelines For Installation Of
Kilometre Post yang menggunakan bahan binaan konkrit hanya boleh dipasang di lokasi-lokasi
tertentu seperti di KM Post 0 dan perlu dirujuk kepada Cawangan Senggara Fasiliti Jalan untuk
tujuan rekod.

Surat Arahan ini berkuat kuasa pada tarikh ia ditandatangani dan akan disemak sekiranya
terdapat arahan dasar terkini atau perkembangan baharu yang memerlukannya dikaji semula
dan dikemaskini.

Arahan teknik ini boleh diperolehi melaui portal JPedia (Https://jpedia.jkr.gov.my/) di bawah
Guides - Cawangan Jalan

Sebarang pertanyaan berhubung kebolehcapaian bagi mendapatkan dokumen ini boleh
menghubungi unit standart & spesifikasi, Bahagian Pengurusan Inovasi dan Standart Cawangan
Jalan melalui emel : [email protected]

List Of Destination Names (Primary)

















Details Of Road Reserved Marker Design


Click to View FlipBook Version