The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nor Aishah, 2019-12-09 06:52:37

minitmesyuarat18

minitmesyuarat18

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BILANGAN 18 /19 NOV 2019 2019

SMK TUNKU KURSHIAH, KUALA PILAH
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BILANGAN 18 TAHUN 2019

Tarikh : 29 November 2019 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik One Stop Centre
SMK Tunku Kurshiah

HADIR

1. Puan Hajah Siti Norezan binti Jalil - Pengerusi
Pengetua SMK Tunku Kurshiah

2. Puan Normah binti Mohd Nor
Penolong Kanan Pentadbiran

3. Puan Fuziah binti Yaakub
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4. Tuan Haji Sayuti bin Mispan
Penolong Kanan Kokurikulum

5. Puan Hajah Hasni binti Mohamad
GKMP Bahasa

6. Cik Hajah Noral binti Yacob
GKMP Kemanusiaan

7. Puan Nor Aishah binti Asim
GKMP Sains Matematik

8. Puan Hajah Siti Hanim binti Daud
GKMP Teknik & Vokasional

9. Puan Rus Azizi binti Maamor
Guru Bimbingan Kaunseling

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir dalam
Mesyuarat Pengurusan Bilangan 18 Tahun 2019.

1.2 Mesyuarat mengambil maklum bahawa:
1.2.1 PInTaS Bidang Akademik telah siap. OPPM PInTas tersebut perlu dibuat untuk
jangkamasa 3 bulan. Dalam tempoh tiga bulan tersebut ia boleh disediakan mengikut
minggu. Pelan Operasi PInTas akan dibuat oleh ketua panitia dan guru-guru yang
terlibat.
Tindakan : GKMP Sains Matematik dan GKMP Kemanusiaan

1.2.2 Pencapaian Kokurikulum 2019 berdasarkan GPS PAJSK 2019 didapati merosot
berbanding pencapaian 2018. Kemerosotan dikenalpasti berpunca dari kurang

1

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BILANGAN 18 /19 NOV 2019 2019

1.2.3 pencapaian dalam setiap penyertaan . Oleh itu KPI untuk 2020, setiap pertandingan
1.2.4 perlu mencapai sekurang-kurangnya tempat ke-2 di peringkat daerah.

Tindakan : PK Kokurikulum

Pengurusan Unit Hal Ehwal Murid bagi pengisian Amalan Baik dalam SSDM 2019
terlalu sedikit. KPI tahun 2020, 100% guru dapat mengisi rekod tersebut dan guru yang
paling banyak merekodkan Amalan Baik akan diberi pengiktirafan. Cadangan
pengiktirafan dibuat setiap bulan dan semua guru akan sentiasa diingatkan dalam setiap
perjumpaan bulanan. Buku Rekod Amalan Baik akan terus digunakan.

Tindakan : PK HEM

Perkongsian tentang teguran Laporan Audit Sekolah bagi tahun 2019 yang perlu
dijawab dan dibuat penambahbaikan :

1.2.4.1 Tidak menggunakan Buku Resit Rasmi dari Percetakan National Berhad
sebagai buku resit sementara sebelum mengisi ‘ESPKW online’ (Pengurusan kewangan
atas talian). Pihak sekolah cuma menggunakan resit pembelian dari kedai kerana salah
faham.

1.2.4.2 Dokumen pembayaran iaitu Buku Cek yang diterima tidak disemak dan
disahkan nombor penerimaannya.

1.2.4.3 Cek yang batal tidak direkodkan dalam data cek batal secara ‘online’.

1.2.4.4 Borang Pembelian Terus (ada 3 salinan ) untuk salinan pihak sekolah tidak dicop
TELAH DIBAYAR dalam Buku pesanan.

1.2.4.5 Pembelian menggunakan Panjar Wang Runcit dikhaskan untuk pembayaran
kecil yang segera (kecemasan) maksimum sebanyak RM200 sekali pembelian telah
disalah gunakan untuk membeli barangan yang bukan segera dan pembelian ‘online’
seperti Shoppe. Panitia diingatkan agar tidak membuat pembelian secara ‘online’ dan
guru-guru perlu diingatkan tentang pembelian kecemasan.

Tindakan : Semua GKMP

1.2.4.6 Perbelanjaan yang menggunakan borang baucer kecil perlu ada tandatangan
GKMP atau PK.

Tindakan : Semua GKMP dan semua PK

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BILANGAN 17 TAHUN 2019 BERTARIKH 26
NOVEMBER 2019
2.1 Minit Mesyuarat Pengurusan Bilangan 17 Tahun 2019 telah diterima dengan pindaan dan
disahkan seperti berikut:
Cadangan : Cik Hajah Noral binti Yacob
Sokongan : Puan Normah binti Mohd Nor

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Mesyuarat mengambil maklum akan keterangan bahawa :

3.1.1 Guru Penyelaras Tingkatan sesi persekolahan 2020 :

2

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BILANGAN 18 /19 NOV 2019 2019

- Menengah Rendah ialah Puan Saitun Jamilah binti Mohd Suji
- Penyelaras Menengah Atas ialah Puan Nor Azura binti Maulud
- Penyelaras KRK ialah Puan Nor Hanizah binti Darus

Tindakan : PK HEM

3.1.2 Mulai tahun 2020 semua fail peribadi murid mesti seragam kerana ia merupakan salah
satu identiti sekolah.. Murid Tingkatan 1 telah diwajib membeli fail peribadi semasa
mendaftar. Bagi murid Tingkatan 2 dan 3 yang belum mempunyai fail peribadi wajib
membelinya di kedai koperasi sekolah mulai sesi 2020.

Tindakan : PK HEM

3.1.3 Penetapan Elektif Mata Pelajaran Tingkatan 4 Melati Tahun 2020 ialah SnRT dan PSV
Tindakan : PK Pentadbiran

4.0 AGIHAN TUGAS GURU 2020

4.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa :

4.1.1 Guru-guru yang tidak perlu memegang tugas sebagai guru kelas tahun 2020 terdiri dari
setiausaha Kurikulum, HEM, KoKurikulum, Sukan, PIBG, Peperiksaan SPM & PT3,
Guru Data dan Guru Media.

Tindakan : PK HEM

4.1.2 Penyelaras Persatuan dan kelab yang akan memantau setiap perjumpaan adalah seperti

berikut :
- Persatuan Bahasa – GKMP Bahasa
- Persatuan Sains Matematik dan Doktor Muda – GKMP Sains dan Matematik
- Kelab Tunas Niaga – GKMP Teknik dan Vokasional
- Kelab Rukun Negara – GKMP Kemanusiaan.

Tindakan : PK KoKurikulum

4.1.3 Semua agihan tugas guru yang telah dibincangkan dalam mesyuarat ini perlu dikemaskini
dan dicetak bahagian jawatankuasa menggunakan kertas ‘recycle’ untuk disemak

sebelum dimasukkan dalam buku Panduan Tugas Guru 2020.

Tindakan : PK Pentadbiran/PK HEM/ PK KoKu

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Mesyuarat mengambil maklum bahawa :

5.1.1 Perjumpaan Kokurikulum pada hari Rabu akan dikhususkan untuk aktiviti Kokurikulum
5.1.2 dan aktiviti lain seperti program dan ceramah boleh dijalankan pada hari Khamis. Aktiviti
5.1.3 bulan kemerdekaan boleh dijalankan pada hari Rabu sepanjang bulan kemerdekaan.

Tindakan : PK Koku
Masa untuk Jadual Membersihkan Kelas 2020 perlu dibuat ketetapan bagi memudahkan
penyusunan jadual waktu. Mesyuarat bersetuju untuk membersihkan kelas adalah pada
pukul 12.00 hingga 12.20 petang, Isnin hingga Khamis.

Tindakan : PK HEM
Takwim 2020 perlu diisi dan dilengkapkan.

Tindakan : Semua PK

3

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN BILANGAN 18 /19 NOV 2019 2019

5.1.4 Jadual waktu guru, semua PK perlu mengajar penuh iaitu 12 waktu

Makluman

5.1.5 Pengumuman keputusan PT3 pada 12 Disember 2019, murid-murid boleh mengambil
keputusan pada pukul 10.00 pagi. Semua guru kelas perlu dimaklumkan bagi
menguruskan fail murid.

Tindakan : PK Pentadbiran

5.1.6 Pemasangan satu lagi penapis air sumbangan akan dibuat di blok Alamanda.
Tindakan : PK Kokurikulum

5.1.7 Waktu pdpc akan bermula jam 7.40 pagi dan bacaan Mathurat akan dibuat setiap pagi
pada jam 7.20 hingga 7.40 pagi.
Tindakan : PK Pentadbiran

5.1.8 LDP 1/2020 – Cara membuat keberhasilan yang betul akan dibuat pada minggu ke-2
Tindakan : Tuan Pengetua

6.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

i. Pengerusi mengucapkan terima kasih atas komitmen semua ahli mesyuarat.
ii. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.00 tengahari.
iii. Mesyuarat Pengurusan Bil.19/2019 akan diadakan pada Jumaat (13/12/2019)

Disediakan oleh:
Setiausaha Mesyuarat Pengurusan Bil.18/2019
Tarikh : 30 November2019

4


Click to View FlipBook Version