The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by laina4448, 2021-05-18 01:13:48

HIBURAN MELAMPAU

KUMPULAN 7

MUKAH

HIBURAN
MELAMPAU

B

1

DUE 6022

Komunikasi Penyiaran Islam

2

AHLI KUMPULAN

BRENDA BANUN BINTI AUGUSTINE
(20DPM18F2016)

ANDRIANA DUYA ANAK ANDENSON
(20DPM18F2014)

GOH SI YING
(20DPM18F2034)

VICTOR CHANDO ANAK MATHEW
(20DPM18F2040)

NURUL FATHUN NISA BINTI KASNI
(20DPM18F2008)

MARK THWEN ANAK JUDI
(20DPM18F2012)

3

Suntingan Oleh :
Brenda Banun Binti Augustine
Diterbitkan Oleh : Politeknik Mukah ,
KM 7.5, Jalan Oya 96400 Mukah Sarawak
Tel : 084-874 001
Fax : 084-874 005

Hak Cipta © 2021 – Politeknik Mukah
Cetakan Pertama : 2021
Hak Cipta terpelihaa . Tidak dibenarkan menggunakan isi
kandungan dan konsep buku ini dalam apa jua bentuk ,
cetakan dan elektronik , temasuk televisions , radio dan
segala platfrom tanpa izin daipada pihak Politeknik Mukah

4

ISI KANDUNGAN 06
07
Penghargaan 09
Pengenalan 10
Objektif E-Majalah 12
Hiburan Melampau 15
Jenis-Jenis Hiburan 18
Punca-Punca & Isu
Kesan-Kesan/Impak 10
Budaya Hedonisme, Seronok Santai 22
Bulan Ramadan Musim Pandemik 26
Cara-cara Mengatasi 27
Kesimpulan 28
Rujukan
Lampiran 5

Penghargaan

Alhamdulillah ,

dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana
limpah kurnianya , dapat juga kami
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan
penuh jayanya . Saya mengucapkan sepenuh
penghargaan kepada;

Cik Ninie Amira Drahim,
Pensyarah Komunikasi Penyiaran Islam (DUE
6022) , di atas kepercayaan beliau memberi
tugasan ini kepada saya dan juga rakan
seperjuangan saya . Dimana beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses tugasan ini
disiapkan .

Dengan kesempatan ini , saya ingin
menghadiahkan sekalung terima kasih kepada
rakan-rakan saya yang telah banyak membantu
dan mencetuskan idea saya sepanjang proses
penyiapan tugasan dilaksanakan . Dalam
menyiapkan tugasan ini , banyak yang telah kami
pelajari sepanjang penyiapan kerja kursus ini
dilakukan . Ianya memberi kami seribu satu
makna dalam menimba ilmu ini .
Syukur Alhamdulillah .

Sebelum saya mengundur kata , terimalah
serangkap kata
Bak kata pepatah melayu

‘’ Lentur Buluh , Kerana Rebungnya ”

6

PENGENALAN

etiap remaja merasakan mereka sudah cukup dewasa untuk
bersosial. Namun, bagi remaja, mereka mempunyai pelbagai bentuk
keseronokkan sebagai hiburan mereka tersendiri. Kebelakangan ini terlalu
banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang
melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian
sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan
masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang
berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusiaan serta agama.

7

Antara matlamat utama
manusia ini dicipta oleh Allah
SWT adalah untuk mengabdikan
diri kepada Nya seperti yang
firmankan oleh Allah dalam
surah Az Zariyyat ayat 56 yang
bermaksud :

Maka menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita
termasuk berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah
kepada Allah SWT.

Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan
dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Perlakuan sosial yang
negatif tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan
masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang
berteraskan prinsip dan nilai-nilai murni kemanusian serta agama.

Justeru itu, kita lihat keruntuhan akhlak dikalangan remaja sebagai
tunggak masa hadapan negara kini semakin meningkat. Gejala sosial
semakin berleluasa, keselamatan benda awan terjejas, kesejahteraan umat
juga tidak terkawal. Secara terperincinya, pelbagai faktor yang
menyebabkan kekurangan moral dan keruntuhan akhlak dikalangan
remaja, salah satunya adalah disebabkan “hiburan yang melampau”. Hal
ini boleh digambarkan dengan pelbagai adegan yang berlaku pada
masyarakat kita hari ini.

8

OBJEKTIF

E-MAJALAH

Antara objektif yang didapati melalui tajuk
tugasan yang diberi, kami dapat mengkaji
punca-punca terjadinya keruntuhan akhlak
dalam kalangan remaja yang disebabkan oleh
hiburan yang melampau. Memberi panduan
kepada para penganjur hiburan agar program
yang dijalankan tidak menyalahi syara' dan
tersasar ajaran Allah SWT.

.Seterusya, kami juga dapat mengenalpasti
langkah-langkah yang perlu diambil
supaya golongan remaja tidak terjebak
dengan hiburan yang melampau.dan memberi
kesedaran kepada masyarakat tentang
keburukan apabila berhibur melampaui batas-
batas yang dilarangkan oleh Allah SWT,
Akhir sekali,kami dapat mengkaji kesan atau
impak yang akan berlaku sekiranya tiada
batasan dalam diri remaja ketika mereka
bergaul antara satu sama lain dan Dapat
memberi kesedaran kepada masyarakat
tentang keburukan apabila berhibur
melampaui batas-batas yang dilarangkan oleh
Allah SWT

9

DEFINISI

HIBURAN MELAMPAU

. Para penonton boleh menyertai
hiburan secara pasif, umpamanya
menonton opera atau secara aktif
seperti dalam permainan computer.
Industry yang membekalkan hiburan
digelarkan industry hiburan.

Pada umumnya, bermain dan

membaca serta penghargaan seni

tidak dianggap sebagai hiburan

tetapi tergolong dalam rekreasi

kerana hiburan biasanya

iburan bermaksud sesuatu memerlukan pembekal persembahan

perbuatan, benda dan lain-lain dilihat oleh penonton, kecuali
untuk menghiburkan iaitu
menyenangkan, mententeramkan dalam permainan computer.
hati dan tempat menghiburkan
hati. Hiburan merupakan Pada dasarnya, Islam
persembahan atau kegiatan yang
direka bentuk untuk memberi mengharuskan hiburan kerana
nikmat kepada penonton,
contohnya untuk permainan hiburan menjadi sebahagian
computer, “penonton” mungkin
hanya seorang sahaja daripada fitrah kehidupan manusia.

Hal ini berdasarkan kepada hadis

Rasulullah SAW yang diriwayatkan

daripada Aisyah r.a. yang

bermaksud:

10

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hiburan yang menghiburkan
jiwa serta menenangkan hati diharuskan oleh Islam. Hal ini dinyatakan
oleh al-Syeikh Yusuf al-Qardhawi bahawa antara hiburan yang dapat
menghibur jiwa, menenangkan hati serta menyedapkan telinga ialah
nyanyian. Hiburan nyanyian ini diharuskan oleh Islam dengan syarat ia
tidak dicampuri kata-kata kotor, keji atau yang boleh merangsang kepada
perbuatan dosa.

11

JENIS JENIS

PROGRAM HIBURAN

Diadakan di tempat yang
bersesuaian supaya tidak
mengganggu ketenteraman awam
dan orang ramai. Bagi membuat
sebuah hiburan atau konsert
perlulah bijak memilih tempat agar
tidak mnimbulkan ketidakpuashati
penduduk yang berada di sekitar

kawasan hiburan itu.

12

Hiburan diiringi atau

Persembahan Muzik dialunkan dengan bunyian

terlampau. Seperti budaya

rock yang sering

menggunakan drap yang

berlebihan sehingga

penonton pendengar

mengikut rentak. Hal ini

menyebabkan penonton

melompat-lompat, menjerit

dan bersorak tanda terhibur

yang dapat menjatuhkan

akhlak mereka dan

mendatangkan fitnah

kepada diri mereka.

Persembahan artis atau lebih Persembahan Artis
dikenali sebagai konsert yang
dijalankan berlebih-lebihan 13
sehingga hak-hak Allah dan
kewajipan yang lain terabai
seperti menunaikan ibadah.
Maka masuk sahaja waktu
beribadah ( solat) perlulah
berhenti seketika dan
menunaikan solat. Disamping
itu, pembuat persembahan dan
penonton yang hadir TIDAK
menjaga auratnya.

Persembahan Muzik Memakai pakaian tidak yang
kemas, sopan serta memakai
pakaian yang boleh
mendedahkan diri kepada
syara’ Islam. Sebagai contoh
memakai pakaian yang
terdapat logo tengkorak atau
salip. Selain itu juga, gerak
tari yang dipersembahkan
supaya menarik dan
menimbulkan fitnah. Sebagai
contoh membuat gerak-geri
bercumbu dengan lain jantina.

Lebih cantik jika lirik atau skip Lirik
mengandungi kalimah syahadah dalam
bahasa Arab tetapi hendaklah 14
disempurnakan. Janganlah sesekali
mempunyai perkataan yang boleh
membawa ke arah bertentangan dengan
aqidah seperti menyalahi syariat Allah
SWT, memburuk-burukkan Rasulullah
SAW. Dan tidak boleh juga sesebuah
lirik atau skrip yang membangkitkan
nafsu syahwat, perkataan yang lucah,
mengambarkan arak dan memberikan
perangsang melakukan dosa.

PUNCA-PUNCA
& ISU

Terdapat banyak punca yang
menyumbang kepada hiburan
melampau atau keruntuhan
akhlak remaja. ………

15

Antaranya ialah pengaruh rakan
sebaya. Menurut kajian, ketika usia
remaja, seseorang itu lebih rapat
dengan rakan sebaya berbanding
keluarga. Oleh itu, rakan sebaya
sangat mudah mempengaruhi
seseorang remaja itu sama ada ke
jalan yang benar atau ke jalan yang
songsang.

Selain itu, keruntuhan akhlak remaja zaman ini boleh berpunca daripada
salahnya cara ibu bapa mendidik mereka daripada kecil. Jika dibesarkan
dengan kurang perhatian dan kasih sayang, anak-anak akan terbiar. Mereka
lebih selesa membuat hal sendiri. Jika dengan kekerasan, anak-anak akan
suka menipu dan memberontak. Oleh itu, mereka akan mencari rakan untuk
meluahkan atau mencari hiburan bagi melepaskan tekanan yang diterima dari
pihak keluarga. Bentuk-bentuk hiburan yang menjadi kegemaran remaja
sekarang adalah bermain permainan video, melayari internet, bersosial seperti
melepak, merempit dan lain-lain. Yang paling ketara, remaja zaman sekarang
tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit. Bagi mereka, telefon bimbit
seperti nyawa mereka. Yang merisaukan adalah cara penggunaan gadjet.
Daripada penggunaan telefon bimbit dan internet yang berterusan, mereka
terdedah dengan perkongsian lucah dan benda yang tidak senonoh. Terdapat
banyak aplikasi masa kini yang memberi pautan dan laman web tidak elok.
Akibat daripada penyalahgunaan gadjet ini, remaja yang terangsang dengan
fikiran yang tidak senonoh dan perangai yang kurang menghormati orang lain
terutama wanita.

16

Di samping itu, remaja penuh dengan sifat ingin tahu dan suka
mencuba benda baru. Kebanyakkan remaja lebih suka berkongsi
dengan rakan sebaya atau yang memahami keadaan diri mereka.
Akan tetapi, jika salah memilih rakan, ia juga boleh membawa padah.
Kawan yang mempunyai aura negatif boleh menyebabkan terjerumus
kepada dadah, arak dan lain-lain. Kes seperti ini sering terjadi dalam
kalangan remaja yang belajar jauh dari keluarga dan tidak biasa
dengan suasana baru. Hal ini boleh menyebabkan remaja-remaja
mengalami kejutan budaya di tempat baru. Apabila remaja-remaja ini
sudah terjebak dengan hiburan yang melampau, mereka akan berasa
seronok. Mereka menggunakan alasan bahawa jauh dari keluarga dan
kawan adalah teman untuk berseronok. Tambahan pula, berkenalan
dengan berlainan jantina juga adalah salah satu hiburan buat remaja
zaman sekarang. Budaya bercouple makin berleluasa dikalangan
remaja bagi menghilangkan sunyi dan membuat teman keluar.
Melihat rakan mempunyai pasangan, kita pun ingin mencuba. Budaya
seperti ini boleh membawa kepada zina. Daripada budaya ini, kita
banyak mendengar kes-kes pembuangan bayi di media massa sama
ada media cetak mahupun media elektronik.

Akhir sekali ialah didikan agama dan nilai-nilai murni tidak
diterapkan dalam diri kalangan remaja pada masa kini. Hal ini
disebabkan ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan duniawi,
kebendaan dan kedudukan sehinggakan mereka alpa terhadap perihal
anak-anak mereka. Oleh itu, anak-anak mereka tidak mendapat
didikan agama yang secukup oleh ibu bapa mereka. Hal ini
menyebabkan mereka tidak dapat membezakan perkara baik dan
buruk terhadap perbuatan yang mereka lakukan.

17

KESAN KESAN

Melahirkan golongan hedonisme. Tidak minat untuk belajar.
Hedonisme ialah pegangan atau
Kebiasaanya apabila pelajar sekolah
pandangan hidup yang mementingkan
keseronokan atau kesenangan hidup. telah didedahkan dengan hiburan tanpa
Golongan hedonisme mengambil kira
bagaimana tindakannya boleh memberi diawasi pasti perubahan drastik akan
kesan terhadap keseronokkan dan
kegembiraan dalam kehidupan sama ada berlaku. Tambahan pula, hiburan itu
pada masa kini atau akan datang. Oleh itu,
tugas mereka yang utama adalah adalah sesuatu perkara yang baru bagi
meningkatkan kadar pengalaman yang
menyeronokkan dan mengurangkan kadar seseorang yang menyebabkan keinginan
ketidakselesaan seperti kesakitan, kesedihan
dan kekecewaan. Apabila golongan mencuba hadir. Perubahan drastik yang
hedonisme ini wujud maka timbul gejalan
yang melupa kan agama, budaya, asal usul, biasa didengari ialah mengisap rokok,
dan etika murni. Hal ini kerana, individu
akan asik berseronok sehingga malas melepak, minum arak dan sebaginya. Hal
melakukan pekara yang disuruh dan
membuat apa yang dilarang. Selain itu, in termasuklah tidak berminat untuk belaja.
remaja hilang matlamat hidup kerana
terlaku leka pekara yang penuh ilusi Sebelum ini belajar semuanya dalam
sehingga melupakan matlamat hidup
sendiri. keadaan baik tetapi setelah terjebak dengan

hiburan maka kemalsan itu datang. Dalam

masa yang sama, pelajar tersebut boleh

gagal dalam pelajaran. Apabila tidak

belajar itulah padahnya, kegagalan yang

ditemuinya. Hal ini akan menyebabkan

masa hadang seseorang gelap dan boleh

meningkatkan kadar kehidupan tidak

mempunyai perkerjaa kerana tidak

mempunyai keputusan yang cemerlang

dalam pelajaran.

18

/IMPAK

Merugikan wang. Menimbulkan angkara negatif.
Seseorang individu akan kehabisan Hiburan melampau juga dapat

wang ringgit jika tidak bijak untuk menyumbang pelbagai angkara negatif.
mengunakannya denagn sebaik Contonhnya, pergaulan bebas. Hal ini
mungkin. Mungkin ramai dikalangan kebiasaannya berlaku kepada remaja. Sudah
kita suka pergi ke pusat hiburan untuk ternyata bahawa remaja sangat suka akan
melupakan masalah yang dihadap benda yang baru dan akan mencubanya.
dengan mengeluarkan wang yang Misalnya, remaja lelaki bergaul dengan
besar. Tetapi persoalan disini, adakah remaja perempuan ditempat yang gelap dan
masalah itu dapat diselesaikan? . mendatangkan kecurigaan bagi masyarakat
Sememangnya tidak bukan. Lebih sekeliling yang melihatnya. Selain itu,
baik wang itu digunakan untuk bergaduh sesama meraka. Hal ini
mengelesaikan masalah atau disimpan kebiasaanya berlaku kerana ketidakpuasan
untuk masa kecemasan Selain itu, hati seseorang. Mungkin terlalu bergaul
segelintir individu sanggup sehingga tidak melihat status seseorang itu
mengeluarkan wang ringgit bahkan untuk berkawan. Mungkin isteri orang yang
harta benda semata-mata untuk dijadikan kekasih. Maka pergaduhan berlaku.
berhiburan

19

BUDAYA HEDONISME,
SERONOK SANTAI BULAN
RAMADAN MUSIM
PANDEMIK

berlari meninggalkan kita Saya teringat pesan-pesan berharga
yang masih termanggu dan culas almarhum Tuan Guru Nik Abdul
memohon keampunan. 17 Ramadan Aziz Nik Mat agar lidah kita
memberikan ruang Kita cuti rehat, juga dibiasakan menyebut bulan
pelbagai program membicarakan Ramadan, bukan memanggilnya
kemuliaan Al Quran, kisah Nuzul Al bulan puasa. Hujah almarhum,
Quran dan pelbagai mukjizat Al Quran. disebut bulan puasa maka tergambar
Bulan turun Al Quran ini juga Allah pesta makanan dan berpuasa
membuka ruang seluas mungkin untuk semata-mata. Jika diratib bulan
mengampunkan kita, para pendosa Ramadan maka pakejnya pelbagai
yang tak sedar dek untung. Bulan seperti bulan al Quran, bulan jihad,
pengampunan dengan bonus pahala bulan pengampunan dan pelbagai
yang meruah namun sebahagian kita gelaran yang lain.
masih leka dan terbuai diulit mimpi.
Masa yang sangat berharga, dihabiskan 20
dengan menonton siaran televisi dan
menggodek telefon pintar. Media sosial
meriah di musim PKP, umpat keji
bergentayangan dan kita terus terlalai
walau jasad terpasung di dalam rumah.
Mengumbar selebriti berpurdah,
mengumpat pemimpin seolah satu
nikmat tak terperi bagi sesetengah
insan bergelar Muslim.

Al Quran dibiarkan sendu dan tak
tersentuh walhal ar Rasul SAW sangat
akrab dengan al Quran, ditasmik
bacaan oleh malaikat Jibril dan paling
malang ramai anak remaja tidak pandai
membaca kalam suci. Miskin jiwa anak
bangsa ini jika tak mampu membaca
ayat-ayat suci sedangkan mereka
mampu menghafal lirik-lirik lagu!.

Masyarakat Muslim perlukan

vitamin intelektual dan hiburan

patuh syariah yang membina

peradaban. Entahlah, mungkin rasa

bosan terkurung menjadikan kita

kecanduan berhibur atau kita

menyalahi catatan takdir. Kita

semua, peserta-peserta universiti

tarbiah Ramadan sepatutnya insaf

dengan membuncahnya aktiviti

penagihan najis dadah dalam

Rugilah kita semua jika musim PKP kalangan anak muda, gejala buta
saat Ramadan ini, namun kalam suci agama, kecanduan melampau pada
tak mampu kita sulam dan hiburan serta ghazwatul fikri yang
menghayatinya tetapi dijarah masa dilancarkan oleh musuh Islam untuk
dengan menonton daripada satu merosakkan belia dan anak muda.
rancangan ke rancangan hiburan yang Moga Ramadan musim pandemik ini
lain. Tujuannya untuk membunuh merubah cara kita melihat
masa, sedangkan masa adalah modal sarwajagat, jadilah insan peduli
dunia kita paling berharga untuk ummah, ringan membantu orang
dibawa ke negeri abadi. Alangkah lain, menyintai petunjuk Rabbani,
singkatnya umur umat Muhammad berteleku memohon keampunan
SAW, sehingga Allah anugerahkan Tuhan dan bercermin diri. Entah ini
Ramadan kepada kita semua dengan Ramadan terakhir buat kita teman-
semua amalam akan dilipat kali teman! Jom meriahkan Ramadan
dengan alunan Al Quran. 21 –
gandakan.
HARAKAHDAILY 29/4/2021

CARA-CARA MENGATASI

HIBURAN MELAMPAU

22

1.Keprihatinan ibu bapa.

-Peranan sebagai ibu bapa kepada seseorang
remaja amat penting kerana ibu bapa
merupakan orang yang sangat rapat dengan
anak-anak atau remaja pada masa kini. Ibu
bapa yang prihatin adalah ibu bapa yang
sering mengikut pekembangan atau
perubahan sikap bagi anak mereka. Selain
daripada wang, anak juga memerluka
keprihatinan dari kedua-dua ibu bapa
mereka. Walau sibuk dengan kerja
sekalipun, ibu bapa perlulah membahagikan
masa untuk bersama anak-anak meraka
yang sedang mencari erti kehidupan. Hal ini
boleh melahirkan rasa disokong oleh orang
tersayang bagi seseorang remaja

2.Memberi pendidikan dan kasih sayang
secukupnya.

-Ibu bapa perlulah memberi pendidikan dan

juga mencurahkan kasih sayang yang cukup

terhadap anak-anak mereka. Bak kata
pepatah melayu, “Melentur buluh biarlah
dari rebungnya”. Bermaksud, ibu bapa

perlulah mengajar cara berhibur yang betul

sejak anak kecil lagi. Atau memberitahu

kesan apabila berhiburan kepada anak-anak

supaya meraka tidaklah menjadi seperti

kejutan budaya apabila besar nanti. Dalam

masa yang sama anak-anak dapat membesar

dengan sihat dan tidak terjebak ke jalan yang

tidak benar dan mereka dapat bezakan yang

mana satu jalan yang betul dan mana satu

jalan yang salah. 23

3.Menerapkan nilai-nilai murni melalui
pendidikan agama dan moral.

-Ibu bapa juga seharusnya menerapkan nilai-
nilai murni kepada anak-anak sejak mereka
masih kecil lagi.Sebagai contoh, ibu bapa
boleh menerapkan nilai-nilai murni dengan
memberi pendidikan agama dan moral
kepada anak-anak. Dengan ini, remaja
mengerti cara untuk bergaul dalam hiburan.
Contohnya,semasa berhiburan berlangsung
kaum lelaki dan perempuan mestilah
diasingkan ini kerana tidak mahu berlakunya
fitnah dalam masyarakat. Seterusnya, remaja
dapat berkomunikasi dengan orang lain
dengan menggunakan nada yang lembut dan
sopan dengan orang lain.

4. Bijak memilih kawan.

-Remaja perlulah bijak untuk memilih
kawan. Remaja haruslah berkawan
dengan kawan yang dapat membantu
dalam pelajaran. Contohnya, kawan
yang baik akan mengajak kita untuk
belajar bersama, mengajar kita
melakukan perkara yang baik dan
seterusnya mengiringi kita ke arah

yang betul.

24

5.Memberi nasihat.

-Remaja haruslah berjumpa dengan ahli
keluarga,guru atau orang yang dipercayai
apabila mengalami masalah. Remaja tidak
perlu segan untuk meluahkan perasaan dan
beritahu tentang masalah yang dihadapi
kerana mereka akan memberikan nasihat
kepada kita. Dengan ini, kita akan
mendapatkan nasihat dan pandangan yang
baik tentang masalah yang kita hadapi.

6 .Penguatkuasaan undang-undang.

-Pihak berkuasa juga memainkan peranan
yang amat penting. Pihak berkuasa seperti
polis haruslah berkerjasama dengan pihak
sekolah. Hal ini kerana, apabila pelajar
melakukan kesalahan dan melanggar
peraturan di sekolah, pihak sekolah boleh
menghubungi bidang kuasa polis dalam
mendisiplinkan pelajar-pelajar.Dengan cara
ini, pelajar akan takut untuk melakukan
kesalahan dan seterusnya dapat kurangkan
masalah yang dilakukan oleh remaja.

25

KESIMPULAN

Remaja generasi kini tidak lagi mementingkan perihal halal dan haram contohnya
minum arak, berpegangan tangan (bukan muhrim) malah ada juga tidak menghormati
ibubapa, guru, dan golongan yang lebih tua daripada mereka, tentang belajar, bekerja dan
lain-lain lagi. Mereka lebih mementingkan keseronokan yang tiada batasan dan mereka
merasakan diri mereka seperti kurang bermakna jika tiada keseronokan dalam hidup.
Secara amnya, golongan remaja adalah yang berumur antara 11 tahun hingga 19 tahun.
Ketika diusia remaja ramai diantara mereka yang terlibat dalam hiburan yang melampau
dan mempunyai pelbagai masalah sosial. Diusia ini juga remaja yang kurang pemerhatian

dari ibubapa akan cuba mencari keseronokan diluar.

Oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang tinggi dalam mendidik anak-anak
mereka supaya menjadi generasi yang berguna pada suatu hari nanti iaitu dengan cara ibu
bapa perlu memantau keadaan anak-anak mereka supaya tidak mudah terjebak ke dalam

aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. Didikan agama juga perlu dititikberatkan dalam
keluarga agar ia dapat dijadikan panduan untuk membina keluarga yang harmoni.Usaha
memperbaiki akhlak remaja bukanlah suatu usaha jangka pendek yang boleh dilakukan

oleh sesuatu individu khusus, tetapi ia adalah usaha berterusan yang memerlukan
kesedaran dan tindakan semua pihak, daripada ibubapa, sekolah, institusi-institusi kerajaan

dan bukan kerajaan, dan diri remaja itu sendiri. Gejala-gejala keruntuhan akhlak yang
semakin meluas pada hari ini adalah sebahagian daripada simtom-simtom meninggalkan

peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Kesimpulannya, keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini haruslah ditangani
dengan bijak dan segera. Semua pihak, termasuklah ibu bapa atau penjaga, pihak sekolah,
jiran tetangga, serta segenap lapisan masyarakat haruslah berganding bahu dan bersama-

sama mengatasi masalah yang kian runcing di negara kita pada hari ini. Sesungguhnya,
para remaja pada hari ini merupakan umarak (pemimpin) nusa bangsa pada masa depan.

26

RUJUKAN

http://islam4online.blogspot.my/2012/08/yang-
dihalalkan-dalam-islam-jenis.html

http://ikhlas89.blogspot.my/2011/02/hiburan-
melampau-keburukan-implikasinya.html
http://anak-petani.blogspot.my/2010/12/hiburan-
dalam-islam.html
Berita Harian Online
PressReader.com
https://mandat.wordpress.com/2007/11/20/hiburan-
melampau-teguran-tok-guru/

27

LAMPIRAN

Hiburan melalui pergaulan bebas

Hiburan yang mendatangkan kemaksiatan

28

Hiburan yang tidak mengasingkan lelaki dan perempuan

Hiburan yang menampakkan kurangnya ajaran agama

29


Click to View FlipBook Version