The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by mi4906095, 2023-03-25 19:24:23

Efolio stk alkohol dalam minyak wangi

efolio stk

SLIDESMANIA.COM Alkohol Dalam Minyak Wangi SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM (MPU23052)


SLIDESMANIA.COM MPU23052... NAMA PENSYARAH:RAIHAN BINTI AHMAD AHLI KUMPULAN MUHAMMAD AMALUDDIN BIN NOOR RELEE (16DEE20F2010) MUHAMMAD IKHWAN BIN ABDUL GHANI (16DEE20F2009) AHMAD SHAMIL DANIEL BIN AHMAD RAZALI (16DEE20F2007)


SLIDESMANIA.COM Pengenalan . Hukum. Hubungkait prinsip syariah dan kaedah fiqh. Kesimpulan Alkohol Dalam Minyak wangi 01 02 03 04


SLIDESMANIA.COM 01 Pengenalan Minyak wangi adalah campuran minyak essential Dam senyawa aroma, fiksatif, dan pelarut yang digunakan sebagai pewangi pada tubuh manusia, objek atau ruangan. Ramai orang memakainya terutama kaum hawa mereka dapat bernampilan dengan lebih bergaya, dan agar dilihat lebih percaya diri. Jenis minyak wangi pun banyak dan yang kita selalu dengar adalah minyak wangi beralkohol dan non alkohol. Untuk minyak wangi beralkohol, banyak yang masih was was dan bertanya tanya tentang hukum menggunakan parfum beralkohol. Bahkan ada yang tidak berani menggunakannya saat solat kerana ketidak tahuan mereka tentang hukum menggunakan parfum beralkohol.


SLIDESMANIA.COM TAHUKAH ANDA Alkohol merupakan suatu sebatian organik yang mengandungi kumpulan berfungsi hidroksi.Istilah arak atau khamr dan alkohol sebenarnya memberi pengertian yang berbeza dan maksud keduanya.Alkohol yang diharamkan adalah etanol yang menjadi salah satu bahan dalam arak.terdapat perbincangan yang luas di antara para fuqaha tentang penggunaan alkohol dalam pelbagai cabang sesuai dengan perkembangan ilmu pengetahuan terutamanya bidang sains dan teknologi. Kajian kepustakaan melalui pembacaan jurnal, tafsir Al-Quran dan sebab diturunkan ayat tersebut, telah dijalankan bagi mengetahui tentang maksud sebenar alkohol dan penghasilannya, sejarah dan hikmah pengharaman alkohol (arak) dalam syariat Islam, kesan pengambilan alkohol terhadap tubuh manusia dan kegunaan serta isu-isu berkaitan dengan penggunaan alkohol dalam kehidupan seharian.Pengharaman alkohol (arak) dalam syariat Islam adalah secara berperingkat dan ia mempunyai hikmahnya yang tersendiri antaranya bagi menunjukkan kepada manusia bahawa alkohol juga boleh dimanfaatkan dalam kehidupan.


SLIDESMANIA.COM SUMBER JAKIM Minyak wangi beralkohol HARUS digunakan dalam solat. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis. Alkohol merupakan satu cecair yang dijadikan sebagai campuran bahan dalam minyak wangi dan minuman keras ataupun ubat-ubatan. Alkohol adalah tidak najis dan boleh digunakan di dalam solat jika kandungan alkohol tersebut dalam kadar yang sedikit dan tidak boleh dipisahkan dengan bahan asli. Alkohol yang diperoses bagi menghasil arak adalah najis dan haram.


SLIDESMANIA.COM SAH, tetapi perlu dipastikan dahulu minyak wangi itu tidak diperbuat daripada najis atau benda yang haram. ― Sumber JAIS:


SLIDESMANIA.COM PRINSIP SYARIAH Rabbaniah (Ketuhanan) Wasatiah (Kesederhanaan) Tawazun (Keseimbangan) Mizan (Kesetaraan) Tetap dan Anjal (Mutlak dan Murunah)


SLIDESMANIA.COM Tetap dan Anjal (Mutlak dan Murunah) ● Tetap dan anjal menurut syariat terlihat dalam aspek hukum hakamnya tetap untuk semua zaman dan umat ● Tiada berlaku sebarang perubahan hukum seperti pengharaman arak. Namun begitu, pengharaman boleh dikecualikan atau digugurkan seandainya ada keperluan syar’ i untukmenggunakannya. ● Contohnyaarak terpaksa digunakan untuk tujuan perubatan. Kelonggaran ini boleh berlaku seandainya tiada pilihan lain bagi mengubati penyakit yang merbahaya. ● Kemutlakan dalam hukum diperlukan bagi memelihara kesucian prinsip syariat dan keanjalan wajar dilakukan bagi meraikan sifat kehidupan manusia yang sentiasa berubah dan dinamik


SLIDESMANIA.COM Kaedah Fiqh Setiap perkara bergantung dengan niat Keyakinan tidak terhapus dengan keraguan Kesulitan mengundang kemudahan Kemudaratan dihapuskan Adat kebiasaan dijadikan sumber hukum


SLIDESMANIA.COM Kaedah Fiqh Keyakinan tidak terhapus dengan keraguan Maksudkenyataan tersebutialah perkarayang telah diyakini berlaku apabilatimbulnya keraguan yang meragui keyakinan itu tidak akan dikira. Dengan kata lain perkara asal dan yakin tidak boleh ditinggalkan hukumnyadisebabkan oleh sebarangsyak atau keraguan. Sekiranyaseseorangitu yakin sesuatu perkaradan ditetapkan hukumnya, kemudian berlaku syak atau keraguan terhadapkeyakinan tersebut, makakeyakinan asal masih kekal dan tidak perlu beramal atau berpegangdengan perasaan syak yang wujuddalam diri. Kaedah ini terbit antaranyadaripada sabda Rasullullah SAW yang bermaksud: "Apabila seseorangkamu ragu-ragu ketikasembahyangnya, iatidak ingat berapa rakaatkah yang telah dilakukannya, tigaatau empat, hendaklah iaketepikan keraguan tersebutdengan keyakinandan berpegangdengan apayang meyakinkan“ (Riwayat Muslim)


SLIDESMANIA.COM Kaedah Fiqh PandanganJumhur Ulama al-Syafieyyah memandang bahawa alkohol adalah najis kerana iatermasuk dalam jenisbahan cecair yang memabukkan. Disebut dalam Kitab Fiqh al-Manhaji (1/183-184): “Pertama: Arak dan semuacecair yang memabukkan. Hal ini berdasarkan firman Allah SWT: َصا ُب َوا ْْلَ ْزََلمُ ِر ْج ن َميْ ِس ُر َوا ْْلَ ْ َخ ْمُر َوال ْ َما ال نَّ ِ َمنُوا إ ِذي َن آ َّ َها ال ُّ ي َ ِن يَا أ فَ ٌس ِ م ْن عَ َم ِل الشَّيْطَا ْم تُفْ َّكُ ِل ُُو َن ل ا ْجتَنِبُوهُ لَعَ Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Bahawasesungguhnyaarak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasibdengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Surah al-Maidah: 90)


SLIDESMANIA.COM Kaedah Fiqh PandanganJumhur Maksudkotor dalam ayat di atas ialah najis. Daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: م ٌ ر َُ َرا ٍ ن كُ َّل َخ ْم َّ َ ر َوأ ٌ ر َخ ْم ٍ م ْسِك كُ َّل ُ Maksudnya: “Setiapyang memabukkan adalah arak dan setiap arak adalah haram.” Riwayat Muslim (2003)” Ini juga adalah pendapat muktamad dalam mazhab Maliki, Hanafi, dan Hanbali. Rujuk alMausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (40/93-94).


SLIDESMANIA.COM Pandangan Minoriti Mereka berpendapat arak itu haram minumnya tetapi sifatnya tidak najis. Mereka berdalilkan dengan perbuatan para sahabat antaranya Abu Talhah yang menumpahkan dan memecahkan tempayantempayan arak setelah arak diisytihar haram di dalam Islam, sehingga mengalir arak itu di jalan-jalan di Madinah (Rujuk Sahih al-Bukhari no. 2464). Jika arak najis, nescaya para sahabat tidak melakukan perkara itu kerana terdapat larangan untuk membuang rata najis dan kencing di jalanan. Mereka menjawab istidlal kenajisan arak pada ayat 90 surah al-Maidah dengan maksudnya adalah najis hukmiyyah atau maknawi, bukannya pada zat atau ainnya. Dalam erti kata lain, batang-batang panah yang digunakan untuk meneka nasib, tanah pada berhala dan alat-alat judi itu bukan najis pada ainnya. Najis maknawi juga ada di dalam ayat al-Quran:


SLIDESMANIA.COM Pandangan Minoriti س ٌ َج و َن نَ ْشِركُ م ُ ْ َما ال َّ ِن إ Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis, (Surah al-Taubah: 28) Najis di sini bererti najis pada kepercayaan, bukan pada badan. Justeru pendalilan najis berdasarkan lafaz rijs pada ayat ini tidak bersifat qat’i (pemutus). Ini adalah pendapat Rabi`ah Syeikh kepada Imam Malik, al-Laith bin Saad, al-Muzani sahabat dan anak murid kepada Imam al-Syafie dan golongan ulama mutaakhkhirin seperti al-Syaukani dalam Nail alAutar, al-San’ani dan Syeikh Muhammad Rashid Ridha, dan Syeikh Atiyyah Saqr. Rujuk Fatawa Atiyyah Saqr (1/78); al-Mausu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (40/93-94).


SLIDESMANIA.COM KESIMPULAN Kesimpulannya, mana mana alkohol yang terhasil TIDAK MELALUI PROSESPEMBUATAN ARAK adalah diharuskan penggunaannya. Selain itu, penggunaan alkohol dalam kosmetik dan minyak wangi juga adalah TIDAK MEMABUKKAN sama sekali. Manakala arak yang diharamkan adalah kerana ia boleh menyebabkan mabuk dan hilang ingatan atau akal. Secara mudah, kosmetik dan minyam wangi yang mengandungi alkohol adalah bukan najis dan harus digunakan umat islam.


Click to View FlipBook Version