The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by visakir2009, 2020-11-10 22:39:00

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN E-FOLIO

MPU21032 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK TUGASAN

SUKAN DAN PERPADUAN NEGARA KE ARAH MENJADIKAN
NEGARA HARMONI

NAMA PENSYARAH

PUAN NUR KHAMSIAH BINTI ADAN

NAMA PELAJAR

VISALINI A/P RATHINA KUMAR [33DTM20F1018]
DANESHAA A/P NAGUDREN [33DTM20F1032]
MAHALATCHUMI A/P RAJOO [33DTM20F1024]
CHONG FOO WENG [33DTM20F1046]
ALFRED YEANG ZHI AN [33DTM20F1016]

1

SENARAI KANDUNGAN M/S
1.0 PENGENALAN 3
4
2.0 OBJEKTIF TUGASAN
5-11
3.0 SUKAN DAN
PERPADUAN NEGARA KE 12
ARAH MENJADIKAN 13-16
NEGARA HARMONI
4.0 KESIMPULAN 17

5.0 LAMPIRAN

6.0 RUJUKAN

2

1.0 PENGENALAN

Perpaduan merupakan aset negara yang amat penting dan
merupakan tulang belakang untuk menjadikan negara ke arah
harmoni.Perpaduan tidak akan dapat dikecapi tanpa usaha dan
langkah yang diambil oleh itu menggunakan sukan sebagai kunci
kepada perpaduan. Sehubungan dengan itu, semua pihak
seharusnya mengorak langkah atau mencari jalan dengan
mengadakan aktiviti atau pertandingan berkaitan sukan untuk
mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Hal ini
dikatakan demikian kerana perpaduan banyak menyumbang
dalam bidang sukan untuk mencapai kejayaan.Sukan merupakan
satu aktiviti riadah yang memainkan peranan yang sangat penting
bukan sahaja dalam pembangunan ekonomi negara, tetapi juga
pembangunan sosial.Malaysia juga dikenali sebagai negara yang
berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan
kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan
kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap
Malaysia,daripada ini juga mereka dapat berkesan kerjasama
rakyat malaysia untuk mencapai kemenangan dalam bidang
sukan antarabangsa.

3

2.0 OBJEKTIF TUGASAN

1)Untuk menggalak dan mewujudkan peluang dan kemudahan
untuk mempertingkatkan kemahiran dan kecemerlangan
individu dalam sukan di semua peringkat, termasuklah
antarabangsa.

2) Semangat persaingan yang sihat dan muhibah dalam
kalangan masyarakat dapat dipupuk.

3)Untuk menjelaskan perhubungan yang baik dapat membantu
dalam pembentukan sebuah negara yang harmoni.

4)Untuk menjelaskan bahawa penganjuran aktiviti sukan dapat
membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan ekonomi
negara.

5)Untuk mewujudkan sikap bekerjasama dan saling menyayangi
dalam masyarakat berbilang kaum.

4

3.0 SUKAN DAN PERPADUAN NEGARA KE ARAH
MENJADIKAN NEGARA HARMONI

3.1 Rakyat dapat memperkukuhkan perpaduan melalui aktiviti
sukan

Sukan mampu menjadi landasan dalam memperkukuhkan
perpaduan antara kaum. Biarpun berlainan kaum dan bangsa
namun ketika menyokong pasukan negara yang
bertanding,tembok yang tebal sebagai kaum dan bangsa berlainan
itu boleh dihapuskan. Contohnya,apabila pasukan Harimau
Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya
kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat dicapai
dengan bekerjasama memberi sokongan yang hebat tanpa
mengira peserta daripada kaum atau bangsa lain. Semua rakyat
bersama-sama bersorak dan menjerit dengan satu citra- Harimau
Malaya perlu menang. Aktiviti bersukan dapat memperkukuhkan
perpaduan dan pada masa yang sama dapat menerapkan disiplin
dan integriti dalam kalangan peserta. Hal ini kerana, peserta dan
penonton dapat menanamkan semangat kalah pun sama-sama
kecewa , menang pun sama-sama gembira. Saya juga dapat
berkesan sejak dulu sehingga hari ini tidak didominasi oleh
sesuatu kaum sahaja. Semua kaum ada dalam sesebuah pasukan
sebagai pemain, jurulatih mahupun pengurus. Akhirnya, pihak
berkuasa juga hendaklah kerap menjalankan aktiviti sukan
seperti ini dalam kalangan masyarakat bukan hanya
melakukannya pada hari tertentu dalam setahun sahaja supaya
masyarakat dapat bergaul antara satu sama lain dengan ini
jadilah memperkukuhkan perpaduan dengan penglibatan aktiviti
sukan antara rakyat .

5

3.2 Sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan
dalam kalangan rakyat di sesebuah negara

Apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada
pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling
membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan.
Semasa berada dalam satu kumpulan, timbul perasaan kekitaan
atau espirit de corp dalam kalangan mereka. Keamanan Negara
dapat dicapai jika setiap negara menitikberatkan fungsi sukan
dalam membentuk perhubungan global yang baik.Contohnya,
pelancaran aktiviti sukan secara global juga dapat mewujudkan
hubungan diplomatik antara sebuah negara dengan negara yang
lain. Semangat ini amat penting bagi mewujudkan perpaduan
kaum di negara kita. Selain itu, perpaduan turut dapat disemai
dalam kalangan penonton apabila mereka menyokong pasukan
yang sama. Nilai perpaduan ini menjadi landasan untuk rakyat
membangunkan negara.

6

3.3 tanggungjawab untuk memastikan sukan sebagai wadah
perpaduan kaum

ibu bapa merupakan orang yang paling utama menentukan sukan
sebagai wadah penyatuan perpaduan masyarakat negara. Bak
kata peribahasa Melayu, melentur bulur biarlah daripada
rebungnya. Bahkan juga, ibu bapa merupakan suri teladan
kepada anak-anak, justeru, ibu bapa perlu memberi contoh
terbaik kepada anak-anak untuk melibatkan diri dengan aktiviti
sukan. Terdapat pelbagai cara untuk ibu bapa untuk
menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak, bukan sahaja
penglibatan mereka dengan aktiviti sukan malah melibatkan
anak-anak untuk turut serta dengan aktiviti berkenaan. Sebagai
contoh, ibu bapa boleh menyertai aktiviti sukan tidak kira di
mana-mana sahaja dengan membawa bersama anak-anak
mereka. Aktiviti sukan berkenaan tidak mengira apa sahaja
aktiviti sukan, sama ada permainan bola sepak, permainan sepak
takraw, permainan badminton, dan terbaik aktiviti berkenaan
melibatkan pelbagai kaum kerana dengan cara berkenaan dapat
mengukuhkan perpaduan kaum. Sekiranya, ibu bapa dapat
melibatkan diri acara sukan yang melibatkan pelbagai kaum
sudah pasti ikatan perpaduan kaum akan lebih erat. Pelbagai
kaum yang terlibat dengan aktiviti sukan akan dapat berbincang.
berbual, dan mengenal hati budi kaum yang lain sehingga mereka
dan begitu juga anak-anak yang terlibat dengan aktiviti sukan
akan dapat berkenal-kenalan antara satu sama lain. Inilah situasi
yang kita mahukan agar perpaduan kaum akan berkekalan
setelah berlakunya perbalahan kaum sentiasa menjadi sejarah
hitam negara pada 13 Mei 1969. Tegasnya, menyatakan ibu bapa
merupakan orang yang paling utama menetukan survival sukan
sebagai wadah penyatuan perpaduan masyarakat negara.

Seterusnya,aktiviti bersukan sebagai agenda pengukuhan
kaum bermula di peringkat sekolah, setiap sekolah pastinya akan
mengadakan Kejohanan Olahraga Tahunan pada setiap tahun.
Pada kejohanan ini, semua pelajar akan dibahagikan kepada
empat atau lima kumpulan besar atau dipanggil “rumah sukan”
secara rawak di mana setiap rumah sukan itu bukan sahaja akan
terdiri daripada pelajar-pelajar yang berlainan umur (daripada
Darjah 1 hingga Darjah 6) atau (daripada Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5) malah terdiri daripada para pelajar yang berlainan

7

kaum. Setiap ahli rumah sukan diberikan peluang untuk
mengambil bahagian dan mewakili rumah sukan masing-masing
dalam mana-mana acaras ukan yang dipertandingkan mengikut
kategori umur (acara bawah 15 tahun atau acara bawah 17
tahun). Tiada acara sukan yang dipertandingkan mengikut kaum
atau agama masing-masing. Begitu juga dengan rakan-rakan
penyokong serta guru-guru penasihat rumah sukan yang akan
menyorak memberi sokongan kepada atlet-atlet rumah sukan
masing-masing tanpa mengira bangsa mereka. Pelaksanaan
Dasar 1 Murid 1 Sukan di semua sekolah di Malaysia
menjadi penggerak utama perpaduan pelajar berbilang kaum di
negara ini.. Dasar tersebut dibuat setelah terbukti bahawa sukan
boleh menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara
kita. Menurut kata Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk
Asariah Meor Shaharuddin, dengan menceburi bidang sukan,
akan dapat memupuk semangat setiakawan dan
berpasukan terutamanya dalam kalangan masyarakat majmuk di
negara kita di samping mampu melahirkan atlit yang
berkaliber sehingga ke peringkat antarabangsa. Seterusnya,
melalui Kejohanan Peringkat MSSM yang dianjurkan juga mampu
memperlihatkan peranan sukan sebagai medium dalam
membentuk perpaduan kaum. Kejohanan ini hanya terbuka
kepada pelajar-pelajar sekolah bantuan kerajaan bawah umur 18
tahun. Selainitu, kejohanan ini selalunya disertai oleh berpuluh-
puluh sekolah termasuklah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina serta Sekolah Jenis Kebangsaan
(SJK)Tamil. Ketika kejohanan ini berlangsung, bukan sahaja kita
dapat melihat atlet-atlet yang berlatar belakangkan daripada
pelbagai kaum beraksi untuk sekolah mereka malah kita dapat
melihat kedudukan khemah-khemah setiap sekolah yang disusun
sebelah menyebelah yang disusun secara rawak atau secara
cabutan undi tanpa mengira jenis sekolah. Keadaan ini membuka
peluang kepada para atlet sekolah serta guru pengiring untuk
berkenalan dan menambah kenalan dengan atlet-atlet daripada
sekolah-sekolah lain terutamanya atlet daripada Sekolah Jenis
Kebangsaan. Tegasnya, Aktiviti bersukan sebagai agenda
pengukuhan kaum bermula di peringkat sekolah.

8

3.4 Sukan dapat mewujudkan perpaduan ,keharmonian ,
kesahabatan dan peningkatan ekonomi di sesebuah negari .

Sukan akan menjadikan negara harmoni . Aktiviti sukan yang
terlibat ada beberapa jenis iaitu sukan tradisional , sukan di
olmypic dan sebagai-bagainya . Aktiviti sukan dapat memupuk
perpaduan dan persahabatan dengan mencapai kejohanan atau
matlamat secara bersama . Selain itu , dalam pencapaian ini dapat
mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara lain . Bagi
perpaduan , rakyat yang selalu menyokong rakyat sendiri atau
pasukan yang sama , perbuatan ini akan menguatkan perpaduan
dalam kalangan rakyat sendiri . Dengan menyokong pasukan
Malaysia dalam pelbagai pertandingan tanpa mengira perkauman
memperkukukan perpaduan antara kaum . Walaubagaimanapun
, jika pertandingan itu kalah penonton itu semua akan kecewa
bersama sama dan menanamkan semangat kecewa , bak kata
pepatah berdiri sama tinggi , duduk sama rendah . Perpaduan itu
ialah tulang belakang dan asset yang penting di bagi negara
kerana ia melahirkan keharmonian di negara . Sementelahan ,
untuk memupukkan perpaduan dalam segi sukan , ibu bapa
boleh menyokong anak anak sendiri untuk melibatkan diri dalam
pelbagai sukan dan menyertai pertandingan supaya boleh
membangunkan maruah negara dan menjadikan sesebuah model
bagi generasi yang baru . Akhir sekali , untuk memupukkan
perpaduan , boleh mewujudkan peluang kepada generasi baru
untuk mencungkil bakat sendiri , menunjukkan kemahiran
sendiri , dan juga mempertingkatkan ekonomi di negara sendiri
melalui penyertaan dan sumbangan di kalangan belia dan sukan
contohnya aktiviti SUKAN SEA . Contohnya pelancong dari luar
negara menuju ke Malaysia mereka mestilah menukarkan mata
wang negara mereka kepada mata wang Malaysia. Ini
menunjukkan negara Malaysia dapat menjana mata wang negara
luar. Pelancong dari luar negara yang datang ke Malaysia juga
akan sentiasa beli barang buatan Malaysia . Sukan sukan di
Olympic atau sukan yang diadakan di luar termasuk di sekolah
atau di kampung , semasa sukan sukan dijalankan peserta dari
luar negeri atau luar sekolah atau jiran kampung mereka akan
berkenalan perbuatan ini akan mengeratkan hubungan mereka
sendiri dan lama lama jika mereka mengalami masalah , mereka
akan bersama sama menyelesaikan masalah bak kata pepatah
berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Akitiviti sukan semua

9

ini haruslah sentiasa dipupukan supaya boleh menguatkan
perpaduan antara kalangan semua rakyat dan boleh menjadaikan
sesebuah model kepada generasi baru . Pihak kerajaan , penghulu
kampung dan pihak sekolah haruslah sentiasa menganjurkan
pelbagai akitiviti sukan supaya perpaduan dapat dikekalkan
selama lamanya

10

3.5 Ekonomi negara juga dapat ditingkatkan melalui sukan.
Pendapatan negara juga dapat ditingkatkan melalui sukan.
Penganjuran Sukan Komanwel Ke-16 pada tahun 1998 dahulu
menguntungkan negara dari segi pendapatan. Sebagai contoh,
kemasukan pelancong yang ramai menjana ekonomi negara.
Selain itu, hak penyiaran eksklusif melalui penganjuran sukan
Formula 1 juga menguntungkan penganjur. Industri sampingan
seperti pengangkutan, makanan , media dan pelancongan turut
mendapat tempiasnya. Pelaburan asing juga dapat ditingkatkan
dan Malaysia memperoleh keuntungan besar dari segi tukaran
wang asing. Jelaslah bahawa ekonomi negara dapat
dipertingkatkan melalui sukan.

11

4.0 KESIMPULAN

Bagi kesimpulan , sukan akan menjadikan negara harmoni . Aktiviti sukan yang terlibat
ada beberapa jenis iaitu sukan tradisional , sukan di olmypic dan sebagai-bagainya .
Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dan persahabatan dengan mencapai
kejohanan atau matlamat secara bersama . Selain itu , dalam pencapaian ini dapat
mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara lain . Bagi perpaduan , rakyat yang
selalu menyokong rakyat sendiri atau pasukan yang sama , perbuatan ini akan
menguatkan perpaduan dalam kalangan rakyat sendiri . Dengan menyokong pasukan
Malaysia dalam pelbagai pertandingan tanpa mengira perkauman memperkukukan
perpaduan antara kaum . Walaubagaimanapun , jika pertandingan itu kalah penonton
itu semua akan kecewa bersama sama dan menanamkan semangat kecewa , bak kata
pepatah berdiri sama tinggi , duduk sama rendah . Perpaduan itu ialah tulang belakang
dan asset yang penting di bagi negara kerana ia melahirkan keharmonian di negara .
Sementelahan , untuk memupukkan perpaduan dalam segi sukan , ibu bapa boleh
menyokong anak anak sendiri untuk melibatkan diri dalam pelbagai sukan dan
menyertai pertandingan supaya boleh membangunkan maruah negara dan
menjadikan sesebuah model bagi generasi yang baru . Akhir sekali , untuk
memupukkan perpaduan , boleh mewujudkan peluang kepada generasi baru untuk
mencungkil bakat sendiri , menunjukkan kemahiran sendiri , dan juga
mempertingkatkan ekonomi di negara sendiri melalui penyertaan dan sumbangan di
kalangan belia dan sukan contohnya aktiviti SUKAN SEA

12

5.0 LAMPIRAN

• Sukan merupakan antara cara yang paling berkesan
untuk meningkatakan semangat perpaduan.

13

• Landasan yang berkesan serta menerapkan nilai murni
yang dipatuhi.

14

• Terdapat atlet-atlet yang berlainan kaum menyertai
pelbagai acara sukan lalu mengharumkan nama negara
dengan pelbagai kejohanan dan penyertaan.

15

• Budayakan sukan sejak dari sekolah..didik golongan
muda dengan penerap nilai yang baik bagi memupuk
perpaduan.

16

6.0 RUJUKAN
WWW.sinarharian .com.my
Melakakini.com
Sarawakvoice.com
www.acamedia.edu
Buku Nota Penghayatan Etika Dan Peradaban

17


Click to View FlipBook Version