KERJA LAPANGAN SEJARAH TINGKATAN 3 NAMA : NUR SALSABILLA MELISSA KELAS : 3 CEKAP NAMA GURU : PN. NOR ASIAH BINTI SALLEH TAJUK : PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN
TEMA : TINDAK BALAS MASYARAKAT TEMPATAN TAJUK : PENENTANGAN MASYARAKAT TEMPATAN PERNYATAAN MASALAH “Kaedah yang digunakan oleh Tok Janggut menentang secara terbuka terhadap penguasaan British tidak Berjaya kerana kuasa colonial ini akan menggunakan kekuatan ketenteraan bagi menghapuskan penentangan” Sumber : Arkid Negara Malaysia Gerakan kebangkitan menentang kuasa Barat di Negara kita merupakan kesan cetusan rasa tidak puas hati masyarakat tempatan terhadap hak mereka yang dinafikan oleh British. Bincangkan. PERSOALAN KAJIAN a) Bincangkan factor penentangan pemimpin tempatan terhadap kuasa barat b) Ceritakan peristiwa kebangkitan Tok Janggut di Kelantan c) Mengapakah penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat menemui kegagalan.
TARIKH PERKARA CATATAN 1) 5.10.2021 MENDENGAR TAKLIMAT DARIPADA GURU MATA PELAJARAN SEJARAH IAITU PUAN NOR ASIAH BINTI SALLEH SECARA MAYA MELALUI GOOGLE MEET. 2) 12.10.2021 MENCARI MAKLUMAT MENGENAI TUGAS YANG DIBERI OLEH GURU BERSAMA RAKAN. 3) 13.10.2021 MENULIS KAEDAH KAJIAN DAN OBJEKTIF KAJIAN. 4) 15.10.2021 MENULIS DAPATAN KAJIAN , RUMUSAN DAN CADANGAN. 5) 17.10.2021 MENULIS RUJUKAN DAN MENCARI GAMBAR DAN MAKLUMAT YANG BERKENAAN 6) 20.10.2021 MENCETAK SEGALA BUKTI RUJUKAN YANG DIGUNAKAN. 7) 22.10.2021 MENGHANTAR TUGASAN YANG TELAH SIAP KEPADA GURU SEJARAH
OBJEKTIF KAJIAN Saya melaksanakan kes ini dengan beberapa objektif . Antaranya adalah untuk menyatakan faktor penentangan pemimpin tempatan terhadap kuasa barat. Ini telah memberi saya lebih pengetahuan tentang kenapa penentangan berlaku. Selain itu objektif kajian saya yang kedua adalah untuk menjelaskan peristiwa kebangkitan Tok Janggut di Kelantan. Akhir sekali , objektif kajian saya yang ketiga adalah untuk menghuraikan penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa barat menemui kegagalan setelah mereka Nampak seperti hampir berjaya. KAEDAH KAJIAN Kaedah kajian adalah cara atau usaha untuk mendapatkan maklumat sebanyak mungkin untuk menjawab semua persoalan kecil dalam kajian kes ini. Antara kaedah yang saya gunakan adalah: Saya menggunakan kaedah melayari internet di laman sesawang yang terdapat banyak maklumat yang saya perlukan untuk menjawab persoalan kajian yang diberikan kepada saya. Saya juga menggunakan kaedah audio visual dengan menonton video berkaitan dengan penentangan pemimpin dari Youtube bagi mengetahui lebih dalam lagi tentang tajuk yang diberi seperti peristiwa kebangkitan Tok Janggut dan lain – lain. Selain itu, saya turut menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan iaitu Buku Teks Sejarah Ting.3 yang telah disediakan dengan mukusurat yang boleh dirujuk.
HASIL DAPATAN Campur tangan kuasa barat di negara kita membawa perubahan kepada system pentadbiran kita yang jauh berbeza dengan pentadbiran British dan juga menyebabkan masyarakat tempatan tidak puas hati kerana kehilangan hak dan kedudukan mereka. Ini semua penyebab wujudnya penentangan. Terdapat beberapa faktor penentangan pemimpin tempatan terhadap kuasa barat. Antaranya ialah untuk mempertahankan hak dan kedudukan masing – masing. Selain itu ,matlamat mereka juga ingin mengembalikan serta mengekalkan sistem pentadbiran tradisional yang sedia ada seperti sebelum ini. Akhir sekali faktor penentangan pemimpin tempatan terhadap kuasa barat ialah untuk menentang pentadbiran dan peranan bahasa yang menyusahkan hidup rakyat tempatan. Mereka bangkit menentang kuasa barat di negara kita melalui beberapa strategi iaitu penentangan bersenjata , sistem perundangan dan mencabar perjanjian. Haji Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut disebabkan beliau memelihara janggutnya sampai ke paras dada. Beliau ialah salah satu daripada penentang penjajahan British dan juga seorang tokoh agama islam yang menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan yang terbunuh semasa menentang pengenaan cukai ketika Perang Tok Janggut di Kelantan. Dengan termeterainya , Perjanjian Inggeris Siam 1909 , Kelantan jatuh di bawah naungan kerajaan inggeris. Pada masa itu Kelantan diperintah oleh Long senik atau Sultan Muhammad IV. Pada 22 Oktober 1956 , kerajaan Kelantan telah membuat perjanjian dengan kerajaan inggeris. Semenjak itu mulalah campur tangan kerajaan Inggeris di Kelantan. Pihak kerajaan Inggeris juga memperkenalkan institusi pentadbiran baru seperti balai polis dan mahkamah di peringkat daerah termasuk juga di daerah Pasir Putih yang sebelumnya dikenali sebagai Pangkalan Limbungan. Sebelum kedatangan Inggeris, daerah tersebut ditadbir oleh seorang pembesar kerajaan Kelantan yang dikenali dengan gelaran Seri Maharaja Tua. Pada 22 April 1915 , pentadbiran diambil oleh Abdul Latif. Keadaan bertambah buruk apabila Abdul Latif pegawai pentadbiran institiusi yang berasal dari luar Kelantan menjalankan kerjanya dengan tegas khususnya dalam hal mengutip cukai. Beliau telah menguatkuasakan semua undang-undang cukai kerajaan Kelantan termasuk tiap-tiap seorang dikenakan cukai kepala $1.00 setahun, kerbau dan lembu 20 sen seekor, cukai sirih 5 sen sejunjung dan lain-lain. Semua orang termasuk Sultan dan pembesar diwajibkan membayar cukai tanah. Penduduk yang enggan membayar cukai akan dikenakan hukuman denda atau penjara.Ugutan cukai dijalankan di pejabat daerah Pasir Putih dan dilaksanakan oleh seorang pekerja. Disebabkan tenaga kerja yang terhad ada pembayar cukai terpaksa menunggu 3 hari tetapi masih tidak dapat untuk membayar cukai. Ketika Tok Janggut dan pengikutnya hendak menjelaskan
cukai mereka terpaksa menunggu lebih kurang seminggu dan menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan pejabat tersebut dan balik ke kampung mereka dan enggan membayar cukai yang ditetapkan. Keengganan membayar cukai tersebut menyebabkan Tok Janggut dan pengikutnya disaman oleh pemerintah pasir putih dan dikehendaki hadir ke mahkamah tetapi Tok Janggut dan pengikutnya enggan hadir ke mahkamah tersebut. Di samping itu, Tok Janggut bersama rakan – rakannya iaitu Tengku Besar Haji Syed, Ishak dan penghulu Adam telah meminta penduduk di daerah Pasir Putih untuk turut tidak membayar cukai. Dalam suatu perhimpunan penduduk Pasir Putih yang diadakan di kampung Tok Akip , penduduk telah membuat keputusan untuk tidak membayar cukai kepada ketua daerah Pasir Putih walauapapun yang terjadi. Berita ini akhirnya sampai kepada ketua daerah Abdul Latif yang kemudian menghantar Sarjan Che Wan Sulaiman untuk menangkap Tok Janggut. Pada 25 April 1915 Sarjan Che Wan dan 6 orang anggota polis telah menemui Tok Janggut yang berada di Kampung Tok Akip yang sedang berucap dihadapan kira – kira 1000 penduduk yang kebanyakkannya bersenjata. Sarjan Sulaiman telah menerangkan maksud kedatangannya dan telah menjemput Tok Janggut datang ke Pasir Putih untuk berjumpa Ketua Jajahan. Tok Janggut telah bersetuju dengan permintaan tersebut, walau bagaimanapun telah berlaku pertengkaran semasa hendak meninggalkan tempat tersebut kerana Tok Janggut tidak mahu berjalan dihadapan dengan diiringi oleh polis dibelakangnya seperti orang salah. Semasa pertengkaran tersebut, Tok Janggut telah menikam Sarjan Che Wan Sulaiman dengan kerisnya menyebabkan beliau meninggal dunia. Melihat peristiwa tersebut, polis yang lain tidak berani melawan dan telah dibiarkan pergi oleh Tok Janggut setelah merampas senapang mereka. Tok Janggut bersama rakan-rakanya dan pengikut-pengikut mereka seramai lebih kurang 2000 orang telah menyerang dan menawan pekan Pasir Putih. Ketua Daerah Abdul Latif telah lari menyelamatkan diri ke Kota Bahru menghadap Sultan Muhammad Shah IV. Setelah menawan Pasir Puteh, Tok Janggut dan rakanrakannya telah menubuhkan kerajaan sendiri. YAM Tengku Besar Jeram Tuan Ahmad Ibni Tengku Sri Maharaja Long Mansor diangkat menjadi Paduka Sri Raja Pasir Putih, Tok Janggut menjadi Perdana Menteri, Haji Said menjadi Timbalan Perdana Menteri, penghulu Adam menjadi Syahbandar dan Ishak menjadi Ketua Daerah. Pihak Inggeris telah melaporkan kepada Sultan bahawa Tok Janggut dan rakanrakannya telah memberontak dan sedang menuju ke istana bagi merampas takhta. Pihak Inggeris turut menghalang Tok Janggut daripada menghantar utusan bagi menerangkan perkara sebenar kepada Sultan. Sultan Muhammad IV sangat murka terhadap Tok Janggut dan rakan-rakannya. Baginda menggangap mereka sebagai penderhaka. Baginda telah mengeluarkan titah sesiapa yang dapat menangkap
salah seorang daripada Tengku Besar Jeram Tuan Ahmad, Tok Janggut, Haji Said, Ishak dan Penghulu Adam akan diberi wang hadiah sebanyak RM500. Setelah mendengar titah tersebut, Tok Janggut dan rakan-rakannya telah menetapkan tidak mahu menyerah diri dan telah bersiap sedia dengan membuat sebuah kubu di Kampung Saring yang dikenali sebagai Batas Besar Kubu Tok Janggut. Apabila Sultan Muhammad IV mendengar persiapan perang Tok Janggut, Baginda telah bermesyuarat dengan pembesar negeri termasuk juga Penasihat British dan mesyuarat telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan kerajaan Inggeris untuk menghadapi ancaman Tok Janggut dan pengikut-pengikutnya. Gabenor Sir Arthur Henderson Young di Singapura telah menghantar sebuah kapal perang dengan seramai 150 orang askar ke Kelantan untuk memenuhi permintaan kerajaan Kelantan. Pada 10 Mei 1915, askar tersebut telah sampai ke Kota Bahru dan sampai di Pasir Putih 3 hari kemudian. Walaubagaimanapun, mereka gagal untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakanya yang menyembunyikan diri dan tidak mahu melawan askar tersebut secara berhadapan. Pada 17 Jun 1915 askar - askar tersebut kembali ke Kota Bahru dan menunggu seminggu di sana sebelum kembali ke Singapura. Pada bulan yang sama, sepasukan askar Inggeris seramai 100 orang yang terdiri daripada askar Sikh dan sukarelawan Melayu telah dihantar ke Pasir Putih. Setelah gagal sekali lagi untuk menemui Tok Janggut dan rakan-rakannya, askar tersebut telah mengambil tindakan merampas harta benda, membinasakan sawah padi serta membakar rumah penduduk di Jeram, Pasir Putih termasuk rumah Tok Janggut, Haji Said dan Ishak. Istana Tengku Besar Jeram juga turut dibakar. Pada 25 Jun 1915, pertempuran di Kampung Saring berlaku. Tok Janggut bersama lebih kurang 2,500 orang pengikutnya telah menyerang askar Sikh yang berada di pekan Pasir Putih. Pasukan Tok Janggut kemudian telah berundur ke kubunya di Kampung Saring. Askar Inggeris telah menyerang kubu tersebut yang menyaksikan pasukan Tok Janggut berjuang bermati-matian menghadapi serangan tersebut. Antara pejuang yang bersama Tok Janggut pada hari itu ialah Abbas Berani, Hassan Harimau, Awang Ngah dan Abdul Rahman Anak Kerbau. Walaubagaimanapun, akhirnya askar Inggeris yang lebih terlatih danberpengalaman serta lengkap dengan peralatan perang yang moden, berjaya menewaskan pasukan Tok Janggut. Tok Janggut sendiri telah gugur manakala Tengku Besar Tuan Ahmad, Haji Said dan Ishak telah melarikan diri ke Reman di Selatan Siam. Terdapat beberapa sebab kenapa kebanyakkan penentangan gagal iaitu dari aspek kelemahan strategi. Seperti British , mereka mempunyai lebih banyak strategi untuk mengatasi kebangkitan masyarakat tempatan seperti kekuatan tentera yang telah dilatih, senjata moden yang lebih canggih, memecahbelakan pakatan, menggunakan istana dan tipu daya. Selain itu , penentangan yang bersifat setempat dan tidak meluas ke seluruh negeri juga memberi impak atas kenapa penentangan gagal. Ia juga berkait dengan sokongan yang tidak menyeluruh dan kurang
sokongan dari pihak istana. Sebab yang lain ialah kerana British berpakat dengan Belanda bekerjasama untuk memadam kebangkitan masyarakat tempatan. Kesan kegagalan ini memberi impak atau kesan terhadap masyarakat tempatan seperti kehilangan jawatan dan kedudukan , kehilangan nyawa dan juga dibuang negeri.
KESIMPULAN DAN CADANGAN Penentangan ini memberi banyak ilmu pengetahuan. Keberanian , permuafakan dan kebijaksanaan mereka menentang British memberi inspirasi kepada generasi muda. Walaupun kebangkitan mereka gagal dengan kepandaian British menyusun strategi , segala usaha perjuangan dan pengorbanan mereka amatla dihargai Sebagai generasi muda, saya amatla berharap para pemimpin mampu menggunakan kelebihan dan kuasa mereka secara bijak untuk membuat negara lebih harmoni untuk tatapan generasi yang akan datang dan seterusnya. RUJUKAN INTERNET - https://wordwall.net/resource/18681257/pengenalan-bab-7- penentangan-masyarakat-tempatan - https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-09-07/kssm-f3-sj07/penentangan-masyarakat-tempatan BUKU -Dr Azharudin bin Mohamed Dali Ridzuan , buku teks sejarah tingkatan 3 LAIN – LAIN - https://www.youtube.com/watch?v=89kuINfRJ6g