The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by thea, 2023-12-08 20:22:13

HARI RAYA KORBAN

HARI RAYA KORBAN

HARI RAYA KORBAN ABIGAIL ETHEL NUR AMIRAH SYAMILAH BINTI RUDY SITI NUR FAATEHAH BINTI MOHD NASIR FARAHIYAH NAZIRAH BINTI LAPITOS MOHD SHAHRIZAN BIN AGAR


IsiKandungan SEJARAH HARI RAYA KORBAN SYARAT-SYARAT SAH KEPENTINGAN IBADAH KORBAN AMALAN SEMASA MENYAMBUT HARI RAYA KORBAN 01 02 03 04 TARIKHHARIRAYAKORBAN 05


TARIKH HARI RAYA KORBAN Ibadah korban ini mestilah dilakukan selama empat hari iaitu bermula selepas solat sunat Hari Raya Haji iaitu pada 10 Zulhijjah sehingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah


Sejarah Hari Raya Korban Hari Raya Haji juga dikenali sebagai Aidiladha (bahasa Arab: عيد األضحى , Eid Al-Adha) jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalendar Hijrah Islam. Ibadah korban yang dikerjakan pada Hari Raya Aidiladha pula adalah bagi umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Nabi Ismail kerana ketaatannya terhadap Allah SWT. Menurut sejarah Islam, Nabi Ibrahim a.s. menerima perintah Ilahi untuk mengorbankan anak kesayangannya, Nabi Ismail a.s. Sebagai bukti keimanan dan ketaatannya yang mutlak, Nabi Ibrahim a.s. bersedia untuk melaksanakan pengorbanan. Namun, Allah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor domba jantan, lalu menyelamatkan nyawa Nabi Ismail a.s. Umat Islam memperingati peristiwa ini sebagai peringatan tentang pentingnya ketaqwaan, keimanan, dan ketaatan dalam Islam.


Syarat-syarat sah 1. Niat Pada Allah Setiap aktiviti ibadah dalam Islam bermula dengan niat. Maka, adalah penting untuk berniat korban untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Waktu Niat Korban Niat untuk berkorban adalah semasa menyembelih atau semasa membeli ternakan qurban. Untuk orang awam, cukup sekadar semasa kita membayar bahagian korban yang dibeli dengan kariah. 2. Haiwan Yang Boleh Dikongsi Bahagian Jika ingin berkongsi korban, maka pilihlah ternakan korban yang boleh dikongsi bahagian seperti unta, lembu dan kerbau. Binatang ternakan ini mempunyai 7 bahagian maka boleh dikongsi tujuh orang. Manakala kambing atau biri-biri dikhususkan untuk seorang yang mewakili satu bahagian.


Syarat-syarat sah 3. Dilakukan Pada Hari Nahar & Hari Tasyrik Penyembelihan korban perlu dilakukan pada Hari Nahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13 (namun makruh, untuk melakukan penyembelihan waktu malam). Penyembelihan tidak dikira korban jika dilakukan pada malam sebelum Hari Raya (10 Zulhijjah). Ia juga tidak sah dilakukan pada malam 14 Zulhijjah.


Kepentingan Ibadah Korban Bulan Hari Raya Haji memegang kepentingan agama dan rohani yang mendalam bagi umat Islam. Ia adalah masa untuk merenung nilai pengorbanan, ketaatan, dan kepercayaan kepada kehendak Tuhan. Ia menekankan kepentingan tidak mementingkan diri sendiri, merendah diri, dan bersyukur. Umat Islam menyambut Hari Raya Aidiladha sebagai satu kesempatan untuk mengukuhkan iman mereka, memohon keampunan, dan menunjukkan belas kasihan dan kemurahan hati kepada orang lain, terutamanya melalui amal dan perkongsian.


Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya. Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada ALLAH SWT. Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan. Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. Sunat menjamah makan minum selepas pulang dari masjid. Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid. Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh. Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula apabila masuk waktu Subuh 9 Zulhijah hingga waktu Asar 13 Zulhijah, (takbir muqayyad). Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan. Amalan Semasa Menyambut Hari Raya Korban


TERIMA KASIH Daripada Aisyah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: ِرَها َأْشَعا ِتي َيْوَم الِقَياَمِة ِبُقُروِنَها َو ْأ َي ُه َل َّن ِإ َحَّب ِإىَلِهَّللا ِمْن ِإْهَراِق الَّدِم، َأ َما َعِمَل آَدِم ٌّي ِمْن َعَمٍل َيْوَم الَّنْحِر ِبَها َنْفًسا َفِطيُبوا ْن َيَقَع ِمَن ا َألْرِض، ْبَل َأ اٍن َق ِبَم َك َيَقُع ِمَنِهَّللا َّن الَّدَم َل َأ ْظاَلِفَها، َو َأ َو Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban). ” [Riwayat al-Tirmizi (1493)][Imam al-Tirmizi menghukum hadith ini sebagai hasan gharib]


Click to View FlipBook Version