PERTANDINGAN KUIZ
KEMERDEKAAN DAN HARI MALAYSIA
SEMPENA HARI KEBANGSAAN KALI KE-65
16 OGOS 2022 HINGGA 14 SEPTEMBER 2022
Urusetia:
Sektor Perancangan & Pengurusan PPD
1. OBJEKTIF PERTANDINGAN
Meningkatkan tahap pengetahuan dan kesedaran warga JPN Kelantan mengenai
Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan Pembentukan Negara Malaysia.
2. LATAR BELAKANG PROGRAM
Ini merupakan salah satu kaedah rekreasi minda dalam norma baharu yang menjadi
tuntuan utama semasa pendemik ini. Program ini masih boleh diteruskan sekalipun
negara yang tercinta ini kembali dalam situasi normal. Program sulung anjuran JPN
Kelantan ini mempunyai strategi serampang dua mata iaitu untuk merapatkan
hubungan antara warga kerja JPN Kelantan dalam usaha mewujudkan kejelekitan
dan kebersamaan sesama warga kerja JPN Kelantan untuk melancarkan lagi
komunikasi berkesan serta menanam semangat patriotik dikalangan warga kerjanya.
3. KAEDAH PERTANDINGAN
Kuiz ini menggunakan aplikasi kahoot. Aplikasi ini boleh disertai tanpa perlu memuat
turun aplikasi berkenaan. Peserta hanya perlu mempunyai telefon bimbit yang
dihubungkan ke internet.
4. KATEGORI DIPERTANDINGKAN
4.1 Siri 1: Kuiz Hari Kemerdekaan – 17 Ogos 2022 hingga 31 Ogos 2022
4.2 Siri 2: Kuiz Hari Malaysia – 01 September 2022 hingga 14 September 2022
5. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
i. Terbuka kepada semua warga kerja yang bekerja di JPN Kelantan;
ii. Warga kerja Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD dan individu yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam aktiviti penggubalan
soalan adalah tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini;
iii. Penganjur berhak untuk mengecualikan dan/atau membatalkan kelayakan
peserta yang tidak termasuk dalam kategori peserta dan/atau yang
melanggar syarat dan peraturan pertandingan;
iv. Peserta bertanding atas kapasiti individu (bukan secara berkumpulan)
walaupun dari sektor yang sama;
v. Peserta perlu mendaftarkan diri terleih dahulu melalui pautan yang
disediakan. Peserta yang berdaftar sahaja layak dikira pemenang.
vi. Tiada had penyertaan bagi sesebuah sektor;
vii. Kuiz dikendalikan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu;
viii. Pemenang adalah ditentukan berdasarkan MARKAH TERTINGGI pada tarikh
akhir pertandingan setiap siri;
ix. Sekiranya terdapat persamaan pada markah para peserta, maka pusingan
PENENTUAN akan dilaksanakan untuk menentukan pemenang;
x. Tiga (3) peserta terbaik dengan markah tertinggi bagi setiap siri akan
menerima hadiah/cenderahati;
xi. Seorang peserta hanya berhak memenangi satu (1) hadiah sahaja; dan
xii. Nama para pemenang akan dimaklumkan dalam tempoh 1 hari selepas tarikh
akhir setiap siri pertandingan dan keputusan Panel Hakim adalah
MUKTAMAD.
6. PUSINGAN PENENTUAN
i. Dijalankan secara pusingan kalah mati (Sudden death);
ii. Penentuan dijalankan mengikut siri pertandingan; dan
iii. Pemenang ditentukan berdasarkan markah tertinggi dalam tempoh yang
ditetapkan.
7. PENAFIAN
i. Dengan penyertaan ini, peserta adalah bersetuju dengan syarat-syarat yang
telah ditetapkan;
ii. Pihak Sektor Perancangan dan Pengurusan JPN Kelantan mempunyai kuasa
mutlak dan berhak untuk meminda terma serta syarat pertandingan ini pada
bila-bila masa sekiranya difikirkan patut dan perlu; dan
iii. Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD JPN Kelantan berhak membuat
keputusan yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang
perkara yang tidak diingini demi memastikan kelancaran perjalanan kuiz
Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
8. HADIAH UNTUK PEMENANG-PEMENANG BAGI SETIAP SIRI
i. JOHAN: Cenderahati + Sijil
ii. NAIB JOHAN: Cenderahati + Sijil
iii. TEMPAT KETIGA: Cenderahati + Sijil
iv. HADIAH SAGUHATI: 15 Sijil Penghargaan
9. PANDUAN PENYERTAAN
i. Pendaftaran dan permainan melalui aplikasi kahoot di alamat:
https://kahoot.it. Guna Nombor PIN yang diedarkan melalui group Warga
JPNK aplikasi whatsapp mulai 17 Ogos 2022 setiap hari. Pastikan anda masuk
dengan menggunakan Nombor PIN yang betul;
ii. Pastikan nama sebenar peserta seperti yang didaftarkan sebagai
peserta/pemain, contoh: halim SPKhas, Zairi SPb, Khalid SPP, Syed SPD dll;
iii. Peserta boleh terus menjawab soalan kuiz berulang-ulang kali dalam tempoh
yang ditetapkan dengan menggunakan nama asal yang diberi nilai unik,
contoh: halim SPKhas 1, Zairi SPb 1, Khalid SPP 1, Syed SPD 1 dll dan
seterusnya; dan
iv. Kuiz akan berlangsung selama 1 jam bermula jam 10.00 pagi hingga jam 11.00
pagi setiap hari pada hari bekerja sahaja.
10. PANDUAN PENGGUNAAN KAHOOT
i. Guna enjin pencari dengan menaip kahoot.it atau tekan pautan ini; kahoot.it
ii. Apabila klik pada pautan ini; kahoot.it, paparan “Play Kahoot – Enter game PIN
here!” anda akan keluar seperti di bawah:
iii. Masukkan nombor PIN yang diedarkan melalui aplikasi whatsapp group Warga
JPNK ;
iv. Tekan enter akan keluar paparan berikut:
v. Tulis nama anda dan akronim sektor anda pada ruangan “Nickname”.
(contoh: Halim SSM, Halim SP, Halim SIP dll);
vi. Klik “Ok, go!” dan soalan kuiz akan terpapar pada skrin.
vii. Pilih jawapan yang betul.
viii. Keputusan betul atau salah akan dipaparkan:
ix. Tekan “Next” untuk ke soalan seterusnya:
x. Markah anda akan dipaparkan dahulu sebelum soalan seterusnya:
xi. Ulang seperti soalan pertama tadi
xii. Skor yang terpapar itu bukan keputusan rasmi:
xiii. Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan skor yang diperolehi, anda boleh
menjawab semula kuiz ini dengan mengulangi langkah 1 seperti di atas.
xiv. Anda boleh menjawab soalan kuiz ini berulang-ulang kali selagi tempoh kuiz
belum tamat. Pastikan anda mendaftar dengan menggunakan nama asal anda
dan letakkan tanda unik pada nama anda. Contoh Halim1 SPD, jika diulangi lagi
soalan kuiz ini, daftarkan Halim2 SPD pula. Begitulah seterusnya untuk hari
seterusnya.
“KELUARGA MALAYSIA TEGUH BERSAMA”