Bahasa Melayu 012
PENULISAN
CIKGU SYAHIDAN BIN SAAD
PANDUAN PENULISAN BAHAGIAN A
1. Ayat mesti mempunyai SUBJEK dan PREDIKAT
2. Ayat mesti mempunyai PERLUASAN subjek atau PERLUASAN predikat.
3. Ayat mesti mempunyai kosa kata yang LUAS dan TEPAT.
4. Penggunaan perkataan bahasa Inggeris TIDAK diterima sama sekali.
5. Dahulukan maklumat UTAMA yang terdapat dalam bahan rangsangan (gambar).
6. Ayat yang dibina dalam bentuk kesinambungan cerita menggunakan penanda wacana akan
MENGURANGKAN markah.
7. Tulis idea yang TERSURAT sahaja dan MENEPATI kehendak soalan / arahan.
8. Lima ayat yang PERTAMA sahaja diterima. Ayat selepas itu tidak akan dinilai.
9. Ayat yang dibina berdasarkan bahan rangsangan mestilah SEIMBANG.
PANDUAN PENULISAN BAHAGIAN A
1
CONTOH
Pilih mana-mana
yang sesuai.
( satu atau lebih)
SUBJEK PREDIKAT mengapa PELUASAN bila
siapa / apa buat apa / apa di mana bagaimana
1. Suraya dan ibunya menghidangkan makanan di bawah sepohon pokok yang rendang.
2. Encik Adam membaca sebuah buku sebelum menikmati makanan yang dihidangkan oleh
Suraya dan ibunya.
CONTOH (BINAAN AYAT LENGKAP)
2
JAWAPAN LENGKAP
SUBJEK PREDIKAT PELUASAN bila
siapa / apa buat apa / apa mengapa di mana bagaimana
1. Rizal sedang membeli air yang dijual oleh dua orang lelaki.
2. Beberapa orang kanak-kanak bermain air di dalam sebuah kolam.
3. Tiga orang pengunjung bermain bola gergasi di kawasan yang lapang.
4. Ali dan ibunya membeli burger yang dijual di sebuah gerai.
5. Ramai pengunjung berbaris untuk membeli air kerana mereka berasa haus.
Pastikan kamu mendapat markah
penuh 10/10 untuk bahagian A.
Jangan lakukan apa-apa kesalahan
dalam bahagian ini.
PANDUAN PENULISAN BAHAGIAN B
PERINGKAT KRITERIA
CEMERLANG i. Idea menepati tugasan.
13 - 15 ii. Ulasan idea sangat jelas, tersusun dan menarik / memberi pendapat / memberi
pandangan / menggunakan idea tersirat berdasarkan
bahan rangsangan / tugasan.
iii. Penggunaan ayat yang gramatis berdasarkan bahan rangsangan / tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan bahan rangsangan
/ tugasan.
v. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
1. Ulasan mesti ditulis dalam bentuk perenggan - 1, 2, 3 tidak menjadi kesalahan.
2. Syarat untuk mendapat markah penuh (15/15) - sekurang-kurangnya 1 tersurat + 1 tersirat
(dicadangkan: ambil isi tersurat yang mudah + 2 tersirat )
3. Ulasan melebihi 70/80 patah perkataan - tidak menjadi kesalahan.
4. Ulasan kurang daripada 40/50 patah perkataan - maksimum aras baik (12/15)
5. Pendahuluan yang diambil terus daripada bahan rangsangan (SOALAN / ARAHAN), tidak diterima
sebagai idea. 3
Pastikan juga kamu
mendapat markah
penuh 15/15 untuk
bahagian B. Tidak
mustahil…
PANDUAN MENULIS ULASAN
Gunakan penanda CONTOH 1
wacana yang sesuai.
PENDAHULUAN : Gambar menunjukkan cara-cara menjaga keselamatan ketika menaiki bas.
ISI TERSURAT KATA TUGAS ISI TERSIRAT
berbaris ketika menaiki bas supaya tidak berlakunya tolak-menolak
kerana
tidak berlari-lari ketika berada di agar tidak menganggu penumpang lain
dalam bas untuk yang berada di dalam bas
(asalkan sesuai)
tidak berdiri di tangga bas tidak terjatuh ketika bas sedang
bergerak
PENUTUP : Kesimpulannya, kita mestilah menjaga keselamatan ketika menaiki bas supaya
keselamatan kita sentiasa terjamin.
4
Gambar menunjukkan cara-cara menjaga keselamatan ketika menaiki bas .
Antara cara menjaga keselamatan ketika menaiki bas ialah kita mestilah berbaris supaya
tidak berlakunya tolak-menolak. Selain itu, kita janganlah berlari-lari ketika berada di dalam
bas supaya tidak mengganggu penumpang lain yang berada di dalam bas. Akhir sekali, kita
tidak boleh berdiri di tangga bas supaya tidak terjatuh ketika bas sedang bergerak.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga keselamatan ketika menaiki bas supaya
keselamatan kita sentiasa terjamin.
67 patah perkataan
Gunakan penanda CONTOH 2
wacana yang sesuai.
PENDAHULUAN : Gambar menunjukkan cara-cara menjaga keselamatan ketika menaiki bas.
ISI TERSURAT KATA TUGAS ISI TERSIRAT
berbaris ketika menaiki bas duduk di tempat yang disediakan
ketika bas sedang bergerak
tidak berlari-lari ketika berada di
dalam bas mematuhi arahan yang yang telah
ditetapkan yang terdapat di dalam
tidak berdiri di tangga bas bas.
PENUTUP : Kesimpulannya, kita mestilah menjaga keselamatan ketika menaiki bas supaya
keselamatan kita sentiasa terjamin.
Gambar menunjukkan cara-cara menjaga keselamatan ketika menaiki bas .
Antara cara menjaga keselamatan ketika menaiki bas ialah kita mestilah berbaris ketika
hendak menaiki bas. Selain itu, kita janganlah berlari-lari ketika berada di dalam bas.
Seterusnya, kita tidak boleh berdiri di tangga bas ketika bas sedang bergerak. Kita juga
perlulah duduk di tempat yang disediakan untuk penumpang yang menaiki bas. Akhir sekali,
kita mestilah mematuhi arahan yang ditetapkan yang terdapat di dalam bas.
Kesimpulannya, kita mestilah menjaga keselamatan ketika menaiki bas supaya
keselamatan kita sentiasa terjamin.
78 patah perkataan
5
UPSR 2017
ISI TERSURAT KATA ISI TERSIRAT(logik)
(dalam bahan rangsangan) TUGAS MENGAPA / BAGAIMANA / KESAN
PENDAHULUAN (daripada soalan / rangsangan / idea sendiri)
untuk tidak dibasuh dengan sempurna.
supaya tikus dan lalat mudah membiak
kerana
-
agar
dengan
serta
PENUTUP (PENDAPAT / PANDANGAN …Oleh itu, Kesimpulan …SIAPA / BUAT APA / MENGAPA)
Kesimpulannya kita mestilah mementingkan kebersihan makanan supaya…
ULASAN LENGKAP
6
PANDUAN PENULISAN BAHAGIAN C
FOKUS SOALAN PENULISAN UPSR
DIRI SENDIRI / KELUARGA Bahagian C akan menjadi
mudah sekiranya kamu
mendapat markah penuh atau
markah yang tinggi dalam
bahagian A dan bahagian B.
PERINGKAT SEKOLAH
Cemerlang KRITERIA
20 – 25
23 – 25 i. Idea menepati tugasan
20 - 22 ii. Pengolahan idea sangat baik dan penyampaian yang jelas,tersusun
dan menarik.
iii. Penggunaan pelbagai ayat yang sangat gramatis serta bertepatan
dengan tugasan.
iv. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan
tugasan.
v. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
7
Soalan : Apakah persiapan yang anda lakukan untuk menghadapi UPSR?
CONTOH 1 isi
Antara persiapan yang telah saya lakukan untuk menghadapi UPSR ialah membuat latihan
secara berterusan bagi mata pelajaran yang saya lemah. Ibu dan bapa saya telah membeli banyak
buku latihan kertas model untuk saya siapkan. Biasanya mereka akan membelikan buku latihan
Sains dan Matematik untuk saya siapkan.
huraian contoh
isi huraian
CONTOH 2
Saya juga telah menyediakan jadual belajar saya sendiri. Dengan adanya jadual belajar
sendiri, saya dapat menguruskan masa dengan lebih bijak. Saya dapat membahagikan masa
dengan baik terutamanya masa untuk belajar dan masa untuk bermain.
huraian
8
CONTOH 1
1
Antara cara menjaga kesihatan diri ialah kita mestilah tidur secukupnya.
Selain itu kita mestilah bersenam pada setiap hari. Kita juga perlulah makan
2
makanan yang berkhasiat.
3
mestilah berjump4a dengan doktor pada setiap tahun. Di samping
Kita juga
itu, kita mestilah mengelakkan pengambilan m5akanan segera dan makan ringan.
Kita juga boleh perlulah mengelakkan diri daripada menghisap rokok.
6
CONTOH 2
1
Antara cara menjaga kesihatan diri ialah kita mestilah tidur secukupnya. Kita
mestilah tidur sekurang-kurangnya lapan jam pada setiap hari. Apabila kita tidur
dengan secukupnya, badan kita akan mendapat rehat yang secukupnya. Oleh itu,
kita akan berasa bertenaga dan segar pada setiap masa.
Selain itu, kita mestilah bersenam12untuk mengekalkan kecergasan badan.
Kita perlu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali pada setiap minggu. Apabila kita
bersenam, tubuh kita akan berpeluh. Antara aktiviti senaman yang dapat kita
lakukan ialah berjoging dan bermain badminton.
- Idea sangat baik.
- Pengolahan yang baik dan jelas & tersusun
- Penggunaan kosa kata yang luas
PANDUAN BAHAGIAN C
1. Karangan TIDAK menepati format secara keseluruhan - maksimum aras BAIK.-19 MARKAH
2. Format karangan KURANG tepat - ditolak 1 markah
3. Karangan menyambung cerita atau mengakhiri cerita MESTI mengikut ayat yang disediakan dalam
soalan. Markah akan ditolak sekiranya tidak patuh.
4. Pengalaman orang lain (POL)- markah akan ditolak
5. Karangan MESTI ditulis dalam bentuk 5 perenggan atau 6 perenggan untuk
mendapat markah CEMERLANG TINGGI.
6. Karangan yang dihasilkan murid diolah dalam bentuk mimpi. Markah akan ditolak.
7. Karangan ditulis tidak menepati kehendak soalan, markah maksimum 5 markah sahaja.
8. Cara penulisan karangan mestilah berpandukan buku teks.
9
Bahasa Melayu 011
PEMAHAMAN
CIKGU SYAHIDAN BIN SAAD
KEMAHIRAN YANG DIUJI
Sering memberi masalah. Mesti betul. Belajar dari tahun
Mesti banyak membaca. tahun 1 – tahun 6
KATA NAMA KATA GANTI KATA PERINTAH
KATA ADJEKTIF NAMA DIRI IMBUHAN (PINJAMAN)
KATA BILANGAN
KATA KERJA PENJODOH BILANGAN PENANDA WACANA
KATA GANDA KATA SENDI PERIBAHASA
KATA MAJMUK KATA PEMERI
KATA HUBUNG
ANTONIM (LAWAN ) AYAT SAMA MAKSUD KATA PENGUAT
SINONIM (SEERTI) MEMBINA SOALAN KATA SERU
KATA BANYAK MAKNA MEMBINA JAWAPAN KATA NAFI / KATA
TANYA
MEMAHAMI PETIKAN / JENIS AYAT / KESALAHAN
MENJAWAB UMUM
Mesti betul. Tiada sesiapa boleh KemahiranTAbTaAhBaAgHiAaSnA ini
membantu. Bergantung kepada amat penting. Murid perlu
memberi perhatian ketika guru
diri sendiri.
(jenis soalmaenn)gajar.
JENIS ITEM
Terbahagi kepada tiga :
1. Objektif Aneka Pilihan (MCQ)
2. Objektif Pelbagai Bentuk
3. Respons Terhad (struktur)
Objektif Aneka Pilihan
Ikan pari yang berjaya dipancing oleh Encik Badrul itu berbentuk _____________ dan
mempunyai ekor yang berbisa. (upsr 2016)
A tirus
mCBDMeemsblleotubpnijeuajborrnnetgtuul..BTeiragdaansteusniagpakebpoaledha 10
Objektif Pelbagai Bentuk
Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.
mengikis memangkas mencantas menjulang
merebus mencelur
menyambut meraut
1. Mak Minah duduk di bawah rumah sambil _______ lidi untuk dibuat penyapu. (upsr 2008)
2. Hassan menggunakan galah untuk ___________ dahan pokok yang sekah itu. (upsr 2008)
3. Azrul menghulurkan tangannya untuk _________hadiah yang dimenanginya. (upsr 2010)
4. Mak Cik Zainab __________ sayur kangkung untuk juadah tengah hari nanti. (upsr 2007)
Respons Terhad (Struktur)
Jangan tinggalkan kosong. Mesti
jawab…asalkan logik.
11
KRITERIA PEMARKAHAN
PENSKORAN 1 MARKAH
PENSKORAN KRITERIA
1 markah i. Jawapan yang tepat berdasarkan soalan tanpa sebarang kesalahan.
Nota ; Jawapan yang terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca, dikira salah
dan tiada markah.
PENSKORAN 2 MARKAH
PENSKORAN KRITERIA
2 markah i. Jawapan yang tepat dan jelas berdasarkan soalan.
ii. Penggunaan ayat yang gramatis.
iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan soalan.
iv. Penggunan ejaan dan tanda baca yang betul.
PENSKORAN 3 MARKAH (BERBENTUK PENDAPAT)
PENSKORAN KRITERIA
3 markah i. Jawapan yang tepat dan jelas berdasarkan soalan.
ii. Penggunaan ayat yang gramatis.
iii. Penggunaan kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai
dengan soalan.
iv. Penggunan ejaan dan tanda baca yang betul.
LATIHAN SOALAN RESPONS TERHAD
Baca petikan di bawah dan jawab semua soalan yang disediakan.
Zaki merupakan murid tahun enam di Sekolah Kebangsaan Penaga. Dia akan menghadapi UPSR pada
bulan September yang akan datang. Zaki amat meminati mata pelajaran yang melibatkan bahasa
terutamanya mata pelajaran Bahasa Melayu. Dia kurang menggemari mata pelajaran Matematik dan
Sains. Dia sentiasa…
a. Mata pelajaran kegemaran Zaki ialah Bahasa Melayu dan __________________________
[ 1 markah]
b. Apakah mata pelajaran kegemaran Zaki?
_________________________________________________________________________
[ 1 markah]
c. Apakah mata pelajaran kegemaran Zaki?
______________________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[ 2 markah]
12
d. Apakah mata pelajaran kegemaran kamu? Mengapakah kamu gemar akan mata pelajaran
tersebut?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
_______________________________________________________________
[3 markah]
LATIHAN KESALAHAN UMUM TATABAHASA UPSR. (Sangat Penting !!!)
Arahan: Betulkan kesalahan tatabahasa yang terdapat dalam ayat di bawah. (sekiranya ada)
Contoh : Makanan kegemaran saya aidaalalahh nasi goreng.
KATA BILANGAN / KATA GANDA
1. Puan Mastura membeli berbagai barangan di pasar tani kerana harganya berpatutan. (UPSR 2016)
2. Tiap pemandu yang menghadapi kesesakan lalu lintas diminta supaya bersabar. (UPSR 2016)
3. Banyak ikan-ikan yang mati di sungai itu akibat keracunan. (UPSR 2016) Murid pasti akan mendapat
4. Kita haruslah saling hormat-menghormati jiran tetangga. (UPSR 2015)
5. Lori yang membawa berguni beras itu terbabas. (UPSR2013) Agred kertas BM Pemahaman
sekiranya mereka menguasai
bahagian ini.
KATA SENDI / KATA HUBUNG
1. Pertandingan bola sepak itu dibatalkan sementara hujan turun. (UPSR2016)
2. Acara sukaneka itu berlangsung dari pagi hingga petang. (UPSR 2015)
3. Kain selendang itu diperbuat dari benang sutera. (UPSR2014)
4. Siti membaca majalah untuk mendengar radio.(UPSR2013)
5. Ayah berpesan kepada abang supaya bangun awal di waktu pagi. (UPSR2013)
KATA PENGUAT
1. Markah yang diberi oleh pengadil itu terlalu tinggi. (UPSR2013)
2. Cantik sungguh rumah contoh di tepi jalan itu. (UPSR2009)
3. Dialah yang paling pandai dalam pelajaran Matematik. (UPSR 2004)
HUKUM DM
1. Malam tadi kami makan di Safuan Restoran.(UPSR2009)
13
2. Adik mengeluarkan tembikar pasu dari almari itu. (UPSR2009)
3. Fatimah menunggu kita di bas stesen pada petang ini. (UPSR2007)
4. Pak Adam mempelawa kami supaya makan goreng ayam itu. (UPSR 2007)
KATA PERINTAH
1. Sila jangan petik bunga di taman itu. (UPSR2009)
2. Sila nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya. (UPSR2008)
3. Tolong jangan bersandar pada dinding itu, catnya belum kering.(UPSR2008)
4. Minta makan kuih yang saya hidangkan itu.(UPSR2008)
5. Jemputlah duduk dahulu, nanti saya panggil emak di dapur. (UPSR2008)
KATA TANYA
1. Amir tidak tahu ayahnya akan pulang bilakah? (UPSR 2015)
2. Cara menganyam tikar itu bagaimana? (UPSR2011)
3. Mengapa kita akan mula mengemas stor sukan? (UPSR 2011)
4. Yang singgah ke rumah kamu itu siapakah? (UPSR2011)
5. "Janganlah bercakap bila sedang makan," kata ibu kepada Azman. (UPSR2008)
KATA NAFI
1. Kami bukan berani menghampiri kucing yang garang itu. (UPSR 2015)
2. Bayaran ke pameran Sains itu bukan mahal sangat. (UPSR 2012)
3. Surat khabar di atas meja itu bukan surat khabar hari ini. (UPSR 2009)
KATA GANTI NAMA DIRI
1. Menurut Saufi, kemalangan itu berlaku ketika saya dan Kamarul sedang menunggu bas. (UPSR 2014)
2. Bapa Farah seorang doktor. Dia bertugas di Hospital Selayang. (UPSR 2011)
3. Permaisuri sedang bersantap bersama-sama keluarganya. (UPSR 2011)
4. "Tuan puteri, izinkan hamba ke taman untuk memetik bunga," kata dayang. (UPSR 2010)
5. Kasut-kasut itu telah mereka cuci, pagi tadi.(UPSR 2005)
PENJODOH BILANGAN
1. Emak memasukkan beberapa tompok cecair perisa vanila ke dalam adunan kek itu. (UPSR 2016)
2. Abang menggunakan sebatang pahat untuk mengukir permukaan kayu di bengkel itu. (UPSR 2014)
3. Beberapa laras tombak peninggalan datuk telah dijadikan hiasan dinding. (UPSR 2013)
14
4. Shanti makan dua biji roti canai pagi tadi. (UPSR 2007)
KATA PEMERI
1. Sebahagian besar produk kilang itu adalah untuk pasaran luar negara. (UPSR 2016)
2. Amalan mengambil sarapan ialah baik untuk kesihatan. (UPSR2009)
3. Adalah dimaklumkan esok ialah hari pertama persekolahan. (UPSR 2005)
4. Bantal merah itu adalah untuk adik saya. (UPSR 2005)
5. Cerita misteri yang diceritakan itu ialah tidak benar. (UPSR 2005)
LATIHAN PERIBAHASA Lagu-lagu dan filem-filem
Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah. beliau masih diminati
sehingga kini.
1. 2. 3.
Kita lupakan sahaja persengkataan
kita selama ini.
5.
4.
Encik mesti mematuhi
peraturan di sini walaupun
encik bukan warganegara
Malaysia
7.
6.
15
8. 9. 10.
LATIHAN PEMAHAMAM 011 (PANTAS)
LATIHAN A SERING MEMBERIKAN MASALAH (KOSA KATA)
PANTAS
1. Pak Mail tidak dapat mengemudikan perahunya yang ____________ dipukul ombak. (upsr 2018)
A. terliang-liuk B. terolang-aling C. terkontang- kanting D. terpontang-panting
2. Guru besar ______ gong semasa majlis pelancaran Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat sekolah. (upsr
2018)
A. menghayun B. mencanang C. menumbuk D. memalu
3. Budak lelaki itu kelihatan gagap ketika menjawab soalan yang diajukan oleh guru.
Pilih perkataan antonim bagi gagap. (UPSR 2018)
A. bijak B. petah C. Cepat D. lantang
4. Makcik Zainab __________ sayur kangkung untuk juadah tengah hari nanti. (upsr 2007)
A menjerang B mengukus C mencelur D merebus
5. Pergerakan pemain bola keranjang yang __________ itu sukar dikawal oleh pihak lawan. (upsr 2008)
A gopoh B lincah C goyah D ligat
B TIDAK SEPATUTNYA SALAH (SISTEM BAHASA) – Belajar dari darjah DUA hingga darjah ENAM
1. Ibu meminta saya mengambilkan _______ jam tangan dan _______ kalung mutiara di dalam laci biliknya. (upsr
2012)
A seutas … seuntai B sebuah … seutas C sebutir … seurat D sebiji …sebutir
2. Helmi masih tersenyum _______ kakinya terseliuh semasa bermain di padang. (upsr 2013)
A sementara B walaupun C manakala D sambil
3. Abang menggunakan _________ pahat untuk mengukir permukaan kayu di bengkelnya. (upsr 2014)
A sebilah B selaras C sebuah D sebatang
4. Nyatakan betul atau salah bagi ayat-ayat di bawah.
i. Para tetamu-tetamu pulang ke rumah masing-masing setelah selesai majlis itu.upsr 2018 ( )
ii. Pemenang acara merentas desa itu tidak peserta dari sekolah saya.UPSR 2018 ( )
16
iii. Lantaran mempunyai wang yang cukup, adik dapat membeli buku cerita kegemarannya.upsr 2018. ( )
iv. Kedah ialah negeri pengeluar padi yang terbesar di negara kita. upsr 2018 ( )
v. Kasut-kasut itu telah mereka cuci, pagi tadi. upsr 2005 ( )
C TIDAK BOLEH SALAH – Jawapan sudah ada / asalkan logik
1. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. (upsr 2016)
Pesawat itu akan berlepas ke Sarawak sebaik-baik menerima arahan daripada pengawal trafik udara.
A Pengawal trafik udara akan menerima arahan daripada pesawat sebelum berlepas ke Sarawak.
B Pengawal trafik udara akan memberikan sebaik-baik arahan kepada pesawat yang akan berlepas ke Sarawak.
C Pengawal trafik udara akan berlepas ke Sarawak sebaik-baik sahaja mendapat arahan daripada pesawat itu.
D Sebaik-baik sahaja arahan diberi oleh pengawal trafik udara, pesawat itu akan berlepas ke Sarawak.
2. Tulis jawapan yang sesuai bagi soalan yang diberikan dengan menggunakan ayat yang lengkap. upsr 2017
Panglima : Bolehkah tuan hamba ambilkan keris di dalam almari itu?
Hulubalang :__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
[2 markah]
3. Pada pendapat kamu selain dijadikan pakaian, apakah satu kegunaan lain kain songket? upsr 2018
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
[2 markah]
17