KERTAS KONSEP PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020
KERTAS KONSEP
PIDATO SEKOLAH RENDAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Pidato ialah satu cabang seni penyampaian mesej secara lisan yang
mengandungi idea, menaakul konsep, menghuraikan dan merumuskannya
secara berkesan. Penyampaian pidato yang berkesan adalah secara bersahaja
dalam bentuk nasihat, peringatan, penegasan, sindiran dan selingan kecindan
yang bertujuan untuk mempengaruhi audien. Penyampaian pidato yang juga
bergantung kepada kesesuaian nada dan gaya bukannya menggunakan emosi
seperti dengan nada suara yang tinggi, menyanyi, dan bersyair. Sentuhan seni
pidato adalah unik tidak seperti seni bahas yang bertujuan menegakkan dan
mematikan hujah lawan. Justeru, pertandingan pidato ini dijalankan untuk
memastikan kemahiran seni ini tidak terus lenyap ditelan zaman.
2.0 OBJEKTIF
2.1 Membina keyakinan diri.
2.2 Meluaskan pengetahuan.
2.3 Memantapkan kemahiran komunikasi dan Bahasa Melayu baku.
2.4 Memupuk semangat patriotisme.
2.5 Menjana daya saing secara positif.
3.0 PENYERTAAN
3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid warganegara Malaysia
sekolah rendah Tahap 2 (Tahun 4 hingga 6) sama ada di Sekolah
Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Bantuan Kerajaan,
Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
Manakala, Sekolah Swasta yang berdaftar dengan KPM dibenarkan
menyertai tetapi penyertaan sehingga peringkat negeri sahaja.
Penyertaan berbilang kaum amat digalakkan.
3.2 Penyertaan murid daripada pelbagai kaum adalah digalakkan.
16
KERTAS KONSEP PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020
4.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini akan dijalankan dalam beberapa peringkat :-
4.1 Peringkat Sekolah
4.1.1 Pihak Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu diminta
mengadakan pertandingan ini bermula di peringkat antara kelas dan
juga antara rumah. Pertandingan ini merupakan aktiviti sokongan
kepada pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu.
4.1.2 Seorang peserta hendaklah dipilih mewakili sekolah ke pertandingan
di peringkat daerah.
4.2 Peringkat Daerah
4.2.1 Semua Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian diminta mengendalikan
pertandingan di peringkat ini.
4.2.2 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili daerah/bahagian
ke pertandingan di peringkat negeri.
4.3 Peringkat Negeri
4.3.1 Pertandingan di peringkat ini hendaklah dikendalikan oleh Jabatan
Pendidikan Negeri.
4.3.2 Satu jawatankuasa pertandingan peringkat negeri perlu diwujudkan.
4.3.3 Seorang peserta terbaik hendaklah dipilih mewakili negeri ke
pertandingan peringkat kebangsaan.
4.3.4 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan
tarikh dan tempat pertandingan dan seterusnya memaklumkannya
kepada urus setia di peringkat kebangsaan.
4.4 Peringkat Kebangsaan
4.4.1 Pertandingan di peringkat ini akan dikendalikan oleh Jawatankuasa
Pertandingan Peringkat Kebangsaan.
17
KERTAS KONSEP PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020
4.4.2 Seorang peserta dari setiap negeri (seorang peserta sekolah
menengah dan seorang peserta sekolah rendah) akan mewakili
negeri masing-masing ke pertandingan peringkat kebangsaan.
4.4.3 Setiap peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru pembimbing dan
seorang pegawai pengiring.
5.0 FORMAT PERTANDINGAN
Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian dan setiap peserta wajib
bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut. Giliran peserta setiap bahagian
ditentukan mengikut undian. Proses undian ini dijalankan oleh Ketua Hakim di
hadapan semua peserta sebelum pertandingan dimulakan. Pengacara majlis
dan peserta pidato TIDAK DIBENARKAN memperkenalkan diri, sekolah dan
negeri masing-masing.
5.1 Bahagian Pertama
Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang
telah disediakan oleh jawatankuasa pertandingan terlebih dahulu.
5.2 Bahagian Kedua
Peserta akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas
tajuk yang ditentukan oleh jawatankuasa pertandingan. Peserta
dikehendaki memilih tajuk di dalam sampul yang disediakan di meja ketua
hakim. Pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja
selesai pertandingan pidato bahagian pertama . Setelah mendapat tajuk,
peserta diberi masa satu minit untuk membuat persediaan di pentas
pidato tanpa bantuan oleh mana-mana pihak, alat tulis, kertas catatan,
alat komunikasi dan alat elektronik.
5.3 Syarat-syarat Pertandingan
5.3.1 Peserta diberi masa LIMA (5 minit) untuk pidato bahagian
pertama, dan TIGA (3 minit) untuk pidato bahagian kedua.
5.3.2 Loceng akan dibunyikan sekali, SATU (1 minit ) sebelum tamat,
dan dua kali setelah tamat bagi setiap kategori dan bahagian
pertandingan.
5.3.3 Penyampaian pidato selepas loceng penamat dibunyikan bagi
setiap bahagian pertandingan tidak akan diberi markah.
18
KERTAS KONSEP PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020
5.3.4 Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan
agama, bangsa dan kebudayaan atau terhadap keperibadian
seseorang adalah dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan
markah adab dipotong.
5.3.5 Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah
dilarang. Kesalahan ini akan menyebabkan markah adab dipotong.
5.3.6 Peserta yang membaca nota atau teks, menyentuh isu sensitif,
menggunakan bahasa yang kurang sopan dan tidak sempat
membuat kesimpulan (semua kesalahan tersebut/ mana-mana satu
daripadanya) tidak layak untuk diumumkan sebagai pemenang di
semua kategori dan peringkat pertandingan.
5.3.7 Peserta pidato dikehendaki menggunakan pakaian seragam
sekolah/blazer/pakaian kebangsaan.
5.3.8 Pengerusi majlis berhak menegur peserta yang melanggar
mana-mana peraturan di atas.
6.0 PEMILIHAN TAJUK
6.1. Peringkat Sekolah, Daerah dan Peringkat Negeri
Jawatankuasa setiap peringkat hendaklah menetapkan tajuk Pidato
Bahagian Pertama dan Kedua berdasarkan isu-isu semasa yang
tersiar dalam media massa negara.
6.2 Peringkat Separuh Akhir dan Peringkat Akhir Kebangsaan
6.2.1 Tajuk pidato bahagian pertama dan kedua di peringkat ini
disediakan oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.
6.2.2 Tajuk pidato bahagian pertama akan dihantar dalam
tempoh dua minggu sebelum tarikh Pertandingan
Peringkat Kebangsaan kepada semua negeri.
6.2.3 Tajuk pidato bahagian kedua di peringkat ini ditentukan
secara undian oleh Jawatankuasa Pertandingan Peringkat
Kebangsaan.
19
6.2.4 KERTAS KONSEP PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020
Enam belas peserta setiap negeri dalam pertandingan
peringkat separuh akhir kebangsaan dibahagi kepada dua
kumpulan. Tiga peserta terbaik setiap kumpulan dipilih
untuk ke pertandingan akhir peringkat kebangsaan.
7.0 PERATURAN PEMARKAHAN
7.1 Pembahagian Markah Pidato Bahagian Pertama
7.1.1 Idea/Isi (30 markah)
Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan tiga
idea/ isi. Isi/idea hendaklah bernas yang disokong oleh
data/ bahan yang tepat/logik sebagai peneguh huraiannya.
Panduan Pemarkahan
Idea/isi tepat – 2 markah
Huraian – 4 markah
Data/contoh – 3 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 9 markah
(9m x 3 = 27 markah + 3 markah takrifan tajuk = 30 markah)
7.1.2 Bahasa (20 markah)
Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas, baku
(struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan dan
tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
7.1.3 Penyampaian dan Persembahan ( 50 markah )
7.1.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan
yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik
dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan
yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)
7.1.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang
tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog,
bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan
markah persembahan)
7.1.3.3 Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan
kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima
markah maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/
tutur kata yang kurang sopan.
20
KERTAS KONSEP PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020
8.0 PEMBAHAGIAN MARKAH PIDATO BAHAGIAN KEDUA (SPONTAN)
8.1 Isi (40 markah)
Peserta pidato akan diadili dari segi pengutaraan dua idea /
isi. Idea/isi hendaklah bernas/logik dan dihurai dengan jelas.
Panduan Pemarkahan
Idea / isi – 5 markah
Huraian – 10 markah
Data / contoh – 4 markah
Markah penuh bagi setiap isi/ idea ialah 19 markah
(19m x 2=38 markah + 2 markah takrifan tajuk = 40 markah).
8.2 Bahasa (30 markah)
Peserta pidato akan diadili dari segi bahasa yang jelas dan
baku (struktur dan sebutan), gaya bahasa yang berkesan
dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.
8.3 Penyampaian dan Persembahan (30 markah)
8.3.1 Peserta pidato akan diadili dari segi persembahan
yang lancar dan menyakinkan, gaya yang menarik
dan susunan isi yang tertib. (Pergerakan tangan
yang keterlaluan tidak digalakkan dan akan
menjejaskan markah persembahan)
8.3.2 Intonasi dan nada yang sesuai. (nada suara yang
tinggi, menjerit, menyanyi, berlakon, dialog,
bersyair tidak dibenarkan dan akan menjejaskan
markah persembahan)
4.5.2.3. Peserta pidato WAJIB memberikan salam dan
kata-kata aluan sebelum memulakan pidato. Lima
markah maksimum akan dipotong jika peserta
menyentuh isu sensitif/menunjukkan pelakuan/
tutur kata yang kurang sopan.
21
KERTAS KONSEP PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020
9.0 Panduan Kepada Panel Hakim
9.1 Peserta pidato setiap bahagian akan diadili dari segi isi/idea,
bahasa dan persembahan. Panel hakim tidak boleh terpengaruh
dengan reaksi emosi/tepuk sorak penyokong.
9.2 Panel hakim diingatkan agar tidak memilih peserta pidato yang
membaca nota/teks, menyentuh isu sensitif, menggunakan bahasa
yang kurang sopan dan tidak sempat membuat kesimpulan (semua
kesalahan tersebut/mana-mana satu daripadanya) sebagai
pemenang.
9.3 Panel hakim perlu membuat keputusan MENGGUNAKAN SISTEM
JURI.
9.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad.
10.0 TARIKH PERTANDINGAN :
:
Peringkat Sekolah :
Peringkat Daerah :
Peringkat Negeri
Peringkat Kebangsaan
11.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN
Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Kebangsaan dipengerusikan oleh
Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran
Malaysia. Ahli Jawatankuasa terdiri daripada semua Jabatan Pendidikan
Negeri.
Jawatankuasa pertandingan Peringkat Kebangsaan berhak membuat keputusan
yang difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak
diingini demi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu
masa,
12.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Kementerian Pendidikan
Malaysia.
22
KERTAS KONSEP PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020
BORANG MARKAH C
PIDATO SEKOLAH RENDAH
Kategori : Rendah Giliran Peserta
Bahagian l : 5 minit
Isi Bilangan Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah Jumlah
(30 markah) (2 markah) (4 markah) (3 markah) Besar
Diadili dari segi pengutaraan isi Isi 1 Markah kematangan isi
yang bernas, data dan bahan Isi 2
yang tepat serta logik termasuk Isi 3
huraian dan contoh. Bonus 3
Panduan pemarkahan
Isi yang diperakukan ialah
sebanyak 3 isi. 3 markah bonus
(3/30) bagi kematangan isi.
Jumlah keseluruhan markah isi (30 markah)
Bahasa (20 markah)
Diadili dari segi bahasa yang Tatabahasa (10 markah)
Gaya bahasa yang berkesan (5 markah)
jelas, baku (tatabahasa & Sebutan bahasa (5 markah)
Jumlah markah bahasa (20 markah)
sebutan), gaya bahasa yang
berkesan & tepat dengan
maksud yang hendak
disampaikan.
Penyampaian dan Persembahan (50 markah)
Penyampaian & Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara yang
menyakinkan ( 10 markah)
persembahan (40 markah)
Gaya yang menarik (10 markah)
Diadili dari segi persembahan
yang lancar, kesesuaian nada,
menyakinkan, menunjukkan gaya
yang menarik & pengolahan isi Pengolahan isi yang tertib, tersusun dan
berkesinambungan (10 markah)
yang tertib dan
berkesinambungan.
Adab (5 markah) Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan memukau
Dipotong 5 markah maksimum penonton (10 markah)
jika isi pidatonya mengandungi
kritikan terhadap isu-isu sensitif Adab (5 markah)
seperti politik, agama, bangsa,
kebudayaan & peribadi serta Istimewa (5 markah)
menunjukkan perlakuan atau
tutur kata yang kurang sopan.
Istimewa (5 markah) Jumlah markah penyampaian dan persembahan
Diadili daripada keseluruhan (50 markah)
persembahan, kesopanan dan
ketepatan masa.
Jumlah markah keseluruhan : 100 %
Nama Hakim : …………………………………… Tandatangan : ……………..…..
Pengesahan oleh Ketua Hakim : ………………………………….
23
KERTAS KONSEP PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020
BORANG MARKAH D
PIDATO SEKOLAH RENDAH
Kategori : Rendah Giliran
Bahagian ll : 3 minit Peserta
Isi Bilangan Isi Idea/Isi Huraian Contoh/Data Jumlah Jumlah
(40 markah) (5 markah) (10 markah) (5 markah) Besar
Diadili dari segi pengutaraan isi Isi 1 (40 markah)
yang bernas, data dan bahan Isi 2
yang tepat serta logik termasuk Jumlah keseluruhan markah isi
penghuraiannya.
Panduan pemarkahan
Isi yang diperakukan ialah
sebanyak 2 isi.
Bahasa (30 markah)
Diadili dari segi bahasa yang Tatabahasa (10 markah)
Gaya bahasa yang berkesan (10 markah)
jelas, baku (tatabahasa & Sebutan bahasa (10 markah)
Jumlah markah bahasa (30 markah)
sebutan), gaya bahasa yang
berkesan & tepat dengan
maksud yang hendak
disampaikan.
Penyampaian dan Persembahan (30 markah)
Penyampaian & Kepetahan, kelancaran nada, intonasi suara yang
menyakinkan ( 5 markah)
persembahan (20 markah)
Gaya yang menarik (5 markah)
Diadili dari segi persembahan
yang lancar, kesesuaian nada,
menyakinkan, menunjukkan
gaya yang menarik & Pengolahan isi yang tertib, tersusun dan
berkesinambungan (5 markah)
pengolahan isi yang tertib dan
berkesinambungan.
Adab (5 markah) Berkeyakinan, dapat mempengaruhi dan memukau
Dipotong 5 markah maksimum penonton (5 markah)
jika isi pidatonya mengandungi
kritikan terhadap isu-isu sensitif Adab (5 markah)
seperti politik, agama, bangsa,
kebudayaan & peribadi serta Istimewa (5 markah)
menunjukkan perlakuan atau
tutur kata yang kurang sopan.
Istimewa (5 markah) Jumlah markah penyampaian dan persembahan
Diadili daripada keseluruhan (30 markah)
persembahan, kesopanan dan
ketepatan masa.
Jumlah markah keseluruhan : 100 %
Nama Hakim : ………………………………… Tandatangan : ……………..…..
Pengesahan oleh Ketua Hakim : ………………………………….
24
KERTAS KONSEP PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020
BORANG RUMUSAN HAKIM
(Diisi oleh semua hakim)
PIDATO SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
SEKOLAH RENDAH
Giliran Markah Pidato Markah Pidato Jumlah Kedudukan
Peserta Bahagian Pertama Bahagian kedua
(spontan)
Tandatangan: ................................... Tarikh :...........................
Nama Hakim :.....................................
25
KERTAS KONSEP PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020
BORANG RUMUSAN HAKIM
(Diisi oleh Ketua Hakim)
PIDATO SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
SEKOLAH RENDAH
KEDUDUKAN PESERTA
Giliran Hakim Hakim Hakim Hakim Hakim Catatan Keputusan
Peserta 1 2 3 4 5 Panel
Hakim
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
Tandatangan
Tandatangan :..................................... Tarikh :...........................
Nama Ketua Hakim :.....................................
26
KERTAS KONSEP PIDATO PIALA KPM SEKOLAH RENDAH
EDISI 2020
BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN
(Diisi oleh Ketua Hakim)
PIDATO SEKOLAH RENDAH
PERINGKAT KEBANGSAAN
SEKOLAH RENDAH
KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA
JOHAN
NAIB JOHAN
KETIGA
PENGESAHAN
HAKIM NAMA TANDATANGAN
HAKIM 1 27
HAKIM 2
HAKIM 3
HAKIM 4
HAKIM 5
Disahkan oleh,
.........................................................................
Tandatangan
()
Nama Ketua Hakim
Tarikh: ..................................................