The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kerja E-folio Pendidikan Moral MPU23142

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ayenmisu95, 2022-05-23 20:55:20

Modenisasi Menjejaskan Remaja

Kerja E-folio Pendidikan Moral MPU23142

I-SISWAEXCLUSIVE MAGAZINE
ISU No.8 SESI II : 2021/2022

"MODENISASI MENJEJASKAN
REMAJA"

"Apa itu WM RM7.50

modenisasi?" EM RM10.50

m/s 5

"KESAN
MODENISASI
TERHADAP
REMAJA"

m/s

MPU23142 PENDIDIKAN MORAL

Penghargaan ISI KANDUNGAN
Objektif
Pengenalan 01
02
03

Punca Keruntuhan Akhlak Remaja 04
Kesan Modenisasi Therhadap 06

Masalah Sosial Remaja

Langkah-langkah Untuk 09
Mengatasi Masalah Sosial Remaja

Kesimpulan 11
Rujukan 12

Kenali Kami

EDITOR

BRENDON TINI
05DDT21F1045

PENYUNTING KPaentaasihat

FABIAN JOEDIN Assalamualaikum dan salam sejahtera.
05DDT21F1052
Majalah I-Siswa merupakan satu platform yang disediakan kepada
PEREKA GRAFIK para pelajar dalam melaksanakan tugasan e-folio bagi kursus
MPU23142 PENDIDIKAN MORAL. Tugasan ini telah mengenengahkan
BRIANNE MITH konsep penulisan kreatif bertemakan isu-isu perpaduan dan
05DDT21F1023 kemasyarakatan.

PENULIS Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua
pelajar daripada kelas DDT2C , Jabatan Teknologi Maklumat Dan
FITENSON WAYNCHIFF
JOSSAY Komunikasi, Politeknik Kuching Sarawak bagi pengajian sesi II
05DDT21F1001 2021/2022 yang telah
memberikan komitmen padu dan kesungguhan dalam menjayakan
penulisan ini sehingga terhasilnya e-majalah I-Siswa untuk
dimanfaatkan kepada seluruh masyarakat di luar sana.

Harapan saya semoga mesej yang disampaikan daripada
penulisan ini dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada
pembaca tentang kepentingan aspek perpaduan dalam
memastikan kestabilan dan keharmonian masyarakat majmuk di
Malaysia.

Semoga usaha murni ini menjadi suntikan semangat kepada para
pelajar untuk menyumbang idea dan pandangan yang kritis dalam
merealisasikan matlamat kerajaan membentuk Agenda Keluarga
Malaysia.

Pn. Natrah Binti Mat Noor
Pensyarah Politeknik Kuching Sarawak

01

28 April, 2022
Politeknik Kuching Sarawak., KM22
Jalan Matang, 93050 Kuching, Sarawak.

OBJEKTIF

1)Menyatakan maksud modenisasi.
2)Mengenalpasti kesan modenisasi terhadap remaja.
3)Mengenalpasti punca kerosakan akhlak remaja.
4)Mencadangkan cara untuk mengatasi masalah kerosakan
akhlak remaja.
5)Menjelaskan bentuk modenisasi yang terdapat di negara kita.

02

PENGENALAN

APA ITU MODENISASI?

Modenisasi ialah Istilah yang

digunakan bagi menunjukkan

tentang kemajuan yang

dialami oleh masyarakat

dunia yang merangkumi semua

aspek kehidupan manusia

yang mana lebih tertumpu

kepada satu bentuk kehidupan

barat.

BENTUK MODENISASI:

1) EKONOMI
- Aktiviti jual beli boleh dilakukan
melalui kedai dalam talian.

2) KOMUNIKASI
- Komunikasi lebih mudah dengan
adanya aplikasi pesanan ringkas,
panggilan video dan banyak lagi.

3) PENGANGKUTAN
- Teksi dalam talian seperti Grab
memudahkan pengangkutan
awam.

03

oleh Brendon Tini

1) Pengaruh rakan sebaya

Menurut kajian, ketika usia remaja, seseorang itu
lebih rapat dengan rakan sebaya berbanding
keluarga. Oleh itu., rakan sebaya sangat mudah
mempegaruhi seseorang remaja itu samaada ke
jalan yang benar atau ke jalan yang songsang.
Para remaja ini akan saling cabar-mencabar
dengan rakan sebaya untuk melakukan sesuatu,
walaupun mereka tahu perkara itu salah. Oleh
kerana “darah muda” remaja yang pantang dicabar
akan melakukan perkara itu untuk membuktikan
kehebatan mereka, walaupun mereka tahu perkara
itu berbahaya dan sia-sia. Bak kata pepatah,
“manang jadi arang, kalah jadi abu”

2) Kesibukan ibu bapa

Lumrah ibu bapa ialah mendidik dan mengasuh
anak-anak supaya menjadi orang yang berguna,
tetapi, kesibukan mereka menghalang mereka
untuk menjalankan tanggungjawab mereka
terhadap anak-anak. Oleh itu, anak-anak akan
terumbang ambing dalam dunia mereka dan
seterusnya akan sesat dan memilih jalan yang
songsang. Kesibukan ibu bapa juga menghalang
mereka untuk mengambil tahu aktiviti anak-anak
dan seterusnya membiarkan anak-anak bebas
melakukan apa sahaja tanpa pengetahuan
termasuklah melakukan aktiviti yang salah. Ibu
bapa ini hanya akan tersedar ketika anak mereka
sudah teruk. Bak kata pepetah, “sudah terhantuk,
baru tergadah”.

04

2022

3) Pengaruh media massa

Pada zaman yang serba moden ini, media massa
merupakan satu keperluan dalam kehidupan seharian.
Media massa ini banyak memberikan kebaikan, tetapi
juga boleh mempengaruhi seseorang terutamanya
golongan remaja ke arah negatif secara diam. Bak kata
pepatah, “seperti api dalam sekam”. Cerita-cerita yang
berunsurkan keganasan malah seks banyak ditayangkan
oleh media massa. Cerita-cerita sebegini dapat
mempengaruhi dan merangsang remaja untuk meniru
aksi-aksi negatif itu, dan hasilnya, keruntuhan akhlak
remaja semakin menjadi-jadi.

4) Sifat semulajadi remaja juga
senantiasa ingin mencuba sesuatu yang
baru

Walaupun pada awalnya niat mereka hanyalah
untuk mencuba, tetapi lama-kelamaan mereka
akan ketagih dan terus terjebak ke dalam aktiviti
haram itu. Remaja yang ketagih akan melakukan
apa sahaja termasuk melakukan jenayah untuk
melakukan aktiviti haram itu dan seterusnya
menyebabkan akhlak mereka bertambah rosak.

05

KESAN MODENISASI TERHADAP
MASALAH SOSIAL

oleh Fabian
Joedin

Keruntuhan Akhlak Kehidupan dalam era globalisasi dan
modenisasi yang dibawa oleh Barat bukan
hanya menguasai sistem ekonomi, malah turut
merancuni pemikiran , sistem Pendidikan,
politik dan sosial. Setiap agama sudah
diterapkan dengan kehidupan manusia yang
normal. Sekiranya tidak diterapkan, kesannya
setiap umat dimuka bumi semakin rosak dan
semkain jauh dengan ajaran agama masing –
masing. Maka tidak hairanlah apabila kita
membaca berita di setiap media massa, kes –
kes gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang
berlaku dalam kalangan generasi muda sangat
membimbangkan. Keruntuhan akhlak dan
gejala sosial seperti kes buli, ponteng sekolah,
gengsterisme, vandalisme, hamil luar nikah,
buang bayi, seks bebas, rogol dan bermacam –
macam lagikes yang melibatkan remaja
seakan-akan tiada penghujung dan masih
belum ditemukan jalan penyelesaian yang
selesai.

06

TERPENGARUH Selain itu, teknologi moden yang serba
DENGAN
BUDAYA
canggih sejak kebelakangan ini telah

BARAT membawa kepada penggunaan pelbagai

peralatan elektronik dan peranti secara

meluas oleh setiap generasi. Lumrahnya,

penerapan nilai nilai-nilai moral dan

kemanusiaan dari satu generasi ke

generasi berikutnya berlaku melalui

hasil didikan daripada ibu bapa, orang

dewasa dan guru di sekolah.

Namun begitu terdapat kajian
mendapati bahawa masa kini telah
dipengaruhi oleh teknologi moden dan
masyarakat terbudaya dengan media
yang mana kebanyakan ideologi budaya
dan penerapan nilai diturunkan dari
satu generasi ke generasi yang lain
melalui media seperti televisyen dan
internet. Justeru , golongan remaja juga
adalah golongan yang tidak terkecuali
daripada merasai tempias ledakan
perkembangan teknologi yang telah
memberi impak yang amat besar
terhadap kehidupan mereka.

07

PERMAINAN Di samping tu, kajian juga mendapati bahawa
TRADISIONAL
DILUPAKAN kanak-kanak di Malaysia menghabiskan masa

melayari internet secara purata selama 19 jam

seminggu, sedangkan ibu bapa menyangka

anak-anak mereka melayari internet selama

11 jam. Terdapat juga kajian bahawa Sembilan

daripada sepuluh kanak-kanak di Malaysia

telah terdedah kepada pengalaman negative

semsa melayari internet.

Justeru fenomena ini secara tidak langsung

telah menyebabkan perkembangan golongan

remaja telah dipengaruhi oleh

pendedahannya kepada sumber teknologi

yang terdapat di dalam kehidupan dan

persekitarannya.

Kepesatan teknologi dalam abad

ke-21 ini menyebabkan remaja

terpaksa membesar dalam

persekitaran yang mempunyai

lambakan kemudahan akses

kepada maklumat tanpa

sempadan. Para remaja masa kini

bergantung kepada teknologi

dalam hampir kesemua aktiviti

termasuk aktiviti bermain mereka

sehinggakan aktiviti permainan

berbentuk tradisional di luar

rumah seperti batu Seremban,

galah panjang, Konda kondi dan

sebagainya telah lenyap diambil

alih oleh pelbagai peralatan 08

Ibu Bapa Mengambil Berat Tentang Anak Masing-

Masing oleh Fitenson Waynchiff

1. Peranan Ibu Bapa
Untuk mengurangkan masalah sosial ini, ibu bapa

haruslah mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni
serta ajaran-ajaran agama yang sempurna kepada
anak-anak supaya mereka menjadi remaja yang
bermoral dan berakhlak mulia. Ibu bapa perlu
memahami masalah anak-anak mereka dan
menjadikan anak mereka sebagai kawan dan
bukannya lawan. Selain itu, ahli keluarga yang lain
seperti abang dan kakak juga berperanan dalam
memastikan adik-beradik dipantau dengan
sempurna.

09

Peranan Sekolah Dalam Mencegah Masalah Sosial
Pelajar

oleh Fitenson Waynchiff

2. Peranan Pihak Sekolah
Di peringkat sekolah pula, para guru amat berperanan dalam

mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Sikap
lepas tangan sesetengah guru seharusnya tidak dicontohi kerana
pelajar merupakan tanggungjawab mereka ketika berada di sekolah.
Para guru juga harus peka dan sentiasa terbuka kepada mendengar
masalah pelajar serta menasihati mereka secara baik. Di samping itu,
disiplin di sekolah juga perlu dipertingkatkan. Hubungan erat antara
ibu bapa dan guru perlu dipertingkatan supaya ibu bapa sentiasa
mendapat maklum balas daripada guru yang mengajar anak-anak
mereka. Pihak sekolah juga seharusnya memperhebatkan Unit
Kaunseling untuk membantu pelajar-pelajar yang bermasalah supaya
mereka tidak berasa terpinggir.

10

KESIMPULAN



Sebagai rumusan akhir, ketokohan
Ibn Khaldun sebagai seorang pemikir
Islam yang mendahului zaman jelas
terbukti, apabila kebanyakan
daripada teori ataupun buah
pemikirannya bersifat evergreen dan
masih tetap relevan untuk dipakai
bagi konteks zaman moden ini. Yang
lebih penting lagi, kita tidak harus
mensakralkan tokoh agung ini secara
membuta tuli, tetapi perlu
melanjutkan ataupun mengamalkan
setiap gagasan pemikirannya di
dalam kehidupan bermasyarakat.
Rasanya, dengan cara dan paradigma
ini sajalah kita mungkin dapat
memanafaatkan sepenuhnya setiap
buah pemikiran yang dibawa oleh
tokoh ini. Adalah diharapkan agar
pemakaian paradigma yang telah
dirintis oleh Ibn Khaldun.

oleh Brianne Mith

11

RUJUKAN

- https://naaveeshni16.blogspot.com/2020/03/kesan-modenisasi-
masalah-terhadap.html

- http://naqeeuddin18.blogspot.com/2017/08/karangan-tentang-masalah-
sosial-dalam.html

- https://sarjana.tripod.com/moden1.html

12


Click to View FlipBook Version