NAMA PENSYARAH: PUAN DZATIAH BINTI MOHAMAD KOD & NAMA KURSUS: MPU23042 NILAI MASYARAKAT MALAYSIA TAJUK: Kepantasan teknologi yang semakin meluas membuka ruang dan peluang kepada jenayah siber di negara kita NAMA & NO. PENDAFTARAN PELAJAR: KELLY TANG WAN YIING (20DEE21F2016) SHARONICA LAJA ANAK GREAN (20DEE21F2018) YASMIN BANAU SUMOI (20DEE21F2801) CHARMAINE MONA AMIN (20DEE21F2802) E-FOLIO
ISI KANDUNGAN 1. PENGHARGAAN 2. OBJEKTIF 3. PENGENALAN 4. 5 FAKTOR CABARAN 5. 5 KESAN CABARAN 5 CARA MENGATASI CABARAN 6. 5 CONTOH ISI CABARAN YANG BERLAKU DI MALAYSIA 7. 8. KESIMPULAN 9. RUJUKAN 10. AKTIVITI PENGUKUHAN
Setinggi-tinggi kesykuran kami panjatkan kepada yang Maha Esa kerana dengan keberkatan serta keizinanNYA kumplan kami telah dapat menyiapkan kerja kursus E-Folio Nilai Masyarakat Malaysia dengan jayanya. Semoga di masa hadapan kerja kursus ini akan memberikan banyak manfaat kepada saya dan rakan-rakan dari segi pengetahuan dan pengalaman semasa membuat kajian ini. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Dzatiah binti Mohamad, pensyarah kursus Nilai Masyarakat Malaysia atas tunjuk ajar tentang cara-cara membuat E-Folio agar mengikut kreteria yang ditetapkan. Beliau turut membantu dalam penyemakkan data, laporan dan draft bagi keerja kursus ini supaya E-Folio ini sangat memuaskan. Terima kasih juga atas teguran dan nasihat beliau kepada kami sepanjang proses pembuatan kerja kursus E-Folio ini kerana dengan teguran dan nasihat beliau kami dapat memperoleh hasil kajian dengan cemerlang. PENGHARGAAN
OBJEKTIF MENYATAKAN FAKTOR PENGARUH BUDAYA LUAR MENJELASKAN KESAN-KESAN MENERANGKAN LANGKAH MENGENAL PASTI CONTOH ISU CABARAN YANG BERLAKU DI MALAYSIA
PENGENALAN Dalam era globalisasi dengan kemajuan sains dan teknologi telah mendatangkan kemudahan dan kesenangan dalam melakukan urusan seharian mahupun urusan kerja. Namun begitu keburukan dan bahaya juga tidak dapat dielakkan. Ini berlaku apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyalahgunakan kemajuan sains dan teknologi demi memenuhi kepentingan diri dan keuntungan. Kemudahan siber merupakan antara kemajuan sains dan teknologi yang terdedah kepada penyalahgunaan pihak yang tidak bertanggungjawab. Penyalahgunaan inilah yang mewujudkan satu bentuk jenayah iaitu jenayah siber. Jenayah siber telah menjadi penyumbang tertinggi dalam kes-kes jenayah di negara-negara maju seperti negara-negara eropah, amerikal dan jepun2. Jenayah siber tidak seperti jenayah-jenayah lain yang mempunyai bukti-bukti fizikal bagi memudahkan analisis mencari penjenayah. Biasanya jenayah siber melibatkan jenayah komersial seperti "rompakan" atau pemindahan wang yang banyak kepada akaun penjenayah.
5 FAKTOR PENINGKATAN JENAYAH SIBER DI NEGARA KITA KURANGNYA KESEDARAN KESELAMATAN SIBER Kurangnya kesedaran keselamatan siber dalam kalangan pengguna digital menjadikan mereka mudah menjadi mangsa jenayah siber. Tidak mengetahui langkah-langkah perlindungan yang sewajarnya dan mudah tertipu oleh serangan phishing atau penipuan dalam talian adalah antara sebab mengapa jenayah siber berlaku. PENGGODAM Penggodaman merupakan suatu tindakan mengakses sesebuah komputer tanpa mendapat sebarang kebenaran atau izin dari pihak bertanggungjawab yang ditugaskan mahupun kebenaran daripada pemilik sesebuah komputer. Apabila seseorang penggodam (hackers) berjaya menceroboh mahupun melumpuhkan sesebuah sistem komputer, kebiasaannya mereka akan menyalin maklumat-maklumat sulit dan penting, memadam atau mengubahsuai mana-mana kandungan maklumat atau sistem program yang tersimpan di dalam sesebuah komputer mahupun yang lebih parah lagi apabila mereka mencuri wang atau membuat pesanan barang melalui sistem komputer yang dicerobohi dan barar tersebut dhantar kepada mereka sendiri.
PEMINDAHAN WANG SECARA HARAM Pemindahan wang secara haram ini bermaksud berlakunya pemindahan wang oleh orang yang tidak mempunyai kebenaran atau kuasa untuk mengakses ke dalam akaun milik perseorangan mahupun individu dan memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun dirinya mahupun akaun individu yang lain dengan niat untuk memiliki wang tersebut. Pemindahan wang secara haram ini sering berlaku kepada pengguna-pengguna sistem perbankan elektronik dan ia berlaku sama ada berlakunya pencerobohan ke atas akaun mereka atau berlakunya pecah amanah atau khianat yang dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab. PENCURIAN IDENTITI Penjenayah siber mencuri maklumat peribadi mangsa seperti nama penuh, tarikh lahir, atau nombor kad kredit untuk melakukan penipuan kewangan atau jenayah lain, seperti memasuki atau meninggalkan sesebuah negara secara haram, penggubahan wang haram dan mengedar dadah. Akibatnya, mangsa kecurian identiti tersebut yang akan menghadapi tindakan undang-undang disebabkan identiti yang telah disalahguna untuk tujuan jenayah. KEINGINAN SETENGAH PIHAK UNTUK MENJADI KAYA Menyamar sebagai pegawal pemungut cukai yang golongan tertentu sebagai sasaran. Penipu akan merancang dan menyamar dengan begitu teliti untuk memastikan penipuan mereka berjaya dilaksanakan serta memperolehi wang yang banyak.
5 KESAN KEPANTASAN TEKNOLOGI TERHADAP JENAYAH SIBER DI MALAYSIA PENINGKATAN KESELAMATAN SIBER Teknologi yang berkembang pesat memperluaskan permukaan serangan siber, mencipta cabaran yang besar dalam mempertahankan keselamatan rangkaian dan maklumat negara daripada pencerobohan siber yang berpotensi merosakkan. KELEWATAN PENAMBAHBAIKAN DASAR DAN UNDANG-UNDANG Pada masa yang sama, perlunya penambahbaikan dasar dan undang-undang berkaitan siber kadang-kadang tidak dapat mengimbangi kelajuan perkembangan teknologi, meninggalkan celah undangundang yang mungkin digunakan oleh penjenayah siber. KEKURANGAN KESEDARAN KESELAMATAN SIBER Cabaran bagi masyarakat dan organisasi untuk memahami ancaman siber dan melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang sesuai. Kebanyakan individu mungkin tidak sedar akan risiko yang berkaitan dengan keselamatan siber atau bagaimana untuk melindungi diri mereka secara berkesan..
PERISIAN DAN PERANTI USANG Penggunaan perisian dan peranti usang atau tidak dikemas kini boleh menjadi titik lemah yang mudah disasarkan oleh penjenayah siber, memudahkan akses tidak dibenarkan ke dalam sistem. CABARAN ANTARABANGSA Jenayah siber boleh beroperasi melintasi sempadan negara tanpa sempadan fizikal yang jelas. Oleh itu, kerjasama antarabangsa dalam pencegahan dan penuntutan penjenayah siber menjadi penting, tetapi sering kali mencabar kerana perbezaan dalam undang-undang, budaya, dan kepentingan politik.
MENINGKATKAN KESEDARAN KESELAMATAN SIBER MENGGUNAKAN PERISIAN KEAMANAN 5 CARA MENGATASI ANCAMAN JENAYAH SIBER AKIBAT KEMAJUAN TEKNOLOGI Melalui pendidikan dan kempen kesedaran, seperti seminar atau bengkel, untuk mengajar orang tentang risiko dalam talian dan cara melindungi diri. Memasang perisian antivirus dan firewall yang kuat untuk melindungi peranti daripada serangan penggodam dan malware. MEMANTAU TRANSAKSI KEWANGAN Dengan menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian yang selamat dan memantau aktiviti kewangan secara berkala untuk mengesan dan mencegah pemindahan wang secara haram.
PERLINDUNGAN IDENTITI PENDIDIKAN KEWANGAN Melindungi maklumat peribadi dengan menggunakan kata laluan yang kuat, memperbarui perisian, dan mengelakkan berkongsi maklumat peribadi dalam talian dengan pihak yang tidak diketahui. Memberikan pendidikan kepada masyarakat tentang kepentingan menyimpan, pelaburan yang berhemat, dan pentingnya memperoleh kekayaan secara sah dan berkekalan.
PELBAGAI PENIPUAN DALAM TALIAN KESELAMATAN DATA PERIBADI Kepantasan teknologi membolehkan penjenayah memperdayakan mangsa melalui penipuan dalam talian seperti skema pelaburan palsu atau penipuan kad kredit. Pertumbuhan teknologi meningkatkan risiko pencurian data peribadi pengguna, yang boleh digunakan untuk penipuan identiti atau aktiviti jenayah lain. 5 CONTOH JENAYAH SIBER AKIBAT KEMAJUAN TEKNOLOGI
PENYEBARAN MAKLUMAT PALSU PENYULUDUPAN DIGITAL Media sosial mempercepatkan penyebaran maklumat palsu atau berita palsu yang boleh mencetuskan kekeliruan dan ketegangan sosial. Kemudahan akses internet memudahkan penyeludupan barang-barang digital seperti dadah atau bahan lucah. ANCAMAN KESELAMATAN SIBER Kepantasan teknologi memperluaskan jangkauan serangan siber yang boleh mencetuskan gangguan kepada infrastruktur penting negara seperti sistem perbankan atau bekalan air.
KESIMPULAN Kepantasan teknologi memperluas ruang untuk jenayah siber di Malaysia. Kurangnya kesedaran mengenai keselamatan siber menyumbang kepada peningkatan jenayah dalam talian. Penjenayah menggunakan teknologi untuk melakukan serangan penggodaman, pemindahan wang haram, dan pencurian identiti. Keinginan untuk cepat kaya memperkukuhkan skema penipuan dalam talian. Diperlukan kesedaran yang lebih tinggi dan peningkatan strategi keamanan untuk melindungi diri daripada ancaman siber yang berkembang pesat.
AKTIVITI PENGUKUHAN 1.Apakah itu jenayah siber? Apakah langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kesedaran keselamatan siber di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya dalam kalangan golongan yang kurang teknologi? 2. Bagaimana anda akan mengenal pasti dan melindungi diri daripada serangan penggodaman laman web dan akaun media sosial di era digital ini? 3. Apakah strategi yang berkesan untuk menghalang pemindahan wang secara haram dalam konteks sistem kewangan Malaysia yang semakin canggih? 4.
RUJUKAN https://cerdika.com/my/faktorberlakunya-jenayah-siber/ 1. https://aboutjenayahsiber.blogspot.com/ p/cabaran-yang-dihadapi-dalammenangani.html?m=1 2. https://www.kominfo.gov.my/en/kenalijenayah-siber 3. https://www.researchgate.net/publicatio n/336961014_Kajian_Awal_Terhadap_ Kepentingan_Pengetahuan_Kesedaran_ Keselamatan_Siber_Dalam_Kalangan_ Pengguna_Media_Sosial_di_Malaysia 4. https://ieeexplore.ieee.org/document/832 3346 5.
LAMPIRAN keratan ini mengenai password tidak selamat media sosial diceroboh remaja menjadi mangsa penggodam penipuan kad ATM remaja menjadi mangsa pelecehan seksual
E-Folio menyediakan sinopsis menyeluruh mengenai cabaran dan implikasi jenayah siber di Malaysia. Daripada serangan siber terhadap institusi kewangan hingga kepada penipuan dalam talian dan serangan siber ke atas infrastruktur penting negara, E-Folio mendedahkan kepelbagaian bentuk jenayah siber yang dihadapi negara kita. Selain itu, ia menekankan kepentingan kesedaran keselamatan siber di kalangan pengguna untuk melindungi diri daripada ancaman siber. EFolio juga mengupas langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak berkuasa dan pengguna untuk mengurangkan risiko jenayah siber. Dengan sinopsis ini, pembaca akan memahami betapa pentingnya untuk menghadapi cabaran jenayah siber dengan kesedaran, kecekapan, dan kerjasama. YASMIN BANAU SUMOI (20DEE21F2801) CHARMAINE MONAAMIN (20DEE21F2802) KELLY TANG WAN YIING (20DEE21F2016) SHARONICA LAJA ANAK GREAN (20DEE21F2018) Kepantasan teknologi yang semakin meluas membuka ruang dan peluang kepada jenayah siber di negara kita E-FOLIO NILAI MASYARAKAT MALAYSIA