KPD3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 KPD3016 PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 KIT MEDIA INSTRUKSIONAL KIT MEDIA INSTRUKSIONAL
SENARAI AHLI KUMPULAN MAISARAH BINTI SHUKRI D20211098814 NUR ZULFA BINTI MOHD AZMI D20211098809 NUR INSYIRAH BINTI NAZRI D20211098806 NIK NUR AZUANIEZA BINTI NIK AHMAD D20211098806
PENGHARGAAN HARGAAN Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia nya dapat kami siapkan tugasan ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pensyarah kursus KPD 3016 Pengajaran dan Teknologi iaitu Professor Madya Dr. Zulkifli bin Osman kerana banyak memberi panduan dan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan Kit Media ini. Banyak ilmu yang diberi berkaitan bidang pendidikan yang dapat kami aplikasi di alam pekerjaan suatu hari nanti. Semoga Professor Madya Dr. Zulkifli bin Osman diberikan kesihatan yang baik dan dibawah lindungan Allah SWT selalu.
ISI KANDUNGAN PENDAHULUAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MANUAL KIT PENUTUP LAMPIRAN OBJEKTIF KIT MEDIA KELEBIHAN DAN FUNGSI KIT MEDIA
PENDAHULUAN Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengadakan kemudahan di setiap sekolah untuk kegiatan yang berkaitan dengan penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran. media pengajaran yang berkesan adalah bahan yang membolehkan pelajar memperoleh kemahiran-kemahiran khusus, pengetahuan dan sikap. reka bentuk pengajaran merupakan satu proses bagi memperkembangkan pelbagai jenis bahan pengajaran seperti bahan komputer atau penagajran melalui televisyen. oleh hal yang demikian, merancang dan menyediakan pelbagai aktiviti serta bahan emrupakan tugas guru dengan mengambil kira jenis dan kaedah pembelajaran yang sesuai dengan pelajar.
konsep kit media Kit pengajaran merupakan satu kaedah inovatif yang dijadikan sebagai bahan bantu mengajar di sekolah. bahan ini digunakan dan dilaksanakan oleh guru-guru untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik dan lebih mudah difahami oleh pelajar. kit ini disediakan dengan mengambil kira aspek psikologi murid-murid dan kemampuan serta kebolehan murid yang berbeza. media pula merujuk kepada saluran komunikasi. contoh media ialah seperti filem, radio dan banyak lagi. kit media merupakan bahan yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu proses pengajaran bagi emmbantu memudahkan proses pembelajaran murid.
objektif kit media Meningkatkan kualiti pengajaran melalui penggunaan teknologi pembelajaran 1. Memperkaya bahan pengajaran dengan sumber multimedia untuk menyokong pemahaman pelajar 2. Meningkatkan kefahaman konsep pembelajaran melalui bahan media yang interaktif 3. Memupuk kreativiti dan pemikiran kritis melalui projek multimedia antara pelajar 4.
1 2 3 4 5 6 melalui pelbagai pendekatan pembelajaran, ia membantu dalam perkembangan kemahiran berfikir KELEBIHAN KIT MEDIA MEMPERKAYA PENGALAMAN PEMBELAJARAN MURID Dengan menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar dan aitiviti, kit media dapat membantu murid untuk memahami konsep-konsep yang diajarkan dengan cara yang lebih menarik Kit media membantu memahami dan mengingati setiap maklumat yang diajarkan dengan lebih cepat. Melalui kepelbagaian aktiviti dan permainan, setiap murid hendaklah terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti dan permainan yang dijalankan dengan adanya pebagai media pengajaran dan bahan bantu mengajar, murid dapat memahami dan menguasai topik pembelajaran dengan lebih mudan dan cepat MENARIK MINAT MURID UNTUK BELAJAR Kit media menyediakan kepelbagaian pembelajaran yang dapat membantu mengurangkan rasa bosan dan menjadikan suasana pembelajaran lebih menyeronokkan MENGGALAKKAN PENGLIBATAN MURID MELATIH MURID BERFIKIRAN KREATIF DAN KRITIS MENINGKATKAN KEFAHAMAN DAN PENGUASAAN PEMBELAJARAN MURID MENINGKATKAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN
FUNGSI KIT MEDIA Melalui aktiviti yang dijalankan, setiap murid dapat terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran MENGALAKKAN PENGLIBATAN PELAJAR MENJADI SUMBER MEDIA INTERAKTIF Melalui peta minda, murid dapat memahami dan mengingati konsep dan isi penting bagi topik pembelajaran MENINGKATKAN KEFAHAMAN MURID Meningkatkan minat murid terhadapaktivitipembelajaran Melalui aplikasi Padlet, murid akan memaparkan setiap hasil kerja yang diberikan oleh guru. MEMBANTU GURU MEMANTAU HASIL KERJA MURID
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Kemahiran Membaca Standard Kandungan Standard Pembelajaran Objektif Pembelajaran Membaca 2.3 Membaca untuk memproses maklumat daripada suatu bahan 2.3.1 Membaca untuk merumuspandangan daripada penulis yang berbeza tentang sesuatu isu berdasarkan bukti secara rasional menggunakan teknik bacaan yang sesuai Menghuraikan dan mengulas isi-isi penting kepentingan pendidikan dalam kehidupan 1. Menggariskan kepentingan pendidikan yang terdapat dalam teks 2.
Ilmu Menggunakan teknik bacaan yang sesuai Sistem Bahasa Teks yang bertajuk “Kepentingan Pendidikan dalam Kehidupan” 1. Peta minda tentang kepentingan pendidikan 2. Kemahiran ABM/BBM Penilaian PAK21 : Peta Minda KBAT : Menganalisis : Mencipta Menganalisis teks dengan baik 1. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) Bahasa
MANUAL PENGGUNAAN
FASA 1 (MEMBERITAHU) Fasa ini akan mengandungi satu bahan sahaja. Teks yang bertajuk 'Kepentingan Pendidikan dalam Kehidupan'.
FASA 1 (MEMBERITAHU) Langkah-langkah perlaksanaan. 1. Guru akan mengambil kehadiran muridmurid pada hari tersebut. 2. Guru meminta murid-murid untuk mengimbas kod yang telah diberikan oleh guru. 3. Guru akan bertanya kepada muridmurid tentang kepentingan pendidikan yang boleh dirasakan dalam kehidupan seharian mereka. 4. Guru akan memberitahu murid tentang kepentingan pendidikan dalam kehidupan.
FASA 2 (TRANSISI) Kotak Bertuah 1. Guru mengarahkan murid-murid untuk membaca teks yang diberikan secara kendiri selama tiga minit. 2. Semasa pembacaan dilakukan, guru menyuruh murid-murid untuk menulis isi-isi penting yang terdapat dalam teks tersebut iaitu kepentingan-kepentingan pendidikan dalam kehidupan dalam sehelai kertas.
FASA 2 (TRANSISI) Kotak Bertuah 3. Guru akan meminta murid secara rawak untuk membaca teks tersebut dengan teknik bacaan yang sesuai menggunakan kotak bertuah. 4. Guru akan membaiki bacaan murid-murid jika terdapat kesilapan. 5. Murid akan menyebut isi-isi penting yang telah digariskan dalam teks.
LANGKAH-LANGKAH PELAKSANAAN: 1. Guru akan menghasilkan sebuah bahan bantu mengajar yang dinamakan sebagai Kotak Bertuah yang berisi nama setiap pelajar. 2. Kemudian, guru akan mengambil 5 helai kertas berbentuk hati tersebut secara rawak. FASA 2 (TRANSISI) Kotak Bertuah
3. Setiap nama murid yang dipanggil oleh guru, murid tersebut perlu membaca teks tersebut dengan nada dan intonasi yang jelas. FASA 2 (TRANSISI) Kotak Bertuah
4. Selepas membaca teks yang diberikan oleh guru, murid tersebut juga perlu menyebut 2 isi penting berdasarkan teks yang dibacakan. FASA 2 (TRANSISI) Kotak Bertuah
FASA 3 (KERJA KUMPULAN) Peta minda 1. Guru akan membahagikan muridmurid kepada lima kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan mengambil satu isi penting yang berlainan. 3. Setiap kumpulan akan berbincang tentang isi tersebut dan menyuarakan pendapat masingmasing di dalam kelas.
FASA 3 (KERJA KUMPULAN) Peta minda 4. Guru akan meminta muridmurid mengeluarkan isi-isi penting dalam bentuk peta minda. 5. Guru akan meminta wakil kumpulan untuk menampal peta minda tersebut di dalam kelas.
FASA 3 (KERJA KUMPULAN) Peta minda Langkah-langkah Pelaksanaan : Guru akan menyediakan lembaran kertas untuk digunakan bagi membuat peta minda secara berkumpulan 1.
2. Guru membahagikan murid kepada kumpulan masing-masing 3. Setiap kumpulan akan membuat satu isi penting berkaitan teks menggunakan peta minda tersebut 4. Hasil kerja murid akan ditampal di dalam kelas FASA 3 (KERJA KUMPULAN) Peta minda
FASA 4 ( PENILAIAN) Pada akhir kelas, guru akan memberikan gula-gula kepada murid-murid yang berjaya menyiapkan peta minda yang kreatif dengan isi-isi penting yang tepat. 1.
2. Kemudian, guru akan memberikan kerja rumah kepada murid untuk disiapkan. 3. Guru mengarahkan murid-murid untuk membina kerangka karangan berdasarkan isi-isi penting yang telah dibincang dalam kumpulan melalui aplikasi Padlet. FASA 4 ( PENILAIAN)
Berikut merupakan langkah-langkah bagi melayari aplikasi Padlet: 1. Layari internet menerusi Google Chrome dan lain-lain FASA 4 ( PENILAIAN) 2. Taip dan cari pautan padlet.com
FASA 4 ( PENILAIAN) 3. Klik pada Make a Padlet untuk mencipta tapak penulisan murid 4. Guru boleh memilih templat yang sesuai bagi tajuk tugasan
FASA 4 ( PENILAIAN) 5. Guru boleh menyunting tajuk berkaitan tugasan iaitu Kepentingan Pendidikan dalam Kehidupan 6. Klik pada tanda + untuk menulis nama murid
FASA 4 ( PENILAIAN) 7. Murid akan menulis jawapan di bawah nama masing-masing 8. Salin pautan Padlet
FASA 4 ( PENILAIAN) 5. Link Padlet dihantar dalam kumpulan kelas melalui aplikasi Whatsapp
4. Melalui latihan yang diberikan, guru dapat menilai dan mengenal pasti kelebihan dan kelemahan murid-murid dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berlangsung di dalam kelas. Berikut merupakan Rubrik Pemarkahan bagi kerangka karangan yang dilakukan: FASA 4 ( PENILAIAN)
PENutup Kit media yang disediakan merupakan antara cara penggunaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bagi guru untuk mengajar Bahasa Melayu bagi kemahiran membaca. Melalui kit media instruksional yang kami sediakan, diharapkan semoga penulisan ini dapat memberikan kepada manfaat dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada semua pihak khususnya pihak guru.
LampiraN
LampiraN
LampiraN