The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 02.2020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farehin Yusof, 2021-02-12 23:16:28

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 02.2020

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 02.2020

SK.SUNGAI BEDAUN (WBA1002)
PETI SURAT 81483
87024 WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

 087-461341
 087-465731
[email protected]

Kecemerlangan dan Kemenjadian
Murid Bermula di sini

SKSB : Mekar Terbilang

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 02/2020 JULAI 17, 2020

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BEDAUN
BIL 02, TAHUN 2020

TARIKH : 17 JULAI 2020
MASA : 12:00 – 2:00 PETANG
TEMPAT : BILIK KRISTAL, SK SG BEDAUN &
PLATFORM GOOGLE MEET
PENGERUSI: NOOR FAREHIN BINTI MOHD YUSOF

KEHADIRAN : 8 orang
HADIR

1. Puan Noor Farehin Binti Mohd Yusof
Ketua Panitia Bahasa Inggeris

2. Puan Noraliza Binti Allbi
Penolong Kanan Pentadbiran

3. Puan Mylsa Avinnie Musah Pencatat Minit
Setiausaha Panitia

4. Puan Wong Lee Choo
Bendahari Panitia

5. Puan Mariam binti Basir
Guru Penyelaras Bestari

6. Puan Evelyn Martin
Penyelaras Tahun 6

7. Encik Shalihin bin Bakhrul
AJK Tahap 1

8. Encik Mohd Asyraf bin Abd Hamid
AJK Tahap 2

TIDAK HADIR -

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 02/2020 JULAI 17, 2020

1.0 UCAPAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran guru-guru Bahasa
Inggeris ke Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil 02/2020.

1.2 Pengerusi turut memberi peringatan agar semua ahli perlu terus
mengekalkan jarak selamat dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan
sepanjang tempoh mesyuarat dilaksanakan.

1.3 Pengerusi mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua guru Bahasa
Inggeris atas kejayaan penganjuran CPD bertajuk Google Form 101.

1.4 Program seumpama ini perlu dianjurkan setiap tahun bagi meningkatkan
profesionalisme serta keberhasilan guru.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL 01/2020

2.1 Pengerusi memaklumkan agar minit mesyuarat lalu perlu diteliti dan
disahkan sekiranya tiada terdapat sebarang perubahan.

2.2 Minit mesyuarat lalu telah dicadang untuk disahkan oleh Pn. Evelyn
Martin dan disokong oleh En. Asyraf bin Abd Hamid.

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa PCG tahun ini masih belum digunakan
lagi dan menyarankan agar cadangan belanjawan baharu ditetapkan
semula.

3.2 Cadangan aktiviti HIP iaitu Hening Pagi, perlu diubah kerana tiada lagi
perhimpunan boleh dijalankan sepanjang tempoh PKP.

3.3 Pengerusi memaklumkan bahawa, satu sesi kunjung bantu oleh
Dr Hyginus bersama Penyelaras HIP, Guru Besar dan Penolong Kanan
Pentadbiran pada 28 Julai 2020, jam 1:00 petang di Bilik Kristal.

3.4 Mesyuarat diteruskan dengan agenda seterusnya.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 02/2020 JULAI 17, 2020

4.0 PERANCANGAN SEMULA AKTIVITI HIP

4.1 Berdasarkan hasil dapatan daripada HIP’s Assessment Tools bagi
Pentadbir, Guru, Ibubapa/Komuniti dan murid-murid, SK Sungai Bedaun
berada di Level 3 dengan markah 202/320.
Tindakan: Untuk Makluman

4.2 Pengerusi menyarankan agar semua guru mencadangkan aktiviti yang
bersesuaian dengan keadaan semasa ketika musim pandemik ini.

4.3 Hasil perbincangan semua guru, berikut adalah senarai aktiviti dan guru
bertugas bagi setiap aktiviti.

In class Activities Teacher In-charge
All English teachers
Out Class Reading corner All English teachers
My Vocab Book Mdm Farehin
Extra All English teachers
Class Weekly Bulletin Mdm Mylsa, Mdm Wong,
Outreach Mr. Shalihin, Mdm Mariam
Online Competitions
Group of TP1, TP2 and TP3 All English teachers
pupils

SKSB Discovery Channel
-Hydroponic
-How to Make Popcorn
-Q’Mar Bakery
-Pet Shelter
-Food Review

4.3 Pengerusi menyarankan agar semua guru bekerjasama dalam
menjayakan aktiviti HIP ini serta menyediakan kertas kerja dan
belanjawan dengan kadar segera.
Tindakan: Semua guru panitia BI

4.4 Puan Mylsa memaklumkan bahawa Panitia Bahasa Inggeris telah
mempunyai halaman di Facebook, dan YouTube Channel. Semua guru
Bahasa Inggeris SK Sungai Bedaun merupakan Admin dan boleh
mengakses serta mengemaskini halaman dan saluran tersebut pada
bila-bila masa. Kata laluan akan diedarkan kepada semua ahli melalui
aplikasi Telegram.

Tindakan: Untuk Makluman

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 02/2020 JULAI 17, 2020

5.0 PENINGKATAN PENGLIBATAN DAN PRESTASI MURID DALAM KELAS
SECARA ATAS TALIAN

5.1 Pengerusi memaklumkan bahawa kehadiran murid dan tahap
penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan murid SK Sungai Bedaun
berada di tahap sederhana.

5.2 Pengerusi menyarankan agar semua guru perlu lebih proaktif dan kreatif
dalam menyediakan Bahan Bantu Mengajar serta menggunakan kaedah
pengajaran yang lebih berkesan.

5.3 Pengerusi mengucapkan tahniah kepada Pn. Mylsa atas penghasilan
video PdP kepada murid-murid. Begitu juga dengan Pn. Wong Lee Choo
yang melibatkan penyertaan ibu bapa dalam projek murid-murid.

5.4 Setiap guru perlu memainkan peranan penting dalam meningkatkan
motivasi murid-murid agar mereka dapat menumpukan perhatian
terhadap pelajaran.

5.5 Meskipun terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh semua guru
seperti murid tidak mempunyai gadget dan akses internet, guru-guru
perlu mengadaptasi kaedah pengajaran agar dapat disampaikan kepada
semua murid.

5.6 Pengerusi mengingatkan agar semua guru tidak memberikan terlalu
banyak latihan kepada murid dalam satu-satu masa. Ini akan menjadi
lambakan kerja rumah murid.

5.7 Guru-guru boleh menggunakan peruntukan PCG bagi membeli hadiah
untuk murid-murid yang aktif dalam pembelajaran.

Tindakan: Semua guru Bahasa Inggeris
-

6.0 LAIN-LAIN HAL

6.1 Pengerusi memaklumkan penangguhan Ujian Penilaian Sekolah Rendah
(UPSR) bagi tahun 2020.

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL 02/2020 JULAI 17, 2020

6.2 Semua guru-guru Tahun 6 perlu bersedia dengan Pentaksiran Bilik
Darjah dan melaksanakan pentaksiran dengan lebih teliti kerana ia
merupakan dokumentasi murid ke sekolah menengah nanti.

6.3 Pengerusi turut mengingatkan semua guru berkaitan pelaksanaan PBD.
Semua keputusan murid perlu direkodkan dalam borang transit sebelum
dimuat naik ke dalam fail PBD setiap kelas.

Tindakan: Semua guru Bahasa Inggeris

7.0 PENANGGUHAN MESYUARAT

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli atas kerjasama
menghadiri mesyuarat pada kali ini. Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam
2:30 petang.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh:

MYLSA AVINNIE MUSAH NOOR FAREHIN MOHD YUSOF
SETIAUSAHA KETUA PANITIA/PENGERUSI
PANITIA BAHASA INGGERIS PANITIA BAHASA INGGERIS
SK SUNGAI BEDAUN SK SUNGAI BEDAUN


Click to View FlipBook Version