The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PISMP PA SK 1 JUN 2020
-NURSYAZWANI ADILAH BINTI MASROM
-NURUL BATRISYIA HANI BINTI SABELI
-RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABD RAZAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nbhshani14, 2023-03-12 20:53:16

PIMK 3123 TUGASAN 2: PEMBINAAN JSU

PISMP PA SK 1 JUN 2020
-NURSYAZWANI ADILAH BINTI MASROM
-NURUL BATRISYIA HANI BINTI SABELI
-RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABD RAZAK

PEMBINAAN JSU PIMK 3123 PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 NAMA GURU PELATIH: 1. NURSYAZWANI ADILAH BINTI MASROM 2. NURUL BATRISYIA HANI BINTI SABELI 3. RABIATUL ADAWIYAH BINTI ABD RAZAK KUMPULAN: PISMP PI (SK 1) AMBILAN JUN 2020 NAMA PENSYARAH: USTAZAH DR MAS BINTI HAMIDON

BIL KANDUNGAN MUKA SLAID 1. Pengenalan 3 2. Definisi Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 5 3. Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 7 4. Pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) 9 5. Penutup 39 6. 7. Rujukan Lampiran 41 43 ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

PENGENALAN Pentaksiran merupakan salah satu kaedah yang digunakan untuk menguji serta mengukur tahap prestasi seseorang individu. Umumnya, pentaksiran dijalankan dalam dua bentuk iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif. Pentaksiran merupakan teras kepada penambahbaikan sistem pendidikan (Shepard et al., 2018). Sebagai seorang guru, kita perlulah membuat perancangan dengan menggunakan prosedur yang betul seperti pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dalam membentuk ujian untuk mentaksir pembelajaran murid supaya dapat memperoleh data mengenai pencapaian dan perkembangan murid dengan tepat. Oleh itu, bagi subjek PIMK3123 Pentaksiran dalam Pendidikan Islam, JSU perlu disediakan berdasarkan pengkhususan Pendidikan Islam dengan merujuk Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tahun 5.

DEFINISI JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

DEFINISI JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) JSU ini penting bagi menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian serta dapat menstabilkan aras kesukaran ujian agar mengelakkan daripada terbinanya ujian yang sembarangan. Pembinaan JSU merupakan langkah pertama yang perlu dilakukan oleh seseorang guru sebelum melakukan sebarang ujian. Ini membolehkan guru melaksanakan penilaian serta pentaksiran tentang tajuk-tajuk khusus yang telah dirancang. Boon (2017) menyatakan bahawa JSU merupakan blueprint yang menggambarkan suatu ujian secara terperinci dari segi huraian objektif, jenis item, sasaran, aras kesukaran dan jumlah item. Boon et. al (2017) menjelaskan bahawa ujian yang baik membolehkan guru menilai penguasaan murid terhadap objektif kursus. Pembinaannya turut meliputi penentuan standard kandungan dan bilangan item yang hendak diuji.

KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) 1. Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian. 2. Menentukan pertimbangan topik dengan kemahiran yang diuji. 3. Kertas ujian dapat digubal secara sistematik. 4. Kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran adalah terjamin. 5. Memberi panduan untuk membentuk format ujian. 6. Menstabilkan aras kesukaran ujian dari tahun ke tahun. 7. Mengambil kira bilangan masa yang diperuntukan untuk sesuatu topik. 8. Membanding antara ujian dengan ujian yang lain. 9. Mengelakkan daripada membuat soalan secara sembarangan. 10. Memberi panduan untuk membentuk soalan.

LANGKAH-LANGKAH PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Peruntukan tajuk dan masa mengajar Peruntukan markah soalan Pengiraan jumlah item Menentukan aras kemahiran Menentukan aras kesukaran Menentukan jenis ujian Melengkapkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

LANGKAH 1: PERUNTUKAN TAJUK DAN MASA MENGAJAR

Langkah pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh maklumat pembelajaran dan sukatan dalam kurikulum yang telah dibina. Kandungan sukatan pelajaran perlu dianalisis bagi menentukan tajuk-tajuk yang bakal ditaksir ke atas murid. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan tempoh jangka masa pengajaran telah dijalankan bagi sesuatu tajuk. Lazimnya, semakin lama tempoh pengajaran yang dijalankan dalam sesuatu tajuk, maka ia akan menjurus kepada penentuan soalan yang akan dibina. Jumlah masa yang diperuntukkan untuk mengajar adalah 79.5 jam. LANGKAH 1: PERUNTUKAN TAJUK DAN MASA MENGAJAR

LANGKAH 2: PERUNTUKAN MARKAH

LANGKAH 2: PERUNTUKAN MARKAH Apabila jumlah masa mengajar telah dikenal pasti bagi menghabiskan sukatan kurikulum, maka guru perlu membuat pengiraan mengenai peruntukan markah bagi setiap soalan yang akan dibina.

LANGKAH 3: PENGIRAAN JUMLAH ITEM

LANGKAH 3: PENGIRAAN JUMLAH ITEM Jumlah item adalah penting kerana mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian. Selain aspek kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan jumlah item juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan dan kesukaran ujian yang bergantung kepada objektif pengajaran dan kemampuan murid itu sendiri.

LANGKAH 4: MENENTUKAN ARAS KEMAHIRAN (TAKSONOMI BLOOM)

LANGKAH 4: MENENTUKAN ARAS KEMAHIRAN Model Taksonomi Bloom bersifat hierarki iaitu dari tahap rendah ke tahap tinggi yang membawa maksud terhadap penguasaan mudah kepada tinggi. Item yang dibina dan ditadbir di dalam bilik darjah adalah berdasarkan Taksonomi Bloom yang ditambahbaik oleh Anderson meliputi aras mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.

LANGKAH 5: MENENTUKAN ARAS KESUKARAN

LANGKAH 5: MENENTUKAN ARAS KESUKARAN BIL ARAS KEMAHIRAN BILANGAN ITEM SOALAN 1. Mengingat 4 2. Memahami 5 3. Mengaplikasi 6 4. Menganalisis 6 5. Menilai 7 6. Mencipta 2 Jumlah item 30 Nisbah yang digunakan ialah 3:4:3 ❑ 9 item rendah ❑ 12 item sederhana ❑ 9 item tinggi Mahamod & Lim (2011) menyatakan bahawa aras soalan yang dikemukakan oleh guru memainkan peranan untuk membantu murid mencapai tahap keupayaan perkembangan kognitif yang diperlukan dalam sesebuah soalan.

LANGKAH 6: MENENTUKAN JENIS ITEM (OBJEKTIF/SUBJEKTIF/ESEI)

LANGKAH 6: MENENTUKAN JENIS UJIAN Objektif • Item betul - salah • Item padanan • Item aneka pilihan Subjektif • Berstruktur • Respon terhad • Respon terbuka Bilangan Item: Soalan Objektif (A) = 20 Soalan Subjektif (B) = 10

LANGKAH 7: MELENGKAPKAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

PENUTUP

PENUTUP Kesimpulannya, setiap guru perlulah memainkan peranan dan tanggungjawab bagi memastikan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang dihasilkan dapat membantu meningkatkan kebolehpercayaan pentaksiran yang dijalankan terhadap murid. Hal ini demikian guru dapat menyediakan item-item ujian yang sistematik dari segi tajuk, aras soalan dan pengetahuan yang dimiliki oleh murid. Pemilihan alat mentaksir yang sesuai dapat memberi impak kepada kaedah pembelajaran dan membantu murid dalam mengembang serta menghubungkait konsep dan pengaplikasian. Bukan itu sahaja, penyediaan item ujian yang berpandukan kepada JSU ini juga mampu memberikan kefahaman yang jelas dalam mengendalikan ujian serta memberi pengalaman kepada guru dalam menjadi seorang guru yang berdedikasi pada masa akan datang.

RUJUKAN

RUJUKAN Abdullah, N. S., Ali, N. B., & Abu Chik, N. (2020). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Pendidikan Islam Tahun 5. Dewan Bahasa dan Pustaka. Boon, P. Y. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Boon, P. Y., Lee, L. H. & Lawrence Aloyious Aerie. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan Bilik Darjah. Oxford Fajar Sdn. Bhd. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam. (2019). Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran Tahun 5. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam. (2020). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 5. Kementerian Pendidikan Malaysia. Mahamod, Z. & Lim, N. R. (2011). Kepelbagaian Kaedah Penyoalan Lisan Dalam Pergaulan Guru Bahasa Melayu: Kaedah Pemerhatian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 51-65. Mohd. Salleh, A. (2011). Kurikulum, Metodologi dan Pedagogi Pengajian Islam. KPLI Pengajian Islam & j-QAF (ed.2). Oxford Fajar. Shepard, L. A., Penuel, W. R. & Pellegrino, J. W. (2018). Using Learning And Motivation Theories To Coherently Link Formative Assessment, Grading Practices And Large-Scale Assessment. Education Measurement: Issues And Practice, 37(1), 21-34.

LAMPIRAN

Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 5 (KSSR) DSKP Pendidikan Islam Tahun 5 (Semakan 2018)

Click to View FlipBook Version