PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN
PERKEMBANGAN BAHASA DAN
KOGNITIF KANAK-KANAK
AHLI KUMPULAN 3
BIL. NAMA NO.
MATRIK
1. ADLEEN SOFIYA BINTI MAT NAFI
2. AHMAD KAMIL BIN AWANG ALI 156982
3. NURFAIRUZA AFIQAH BINTI RAMLI
157785
156838
EBOOK OLEH KUMPULAN
DR. NIK ROSILA
ISI KANDUNGAN
NO. PERKARA MUKA
SURAT
ISI KANDUGAN
1. PENGENALAN i
2. FONOLOGI 1-2
3. MORFOLOGI 3-4
4. SINTAKSIS 4-5
5. SEMANTIK 5
6. PRAGMATIK 5-6
7. PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK 7
8. PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 8-9
9. TOKOH-TOKOH TEORI KOGNITIF 9-11
10. RUMUSAN 11-15
11. RUJUKAN 16
17
i
1.0 PENGENALAN
1.1DEFINISI PERKEMBANGAN
Perkembangan boleh didefinisikan sebagai suatu perubahan individu ke arah positif
yang berlaku secara tersusun mengikut peringkat umur dan peredaran masa. Perkembangan
berlaku secara berperingkat iaitu bermula dari bayi, kepada kanak-kanak, remaja, dewasa dan
yang terakhir iaitu peringkat tua .
Perkembangan seseorang menunjukkan sifat yang semakin baik atau mencapai
kematangan dan pengukuhan yang menunjukkan sedikit sebanyak perbezaan seseorang itu
dari sebelumnya atau yang terdahulu. Perkembangan boleh meliputi jasmani, emosi, rohani,
dan intelektual. Perkembangan juga berlaku disebabkan pelbagai faktor iaitu, faktor biologi,
persekitaran, dan pemakanan.
Menurut Crow dan Crow, A.( 1980) perkembangan bermaksud suatu perubahan
yang berlaku secara kualitatif serta cenderung ke arah lebih baik dari segi sosial, rohani, moral
dan pemikiran seseorang itu. Manakala, Slavin (1997) pula berpendapat bahawa
perkembangan mempunyai kaitan dengan sebab dan cara seseorang itu berkembang dan
membesar serta menyesuaikan diri dengan persekitaran dan peredaran masa.
1.2 DEFINISI PERKEMBANGAN BAHASA
The teori nativis, dicadangkan oleh Noam Chomsky berpendapat bahawa bahasa ialah
pencapaian manusia yang unik yang dapat dikaitkan dengan prinsip-prinsip organisasi saraf
yang mungkin lebih mendalam dalam hukum fizikal atau evolusi dari berjuta-juta tahun
dahulu.
Perkembangan bahasa juga boleh didefinisikan sebagai proses perubahan bahasa ke
arah positif atau lebih baik yang berlaku terhadap seseorang itu yang berlaku secara beransur-
ansur mengikut masa dan saling berkaitan antara satu sama lain. Perkembangan bahasa
merupakan aspek yang sangat penting dalam memahami dasar dan komponen linguistik
dalam bahasa Melayu. Perkembangan bahasa meliputi aspek penghayatan, pengolahan,
penghujahan, pembacaan dan penulisan iaitu kompenen linguistik. Proses perkembangan
bahasa berlaku bermula sejak kanak-kanak lahir iaitu daripada tangisan pertama yang berlaku
dari tahap sederhana ke tahap yang lebih kompleks. Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat
dilihat dari aspek kemampuan menerima, memahami dan melahirkan semula.
1
Kanak-kanak mudah untuk belajar mendalami bahasa semasa mereka berada pada
tahap praoperasi iaitu berusia dua hingga tujuh tahun yang mana mereka mengalami
perkembangan bahasa dan pemikiran simbolik awal. Peringkat bahasa berlaku mengikut
urutan yang sama dan berlaku secara sejagat serta tidak mengikut jantina dan agama kecuali
kanak-kanak yang mengalami atipikal dari segi kognitif. Perbendaharaan bahasa kanak-kanak
boleh meningkat daripada 1000 hingga 10,000 patah perkataan sekiranya dibimbing dari kecil
lagi untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa mereka seperti aktiviti bercerita yang dapat
meningkatkan keupayaan mendengar, bertutur, menulis, dan membaca seseorang kanak-
kanak itu.
Aktiviti bercerita yang melibatkan guru dan murid-murid yang masih kanak-kanak.
2
2.0 FONOLOGI
Fonologi boleh didefinisikan sebagai kajian tentang pola bunyi bahasa iaitu tentang bunyi-
bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. menurut pengkajian fonetik, ahli bahasa mempelajari
cara bunyi-bunyi fonem sebuah bahasa direalisasikan atau dilafazkan. Fonologi terbahagi kepada dua
iaitu fonetik dan fonemik.
Perkembangan fonologi bayi berlaku selepas bayi dilahirkan ke muka bumi ini. Bayi akan
mula untuk mengeluarkan bunyi-bunyian iaitu dengan menangis. Sekitar usia tujuh minggu, mereka
akan senyum dan membalas senyuman sekiranya terdapat seseorang senyum kepada mereka. Mereka
lebih suka pada bunyi-bunyian dan suka pada suara ibu mereka atau orang yang lebih rapat dengan
mereka. Apabila usia bayi semakin meningkat kepada dua hingga empat bulan, mereka akan
melafazkan bunyi-bunyian iaitu dengan mendekut seperti “uhhh” dan “ahhh” disebabkan organ
pertuturan seperti lidah dan mulut belum matang tetapi semakin baik dan berkembang. Perkembangan
fonologi bayi semakin baik apabila mereka cuba untuk menyebut cantuman bunyi konsonan dengan
bunyi vokal pada usia enam hingga sembilan bulan. Mereka cuba untuk menyebut perkataan “ma”
untuk “mama” . Pada usia ini, suara mereka masih belum jelas dengan sepenuhnya. Perkembangan
fonologi bayi semakin baik apabila mereka cuba untuk mencantum suku kata dan menyebut perkataan
pertama pada usia sembilan hingga dua belas bulan seperti perkataan “cucu” untuk “susu”. Semasa
mereka berusia 12 bulan sehingga 1½ tahun, mereka mula untuk menyebut satu perkataan mudah
seperti kata ganti nama atau kata nama. Semasa mereka berusia 1½ hingga dua tahun, mereka mula
untuk menyebutkan gabungan dua perkataan seperti “nak cucu” untuk “hendak susu” dan mulai
berkembang ke tiga perkataan pada usia dua hingga empat tahun. Mereka berkeupayaan untuk
menyebut perkataan seperti “ dik nak susu” untuk “adik hendak susu”. Pada usia empat hingga enam
tahun, mereka boleh menyebut gabungan empat hingga lima perkataan. Perkembangan fonologi
semakin baik. Bunyi yang dikeluarkan lebih jelas kerana organ pertuturan semakin menunjukkan
kematangan.
Umur Kebolehan Fonologi
Lahir – 2 bulan • Menangis & senyum
• Lebih suka pada suara
2-4 bulan • Mendekut
3
6-9 bulan • Mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal.
9-12 bulan
• Mencantumkan suku kata
12 bulan -1 ½ • Menghasilkan perkataan pertama
tahun • Menyebut perkataan yang mudah (sekurang-kurangnya satu
1 ½ -2 tahun
2-4 tahun perkataan)
4- 6 tahun • Menyebut gabungan dua perkataan
• Menyebut gabungan tiga perkataan
• Menggunakan strategi sebutan
• Menghasilkan gabungan empat-lima perkataan
3.0 MORFOLOGI
Morfologi boleh dimaksudkan sebagai suatu bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata,
bentuk kata dan penggolongan kata ( Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul
Hamid Mahmood. 2008.) Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang
(dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
Perkembangan morfologi tahap pertama berlaku semasa seseorang itu berada pada tahap bayi.
Semasa kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, kanak-kanak itu dapat menghasilkan ayat mudah
melalui gabungan dua perkataan seperti “hendak roti” kepada “nak ti”. Jelaslah bahawa kanak-kanak
pada umur satu hingga dua tahun boleh menggabungkan jenis kata tugas iaitu kata bantu ragam dan
kata nama. Pada usia dua hingga tiga tahun pula, perkembangan morfologi kanak-kanak semakin jelas
dan menunjukkan perkembangan yang positif. Kanak-kanak pada usia ini berupaya menghasilkan
ayat mudah melalui gabungan tiga perkataan seperti “adik hendak makan” kepada “dik nak kan”.
Mereka dapat menghasilkan perkataan yang mempunyai gabungan kata ganti nama, kata bantu ragam,
dan kata nama. Pada usia empat hingga enam tahun pula, perkembangan morfologi menjadi semakin
baik dan menunjukkan perkembangan seseorang kanak-kanak dari aspek bahasa. Mereka berupaya
untuk menghasilkan ayat mudah melalui gabungan tiga hingga enam perkataan seperti “adik hendak
memakai baju biru itu” kepada “dik nak kai ju ru tu”. Jelaslah bahawa mereka dapat menggabungkan
perkataan dari gabungan kata ganti nama, kata bantu, kata kerja, kata adjektif warna, dan kata ganti
nama tunjuk.
4
Umur Perkembangan morfologi
1-2 tahun • Menghasilkan ayat mudah melalui gabungan dua perkataan.
2-3 tahun • Menghasilkan ayat mudah melalui gabungan tiga perkataan
4-6 tahun • Menghasilkan ayat mudah melalui gabungan tiga hingga enam
perkataan
4.0 SINTAKSIS
Sintaksis bermaksud satu cabang linguistic yang mengkaji peraturan dan susunan kata dalam
satu ayat, menurut Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat. Dalam perkembangan sintaksis, kanak-
kanak dapat menguasai ujaran yang terdiri daripada satu perkataan ketika berumur satu tahun dan
berkembang kepada ujaran dua perkataan ketika berumur dua tahun. Setiap ujaran membawa kepada
beberapa makna mengikut susunan kata ataupun konteks bagi menafikan pertanyaan dan sebagainya.
Setelah mencapai umur lima tahun, kanak-kanak akan menyamai Bahasa orang dewasa. Pada masa
ini juga kanak-kanak berkebolehan menghasilkan ayat pasif atau ayat yang lebih kompleks.
Kanak-kanak yang berumur satu setengah tahun dapat melakukan arahan yang mudah
seperti : “Ambilkan buku mak.”
• “Mana bola adik? “
•
Manakala, kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah dapat menggunakan
perkataan dengan nada atau intonasi yang berbeza. Kanak-kanak yang berusia 18 bulan sudah
mula menggunakan ayat dengan dua perkataan seperti :
• Ayat penyata : “Saya makan”, “Bola abang”, “Baju ayah”
5.0 SEMANTIK
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2009), semantic adalah bidang kajian tentang aspek makna
dalam bidang ilmu linguistik. Perkara ini bermaksud kanak-kanak berkeupayaan memahami
percakapan yang mereka dengari. Kanak-kanak menyerap bunyi ketika masih dalam kandungan
sehinggalah 10 bulan selepas kelahiran. Dalam peringkat perkembangan bahasa, kanak-kanak mula
menguasai beberapa patah perkataan dan kemudian memperluas perbendaharaan kata dengan masa
yang singkat. Pada peringkat permulaan, kanak-kanak hanya memahami beberapa makna perkataan.
5
Tetapi dalam proses perkembangan telah membolehkan mereka menambah jumlah perkataan dan
maknanya. Pada usia dua tahun, mereka dapat Menyusun makna perkataan mengikut tatabahasa.
Tambahan pula, Jean Piaget menyatakan perkembangan bahasa berkait rapat dengan perkembangan
intelek iaitu sensori motor, praoperasi dan operasi konkrit. Berikut adalah perkembangan semantic
kanak-kanak :
Umur Kebolehan Semantik
6 – 12 Bulan • Boleh memahami perkataan serta menunjukkan objek yang
1 – 1 ½ Tahun dinamakan.
• Perbendaharaan kata bertambah satu hingga tiga perkataan
2 – 3 Tahun
sebulan pada usia kanak-kanak satu tahun.
3 – 6 Tahun • Perbendaharaan kata boleh terdiri daripada nama orang (ibu,
ayah) dan benda wujud (bola, buku)
• Boleh memahami arahan mudah
• Perkembangan perbendaharaan kata diikuti dengan menyifatkan
objek.
• Boleh memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan
gembira atau sedih.
• Lebih banyak perbendaharaan kata iaitu (1000 kata)
• Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikannya
mengikut keserasian.
• Terjadi percetusan perbendaharaan bahasa iaitu (10000
perkataan sehingga mencecah hujung prasekolah)
• Kanak-kanak boleh memahami lawak jenaka.
• Kanak-kanak memahami cerita lisan ataupun yang dibaca dalam
buku.
• Kanak-kanak dapat memahami dan menghafal seni kata lagu
atau puisi.
6
6.0 PRAGMATIK
Thomas (1995) menyatakan pragmatik adalah maksud di dalam suatu interaksi antara penutur
dan pendengar. Pragmatik ialah satu daripada cabang ilmu linguistik yang mengkaji makna sesuatu
ujaran. Pragmatik mengkaji penggunaan bahasa dalam konteks budaya sesuatu masyarakat, ataupun
penggunaan bahasa dalam hubungan yang sebenar, (Rahimah Haji Sabran et al, 2013: 79). Pragmatik
juga merujuk kepada kemahiran bahasa social yang kita gunakan dalam interaksi harian kita dengan
orang lain. Ia termasuk apa yang kita katakana, bagaimana kita menyatakan, bahasa badan kita dan
sama ada perkara tersebut adalah bersesuian dengan keadaan yang diberikan. Ini bermakna kanak-
kanak perlu mempelajari bahasa mengikut peraturan budaya ketika berkomunikasi. Contohnya, tidak
menyampuk semasa orang dewasa bercakap kerana ia adalah satu perbuatan yang tidak elok dalam
kalangan masyarakat melayu. Mereka haruslah menggunakan perkataan yang menunjukkan
kesopanan dan kehormatan kepada orang dewasa apabila ingin mencelah seperti guna perkataan maaf
di permulaan. Sememangnya, perkembangan pragmatik bergantung kepada budaya masyarakat.
Kemahiran kanak-kanak menggunakan bahasa secara pragmatik berkembang seperti berikut :
Umur Kebolehan
1-2 Tahun • Mula mengambil giliran dalam perbualan
3-4 Tahun • Dapat menggunakan daftar bahasa yang mudah dan ringkas
5-6 Tahun seperti “hello”, “hai”, dan “bye bye”.
• Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kelompok kecil
ketika sedang bermain.
• Dapat berbual dengan rakan sebaya semasa melakukan aktiviti
harian.
• Dapat menggunakan daftar bahasa seperti “selamat pagi”,
“selamat malam”.
• Dapat mengambil bahagian dalam perbualan kumpulan besar.
• Dapat menggunakan daftar bahasa seperti “apa khabar’
• Mula memberi komen dan tindak balas apabila ditanya soalan.
7
7.0 PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK
Berikut adalah perkembangan bahasa kanak-kanak menurut Saayah Abu dalam bukunya Menjadi
Guru Tadika (2007).
Umur Kebolehan
Awal kelahiran • Menangis untuk menyatakan sesuatu dan bayi lebih gemar
kepada suara manusia berbanding bunyi lain
1 Tahun • Meniru bunyi. Kanak-kanak mula menggunakan bahasa bagi
berkomunikasi pada usia seawall 9 hingga 18 bulan
• Kanak-kanak bertindak balas terhadap beberapa perkataan yang
biasa mereka dengar.
2 Tahun • Mereka boleh mencantum beberapa perkatan mudah bagi
menjadi ayat pendek seperti “nak susu” untuk “ibu saya nak
susu”
• Dapat menyebut dan mengenal perkataan yang mudah daripada
objek atau gambar
• Dapat menguasai hamper 30 perbendaharaan kata
3 Tahun • Sudah mula menggunakan perkataan untuk mendapatkan sesuatu
seperti menggunakan perkataan nama dan perbuatan di dalam
perbualan.
4 Tahun • Gemar bercakap dan dapat berbual dengan menggunakan ayat
yang lebih panjang.
• Boleh membaca pantun dan bercerita menggunakan perkataan
bagi menyatakan warna, huruf serta bentuk.
• Gemar menyebut perkataan baru dan suka menyanyi.
5 Tahun • Mula bertanya pelbagai soalan.
• Dapat memahami dan menjelaskan maksud perkataan atau ayat
yang dibaca.
• Dapat membina ayat yang lebih panjang.
• Sudah mula bercakap seperti orang dewasa.
• Gemar menyebut dan mencari perkataan baru.
6 Tahun • Mula bercakap atau berbual dengan ayat yang lebih panjang.
8
• Dapat bercerita berkenaan pengalaman seharian.
• Kanak-kanak pada usia ini sudah tahu menggunakan bahasa pada
keadaan dan Susana tertentu.
• Suka kepada perkataan yang pelik.
8.0 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
8.1 Apakah yang dimaksudkan dengan kognitif ?
Makna istilah kognitif ialah proses memperoleh pengetahuan (kognisi) melalui
maklumat yang diterima oleh persekitaran dan pembelajaran. Kata kognitif ini berasal dari
kognoser Latin yang membawa maksud mengetahui. Kognisi melibatkan banyak faktor
seperti pemikiran,bahasa, persepsi, ingatan, penaakulan(proses intelektual dan logik
pemikiran manusia),penyelesaian masalah, membuat keputusan dan sebagainya uang
merupakan sebahagian daripada perkembangan dan pengalaman intelektual. Menurut ahli
biologi dan ahli epistemologi Jean Piaget, aktiviti intelektual dikaitkan dengan fungsi
organisma itu sendiri dengan evolusi biologi setiap orang.
8.2 Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan kognitif?
Perkembangan kognitif ialah salah satu daripada proses tumbesaran yang dilalui oleh
setiap individu. Perkembangan kognitif juga merupakan proses perkembangan intelek dan
perkembangan mental seseorang. Ia bertujuan untuk membentuk pengetahuan serta
pemahaman baru terhadap pengalaman yang dilalui sebelumnya. Perkembangan membawa
9
maksud aspek perubahan pada tubuh badan seseorang yang dapat diukur secara kuantitatif
menurut Mok Soon Sang, (2009).Perkembangan merupakan perubahan kualitif yang dapat
dilihat daripada sifat baru yang berlainan dengan sifat yang awal. Santrock(2008) mengatakan
bahawa perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi
individu yang bermula daripada peringkat lahir sehingga ke akhir hayat.Perkembangan
kognitif kanak-kanak sangat penting kerana ia akan mempengaruhi kehidupan masa depan
seseorang kanak-kanak.Perkembangan kognitif kanak-kanak memberi penekanan terhadap
pembinaan kendiri dan pemahaman kanak-kanak. Ia berpusat kepada perubahan pemikiran
kanak-kanak yang berlaku dalam satu perkembangan kepada perkembangan yang seterusnya.
8.3 Apakah itu kemahiran kognitif?
Kemahiran kognitif secara amnya merujuk kepada kemahiran teras yang digunakan
oleh otak untuk berfikir, membaca, belajar, mengingat sesuatu,memberi alasan, dan
menumpukan perhatian. Bahagian otak akan bekerjasama untuk mengambil maklumat yang
masuk dan memindahkannya ke bank pengetahuan yang digunakan setiap hari.Menurut
Halizah (2008), kemahiran kognitif ialah kebolehan individu untuk berfikir, memberi
pendapat, memahami. Mengingati perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran, melibatkan
aktiviti mental seperti ingatan, mengkategorikan, mencipta, merancang, berimaginasi dan
menyelesaikan masalah. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan individu.Oleh
yang demikian, pentingnya untuk kanak-kanak mempunyai kemahiran kognitif yang
bersesuaian dan setaraf dengan peringkat umurnya untuk kelangsungan hidup yang baik pada
masa akan datang.Secara ringkasnya, kognitif itu sendiri membincangkan tentang keupayaan
dan fungsi otak dan mental individu.
Kemahiran kognitif perlu diajar kepada kanak supaya mereka dapat membangunkan
kemampuan untuk berfikir pada tahap yang lebih tinggi. Mereka boleh memproses maklumat
dengan lebih mahir dan membuat sambungan ke maklumat lain dengan lebih mudah.Dengan
kata lain, kemahiran berfikir kanak-kanak akan menjadi semakin baik.Kanak-kanak mesti
meningkatkan keupayaan mereka untuk memberi tumpuan, mengingati maklumat dan berfikir
lebih kritikal apabila mereka berumur kelak.
10
8.4 Prinsip teori belajar kognitif untuk kanak-kanak
Kanak-kanak yang belajar akan lebih mampu mengingati dan memahami sesuatu
apabila pelajaran silibus itu disusun berdasarkan pola dan logik tertentu.Prinsip ini digunakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam setiap matapelajaran di dalam kelas.Selain itu,
penyusunan prosedur pengajaran haruslah diajar mengikut tahap iaitu daripada sederhana ke
kompleks. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak senang memahami matapelajaran itu
kerana fikiran kognitif mereka berkembang seiring dengan tahap kedalaman matapelajaran
tersebut.
Prinsip teori belajar secara kognitif juga menerapkan proses pembelajaran yang
berkesan terhadap kanak-kanak kerana memahami sesuatu perkara dengan teliti adalah lebih
baik daripada hanya menghafal.Kanak-kanak perlu diajar dengan perhatian yang lebih oleh
guru-guru kerana mereka masih dalam perkembangan kognitif yang rendah. Oleh itu, guru-
guru dapat mengasah dan menggilap kemahiran kognitif kanak-kanak dengan mengajar murid
sehingga mereka faham sesuatu dengan baik dan terperinci.
9.0 TOKOH-TOKOH TEORI KOGNITIF
• Jean Piaget
• Lev Vygotsky
9.1 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK MENURUT JEAN PIAGET
Jean Piaget mentafsirkan bahawa proses pemikiran individu berubah secara menyeluruh
bermula selepas lahir hingga mencapai kematangan.Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk
11
memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Empat
faktor yang mempengaruhi proses pemikiran iaitu kematangan biologi(baka ataupun genetik),
interaksi individu dengan persekitaran(meneroka,menguji,memerhati dan menyusun maklumat),
pengalaman sosial(pergaulan dengan orang persekitaran), keseimbangan(cara individu mengadaptasi
situasi yang baru dialami).
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat perkembangan kognitif
yang sama tetapi pada usia yang berbeza Mok Soon Rong, (2009),. Jean Piaget berpendapat bahawa
persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak tetapi kanak-kanak membina pengetahuan
mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya.Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses
penerokaan,manipulasi dan penilaian persekitaran fizikalnya.Jean Piaget membahagikan
perkembangan kepada empat tahap :
i. Skema(Schema)
ii. Penyerapan(Assimilation)
iii. Pengubahsuaian(Accomodotion)
iv. Keseimbangan(Equilibrium)
• Skema (Schema)
Skema adalah struktur kognitif atau mental yang membolehkan individu mengurus
dan menyesuaikan diri dengan persekitaran. Skema adalah sebuah rak yang menyimpan
banyak fail dan setiap fail mewakili satu skema. Skema juga ditakrifkan sebagai proses
mencipta, memperhalus, membuat perubahan, menyusun dan mengurus. Bayi yang baru
dilahirkan mempunyai skema iaitu menghisap, memandang, mencapai, merasa, memegang
dan menggerakkan kaki dan tangan. Skema yang ada pada bayi bertindak balas dengan
persekitarannya.
• Penyerapan/ Asimilasi (Assimilation)
Penyerapan adalah proses kognitif seseorang menghimpunkan segala informasi baru
dan pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada iaitu penyerapan maklumat
baru ke dalam struktur yang sedia ada.Proses asimilasi membolehkan bayi mengingati sesuatu
modifikasi skema hasil daripada pengalaman yang diperolehi. Contohnya, kanak-kanak baru
pertama kali melihat sebiji epal dan oren. Oleh itu, mereka menggunakan skema yang sedia
12
ada untuk memegang buah tersebut sekaligus merasanya.Proses ini berlaku sepanjang masa
kerana manusia sentiasa mendapat pelbagai informasi dan pengalaman. Setiap maklumat dan
tindak balas yang telah diperolehi membolehkan seseorang membuat kesimpulan sendiri.
• Pengubahsuaian/ Akomodasi (Accomodation)
Suatu proses struktur kognitif yang mengalami perubahan.Akomodasi berfungsi
apabila individu dapat menukar skema lama untuk disesuaikan dengan skema yang
baru(penyesuaian diri dan menghasilkan perubahan kualitatif serta perkembangan skema).
Sebagai contoh, bayi yang sebelum ini tidak dapat mengenalpasti sebiji epal dan sebiji oren
kini dapat membezakan antara dua buah tersebut apabila sudah diajar berulang kali oleh ibu
bapa.Proses penyesuaian diri akan berlaku apabila skema yang sedia ada diubahsuai untuk
disatukan dengan maklumat-maklumat atau pengalaman baru. Peningkatan maklumat dan
pengalaman ini meningkatkan tahap skema sedia ada. Proses ini berlaku secara berterusan
sehingga seseorang itu mencapai tahap pemahaman yang stabil dan mantap bagi satu-satu
kemahiran tertentu.
• Keseimbangan / Adaptasi(Equilibrium)
Keseimbangan akan tercapai apabila seorang kanak-kanak menyeimbangkan proses
penyerapan dan pengubahsuaian.Keadaan keseimbangan akan wujud apabila kanak-kanak
mempunyai kecenderungan untuk mengetahui situasi sebenar.Sekiranya ia berjaya, proses
keseimbangan berlaku tetapi jika tidak diserap, maka maklumat itu akan diubahsuai melalui
pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru. Proses ini berlaku secara berterusan
dari bayi hingga dewasa.
9.1.1 PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF MENURUT JEAN
PIAGET
Bil. Peringkat Umur
1 Sensori Motor 0-2 tahun
2 Pra Operasi 2-7 tahun
3 Operasi Konkrit 7-11 tahun
4 Operasi Formal 9 ahun ke atas
13
• Sensori motor (0-2 tahun)
Menurut Piaget, bayi berusia bawah 2 tahun, kanak-kanak menggunakan deria
motornya untuk memahami dan berinteraksi dengan persekitarannya. Selepas dilahirkan dua
bulan, bayi sudah boleh membezakan objek-objek di persekitarannya. Pada usia 8 bulan, bayi
mula mengenal individu disekitarnya seperti inu dan ayah.Kanak-kanak menggunakan
pancaindera (yang sedang dalam perkembangan penuh) dan kemahiran motor untuk
mengetahui apa yang ada disekeliling.
• Peringkat Pra Operasi (2-7 tahun)
Tahap pemikiran kanak-kanak pada peringkat ini bersifat intutif, iaitu pemahaman mereka tentang
objek bergantung pada ciri-ciri yang bersifat nyata.Pemikiran berpusatkan diri iaitu empati dan
kesedaran belum dikembangkan untuk memahami keperluan atau sudut pandangan lain. Pemikiran
logik ynag kurang maju, reaksi dan penyelesaian masalah anak tidak dipandu olrh logik, tetapi oleh
tiruan. Kanak-kanak menunjukkan sifat egosentrik memandangkan mereka melihat dan memahami
persekitaran melalui perspektif mereka sendiri.
14
9.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK MENURUT LEV VYGOTSKY
Lev Vygotsky memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak
dengan menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.Fktor
utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak adalah interaksi sosial dan kemahiran berbahasa.
Perkembangan kognitif individu terbahagi kepada dua iaitu peringkat sosial dan peringkat
individu.Vygotsky mengemukakan teori konstruktivisme kognitif yang bersifat kolektif. Zon
Perkembangan Proksimal (kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-kanak boleh
dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih mahir.
9.2.1 Zon Perkembangan Proksimal
Menurut Vygotsky, zon perkembangan proksimal adalah jarak antara tahap
perkembangan sebenar yang ditentukan oleh penyelesaian masalah di bawah bimbingan orang
dewasa atau bekerjasama dengan rakan sebaya yang lebih berkebolehan. Ibu bapa dan guru
bolrh menggunakan konteks bermain dalam pembelajaran untuk mengetahui di mana zon
perkembangan proksimal anak berada dan memimpin mereka ke sana.
9.2.2 Konsep perancah (Scaffholding)
Konsep ini membawa maksud suatu bantuan atau bimbingan kepada murid khusunya
kanak-kanak bagi menyiapkan tugasan yang tidak dapat diselesaikan tana mendapat bantuan
daripada guru. Menurut Vygotsky(1978), guru dapat merangsang zon ini dengan memberikan
peluang yang banyak kepada murid bergerak balas yang mencakupi kemahiran dan kebolehan
yang boleh dilakukan oelh pelajar secara bersendirian serta lain-lain kemahiran .yang
memerlukan bantuan guru.
15
10.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, perkembangan bahasa dan teori kognitif saling berkait dan merupakan
medium amat penting untuk kanak-kanak agar dapat berhubung dan menyatakan kemahuannya.
Orang dewasa memainkan peranan penting untuk memahami isyarat atau petunjuk mereka. Proses
perkembangan bahasa bagi kanak-kanak secara amnya berlaku berperingkat dan dipengaruhi oleh
persekitaran sekeliling. Hal ini dikatakan demikian kerana, proses perkembangan bahasa dalam
kalangan kanak-kanak dihitung berdasarkan kuantiti perbendaharaan kata yang berjaya dikuasai oleh
mereka. Selain itu, perkembangan bahasa juga boleh mempengaruhi daya pemikiran kanak-kanak.
Rentetan daripada itu, pihak ibu bapa, keluarga dan masyarakat perlulah memainkan peranan yang
sewajarnya untuk membantu tahap perkembanga bahasa kanak-kanak mencapai tahap yang terbaik.
Oleh itu, mereka perlu berusaha menyediakan persekitaran yang positif bagi menggalakkan minat
membaca dalam kalangan kanak-kanak supaya berlaku perkembangan bahasa kanak-kanak.
16
11.0 RUJUKAN
• Crow and Crow, A. (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
• E.Slavin, Robet. (2007). Educational Psychology, Riset dan Praktik. Bandung: Penerbit Nusa
Media.
• Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, dan Abdul Hamid Mahmood. 2008.
Tatabahasa Dewan ed. Ketiga. Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan Pustaka.
• "Ensiklopedia. site:ms.wikitrev.com Chomsky, Noam (1965). Aspek Teori Sintaksis. Akhbar
MIT. hlm. 25Ensiklopedia. site:ms.wikitrev.com
• Mu'min, S. A. (2013). Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget. Al-TA'DIB: Jurnal Kajian
Ilmu Kependidikan, 6(1), 89-99.
• Vygotsky, L.S. (1962).Pemikiran dan Bahasa. Cambridge, MA: MIT Press.
• Vygotsky, L.S. (1978).Fikiran dalam Masyarakat. Cambridge, MA: Harvard University Press.
• Wertsch, J.V. (1985).Budaya, Komunikasi, dan Kognisi: Perspektif Vygotskian. Akhbar
Universiti Cambridge.
• Ibda, F. (2015). Perkembangan kognitif: teori jean piaget. Intelektualita, 3(1).
• Razali, N. A. M., & Tasir, P. D. Z. (2008). Rekabentuk sistem pembelajaran konsep nombor
berasaskan pendekatan permainan yang menerapkan teori perkembangan kognitif kanak-
kanak. In Seminar Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah (pp. 106-121).
• Thahir, A. (2018). Psikologi Perkembangan.
17