TEMA PERPADUAN
BEKAREMGBOAAITLKAOANNNG-
ROYONG DALAM
MASYARAKAT
NAMA: WHILLYMINA ICHA
KELAS: 4AL-DINAWARI
NO MAKTAB: SC190106
PENGENALAN
TAJUK
Kegiatan bergotong-royong memainkan peranan yang amat
penting dalam kehidupan masyarakat. Pada masa dahulu,
masyarakat sentiasa mempraktikan amalan bergotong-royong.
Namun begitu, amalan ini semakin dilupakan oleh generasi kini
yang hanya mementingkan keseronokan dan keselesaan tanpa
batasan. Fenomena ini persis peribahasa, 'bagai kacang lupakan
kulit'. Persoalannya, apakah kebaikan amalan bergotong-royong
dalam kalangan masyarakat?
MENGAPA SAYA
MEMILIH TAJUK INI?
Saya memilih tajuk ini kerana tajuk ini menarik
bagi saya. Saya ingin menggunakan peluang ini
untuk membincangkan tentang kebaikan
mengamalkan aktiviti gotong-royong.
ISI 1
Pada pendapat saya, kebaikan amalan bergotong-royong
ialah dapat mengekalkan kebersihan kawasan tempat
tinggal. Hal ini dikatakan demikian kerana amalan
bergotong-royong dapat mengelakkan berlakunya
longgokan sampah. Sebagai contoh, amalan gotong-royong
harus dijalankan dengan kerap sekurang-kurangnya dua kali
sebulan. Hal ini disebabkan, sampah yang berlonggokan
dapat menjadikan kawasan kediaman sebagai vektor
penyakit. Impaknya, kawasan kediaman bukan sahaja akan
menjadi lebih indah malah dapat mengelakkan penularan
penyakit. Jelaslah bahawa, kebersihan kawasan sekeliling
dapat menjamin kesihatan juga.
ISI 2
Selain itu, amalan bergotong-royong dapat
menghidupkan semangat kejiranan. Hal ini dikatakan
demikian kerana sambil melakukan gotong royong, kita
dapat berbual-bual dengan jiran tetangga. Sebagai
contoh, kita dapat bekerjasama dengan jiran tetangga
untuk menyiapkan tugas yang telah diamanahkan.
Kesannya, semangat bersatu padu dapat dipupuk
dalam kalangan jiran tetangga. Jelaslah bahawa,
amalan bergotong-royong bukan sahaja dapat
menghidupkan semangat kejiranan malah dapat
mengeratkan silaturahim dengan masyarakat setempat.
ISI 3
Seterusnya, melahirkan perpaduan antara kaum
merupakan salah satu manfaat amalan aktiviti gotong-
royong. Hal ini dikatakan demikian kerana Malaysia
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Sebagai
contoh, mengadakan aktiviti gotong-royong sempena
sambutan Tahun Baru Cina. Impaknya, kita dapat
mengetahui adat dan budaya kaum Cina dengan lebih
lanjut. Jelaslah bahawa, amalan bergotong-royong
dapat menyemarakkan perpaduan dalam kalangan
masyarakat walaupun berlainan kaum dan agama.
ISI 4
Di samping itu, amalan bergotong-royong juga dapat
memudahkan tugas semua individu. Hal ini dikatakan
demikian kerana sesuatu tugas dapat diselesaikan dalam
tempoh masa yang pendek dengan bekerjasama. Sebagai
contoh, masyarakat mengagihkan peranan dansaling
membantu untuk mengecat sebuah sekolah tadika. Hal ini
disebabkan, tugas ini akan mengambil masa yang lebih lama
sekiranya tidak bekerjasama. Kesannya, kemahiran mengurus
dan mematuhi arahan dapat ditingkatkan dalam setiap
individu yang terlibat. Jelaslah bahawa, pengamalan aktiviti
gotong-royong dapat meringankan tugas semua orang sambil
menerapkan nilai kerjasama dalam kalangan masyarakat.
PERIBAHASA YANG
BERKENAAN
PERIBA
HASA 1 PERIBA
HASA 2
Berat sama dipikul, ringan Bersatu kita teguh bercerai
sama dijinjing. kita roboh.
KESIMPULAN
Jelaslah bahawa, pengamalan aktiviti gotong-royong
membawa banyak faedah kepada persekitaran dan
masyarakat sekeliling. Oleh itu, pihak berkuasa harus
mengadakan lebih banyak aktiviti bergotong-royong.
Saya berharap setiap individu akan mengamalkan
amalan ini. Kesimpulannya, amalan aktiviti gotong
royong memainkan peranan yang penting untuk
mewujudkan kualiti hidup yang optimum dalam
kalangan masyarakat.
SEKIAN TERIMA
KASIH!
Semoga bermanfaat!
-TAMAT-