The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nursyazwani02.ar, 2023-07-17 10:12:29

KK 2 NUR SYAZWANI BINTI ABDUL RAHIM PISMP TESL E

KERTAS KAJIAN KES KELAB RUKUN NEGARA

Keywords: KERTAS KAJIAN KES KELAB RUKUN NEGARA

NAMA JABATAN / UNIT : JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM TUGASAN KERJA KURSUS (INDIVIDU) SESI 2021 / SEM 5 Nama : NUR SYAZWANI BINTI ABDUL RAHIM Angka Giliran : 2021212350107 Nombor Kad Pengenalan : 020819080482 Kumpulan / Unit : PISMP TESL E JUN 2021 Kod dan Nama Kursus : MPU3081 KOKURIKULUM – PERSATUAN Nama Pensyarah : MADAM SARASWATHY VELLASAMY Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : syazwani Jumlah markah: Tarikh : Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar.


KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 SEJARAH PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA 3.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN 4.0 AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN 5.0 FOTO-FOTO BERKENAAN KELAB RUKUN NEGARA 6.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN 7.0 ANALISIS SWOT 7.1 KEKUATAN 7.2 KELEMAHAN 7.3 PELUANG 7.4 ANCAMAN 8.0 PENAMBAHBAIKAN 9.0 KESIMPULAN RUJUKAN


LAPORAN KAJIAN KES KELAB RUKUN NEGARA SK SERI BINTANG SELATAN ISU-ISU PENGOPERASIAN KELAB RUKUN NEGARA SK SERI BINANG SELATAN 1.0 PENGENALAN Persatuan didefinisikan sebagai satu entiti kumpulan yang memiliki struktur yang tersusun, mematuhi satu perlembagaan dan peraturan yang rapi dan mempunyai kuasa pemimpin yang dianggotai oleh murid sekolah yang memegang minat, impian dan kecenderungan yang serupa (Muhd Nazran, 2018). Penubuhan sesuatu persatuan akan melibatkan perancangan kegiatan dan aktiviti untuk dilaksanakan sepanjang tahun yang seiring dengan tujuan penubuhan sesuatu persatuan tersebut. Laporan ini akan membentangkan satu kajian kes yang dijalankan atas Kelab Rukun Negara (KRN) SK Seri Bintang Selatan berkenaan penjanaan kewangan persatuan serta beberap isu yang lain yang dihadapi oleh persatuan tersebut melalui analisis SWOT. Puan Tahira yang merupakan guru penasihat KRN telah ditemu bual melalui saluran Voice Call. 2.0 SEJARAH PENUBUHAN KELAB RUKUN NEGARA Menurut Puan Tahira yang ditemuduga bagi tugasan ini, menyatakan bahawa sekolah beliau telah memulakan persediaan penubuhan Kelab Rukun Negara (KRN) setelah pihak sekolah menerima surat rasmi yang mengarahkan penubuhan kelab Rukun Negara pada sekitar tahun 2014. Tujuan penubuhan KRN adalah untuk memperkenalkan dan memastikan murid memahami objektif dan lima prinsip Rukun Negara. Selain itu, menggalakkan penglibatan murid secara menyeluruh yang melibatkan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Seterusnya, dapat membentuk nilai-nilai perpaduan dalam kalangan murid supaya dapat mengekalkan perpaduan kaum serta integrasi nasional bermula di peringkat sekolah lagi. Jawatankuasa Kelab Rukun Negara pada peringkat sekolah adalah seperti berikut: Penaung : Puan Siti Maziah Binti Malik (Guru Besar) Penasihat : Puan Rosazli Binti Abdul Razak (Penolong Kanan Kokurikulum) Penyelaras : Puan Tahira Binti Mohd Kassim (Guru Penasihat) Pengerusi : Muhammad Syamil Bin Abdul Rahim (Murid) Ahli : Murid Tahun 4, 5 dan 6


3.0 KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN Kementerian Pendidikan Malaysia mengeluarkan pelawaan kepada semua sekolah kerajaan atau swasta untuk menubuhkan Kelab Rukun Negara pada awal tahun dan disalinkan kepada Kementerian Perpaduan Negara. Seterusnya, pelantikan Jawatankuasa Penaja dialaksanakan oleh Guru Besar di peringkat sekolah. Maka dengan itu, Jawatankuasa Penaja mengemukakan borang permohonan penubuhan kepada Guru Besar dengan berpandukan format perlembagaan yang ditetapkan. Setelah permohonan diluluskan melalui sijil yang dikeluarkan, Jawatankuasa Penaja mengadakan Mesyuarat Agung untuk menubuhkan KRN dan pemilihan AJK. Jawatankuasa Penaja dibubarkan setelah terbentuk Jawatankuasa KRN. Sebelum pembubaran, Jawatankuasa Penaja perlu mengemukakan laporan yang diperlukan dalam tempoh 14 hari secara bertulis kepada Guru Besar. Akhir sekali, Guru Besar memaklumkan penubuhan KRN kepada Pejabat Pendidikan Daerah. 4.0 AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN MINGGU AKTIVITI / KEGIATAN TEMPAT 1 Mesyuarat Agung - Penubuhan Ahli Jawatankuasa Kelas 5 Hanafi 2 Membelajar prinsip-prinsip Rukun Negara dan menjawab kuiz Makmal komputer 3 Mengenali lambang negara dan menjawab kuiz Makmal komputer 4 Penciptaan kraftangan (gubahan) Kelas 5 Hanafi 5 Permainan tradisional- congkak Kelas 5 Hanafi 6 Tayangan wayang Kelas 5 Hanafi 7 Pertandingan membuat poster bertema kenegaraan Kelas 5 Hanafi 8 Penciptaan kraftangan sempena Bulan Kemerdekaan Kelas 5 Hanafi 9 Pendeklamasian sajak Kelas 5 Hanafi


10 Menonton video tarian tradisional pelbagai kaum dan menjawab kuiz Makmal komputer 11 Pertandingan mewarna Kelas 5 Hanafi 12 Jamuan Akhir Tahun - Penghargaan kepada ahli atas penglibatan mereka Kelas 5 Hanafi 5.0 FOTO-FOTO BERKENAAN KELAB RUKUN NEGARA Gambar 1: Sesi Voice Call Gambar 2: Pelajar menghasilkan kraftangan Gambar 3: Hasil gubahan Gambar 4: Tayangan di Kelas 5 Hanafi


6.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN Menurut Puan Tahira, KRN tidak mengutip sebarang yuran daripada ahli-ahlinya. Sebaliknya, guru-guru penasihat akan mengeluarkan wang dalam menyediakan bahan yang diperlukan dalam menjalankan sebarang kegiatan kelab. Selain itu, murid-murid akan digalakkan untuk membawa barang-barang yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti dari rumah. Akhir sekali, Ketua Guru Penasihat akan mendapatkan dana dari pihak pengurusan kokurikulum sekolah jika diperlukan untuk mengendalikan program seperti pertandingan, lawatan dan penyediaan sijil. 7.0 ANALISIS SWOT 7.1 KEKUATAN Kekuatan kelab ini adalah guru penasihat yang berusaha mempelbagaikan aktiviti untuk menerapkan kefahaman dan nilai patriotisme dalam diri murid seperti quiz, pembuatan kraftangan, pendeklamasian sajak dan tayangan filem tentang kenegaraan. Aktiviti kraftangan memerlukan murid-murid untuk mengasah kreativiti dan kemahiran inovatif mereka dalam menghasilkan kraftangan yang diingini. Selain itu, pendeklamasian sajak memerlukan muridmurid untuk bekerjasama antara satu sama lain serta menggunakan kemahiran pemikiran kreatif. Tayangan filem turut merupakan cara yang berbeza untuk membelajar tentang negara daripada buku serta murid-murid perlu jawab beberapa soalan berkenaan tayangan yang juga memerlukan mereka berfikir dan bukan menonton semata-mata. 7.2 KELEMAHAN Kelemahan pengoperasian kelab ini adalah kehadiran murid-murid semasa perjumpaan yang belum 100%. Selain itu, aktiviti yang dijalankan walaupun pelbagai dan memberi ilmu kepada murid-murid secara tidak langsung, aktiviti dan kegiatan kelab yang dijalankan adalah terlalu tertumpu dalam perkarangan sekolah. Perkara ini boleh menyebabkan murid-murid hilang minat dan menjadi kurang aktif dalam penglibatan kelab.


7.3 PELUANG Pelbagai peluang dapat diwujudkan untuk perkembangan KRN dan demi menarik minat murid untuk melibatkan diri dalam kegiatan kelab. Pertama, guru-guru penasihat optimumkan penggunaan kemudahan yang terdapat di sekolah untuk menjadikan aktiviti lebih menarik seperti penggunaan makmal komputer untuk menjawab quiz dalam talian. Kedua, KRN menerima sokongan yang positif daripada pihak ibu bapa dan pihak kokurikulum dalam pelaksanaan aktiviti kelab. Misalnya, pihak ibu bapa yang menyediakan bahan yang diperlukan bagi sesuatu aktiviti seperti ciptaan kraftangan. Pihak kokurikulum pula memberi sokongan dalam bentuk dana apabila diperlukan di mana ia menyebabkan ahli-ahli kelab untuk tidak membayar sebarang yuran. 7.4 ANCAMAN Terdapat beberapa ancaman yang dihadapi oleh KRN. Pertama, tempoh masa perjumpaan adalah selama 2 jam setiap hari rabu pada pukul 1.30 petang. Murid-murid hanya mempunyai masa 30 minit selepas waktu sekolah tamat untuk berehat sebelum menghadiri perjumpaan tersebut. Maka, perkara ini jelas bahawa murid-murid terlalu letih untuk sebarang jenis interaksi atau aktiviti yang dilaksanakan. Kedua, perspektif murid-murid bahawa KRN terlalu berfokuskan kepada sejarah dan maklumat yang berat. Akibatnya, murid-murid kurang berminat dan cuba mengelakkan KRN. Ketiga, murid-murid yang kurang aktif disebabkan tidak berminat dalam KRN. Perkara ini berlaku disebabkan had ahli yang ditentukan bagi setiap kelab, dan murid-murid yang terpaksa memilih KRN akibat kelab yang diminat mereka penuh. Keempat, murid-murid kurang kefahaman atas kepentingan penglibatan dalam kokurikulum dan PAJSK. 8.0 PENAMBAHBAIKAN Beberapa perkara dapat dilakukan bagi penambahbaikan KRN. Pertama, guru-guru penasihat boleh menjemput tokoh atau pakar yang arif dalam topik untuk memberi ceramah yang menarik. Kedua, perancangan dan pelaksanaan aktiviti di luar kawasan sekolah seperti lawatan ke tempat bersejarah. Ketiga, bekerjasama dengan kelab-kelab lain di sekolah untuk sesuatu kegiatan atau pertandingan sebagai contoh kolaboratif bersama Kelab Alam Sekitar dalam penciptaan barang menggunakan barang kitar semula dan tema adalah berkenaan dengan kenegeraan. Keempat, selain daripada aktiviti yang hanya menyuapkan ilmu dan fakta kepada


murid-murid oleh guru penasihat, aktiviti yang berpusatkan murid dapat menarik minat murid seperti mencari topik yang murid-murid ingin tahu atau berminat berkaitan dengan negara di mana kemudian, dapat dibincang bersama dan melaksanakan sesi soal jawab juga. Kelima, untuk memendekkan masa perjumpaan, guru-guru penasihat perlu maklumkan kepada ahli-ahli tentang perkara yang akan dilaksankan pada perjumpaan seterusnya supaya murid-murid hadir dalam keadaan bersedia dan mampu menjimatkan masa. Guru penasihat turut boleh merancang aktiviti yang tidak berat atau boleh menyediakan versi ringkas butiran yang ingin disampaikan supaya aktiviti dapat dilakukan dalam masa sejam. Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan hendaklah tidak membebani murid-murid, terutamanya dengan syarat pelu menyiapkannya dalam masa perjumpaan tersebut juga. 9.0 KESIMPULAN Kelab Rukun Negara merupakan sebuah kelab yang sangat bermanfaat kepada muridmurid dalam mengenali tanah air mereka dan dalam pembentukan diri mereka sebagai seorang manusia dan rakyat Malaysia. Namun, KRN tidak mendapat sambutan yang sepatutnya atas beberapa faktor. Akhir kata, KRN mampu menarik perhatian murid-murid dengan memoptimumkan dana demi mempelbagaikan aktiviti yang bermakna dan menarik untuk mencapai tujuan penubuhan KRN. (1071 PATAH PERKATAAN) RUJUKAN Muhd Nazran. (2018). Konsep persatuan. Scribd. https://www.scribd.com/embeds/368573152/content?start_page=1&view_mode=scroll&a ccess_key=key-fFexxf7r1bzEfWu3HKwf.


Click to View FlipBook Version