PUSAT SUMBER
MENARA KAYANGAN
SK LAHAD DATU IV
PETI SURAT 61595
91124 LAHAD DATU, SABAH
LAPORAN 2019
TAHUNAN
DISEDIAKAN OLEH
NIK SUHANA MEGAT DAUD
GURU PERPUSTAKAAN DAN
MEDIA
LAPORAN TAHUNAN
PUSAT SUMBER SK LAHAD DATU IV
2019
1.0 PENDAHULUAN
Seiring dengan kecemerlangan akademik yang menjadi teras Visi dan Misi SK. Lahad Datu Iv,
kecemerlangan dalam bidang kurikulum amat diutamakan. Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Lahad Datu
iaitu Pusat Sumber Menara Kayangan yang menjadi nadi ilmu juga berperanan sebagai penggerak
kecemerlangan warga SK Lahad Datu IV.
Dengan bantuan dan sokongan semua pihak, Pusat Sumber SKLD IV telah berjaya
melaksanakan beberapa aktiviti dan program sebagaimana yang telah dirangka di dalam perancangan
tahunan.
Semoga dengan perancangan yang tersusun dan perlaksanaan yang jitu, seluruh warga SKLD IV
khususnya pelajar, akan beroleh manfaat dan impak positif dalam merealisasikan PSS sekolah kita
sebagai wadah dan tempat memperolehi ilmu dan informasi yang berguna untuk memenuhi wadah
sebagai sebuah sekolah impian khususnya di Daerah Lahad Datu ini.
2.0 VISI, MISI DAN MOTO
VISI
Menjadikan PSS cemerlang menjelang tahun 2020
MISI PSS
Meningkatkan kemudahan fizikal PSS serta penggunaan
media pendidikan yang maksimum bagi meningkatkan mutu pendidikan selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara.
MOTO PSS
SEKOLAH PUSAT SUMBER
3.0 MATLAMAT PSS
Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah.
Membentuk profesion perguruan yang dinamis, berilmu, kreatif, dan berketrampilan berkesan
dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.
Membentuk golongan pelajar yang berilmu minat membaca serta dinamis, kreatif dan berdisiplin
untuk pembangunan nusa dan bangsa
4.0 OBJEKTIF PSS
Meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta prestasi pencapaian akademik.
Menggalakkan murid dan guru menggunakan pelbagai kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Menggalakkan tabiat membaca menerusi program NILAM dan Program membaca yang
seumpamanya melalui penggunaan bahan di pusat sumber.
Membantu guru dan murid dalam menggunakan pelbagai teknologi pendidikan yang terkini.
Mengadakan kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai untuk keperluan warga sekolah.
Melatih warga sekolah menggunakan perkhidmatan mengesan maklumat, membuat rujukan serta
menggunakan hardware dan software.
Mewujudkan budaya membaca, budaya ilmu dan pendidikan sepanjang hayat.
5.0 AKTIVITI PSS SEPANJANG TAHUN
Pada tahun 2019 bermula Januari lagi Pusat Sumber Sekolah telah beroperasi dengan
mengadakan temuduga bakal pengawas Pusat Sumber Sekolah. Di samping itu mesyuarat Jawatankuasa
Induk, Jawatankuasa Kerja juga telah diadakan. Murid-murid juga telah membuat pinjaman buku beserta
dengan guru-guru.
Bulan Februari pula perlantikan Pengwas Pusat Sumber telah diadakan. Pelancaran NILAM
telah dijayakan dengan meriah dengan hadiah yang ditawarkan sangat menarik. Hadiah yang ditawarkan
ialah sebuah tablet.
Banyak acara yang telah diadakan sempena Pelancaran Program NILAM antaranya
persembahan lagu NILAM oleh pengawas Pusat Sumber Sekolah. Terdapat juga persembahan
mendeklamasi sajak . 6 orang murid telah terpilih sebagai pembaca terbanyak sepanjang Januari hingga
Mac 2019.
Di samping itu Guru Perpustakaan Dan Media juga terlibat di dalam pemantauan Pra Penilaian
APSS peringkat daerah. Sekolah yang terlibat dalam pra penilaian ini laha SKLD II, SK Kiau Shing dan
SMK Desa Kencana.
Pada 16 Februari juga beberapa orang guru juga terlibat dengan Karnival Pembestarian
Sekolah peringkat Zon Tenggara. Sekolah Kebangsaan Lahad datu IV telah diamanahkan sebagai AJK
Hadiah.Guru-guru yang terlibat, Puan Nurathika, Cik Habsah, Cik Nurashila , Cik Mahadewi dan Pn.
Nik Suhana . Pada Karnival itu puan Nik Suhana telah dianugerahkan sebai Guru Ikon NILAM.
Terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam Karnival Pembestarian yang telah diadakan di
Dewan Prima , SK Lahad Datu II. Mereka yang terlibat dalam Karnival ini ialah dari daerah Tawau,
Semporna, Kunak dan Lahad Datu.
Pada Bulan Mac anugerah pembaca terbanyak diberikan. Program ini melibatkan murid-murid
dan guru. 6 orang murid akan dipilih menjadi pembaca terbanyak dan seorang guru pula akan menjadi
pilihan.
Pada 1 Mac 2019 sekolah telah menghantar wakil dalam pertandingan bercerita dalam
program Karnival Bahasa Melayu peringkat Daerah. yang diadakan di SMk Terusan. Nurul fatin
Farhana telah mendapat Johan dan melayakkan beliau mewakili daerah Lahad Datu ke peringkat
negeri Sabah. Setiap sekolah dikehendaki menghantar wakil dalam Karnival tersebut.
Karnival Bahasa yang diadakan ini bagi mencari bakat dalam kalangan murid-murid
untuk mewakili ke peringkat seterusnya. Nurul Fatin Farhana telah Berjaya mengalahkan
seramai 26 peserta pada pertandingan tersebut. Tahniah untuk beliau semoga tahun-tahun
mendatang aka nada lebih ramai lagi peserta-peserta acara aktiviti sokongan.
Bulan April pula merupakan bulan memulakan aktiviti Kempen Galakan Membaca. PSS Menara
Kayangan telah mengadakan perasmian program ini yang telah dirasmikan oleh Pegawai PKG Lahad
Datu, Tuan Ramdin Ahmad. Banyak acara telah diadakan di antaranya kuiz NILAM dan persembahan.
Pertandingan bercerita telah diadakan pada 27 Jun 2019 di Tawau, Sabah. Nurul
Fatin Farhana telah mewakili daerah Lahad Datu dalam pertandingan bercerita.
Bulan kebangsaan sememangnya amat dinantikan oleh warga sekolah . Aktiviti
dijalankan sepanjang bulan Ogos dan September 2019 Banyak aktiviti yang menarik telah
diadakan. Unit Pusat Sumber Sekolah telah menganjurkan pertandingan mendeklamasi sajak
merdeka.
Semua kelas tahap dua telah menghantarkan wakil dalam pertandingan itu.
Kebanyakkan murid-murid berbakat. Namun hanya 5 orang pemenang sahaja yang dipilih.
Selain itu pertandingan mewarna juga diadakan untuk murid-murid prasekolah dan tahap 1.
Pusat Sumber Menara Kayangan sering menjadi sebagai penanda aras kepada sekolah-
sekolah lain. Pada Bulan Oktober SK. Tambisan telah mengadakan lawatan ke Pusat Sumber
Menara Kayangan.
6.0 SIDANG ANUGERAH UNIT PUSAT SUMBER 2019
A- Peminjam buku terbanyak Tahap 1 : – 1 WAJA
NURUL IMAN DANISHA
NURUL HAZWANI HAZIQAH - 1 WAJA
B- Peminjam buku terbanyak Tahap 2 :
NURUL ALIEYA NATASHA SAMSUALAN - 5 WAJA
NURUL FATIN FARHANA BINTI MOHAMAD BAKRI-5 WAJA
C- Kelas Terbanyak meminjam buku : 5 WAJA
D- Peminjam buku terbanyak Guru : MAHADEWI CHAGGAH
E- Pengawas Pusat Sumber terbaik :
1- MARIANA 5 PERDANA
2-NAZRIL NAZRIE YUNUS 5 WAJA
F MINI PUSAT SUMBER KELAS
JOHAN – 5 WAJA
NAIB JOHAN – PRA WAJA
KETIGA - 6 PERDANA
G MINI PUSAT SUMBER BILIK-BILIK KHAS
JOHAN – BILIK ADD
NAIB JOHAN – BILIK KAUNSELING
KETIGA - BILIK DISIPLIN
H Anugerah Nilam Murid Peringkat Sekolah:
1. NURUL ALIEYA NATASHA BINTI SAMSUALAN – 5WAJA
2. ZULAIKAH ZAHARI - 5WAJA
3. NAUFAL MOHD ROSLI - 4PERDANA
4. ANNA AVIGAIL QUIRINUS - 5 PERDANA
5. IMAN SYAKINAH MAT DAUD - 5 PERDANA
6. FARISHA AYUNIE MOHAMAD - 5 PERDANA
I Anugerah Nilam cemerlang : ANNA AVIGAIL QUIRINUS- 5 PERDANA
J- Anugerah Nilam Guru : JULIANA DARMAN
7.0 PENUTUP
Sebelum berakhirnya tahun 2019 Pusat Sumber Menara kayangan telah dikunjungi oleh Encik
Shairani Huzani Husain Managing Director SHELL Malaysia Trading Sdn. Bhd. Kunjungan beliau
adalah untuk melihat sendiri Pondok bacaan SHELL yang telah disumbangkan oleh Syarikat
ANUGERAH SHELL Fajar, Lahad Datu iaitu Encik Amiruddin sebagai penerajunya.
Pusat Sumber Menara Kayangan SKLDIV sentiasa menjadi tumpuan sebagai tempat rujukan
kepada guru-guru perpustakaan dan media di daerah ini. Pusat Sumber sekolah perlu terus memberi
maklumat dan kerjasama kepada semua guru dan murid-murid bagi memudahkan warga SKLD IV
untuk menggunakannya dan mengaplikasikannya dalam pembelajaran .
Disediakan oleh,
.............................................
(NIK SUHANA MEGAT DAUD)
Guru Perpustakaan dan Media (GPM )
Pusat Sumber SKLD IV.
Disemak oleh ,
....................................
(HAJI ABDUL MUTALIB APDAL)
J/kuasa kerja PSS
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
Disahkan oleh,
........................
(ABDUL RAUF BIN NOH)
GURU BESAR,
SK LAHAD DATU IV.