The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NIK SUHANA MEGAT DAUD Moe, 2020-11-01 18:01:54

LAPORAN KLUSTER PEGAWAI PEMANTAUAN 1

LAPORAN KLUSTER PEGAWAI PEMANTAUAN 1

SEKOLAH KEBANGSAAN LAHAD DATU IV
PETI SURAT 61595, 91124

LAHAD DATU, SABAH . NO TEL: 01165747376

1.0 PENDAHULUAN

Wabak COVID-19 harus dicegah daripada menular di sekolah
kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan lebih meluas dalam komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah,
berkata jika COVID-19 menular di dalam kawasan sekolah, ia akan
menjangkiti rakan sebaya, guru dan seterusnya keluarga serta komuniti.
Justeru, beliau berkata, pihak sekolah perlu mematuhi nasihat dan saranan
kementerian untuk melindungi lebih ramai individu daripada dijangkiti
wabak itu.

"Syabas diucapkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat
Pendidikan Daerah dan pihak pengurusan sekolah yang
bertanggungjawab mengambil langkah tertentu bagi memastikan murid
serta kakitangan sekolah mematuhi prosedur operasi standard (SOP)
ditetapkan bagi mengelakkan berlakunya penularan jangkitan COVID-19
di dalam sekolah.

"Pengurusan sekolah harus memastikan ada penjarakan sosial yang
selamat, iaitu sekurang-kurang satu meter antara pelajar dan guru sama
ada di dalam mahupun di luar kelas," katanya dalam kenyataan, di sini,
hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, antara saranan perlu dipatuhi pihak
sekolah ialah mengurangkan bilangan pelajar dalam kelas supaya
penjarakan sosial dapat diamalkan setiap masa.

"Pihak pengurusan sekolah juga dinasihat menjalankan
pemeriksaan suhu dan gejala terhadap semua pelajar sebelum mereka
masuk ke kawasan sekolah atau kelas.

2.0 PEGAWAI PEMANTAU
1. Puan Armah Buntak – Wakil PPD –(SSC+)
2. Cik Tracie Sani – Pegawai SSC+

3.0 SASARAN

Semua warga sekolah , Guru-guru, AKP dan PIBG

4.0 TEMPAT DAN MASA

Keseluruhan kawasan sekolah termasuk kelas-kelas, bilik khas, surau,
tandas, kantin dan banyak lagi.

5.0 OBJEKTIF PEMANTAUAN

4.1 Sepanjang pemantauan dijalankan ianya adalah bertujuan untuk;
sekolah Memastikan SOP yang telah ditetapkan telah dibuat oleh pihak

4.2 Memberi bantu khidmat untuk memastikan kelancaran pembukaan
sekolah kepada kanak-kanak Prasekolah pada 01 Julai 2020

6.0 PERSEDIAAN PEMANTAUAN

Sebelum kehadiran murid-murid ke sekolah pada 24 Jun 2020
,guru-guru telah membuat persediaan dengan menyediakan kelas-kelas
dan bilik-bilik khas dengan SOP seperti yang telah disarankan oleh pihak
KPM.

Antara persediaan yang dibuat adalah seperti berikut. Menyediakan
penunjuk arah keluar dan masuk. Penunjuk arah juga disediakan di

kantin, kelas-kelas dan bilik-bilik khas. Penyediaan Singki dan pencuci
tangan juga telah disediakan.

Pihak sekolah telah melantik ahli jawatankuasa di dalam
menjayakan SOP di peringkat sekolah dapat dilaksanakan dengan lancar.
Semua guru telah mengambil bahagian dan melaksanakan tugas mengikut
jawatan yang telah diamanahkan kepada mereka.

Menyediakan singki

Penunjuk arah

Menyediakan Info

Penjarakan di bilik guru Penunjuk arah

7.0 PENUTUP

Diharapkan agar segala teguran pemantauan pada kali ini dapat
ditambahbaik untuk keselesaan warga sekolah dalam mengamalkan
Norma Baharu dalam sekolah.

Disediakan oleh,

.............................................
(NIK SUHANA MEGAT DAUD)
JAWATANKUASA LAWATAN PEMANTAUAN
SKLD IV.

Disahkan oleh,

........................
(ABDUL RAUF BIN NOH)
GURU BESAR,
SK LAHAD DATU IV.












Click to View FlipBook Version