TAPAK ARKEOLOGI KOTA MELAKA BANDAR HILIR MELAKA By Balzatul Noraina Najwa (302223) i
Isi Kandungan i Muka depan ................................................................................... ii. Isi kandungan............................................................................... 1.Apa itu Arkeologi........................................................................ 2.Asal-usul Negeri Melaka............................................................ 3.Melaka Abad ke-20...................................................................... 4.Jumpaan Artifak berdekatan Pulau Melaka 1......................... 5.Jumpaan Artifak berdekatan Pulau Melaka 2......................... 6.Jumpaan Artifak berdekatan Pulau Melaka 3......................... 7.Jumpaan Artifak Makara Melaka............................................... 8.Kenali Artifak Rentaka dan Tekpi............................................... Kajian Sejarah Meriam di Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah, Melaka................................................................................ 9. Jabatan Kerajaan dan Penyelidik yang bertanggungjawab dalam eskavasi Arkeologi di Pulau Melaka.............................. 10. Melaka cadang bawa pulang artifak, manuskrip sejarah dari luar negara.................................................................................... 11. 12.kesimpulan dan rumusan .......................................................... iii. Rujukan ........................................................................................... ii
Arkeologi merupakan bidang yang merungkai persoalan-persoalan tentang cara hidup masyarakat dulu seperti aktiviti harian, struktur sosial dan pemahaman tentang manusia di zaman sekarang. kajian ini juga dilakukan melalui kajian terhadap peninggalakn seperti material seperti alat batu, rangka, tembikar, bangunan dan lainlain. Negeri Melaka merupakan negeri bersejarah yang kaya dengan pelbagai artifak, fosil dan pelbagai jumpaan. Pihak berkuasa menjalankan eskavasi di tapak galian arkeologi bagi mencari bahan tersebut supaya khazanah penting negara itu mendapat pengiktirafan dan perlindungan. Majalah ini menumpukan tapak arekologi yang terdapat di Bandar hilir Melaka. APA ITU ARKEOLOGI? 1.
NEGERI MELAKA ASAL USUL Mengikut riwayat Sejarah Melayu, Parameswara merupakan putera raja Palembang kurun ke empat-belas yang melarikan diri dari musuhnya iaitu orangorang Jawa. Baginda telah melarikan diri ke Temasik (sekarang dikenali sebagai Singapura) dan menjadikan dirinya sebagai raja. Tidak lama kemudian, baginda dihalau dari Temasik oleh penjajah dari Siam dan dengan pengikutpengikutnya sampai ke pantai barat Semenanjung Tanah Melayu untuk mencari tempat untuk berselindung. Pada mulanya mereka menjadikan Muar, Johor sebagai tempat untuk bermastautin tetapi keadaannya tidak sesuai kerana terdapat terlalu banyak biawak. Baginda kemudian memilih tempat kedua untuk membina istana tetapi ianya tidak berkekalan. Parameswara kemudian menjelajah ke tempat lain. Dalam satu rombongan memburu, baginda sampai ke sebuah sungai bernama Bertam. Di sana, beliau terlihat seekor kancil yang dikejar oleh anjing-anjing pemburu baginda telah menendang salah seekor daripada anjingnya jatuh ke dalam sungai. Baginda amat terkejut dengan keberanian kancil tersebut dan dengan serta-merta menamakan tempat tersebut dengan nama Melaka, sempena dengan nama pokok di mana baginda sedang berteduh. 2.
Abad Ke-20 1904 - Permaisuri Victoria datang untuk memperingati Jubli Intan Seri Paduka Baginda 1942 - Jepun menjajah Melaka. 1945 - Melaka telah dikembalikan kepada pemerintahan British selepas Jepun menyerah kalah kepada British di Singapura. 1948 - Komunis menyerang dan menguasai Malaya selama 14 hari. Pihak British mengisytiharkan darurat dan situasi ini berakhir pada tahun 1960. 1956 - Perisytiharan Hari Kemerdekaan dibuat oleh Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaya yang pertama di Padang Banda Hilir (Padang Pahlawan), Melaka pada 20 Februari. Dalam tahun yang sama, Melaka menjadi sebahagian daripada Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara merdeka. 1957 - Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Komisioner Residen British, H.G. Hammet menyerahkan dokumen kemerdekaan kepada gabenor tempatan yang pertama. 1963 - Pembentukan Malaysia pada 16 September. Melaka menjadi sebahagian daripada Malaysia. Singapura, Sabah dan Sarawak juga menyertainya. 1989 - Melaka telah diisytiharkan sebagai Bandaraya Bersejarah pada 15 April. Melaka pada abad ke-20 3.
Jumpaan artifak berdekatan pulau melaka Rajah 1: Mata wang zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Song, Yuan dan Ming Beberapaserpihan artifak dan syiling dipercayai berusialebih 900 tahun yang digunakan padazaman Kesultanan Melayu Melaka dan Dinasti Song, Yuan dan Ming, ditemukan di kawasan tambakan pasir di Pulau Melaka di Bandar Hilir di sini 1. Penemuan awalartifak berkenaan ditemui oleh orang awam yang datang memancing di kawasan berkenaan 2. 3. Mata wang Portugis dan Belanda, pecahan seramik seperti tembikar dan porselin dari Dinasti Song, Yuan dan Ming, mata wang Portugis dan Belanda jenis VOC atau Syarikat Hindia Timur Belandaturut dijumpai 4. Penemuan bahan-bahan ini dipercayai ekoran perubahan aras air dan kerja-kerja penambakan laut di sekitar Pulau Melaka sehingga menyebabkan artifak itu terlihat di permukaan lumpur dan daratan 4.
jumpaan artifak berdekatan pulau melaka 5. Penemuan serpihan papan serta kayu jenis merbau dipercayai digunakan sebagai struktur kapal dagang atau perang zaman kesultanan Melayu Melaka, ditemui tertanam di kawasan tambakan laut di Kota Syahbandar, Pulau Melaka. 6. Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, serpihan struktur kapal daripada kayu merbau itu dipercayai ,ilik sebuah kapal perdagangan tempatan yang digunakan untuk aktiviti perdagangan serpihan seramik terdiri daripada tembikar dan porselin yang mana dari pengamatan awal iaselari dengan peralatan dari Dinasti Ming. 5.
jumpaan artifak berdekatan pulau melaka Antara Porselin biru putih zaman Dinasti Ming yang ditemui Jumpaan artifak mangkuk yang hampir sempurna Jumpaan yang dalam keadaan sempurna Pinggan porselin biru putih zaman Dinasti Ming dan awal Dinasti Ching antara banyakyang ditemui Semasa kerja-kerja penggalian arkeologi dijalankan banyak ditemui ialah serpihan porselin biru dan putih, celadon, tembikar batu dan tembikar tanah. Terdapat tiga jenis seramik yang ditemui iaitu 80% terdiri daripada kategori porselin biru dan putih (zaman Dinasti Ming dari abad ke15 hingga ke-17 dan zaman Dinasti Ching dari abad ke-19). Tembikar batu sebanyak 15% iaitu dari akhir abad Dinasti Ming dan awal Dinasti Ching. Seterusnya tembikar tanah sebanyak 5% yang dipercayai dari abad ke-19. 6.
Menguatkuasakan peruntukanperuntukan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 Mendaftarkan warisan negara ke dalam Daftar Warisan dan Daftar Warisan Kebangsaan Memelihara dan memulihara warisan negara Menjalankan penyelidikan dan pembangunan yang berkaitan warisan Mendokumentasi dan menerbitkan hasil kajian serta bahan-bahan rujukan berkaitan warisan Satu penyelidikan survey arkeologi dikawal selia JWN dan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) dengan bantuan penyelidik diketuai Datuk Dr Dionysius S K Sharma dijalankan bagi memberi perincian jelas ke atas hasil kajian penemuan artifak ini, mempamerkan bahan-bahan aktifak menjadi pusat tumpuan penyelidikan, dan memberikan perkhidmatan kepada penyelidik dari pelbagai latar belakang menyediakan perpustakaan dan bahan rujukan berkaitan dengan sejarah dan warisan Melaka dan Malaysia secara umum Jabatan Kerajaan dan Penyelidik yang bertanggungjawab dalam eskavasi Arkeologi di Pulau Melaka Fungsi Fungsi Dato Dr Dionysus Sharma Penyelidik 7.
Makara yang dipamerkan di Muzium Sejarah & Etnografi, Melakaadalah artifak arkeologi terpenting keranaia merupakan makara yang terawal dijumpai di Malaysia. Selain Melaka, Makara di Nusantaraturut dijumpai di Sungai Mas, Kedah serta banyak ditemui di Sumatera dan Jawa. Makaraadalah satu simbol gabungan duaekor haiwan yang diukir padasebuah bongkah batu besar. Makara yang dijumpai di Melaka ditafsirkan sebagai seekor ikan yang mempunyai belalai seperti gajah. Makaraadalah salah satu simbol kepercayaan Hindu di mana kebiasaannya diletakkan di hadapan pintu candiatau kuil dan lazimnya berpasangan. Penemuan makara di Melaka masih lagi menjadi persoalan tentang asal usulnya, samaada dibawa dari tempat lain atau iasememangnyatelah lama berada di Melaka. jumpaan artifak MAKARA 8.
RENTAKA Menurut G.B Gardner (1936), rentaka merupakan sejenis meriam kecil yang diperbuat daripada besi. Rentaka mudah dibawa ke mana-mana kerana saiznya yang ringan dan boleh diangkat melalui bahagian pemegangnya. Gaspar Correia turut mencatatkan bahawa angkatan tentera Melaka memiliki meriam yang kecil dan yang sangat kecil (M.J Pintado 2012). Meriam kecil yang dinyatakan oleh Gaspar Correia berkemungkinan besar adalah merujuk kepada lela manakala meriam yang sangat kecil pula berkemungkinan merujuk kepada rentaka. Secara umumnya, reka bentuk rentaka adalah sama seperti lela kecuali ukurannya adalah lebih kecil dan pendek berbanding ukuran lela. Menurut pentafsiran Mubin Sheppard (2011), sekiranya ukuran lela ialah sekitar 183sm ke atas, maka ukuran rentaka semestinya kurang dari 183sm. Disebabkan tiada pentafsiran khusus tentang saiz sebenar meriam yang boleh dikategorikan sebagai rentaka, maka pengkaji berpendapat bahawa rentaka adalah meriam yang bersaiz antara 100sm hingga 180sm. Kenali Artifak Rentakadan Tekpi 9.
TEKPI Kenali Artifak Rentakadan Tekpi Tekpi, adalah sejenis senjata yang diperbuat daripada besi, dan mempunyai bentuk bercabang tiga. Cabang utamanya berbentuk lurus, panjang dan tidak tajam manakala 2 lagi cabang tekpi mempunyai bentuk seakan huruf ‘U’ seperti tanduk kerbau yang dinamakan sebagai sampir. Cabang utama Tekpi biasanya mempunyai panjang berukuran 15 ke 20 inci dan juga diukur mengikut kesesuaian pemiliknya. Hujung hulu tekpi pula dikenali sebagai mata lalat atau bunga lawang. Asal usul Tekpi masih menjadi perdebatan kerana terdapat teori yang menyatakan tekpi adalah dari Indonesia sebelum tersebar meluas ke Tanah melayu (Malaysia), India, China, Indo-China dan Okinawa. Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa tekpi berasal dari India yang dikenali sebagai trisula yang kemudiaanya tersebar ke Indonesia dan Malaysia. Di Indonesia Tekpi dikenali sebagai Cabang manakala di Jepun pula ianya disebut sebagai Sai. Tekpi boleh dikelaskan kepada 2 jenis iaitu tekpi jantan dan tekpi betina. Tekpi jantan lebih panjang daripada tekpi betina dari segi ukuran dan juga kaedah penggunaannya. Tekpi jantan lebih kepada sifat menyerang manakala tekpi betina bersifat bertahan. 10.
Terdapat dua pucuk meriam dipercayai milik British terletak di dalam kawasan jabatan ini. Kedua-dua pucuk meriam ini terletak di hadapan dan di sebelah kanan pejabat Bahagian Pembangunan Daerah Alor Gajah menghala ke jalan utama menuju ke Bandaraya Melaka. Adalah dipercayai terdapat sekurang-kurangya tiga pucuk meriam di sekitar bangunan ini. Kedudukannya yang berada di puncak bukit di Bandar Alor Gajah menjadikan ia amat strategik dari aspek pertahanan serta pentadbiran suatu masa dahulu. KAJIAN SEJARAH MERIAM DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH ALOR GAJAH, MELAKA Meriam yang terletak di bahagian hadapan bangunan ini berukuran panjang 6.1 kaki dan lebar 1 kaki serta bukaan laras 4.75 inci diperbuat daripada besi padu. Terdapat logo mahkota di bahagian atas meriam yang menunjukkan ia milik British selain mempunyai nombor 10 yang menunjukkan saiznya. Di samping itu terdapat huruf ‘SJS’ yang menunjukkan identiti pemiliknya. Manakala meriam kedua pula yang terletak di bahagian kanan bangunan tersebut berukuran panjang 6.6 kaki dan lebar 1 kaki serta bukaan laras 4.75 inci, juga diperbuat daripada besi padu. 11.
Melaka cadang bawa pulang artifak, manuskrip sejarah dari luar negara MELAKA: Kerajaan Melaka bercadang membawa pulang artifak atau manuskrip berkaitan sejarah Kesultanan Melayu Melaka khususnya melibatkan Laksamana Hang Tuah yang ditemukan di luar negara. Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata berdasarkan laporan yang diterimanya, penemuan berkenaan berlaku di 14 negara antaranya di Vatican City, Itali, India, Jepun dan Turki oleh penyelidik atau pengkaji sejarah. Ab Rauf berkata, artifak dan manuskrip berkenaan akan menjadi antara tarikan sempena TMM 2024 sekali gus mengukuhkan kehebatan Melaka dan Hang Tuah Contoh Artifak di Luar Negara Manuskrip dan Naskhah Lama contohnya “Sulalatus Salatin” Senjata dan alat pertahanan Peninggalan kesenian dan kraftangan Dokumen diplomatik dan perdagangan 12.
kesimpulan dan rumusan Penemuan artifak ini penting bukan sahaja untuk menambah nilai sejarah Melaka, tetapi juga untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang sejarah perdagangan maritim dan hubungan antarabangsa Melaka pada zaman dahulu Secara keseluruhan, penemuan ini menegaskan lagi status Melaka sebagai tapak warisan dunia yang kaya dengan sejarah dan warisan budaya, serta menunjukkan betapa pentingnya usaha pemuliharaan dan kajian arkeologi untuk memahami dan melestarikan sejarah kita saya berharap selepas ini lagi banyak aktiviti eskavasi dijalankan bagi memelihara artifakartifak negara agar tidak pupus menerusi zaman serba canggih ini. oleh kerana sejarah amat penting dalam kalangan generasi muda bahawa mereka sedar barangan peninggalan sejarah lagi utuh dan bernilai. 13.
rujukan Balzatul najwa Brilliant Amir Mamat. (2020). Melaka kaji kesahihan artifak 900 tahun Dimuat turun daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/09/621807/melakakaji-kesahihan-artifak-900-tahun. Diyanatul Atiqah. (2022). Kerajaan Melaka ke Belanda, tuntut artifak berusia 200 tahun. Dimuat turun daripada www.utusan.com.my/berita/2022/03/kerajaan-melaka-ke-belandatuntut-artifak. Fairuz Bin Haji Mamat. (Feb 2023). Jumpaan Artifak di Kawasan Tambakan Pulau Melaka. Dimuat turun daripada https://www.fairusmamat.com/2021/03/jumpaan-artifak-di-pulaumelaka-dan.html. K.S. (2021) Kepingan mata wang purba,tembikar dari Dinasti Ming ditemui bersama rangka kapal dagang berusia 500 tahun. Dimuat turun daripada https://www.infomalaysiatrending.com/2021/04/kepingan-matawang-lama-tembikar-dari.html. Mohd Shukry bin Abdullah . (2022). Kajian Sejarah Meriam di pejabat daerah dan tanah Alor Gajah, Melaka, Buletin Tinta Perzim. iii.
rujukan Balzatul najwa Brilliant Nor Farhana Yaacob. (2020). Artifak lebih 900 tahun ditemui di Melaka. Dimuat turun daripada https://www.sinarharian.com.my/article/101449/EDISI/MelakaNS/Artifak-lebih-900-tahun-ditemui-di-Melaka. Portal Rasmi Kerajaan Negeri Melaka. (2024). Melaka. Kerajaan Negeri Melaka. Ruhaiza Zawawi. (2022) Rentaka, Melaka, Buletin Tinta Perzim. Terbitan Perbadanan Muzium Melaka TINTA. (2021). Melaka, Perbadanan Muzium Melaka. iv.
By Balzatul Najwa Malacca Museum Terima Kasih ...