The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shaunfy, 2019-07-24 14:19:41

Sukan SK Tansau

Sukan SK Tansau

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK TANSAU PUTATAN

Salam sejahtera dan selamat pagi.
Yang saya hormati, En. Ramlee A Ghaffar, Guru Besar SK Tansau Putatan.
Yang Berusaha, Semua Barisan Pentadbiran SK Tansau Putatan.
Guru- guru, para ibu bapa dan murid-murid sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin panjatkan rasa bersyukur kerana Kejohanan Sukan Tahunan SK
Tansau Putatan dapat dilaksanakan.
Saya berharap semua kontinjen akan berasa gembira, seronok dan selesa sepanjang berada di
sini di samping bertanding dengan penuh daya saing dan semangat kesukanan yang tinggi.
Kejohanan olahraga merupakan teras kepada aktiviti sukan di sekolah yang sering dianjurkan
sepanjang tahun. Sukan ini juga bertepatan dengan dasar kerajaan yang dianjurkan bagi
melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Kejohanan
ini juga bertujuan bagi mencari pelajar yang terpilih bagi mewakili sekolah ke Sukan Sekolah-
Sekolah Peringkat Daerah SK Tansau Putatan bagi tahun ini.
Melalui hasrat inilah, sukan di peringkat sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan
penlibatan secara menyeluruh di kalangan pelajar. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh,
kegiatan ini akan dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah
sosial pelajar.
Atas kesedaran inilah, maka Unit Kokurikulum Sekolah sentiasa memberi perhatian terhadap
perkembangan dan kemajuan pembangunan sukan yang menglibatkan pelajar. Pengalaman
bersukan penting sebagai asas pembinaan insan yang menyeluruh di masa akan datang.
Akhir kata saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa Kejohanan
Sukan Tahunan SK Tansau Putatan tahun ini. Terima kasih juga kepada semua pegawai
penyelaras teknik kejohanan, semua ketua kontinjen rumah-rumah sukan dan semua pegawai
serta pihak yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan Kejohanan Sukan
Tahunan untuk tahun 2019.
Sekian terima kasih.

TEKS UCAPAN PERASMIAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PENAMPANG
PUAN SUZANA COSMAS

Salam sejahtera dan selamat pagi.
Yang saya hormati, En. Ramlee A Ghaffar, Guru Besar SK Tansau Putatan.
Yang Berusaha, Semua Barisan Pentadbiran SK Tansau Putatan.
Guru- guru, para ibu bapa dan murid-murid sekalian.
Terlebih dahulu, saya memanjatkan kesyukuran kerana dapat kita bersama-sama meraikan Kejohanan
Sukan Tahunan MSS SK Tansau Putatan kali ke-37.
Tahniah diucapkan kepada barisan guru-guru kerana bertungkus lumus merealisasikan Kejohanan Sukan
Sekolah pada hari ini.
Hadirin Sekalian,
Terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa yang dapat hadir bersama pada hari ini. Sokongan yang
sebeginilah yang selalu kita harapkan daripada semua ibu bapa Sk. Tansau Putatan. Ini membuktikan
bahawa para ibu bapa amat prihatin dengan aktiviti-aktiviti yang sekolah adakan untuk anak-anak kita.
Tahniah daripada saya.
Tuan-tuan dan puan,
Kejohanan Sukan Sekolah diadakan pada setiap tahun adalah untuk membina semangat kesukanan anak-
anak kita. Ianya bukan sekadar satu temasya bagi mengukur kemampuan anak-anak kita bertanding
dalam acara-acara sukan tetapi juga untuk membina keyakinan diri serta suntikan kreativiti dan inovasi
dalam kalangan murid-murid. Elemen ini sangat penting bagi mengiktiraf keboleh mampuan berRikir
dalam menjana kemenjadian murid yang cemerlang dan bersahsiah mulia.
Hadirin sekalian,
Kejohanan Sukan pada hari ini adalah salah satu daripada usaha sekolah dalam memastikan akses
pendidikan yang berkualiti untuk setiap murid berupaya memberi kesan berganda dalam bidang
pembelajaran. Ini secara tidak langsung dapat melonjakkan pencapaian murid-murid dalam bidang
pembelajaran khasnya.
Badan sihat otak cerdas boleh dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti jasmani yang diadakan di sekolah. Elemen
ini sangat dititik beratkan oleh pihak sekolah bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, intelektual dan rohani. Inilah modal insan yang bersifat holistik yang bakal kita lahirkan pada hari
ini dan juga pada masa akan datang.
Saya berharap agar sekolah SK Tansau Putatan akan terus cemerlang dalam bidang Kokurikulum khasnya.
Saya juga berharap agar warga pendidik dan murid–murid dapat bersama-sama menguatkan tekad dan
usaha bagi memastikan bidang kokurikulum akan terus cemerlang pada masa akan datang.
Sebelum saya akhiri, saya mengucapkan selamat bertanding kepada murid-murid SK Tansau Putatan.
Kalah atau menang bukan ukuran tetapi semangat kesukanan yang kental itu yang perlu ada dalam setiap
jiwa anak-anak.
Dengan ini, saya merasmikan Kejohanan Sukan SK Tansau Putatan kali ke -37.
Sekian terima kasih.

TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
GURU BESAR SK TANSAU PUTATAN
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Yang Berusaha, Puan Sainah Hassan, Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Normain Awang , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Anni Anthony, Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Salat Binti Tarasil, Penolong Kanan Petang,
Barisan guru-guru, ibu bapa – ibu bapa dan semua murid yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu, saya bagi pihak seluruh warga SK Tansau Putatan mengucapkan selamat datang kepada
semua tetamu yang hadir bagi sama-sama merasai dan menyaksikan kejohanan sukan sekolah pada tahun
ini. Terima kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus sejak 3 minggu yg lalu,
bermula dengan acara pemilihan murid, Sukan Tara dan persediaan akhir. Acara sebelum kejohanan sukan
ini, memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa yang sama, guru-guru tidak pernah
mengabaikan kepentingan akademik. Sesungguhnya, kepentingan sukan sama utama dengan kepentingan
akademik. Kepada para pelajar, tahniah saya ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian demi semangat
berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam bilik darjah akan memberikan impak yang
tinggi kepada pencapaian akademik para pelajar.
Hadirin yang dihormati,
Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar sekolah. Kepada para pelajar yang
terserlah kecemerlangannnya dalam bidang sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk
diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara.
Saya merasakan kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-guru mencipta kreativiti memacu
semangat pelajar, manakala para pelajar pula berpeluang mengerah kudrat, melepaskan beban emosi
dengan berlari sederas yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga
dalaman seterusnya menjadi juara.
Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan sokongan kepada anak-anak
untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang
kokurikulum akan membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.
Akhir kata,
Terima Kasih kepada En. Mojuntin Ebin yang sudi hadir utk menyempurnakan kejohanan sukan kali ini.
Terima Kasih kepada guru-guru yang berkorban masa, tenaga, dan minda. Apatah lagi dengan hujan
rahmat yang turun pada malam tadi merisaukan semua guru.
Terima Kasih kepada ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak, dan
Terima Kasih kepada pelajar yang amat bersemangat mengambil bahagian dalam semua acara yang telah
berlangsung pada hari ini.
SOKONGLAH KAMI WARGA SK TANSAU PUTATAN untuk membentuk generasi masa depan yang cemerlang,
gemilang, dan terbilang selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).
Sekian, terima kasih.

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUP KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PENAMPANG
ENCIK MOJUNTIN EBIN

Terima Kasih Pengacara Majlis.
Yang Berusaha. Guru Besar Sekolah Kebangsaan SK Tansau Putatan. Barisan Pentadbir, guru-guru dan para
ibu bapa yang hadir, seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian.

Saya merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak sekolah yang menjemput saya untuk
bersama- sama dalam temasya sukan ini. Semestinya penganjuran kejohanan ini menuntut komitmen padu
dan pengorbanan semua pihak bagi memastikan kelancaran. Tahniah dan syabas kepada Pengetua dan pihak
sekolah.
Hadirin dan anak-anak yang dikasihi sekalian Kejohanan ini merupakan wadah untuk memupuk budaya
bersukan dalam kalangan murid-murid. Pendedahan ini perlu berterusan dan dilaksanakan secara sistematik
supaya impaknya nanti dapat dikecapi seterusnya melahirkan para atlet yang hebat suatu hari nanti. Selain
itu, kejohanan ini juga merupakan wahana dalam mencari dan menggilap bakat para atlet di samping
mengeratkan ukhuwah dalam kalangan guru-guru dan murid-murid. Saya percaya kejohanan ini mampu
melahirkan bakat-bakat besar dalam bidang sukan suatu hari nanti. Malah kegiatan sukan ini sewajarnya
menjadi budaya rakyat Malaysia ke arah meningkatkan kesihatan dan kualiti kehidupan.
Sesungguhnya, akal yang sihat hadir daripada badan yang cergas, kata-kata ini membuktikan bahawa betapa
pentingnya aturan hidup ini disulami dengan aktiviti sukan yang akhirnya akan mengharmonikan setiap
perjalanan hidup kita.
Rebutlah peluang ini kerana kejohanan sebegini dapat memupuk nilai-nilai positif serta meningkatkan kualiti
hidup dan kesejahteraan diri kita seterusnya membentuk modal insan yang berkualiti. Di samping itu,
kejohanan ini juga akan mempamerkan semangat kesukanan dan daya juang yang tinggi. Gunakan
kesempatan yang ada untuk mengukur keupayaan diri masing- masing.
Percayalah anak-anak semua mempunyai potensi yang tersendiri selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Kemenjadian anak-anak semua bukan sahaja diukur daripada segi akademik semata- mata
tetapi ia juga turut meliputi semua aspek sahsiah diri. Pengukuran yang holistik pastinya melahirkan insan
yang terdidik dan mampu bersaing di persada global kerana dunia hari ini menuntut modal insan yang
berjiwa kental dalam menyusuri dunia tanpa sempadan.
Hadirin dan anak-anak yang dikasihi sekalian, tidak dapat dinaRikan, kemenangan memanglah penting dalam
setiap pertandingan tetapi yang lebih utama ialah mengambil bahagian dan mengutamakan semangat
kesukanan. Kepada yang menang, sekalung ucapan tahniah dirakamkan dan kepada yang kalah jangan cepat
berputus asa, tidak mengapa kerana sesungguhnya jadikan kekalahan hari ini sebagai satu titik permulaan ke
arah kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Sebelum mengakhiri ucapan, saya ingin mengambil kesempatan sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi
ucapan syabas dan tahniah kepada anak-anak sekalian. Setiap murid di mata dan di hati seorang guru ialah
permata bersinar yang mempunyai keistimewaan dan kebolehan tersendiri. “Ketahuilah bahawa pendidikan
anak-anak murid ini merupakan pelaburan jangka panjang dalam konteks pembangunan sesebuah negara.”
Akhir bicara, saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga kerja SK Tansau Putatan kerana telah
berjaya mengelolakan majlis ini dengan penuh tertib dan tersusun.
Saya dengan ini menyempurnakan Perasmian Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Kebangsaan Tansau Putatan
Bagi Tahun 2019.
Sekian, terima kasih.

ATURCARA

MASA ACARA

6.30 pagi Ketibaan Para Guru, Peserta Sukan dan Perbarisan

7.30 pagi Perbarisan Lintas Hormat Peserta Kejohanan dan Unit
Beruniform

7.50 pagi - Nyanyian Lagu Negaraku

- Nyanyian Lagu Sabah Tanahairku

- Upacara Menaikkan Bendera Kejohanan

- Bacaan Ikrar Kejohanan

- Ucapan Alu-Aluan Penolong Kanan Kokurikulum

- Ucapan Perasmian Kejohanan oleh Pegawai PPD,
Pn. Suzana Cosmas

- Sesi Pengenalan Kepada Ketua-Ketua Kontinjen Rumah
Sukan

- Senamrobik

- Perbarisan Lintas Hormat Berjalan Keluar

8.30 pagi Acara Sukan Bermula

- 50 meter (Perempuan & Lelaki - Tahun 3)

- 200 meter (Perempuan & Lelaki - Tahun 4 & 5)

- 4 x 200 meter (Perempuan & Lelaki - Tahun 4, 5 & 6)

- 100 meter (Perempuan & Lelaki - Tahun 4 & 5)

- 4 x 100 meter (Perempuan & Lelaki -
Tahun 4, 5 & 6)

- 4 x 50 meter (Acara Terbuka)

10.30 pagi - Ketibaan Pegawai Pendidikan Daerah Penampang

- Ucapan Guru Besar

- Ucapan Perasmian Penutup oleh Pegawai PPD,
En. Mojuntin Ebin

- Penyampaian Piala Pusingan dan
Hadiah Utama

- Upacara Menurunkan Bendera
Kejohanan

- Jamuan VIP

12.30 tengah hari Majlis Bersurai

No. Acara Acara JADUAL SUKAN Kategori
017 PEREMPUAN TAHUN 3
018 Peringkat
019 LELAKI TAHUN 3
020 50 meter AKHIR PEREMPUAN TAHUN 4
021
022 50 meter AKHIR LELAKI TAHUN 4
023 PEREMPUAN TAHUN 5
024 200 meter AKHIR
025 LELAKI TAHUN 5
026 200 meter AKHIR PEREMPUAN TAHUN 4
027
028 200 meter AKHIR LELAKI TAHUN 4
029 PEREMPUAN TAHUN 5
030 200 meter AKHIR
031 LELAKI TAHUN 5
032 4X200 meter AKHIR PEREMPUAN TAHUN 6
033
034 4X200 meter AKHIR LELAKI TAHUN 6
035 PEREMPUAN TAHUN 4
036 4X200 meter AKHIR
037 LELAKI TAHUN 4
038 4X200 meter AKHIR PEREMPUAN TAHUN 5
039
4X200 meter AKHIR LELAKI TAHUN 5
PEREMPUAN TAHUN 4
4X200 meter AKHIR
LELAKI TAHUN 4
100 meter AKHIR PEREMPUAN TAHUN 5

100 meter AKHIR LELAKI TAHUN 5
PEREMPUAN TAHUN 6
100 meter AKHIR
LELAKI TAHUN 6
100 meter AKHIR ACARA TERBUKA

4X100 meter AKHIR

4X100 meter AKHIR

4X100 meter AKHIR

4X100 meter AKHIR

4X100 meter AKHIR

4X100 meter AKHIR

4X50 meter AKHIR

STATISTIK KEPUTUSAN RASMI PUNGUTAN PINGAT RUMAH SUKAN 2019
DIKEMASKINI PADA : 24/7/2019, 2.47 PETANG

RUMAH TAHAP 1 TAHAP 2
SUKAN PERAK GANGSA
EMAS PERAK GANGSA JUMLAH EMAS JUMLAH
MERAH 5 33 11
HIJAU 6 4 0 10 2 12 5
BIRU 1 70 8
KUNING 12 3 6 4 17 12

22 3 7

12 4 7

RUMAH SUKAN KESELURUHAN KUTIPAN PINGAT

MERAH EMAS PERAK GANGSA JUMLAH
HIJAU 11 21
BIRU 3 73 11
KUNING 3 15
5 35 19

93

3 11

AJK INDUK KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN MSS SK TANSAU PUTATAN

PENAUNG : PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI SABAH

PENASIHAT : EN. MOJUNTIN EBIN
PENGERUSI PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH PENAMPANG

: EN. RAMLEE BIN A. GHAFFAR
GURU BESAR
SK TANSAU, PENAMPANG

TIMBALAN : PN. ANNI ANTHONY
PENGERUSI 1 PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

TIMBALAN : PN. SAINAH HASSAN
PENGERUSI 2 PENOLONG KANAN 1

NAIB : EN. NORMAIN BIN AWANG
PENGERUSI 1 PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

NAIB : PN. SALAT BINTI HJ. TARASIL
PENGERUSI 2 PENOLONG KANAN PETANG

SETIAUSAHA : EN. MOHD TARMIZI BIN AG. AHMAD
BENDAHARI : EN. SHARUDIN AHMAD

AHLI : PN. RABIAH EMILIAH SION (SETIAUSAHA
JAWATANKUASA KOKURIKULUM)
PN. VERA JOYCE JUSTIN ALIP (KETUA RUMAH HIJAU)
EN. ADRIAN GUSUP (KETUA RUMAH KUNING)
PN. ELEANOR XAVIERA MASUIL (KETUA RUMAH
MERAH)
EN. PETER DAVID (KETUA RUMAH BIRU)



AHLI
1 JK Jemputan, Sambutan Dan Protokol

1.1 Pn. Anni Anthony ( K )
1.2 Pn. Roslinda @ Roselinda George Mantais
1.3 Pn. Latifah Ismail
2 JK Perasmian Dan Penutup
2.1 En. Normain Bin Awang ( K )
2.2 En. Jayabalan A/L Sivasubramaniam

AHLI
3 JK Persiapan Tempat, Tetamu Dan Hiasan

3.1 Pn. Salat Binti Hj.Tarasil ( K )
3.2 Pn. Asni Nanteh
3.3 Pn. DgKu .SaRiah Ag.Damit
3.4 Pn. Yusrinawati Bt.Yusop
4 JK Buku Program
4.1 Pn. Rabiah Emiliah Sion ( K )
4.2 Tn. Hj.Shaun Fredoline Bin Yusof

5 JK Hadiah, Cenderahati Dan Sijil
5.1 Pn. Rahimah Mat Jusoh ( K )
5.2 Pn. Lily Marcusitom
5.3 Pn. Shuzianah Binti Takim
5.4 Pn. Linda Denisia D.Belinus

6 JK Kecemasan
6.1 Pn. Hjh Nooraine Bt.Ag Piut ( K )
6.2 Pn. Lozinia@Lydia Sekumil
6.3 Pn. Talinah Jeman

7 JK Jamuan Dan Minuman Tetamu serta Pegawai
7.1 Pn. Sainah Binti Hj.Hassan ( K )
7.2 Pn. Hjh. Hanlida Binti Yusop
7.3 Pn. Dg. Zaimah Binti Ali Amat
7.4 Pn. Nur ARizah Abdul Karim

8 JK Disiplin
8.1 Pn. Azillah Bt.Arullah ( K )
8.3 Ketua dan Penolong Ketua Rumah Sukan

9 JK Kebersihan
9.1 Anggota Pembersihan Sekolah
9.2 Penasihat rumah sukan masing-masing

AHLI

10 JK PenJdAaWftaArTaAn NIb uKbEaRpaJA/P KenEjaJOgaH ANAN SUKAN TAHUNAN MSS
SK TANSAU PUTATAN, PENAMPANG KALI KE-37 TAHUN 2019

10.1 Pn. Junaida Yunus

10.2 Pn. Rusmini Binti Suali PENGERUSI
11 JK Alat Siaraya En.Ramlee Bin A.Ghaffar

11.1 Tn. Hj.Shaun Fredoline BiGnu Yruus oBfe. (s aKr )

11.2 En. Peter David TIMBALAN PENGERUSI 1
Pn.Anni Anthony
12 JK Senamrobik Penolong Kanan Kokurikulum

12.1 Pn. Lau Shuk ManT I MBALAN PENGERUSI 2
Pn.Sainah Binti Hj.Hassan
12.2 5 orang murid Penolong Kanan 1

13 Juruacara

E Nn A. N 1IoB3r. 1mP EEaNinn.G ABEniRndU rAiSawIn a 1Gn ugs up NAIB PENGERUSI 2
Pn.Salat Binti Hj. Tarasil
P e n 1o3lo.2n gP nK. aVnearan JHoyEcMe J u s t i n A l i p Penolong Kanan Petang

14 Jurugambar SETIAUSAHA

14.1 En. Sharudin AhMmoahdd Tarmizi Bin Ag Ahmad

MARSYAL
15 JK Penyelaras PemeEnna.n Jga y( aPbaadlaanng A &/ LB Sailvaapsaunb )r amaniam

5.1 P n. Dg. A rifah A g . A n PakE (N KG )U RUS TEKNIK
5.2 P n. Mazl inda M a s l a nP n.Rabiah Emiliah Sion

5.3 Cik Nur Irdina Fajriyah Bin Ag.Kasim

5.4 Cik Marlina Sri Wahyuni Bt. Omar



PEGAWAI-PEGAWAI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-37 2019
AHLI

1 1.1 Pengerusi :
1. En. Ramlee Bin A.Ghaffar - Guru Besar
1.2 AJK :
1. Pn. Anni Anthony
2. En. Mohd Tarmizi Bin Ag Ahmad
3. 2 orang Ketua Rumah pasukan berkecuali.

2 Referi
2.1 En. Rizaimi Razak

3 Urusetia Pendaftaran Acara Sukaneka
Tahap Satu Dan Acara Padang
3.1 Acara Sukaneka :
1. Pn. Farazila Binti Yusof@Ismail
2. Cik Marlina Sri Wahyuni Bt.Omar
3.2 Acara Padang :
1. Pn. Maryna M Kuyun
2. Pn. Lozinia@Lydia Sekumil
3. Pn. Rahimah Mat Jusoh

4 Penyelia Peserta Acara Sukaneka Tahap Satu
4.1 Pn. Umi Kalsum Suhaimin
4.2 Pn. Mazlinda Maslan

5 Pelepas Acara Sukaneka Tahap Satu
5.1 Guru Besar
5.2 PK HEM

AHLI
6 Penangkap Pemenang Sukaneka Tahap Satu

6.1 Pn. Lau Shuk Man
6.2 Pn. Yusrinawati Bt.Yusop
6.3 Pn. Latifah Ismail
6.4 Pn. Roslinda@Roselinda George Mantais
7 Penyelia Peserta Acara Padang
7.1 Pn. Shuzianah Binti Takim ( K )
7.2 Pn. Azillah Bt.Arullah
7.3 Pn. Salbiah Ismail

8 Hakim Lompat Jauh
8.1 En. Rakimin Bin Galisin (K)
8.2 Pn. Esther Juanillo
8.3 Pn. Wency Jelson
8.4 Pn. Norayati Abdul Aziz

9 Hakim Lontar Peluru
9.1 En. Mohd Zaki Bin Zaini@Jaini ( K )
9.2 Pn. Melisa Soon
9.3 Pn. Asni Nanteh
9.4 Pn. Hastinah Binti Matsarudin

10 Hakim Lompat Tinggi
10.1 En. Saiful Bahari B. Ag Sahahbudi ( K )
10.2 Tn. Hj.Shaun Fredoline Bin Yusof
10.3 Pn. Dg.Arifah Ag.Anak
10.4 Cik Rinah Bt.Sani



AHLI
11 Urusetia Pendaftaran Acara Balapan

11.1 Pn. Aisah Bukang ( K )
11.2 Pn. Fatmah Binti Ali
11.3 Pn. Hamidah Binti Ali

12 Penyelia Peserta Acara Balapan
12.1 En. Rakimin Bin Galisin ( K )
12.2 Pn. Hastinah Binti Matsaruddin
12.3 Pn. Bretty Betty Pius

13 Pelepas Dan Penolong Pelepas
13.1 En. Mohd Zaki Bin Zaini @ Jaini
13.2 En. Hadil Muien Masdin

14 Pengadil Balapan
14.1 Permulaan :
1. En. Hadil Muien Masdin
14.2 Penamat :
1. En. Pierrie Singh

15 Pengadil Lorong
15.1 En. Mohd Tarmizi Bin Ag Ahmad

16 Penjaga Masa
16.1 Pn. Assuryanie Binti Amat ( K )
16.2 Pn. Juraemah Tamin
16.3 Pn. Maryna M Kuyun
16.4 Pn. Salbiah Ismail
16.5 Pn. Hazalifah Diasin
16.6 Cik Dg. Ain Binti Pg. Ali




 AHLI
17 Hakim Penamat/Penangkap Pemenang
17.1 Pencatat Keputusan :
1. Pn. Esther Juanillo
17.2 Penangkap Pemenang :
1. Pn. Melisa Soon ( K )
2. Pn. Asrina Binti Mohit@Mohid
3. Pn. Marcella Basilius
4. Pn. Murni Binti Muhd Talib
5. Pn. Umi Kalsum Suhaimin
6. Cik Rinah Bt. Sani

18 Statistik
18.1 Pn. Zuliana Mustapha ( K )
18.2 Cik RaRida Binti Jalaludin

19 Pengawas Papan Markah
19.1 Pn. Mimi Binti Egoi ( K )
19.2 Pn. Farazila Binti Yusof

20 Penyelia Peralatan Kejohanan
20.1 En.Rizaimi Razak ( K )
20.2 En. Mohd Zaki Bin Zaini@Jaini
20.3 En. Hadil Muien Masdin
20.4 En. Al Bazil Bin Abdul Jari
20.5 En. Mohd Tarmizi Bin Ag Ahmad

AHLI
21 Ketua Rumah Sukan Semasa Berada Di

Kompleks Sukan Penampang
21.1 Rumah Merah ( Wira ) :
1. Pn. Eleanor Xaviera Masuil
21.2 Rumah Hijau ( Waja ) :
1. Pn. Wency Binti Jelson
21.3 Rumah Biru ( Iswara ) :
1. Pn. Rasidah Binti Daugan
21.4 Rumah Kuning ( Satria ) :
1. Pn. Lau shuk Man

22 Sukarelawan Dari Kalangan Murid



SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN
DAN TERIMA KASIH

Jawatankuasa Induk Sukan Tahunan 2019
Pegawai Kejohanan Sukan
Pengurusan Rumah Sukan
Hakim-Hakim SK Tansau Putatan
Semua Guru SK Tansau Putatan
Semua Yang Terlibat Secara Langsung Dan Tidak Langsung


Click to View FlipBook Version