HARI / TARIKH : ISNIN ( 20 MAC 2023 ) Tajuk Aktiviti : Kawanku Sayang ( Aktiviti 1) Tujuan / Objektif : Mengenali dan menghormati rakan sekelas Masa : 30 minit Tempat : Kelas Saiz Kumpulan : 5 atau lebih Alatan / Bahan : Belon dan kertas A4 Langkah pelaksanaan: 1. Murid dipecahkan kepada 5 kumpulan setiap kelas. Setiap kumpulan akan diberikan sehelai kertas A4. 2. Kertas A4 yang diberikan dijadikan cebisan kecil. Setiap orang murid dalam kumpulan diminta menulis 1 nombor, antara no 1-9 dalam cebisan kertas tersebut. 3. Kertas yang telah siap ditulis nombor akan dimasukkan ke dalam belon dan ditiup mengikut kumpulan masing-masinhg. 4. Belon yang telah selesai ditiup akan diikat. Belon tersebut akan diberikan kepada kumpulan lain dan bertukar antara setiap kumpulan. 5. Kumpulan yang menerima belon daripada kumpulan lain akan memecahkan belon yang diterima. 6. Setiap kumpulan akan mengira markah berdasarkan jumlah nombor yang tertera pada cebisan kertas dalam belon yang telah dipecahkan. 7. Kumpulan yang berjaya mengumpulkan markah yang paling banyak dikira sebagai pemenang. Susulan : Setiap kumpulan boleh berkongsi pengalaman
Tajuk Aktiviti : Kawanku Sayang ( Aktiviti 2) Tujuan / Objektif : Mengenali dan menghormati rakan sekelas Masa : 30 minit Tempat : Kelas Saiz Kumpulan : 5 atau lebih Alatan / Bahan : Petikan pendek Langkah pelaksanaan: 1. Peserta pertama akan diberikan masa selama 30 saat untuk membaca petikan dan cuba mengingati sebanyak mana maklumat yang terdapat di dalam petikan tersebut. 2. Setelah 30 saat peserta pertama akan menuju kepada peserta kedua. Peserta pertama tadi akan membisikkan maklumat yang telah dia peroleh daripada petikan tersebut kepada pesrta kedua dan masa yang diberikan juga adalah 30 saat. 3. Setelah 30 saat peserta kedua akan menuju kepada peserta ketiga dan seterusnya membisikkan maklumat yang diperoleh daripada peserta pertama tadi kepada peserta yang ketiga. Masa yang diperuntukkan adalah 30 saat juga. 4. Begitulah seterusnya, peserta ketiga akan mengulangi memberikan maklumat kepada peserta keempat. Permainan akan diteruskan sehinggalah kepada peserta yang terakhir. 5. Apabila tiba kepada peserta yang terakhir, dia akan berlari ke hadapan dan menyebut kesemua maklumat yang disampaikan kepadanya. Di sini maklumat tersebut dapatlah kita banding bezakan sama ada ia tepat, berkurang, terlebih atau apa sahaja daripada maklumat asal dari petikan tadi. Contoh petikan: ⚫ Mak cik Halimah menyuruh anaknya, Halimaton ke kedai Pak Halim seberang jalan sebelah pokok ketapang membeli kicap, beras, bawang, dan gula halus naik basikal tua milik Nek Mah. ⚫ Isteri Encik Ali baru bersalin di Hospital Kajang, Anak dan kucingnya dihantar balik ke kampung untuk dijaga oleh ibu mertua Encik Ali. ⚫ Si badang anak dagang, dia suka makan ikan parang dan pisang,. ⚫ Ahmad budak petah, ibunya bernama Bedah, Ahmad buat tak endah, akhirnya terima padah. ⚫ Pak Anjang dan Mak Anjang tinggal di Kampung Panjang, Mereka tinggal dirumah panjang, mereka suka menanam kacang panjang, ⚫ Jijah jalan-jalan, jijah jumpa jepun, jijah jerit jepun jahat, jijah jatuh.
Tajuk Aktiviti : Ada Apa Dengan Nama Tujuan / Objektif : 1. Memupuk komunikasi berkesan dan persefahaman antara murid. 2. Mengeratkan hubungan sesama murid serta hubungan murid dan guru. 3. Penerapan nilai dan pembangunan sahsiah. Masa : 40 minit Tempat : Kelas Saiz kumpulan : 4 atau lebih Alatan/ bahan : Kertas A4 dan pen Langkah pelaksanaan: 1. Guru mengedarkan kertas A4 kepada murid dalam kumpulan. 2. Murid menulis nama dalam huruf besar pada kertas A4 secara menegak dari atas ke bawah. 3. Murid diminta memikirkan ciri-ciri yang mereka miliki. Ciri-ciri tersebut harus bermula dengan huruf nama mereka seperti contoh, 4. Murid kongsikan namanya dengan rakan dalam kumpulan. Ahli dalam kumpulan diminta bertanyakan soalan kepada rakan tersebut. 5. Guru membuat refleksi. Falsafah : • Komunikasi yang berkesan mengeratkan hubungan dan persefahaman. • Nilai murni asas pembentukkan insan yang cemerlang. A - Adil D - Dedikasi I - Ikhlas B - Berani
Tajuk Aktiviti : Kemungkinan Tujuan / Objektif : 1. Melatih murid berfikir secara kritis. 2. Memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman antara murid. 3. Meningkatkan keyakinan diri murid dalam menyelesaikan masalah. Masa : 40 minit Tempat : Kelas Saiz kumpulan : 4 atau lebih Alatan/ bahan : Kertas A4 dan pen Langkah pelaksanaan: Guru melukis gambar seperti lampiran, di papan putih. 1. Setiap kumpulan diminta melihat dan memikirkan kemungkinan yang berlaku pada gambar yang dilihat. 2. Murid boleh memberikan apa sahaja jawapan yang mereka fikirkan. Beri keyakinan kepada mereka supaya tidak takut jawapan mereka salah. 3. Wakil setiap kumpulan menyatakan jawapan. 4. Guru membuat refleksi. Falsafah : • Pemikiran yang positif melahirkan tingkah laku yang positif. • Berfikir sejenak adalah permulaan yang baik untuk bertindak.
Tajuk Aktiviti : Yang Paling Ditakuti Tujuan / Objektif : 1. Memupuk persefahaman antara murid. 2. Mengeratkan hubungan sesama murid. Masa : 45 minit Tempat : Kelas Saiz kumpulan : 6 atau lebih Langkah pelaksanaan: 1. Setiap kumpulan diminta memikirkan apa yang mereka paling takuti. 2. Setelah itu, mereka perlu memberi tahu kepada kumpulan lain, hanya mengunakan bahasa isyarat dan memek muka sahaja, mereka tidak boleh bercakap. 3. Kumpulan lain boleh meneka apa yang disampaikan oleh mereka. 4. Setelah selesai semua kumpulan, guru membuat refleksi.
HARI / TARIKH : SELASA ( 21 MAC 2023 ) Tajuk Aktiviti : Siapa Saya? Tujuan / Objektif : 1. Peserta mengenal diri mereka yang sebenar. 2. Peserta akan dapat menyedari keadaan diri mereka. 3. Timbul keinginan untuk meneroka diri sendiri dan memahami persekitaran Masa : 30 minit Tempat : Kelas Alatan/ bahan : Kertas A4 dan pen/pensel Langkah pelaksanaan: 1. Peserta diminta untuk melukis gambar mereka sendiri mengikut kebolehan masing-masing. (Kecantikan lukisan itu tidak penting) 2. Peserta diminta tidak duduk terlalu dekat (jarak antara peserta) semasa melakukan tugas ini. 3. Letakkan tanda yang mudah untuk kenal pasti lukisan masing-masing. Tetapi jangan tulis nama pada lukisan tersebut.. 4. Masa diberikan antara 5 – 7 minit untuk menghasilkan lukisan tersebut.. 5. Guru akan mengumpul semua lukisan yang telah siap dan kemudian menyerahkan semula kepada peserta. Tetapi kena pastikan bahawa lukisan yang dibuat itu tidak diserahkan kepada empunya lukisan. 6. Peserta diminta untuk mengenal pasti tuan empunya lukisan gambar tersebut dengan hanya menunjukkan sahaja apabila diminta oleh guru tanpa bergerak atau bangun dari kerusi. 7. Bagi peserta yang salah meneka , guru akan cuba bertanya mengapakah susah untuk mengenal pasti empunya lukisan gambar tersebut dan bagi yang meneka dengan betul, guru akan menanyakan sebab mereka bolah meneka dengan betul. Pengajaran/ Rumusan : 1. Susah untuk mengenal pasti seseorang itu dengan hanya melihat pada luaran sahaja kerana mungkin apa-apa yang dilihat tidak sama dengan sikapnya yang sebenar. 2. Orang tidak akan dapat mengenal diri kita jika sekiranya kita sendiri tidak kenal siapa diri kita
Tajuk Aktiviti : Aku Hebat ( Permainan Kotak / Bola Beracun ) Tujuan / Objektif : 1. Memberi keyakinan kepada peserta berhadapan dengan rakan-rakan 2. Menghilangkan rasa malu 3. Membolehkan peserta berfikir secara kritikal menyelesaikan sesuatu masalah dalam masa yang singkat. 4. Menerapkan nilai-nilai murni dalam diri peserta Masa : 30 minit Tempat : Kelas Alatan/ bahan : Bola dan muzik Langkah pelaksanaan: 1. Salah seorang peserta memegang bola. Sebaik sahaja muzik dimainkan, peserta tersebut perlu memberikan bola tersebut kepada peserta di sebelahnya dan diteruskan sehingga muzik berhenti. 2. Peserta yang memegang bola akan diajukan soalan oleh guru.. 3. Peserta perlu membuat tugasan yang diberi dalam kertas undian yang diperolehinya.- Soalan-soalan bola beracun 1. Nyatakan 3 lagu rasmi semasa perhimpunan sekolah. 2. Berikan nama 3 orang rakan di dalam kelas anda. 3. Anda diminta menari tarian bersama 1 orang rakan pilihan anda. 4. Lakonkan watak tarzan memanggil penjual aiskrim untuk membeli aiskrim. 5. Siapakah kawan rapat anda di dalam kelas.? Berikan sebab kenapa kamu suka berkawandengan dia. 6. Anda diminta lakonkan watak orang bisu mengamuk disebabkan makanannya telah dicuri. 7. Lagu apa yang paling kamu suka. Nyanyikan lagu tersebut di hadapan rakan-rakan kamu. 8. Matapelajaran apa yang menarik minta anda didalam kelas. Apa yang membuatkan kelas subjek itu seronok di mata awak. 9. Nyatakan nama setiap guru yang mengajar anda didalam kelas berserta subjek.
10. Nyatakan 3 nama guru yang anda suka. Dan berikan sebab kenapa kamu suka cikgu itu. 11. Anda dikehendaki mencium buku teks RBT sambil mengungkap kata-kata berikut dengan penuh perasaan “ I Love Youuuu, I Miss Youu…Muah.. 12. Nyatakan 3 topik yang anda ingat dalam RBT. 13. Anda dikehendaki meniup satu belon sehingga pecah. 14. Pilih seorang kawan anda dan minta dia melakonkan watak seorang pelajar sedang menangiskerana dibuli oleh kawannya di sekolah. 15. Nyatakan 7 elemen yang terdapat dalam reka bentuk teknologi.
HARI / TARIKH : RABU ( 22 MAC 2023 ) Tajuk Aktiviti : Harapanku Tujuan / Objektif : 1. Memupuk hubungan mesra antara murid, guru dan ibubapa. 2. Pernyataan hasrat dan azam antara murid, guru dan ibubapa. Masa : 50 minit Tempat : Kelas Alatan/ bahan : Lembaran surat dan pen/pensel Langkah pelaksanaan: 1. Murid sumbangsaran tujuan hadir ke sekolah. Guru memberikan sokongan dan dorongan. 2. Setiap murid diberikan lembaran surat. Murid diminta menulis surat kepada guru bagi menyatakan hasrat dan harapan mereka apabila hadir ke sekolah. 3. Guru turut menulis harapan terhadap murid dalam sepucuk surat.. 4. Guru dan murid membacakan surat yang sudah ditulis. 5. Murid diminta membawa balik lembaran surat untuk ibu bapa menulis harapan mereka. 6. Guru membuat refleksi.
Tajuk Aktiviti : Bulatan Kertas Tujuan / Objektif : 1. Mewujudkan suasana ceria di dalam kelas 2. Mengeratkan hubungan sesama murid Masa : 45 minit Tempat : Kelas Saiz kumpulan : 6 atau lebih Alatan/ bahan : Kertas A4 Langkah pelaksanaan: 1. Guru menjelaskan tatacara aktiviti. 2. Setiap kumpulan diedarkan sekeping kertas A4. 3. Murid perlu mengoyak/ menggunting kertas tersebut menjadi satu bulatan besar bersambung tanpa putus yang membolehkan ahli kumpulan mereka berada dalam bulatan kertas tersebut. 4. Guru membuat refleksi. Tajuk Aktiviti : Belalang Belatuk Tujuan / Objektif : 1. Mewujudkan suasana ceria di dalam kelas 2. Mengeratkan hubungan sesama murid Masa : 25 minit Tempat : Kelas Langkah pelaksanaan: : 1. Guru menjelaskan tatacara aktiviti. 2. Sebutan belalang atau belatuk terpulang kepada guru sendiri. 3. Apabila guru menyebut belalang murid berdiri dan apabila guru menyebut belatuk murid perlu duduk 4. Murid yang tidak dapat mengikut arahan dengan betul akan terkeluar dari permainan.
HARI/ TARIKH : KHAMIS 23 MAC 2023 Tajuk Aktiviti : Sinaran Bakat Tujuan / Objektif : 1. Memupuk semangat berani dan yakin diri 2. Memupuk sikap bekerjasama dan persefahaman antara murid. 3. Meningkatkan keyakinan diri murid dalam mempamerkan bakat diri masing-masing Masa : 40 minit Tempat : Kelas Saiz Kumpulan : 5 atau lebih / secara kelompok / individu Alatan / Bahan : Terpulang kepada kreativiti guru Langkah pelaksanaan : 1. Murid membuat latihan persembahan bersama ibubapa di rumah 2. Guru Kelas boleh menyediakan apa sahaja bentuk bahan yang boleh dijadikan rujukan untuk persembahan murid. Contoh sajak, syair, pantun, nyanyian dll 3. Guru memberi penerangan aktiviti kepada murid 4. Murid membuat persembahan di hadapan rakan dan guru 5. Murid membuat persembahan secara kumpulan atau individu. 6. Guru memberi pujian kepada murid 7. Guru membuat refleksi. Falsafah : • Pemikiran yang positif melahirkan tingkah laku yang positif. • Berfikir sejenak adalah permulaan yang baik untuk bertindak. • Pembangunan bakat murid.