The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PEDANG TANPA BILAH (5)_compressed

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NUR AIN SYAHIRAH BINTI RAZMI IPG-Pelajar, 2025-02-25 21:06:00

PEDANG TANPA BILAH

PEDANG TANPA BILAH (5)_compressed

Cetakan pertama 2025 Hak Cipta Terpelihara Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi dan isi kandungan dalam buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apapun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman dan cara lain sebelum mendapatkan keizinan daripada penerbit ISBN: 978-967-5580-XX-X Terbitan: Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur Jalan Yaacob Latif, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.


PENGHARGAAN Setiap langkah dalam perjalanan ini tidak akan bermakna tanpa kehadiran insan-insan istimewa yang sentiasa menyokong dan menginspirasi saya. Buat ibunda dan keluarga tercinta, terima kasih atas kasih sayang yang tiada batas, doa yang tidak pernah putus, dan dorongan yang sentiasa menguatkan. Kalian adalah nadi kepada setiap kejayaan saya. Setinggi-tinggi penghargaan buat Puan Norani binti Abd Rahim, pensyarah yang bukan sahaja membimbing dengan ilmu, tetapi juga dengan keikhlasan dan kesabaran. Kata-kata dan tunjuk ajar beliau menjadi suluh yang menerangi perjalanan saya dalam menyiapkan karya ini. Buat sahabat-sahabat yang sentiasa ada, terima kasih kerana menjadi penyokong setia, penyuntik semangat, dan penguat jiwa. Kalian bukan sekadar rakan, tetapi keluarga yang saya pilih. Karya ini terhasil kerana adanya kalian. Semoga ia menjadi tanda penghargaan dan ingatan abadi buat semua.


D i s e b u a h n e g e r i y a n g m a k m u r , R a j a H a r u n A l - R a s y i d m e m e r i n t a h d e n g a n b i j a k s a n a . N a m u n , u s i a n y a k i a n l a n j u t , d a n b a g i n d a m a s i h m e n c a r i p e w a r i s y a n g b e n a r - b e n a r l a y a k . S i a p a k a h y a n g a k a n m e w a r i s i t a k h t a ? R a h s i a n y a a d a d i s i n i . T e r u s k a n m e m b a c a !


D a l a m s e b u a h n e g e r i a d a s e o r a n g r a j a y a n g s a n g a t t e r k e n a l a k a n k e a r i f a n n y a . N a m a n y a R a j a H a r u n A l - R a s y i d .


N e g e r i n y a a m a n d a n m a k m u r . M e r e k a h i d u p p e n u h m u a f a k a t . B e g i t u l a h t e n t e r a m n y a k e h i d u p a n r a k y a t n e g e r i i t u . A d a M e l a y u , C i n a , I n d i a d a n b e r b a g a i - b a g a i l a g i . M e r e k a h i d u p b e r s a t u p a d u . I t u l a h P e r p a d u a n K a u m n a m a n y a . B a g i n d a j u g a s a n g a t s a y a n g a k a n r a k y a t n y a .


Baginda sudah tua, siapalah yang akan menggantikan beta ?


Hati baginda gundah, siapa yang layak menjadi raja kelak? Menung punya menung, fikir punya fikir baginda mendapat satu idea. Baginda ingin mencari pewaris yang bukan sahaja gagah perkasa tetapi juga jujur.


Satu titah pun dikeluarkan untuk mendapatkan keputusan yang adil dan saksama. Semua pemuda berusia 15 tahun dipanggil ke istana. Baginda memberi setiap seorang sebilah pedang kononnya ditempa daripada besi sakti.


Baginda berjanji mana-mana pemuda yang dapat menggunakan pedang ini untuk membuktikan keberanian mereka, maka dia akan dijadikan putera angkat baginda.


Haa.... Janji perlu dikota ya kawan kawan......


Maka bertebaranlah pemuda itu berlatih. Namun, di celah mereka, ada seorang pemuda bernama Shahzan. Dia bukanlah yang terkuat atau yang terpantas, tetapi dia memiliki hati yang luhur. Dia berlatih dengan penuh dedikasi, memastikan setiap ayunan pedangnya penuh disiplin.


Hari demi hari berlalu, sesuatu yang pelik berlaku iaitu pedangnya tidak mampu memotong walau sehelai rumput.


Sedangkan Shahzan terus berusaha dengan kejujurannya, ramai pemuda lain mula mencari jalan singkat. Mereka yang tamak dan mahu menang mula mengasah pedang mereka agar lebih tajam. Ada yang menukar pedang mereka dengan pedang sebenar, berharap dapat membuktikan kehebatan mereka di hadapan raja. "Kita tidak boleh kalah! Jika pedang ini tidak tajam, kita tukarkan saja!" bisik beberapa orang pemuda dalam diam. Mereka tidak tahu bahawa raja sudah merancang sesuatu untuk menguji kejujuran mereka.


Dahan rapuh jatuh ke bumi, Jatuh menimpa bunga cendana, Tamat tempoh sepurnama diberi, Datang berkumpul dalam istana. Sesi Pantun !


Manisan dibubuh dalam belanga, Belanga di bawa masuk istana, Pedang yang datang sudah ditempa, Tapi baginda gundah gulana.


Hari yang dinanti pun sudah tiba. Semua pemuda membawa pedang masing-masing ke istana. Seorang demi seorang menunjukkan kehebatan mereka. Ada yang berjaya membelah kayu, ada yang dapat memotong kain dengan pantas.


Shahzan hanya mampu memgang pedang yang bersih tanpa kesan calar sedikit pun. Terdengar bisikan dan gelak ketawa daripada hadirin. “Apa guna bertanding kalau tidak mampu bertarung?” kata seorang pemuda lain. Shahzan tunduk malu tetapi tetap berdiri dengan tenang.


Akhirnya, tibalah giliran Shahzan. Raja menatapnya dengan penuh minat. “Mengapa pedangmu masih bersih?” tanya baginda. Dengan penuh hormat, Shahzan menjawab, “Patik telah mencuba sedaya upaya, tetapi pedang ini tidak berkesan.” Sunyi seketika suasana. Semua mata tertumpu kepada raja yang tiba-tiba tersenyum.


Raja berhati-hati mendengar keterangan Shahzan sambil tersenyum. Kalau haiwan dipegang pada talinya , manusia pula dipegang pada janjinya. Kemudian baginda memegang tangan Shahzan sambil membuat pengumuman.


Sesi Pantun ! Jendela terbuka nampak kejora, Kejora berkelip diwaktu senja, Baginda murka tukar gembira, Shahzan yang jujur penganti raja…


Semua yang berada di istana terperanjat mendengar pengumuman baginda itu. Mereka semua tidak berpuas hati kerana Shahzan yang tidak mampu memotong sehelai rumput itu pun Kawan-kawan nak dipilih menjadi putera angkat baginda. dengar cerita selanjutnya?


Baginda terus bertitah bahawa “Setiap pedang yang beta berikan telah ditempa dari kayu berlapiskan perak. Ia tidak mungkin mampu memotong apa-apa. Beta hanya mahu menguji kejujuran. Namun, ramai di antara kamu yang memilih untuk menipu dengan mengasah atau menukarkan pedang kamu.”


Mereka semua tunduk malu dengan perbuatan mereka yang sia-sia itu.... bak kata pepatah bagai kambing menanduk bukit. bagai kambing menanduk bukit - kerja yang sia-sia yang merugikan diri sendiri Sudut Seni Bahasa


Oleh itu kawan-kawan, Kita mesti bersifat jujur dan amanah dalam melakukan segala perbuatan. Kalau jadi pemimpin biarlah jadilah pemimpin yang adil serta cerdik pandai. Ingat, jangan mementingkan diri sendiri! Pinggan bujur licin dicanai, Dihias pula untuk santapan, Bersikap jujur perlu disemai, Amalan mulia transformasi kehidupan


P E D A N G T A N P A B I L A H R a j a H a r u n A l - R a s y i d s e m a k i n u z u r . N a m u n , s i a p a k a h y a n g b a k a l m e n g g a n t i k a n t a k h t a n y a ? P a r a p e m u d a t e r b a i k n e g e r i d i p a n g g i l u n t u k d i u j i d e n g a n s e b i l a h p e d a n g p u s a k a — s e n j a t a y a n g d i k a t a k a n m e n e n t u k a n p e w a r i s s e b e n a r . T e t a p i a d a s e s u a t u y a n g a n e h … P e d a n g i t u t i d a k s e p e r t i y a n g d i s a n g k a . A p a s e b e n a r n y a r a h s i a d i s e b a l i k k e p u t u s a n s a n g r a j a ? D a n s i a p a k a h y a n g b e n a r - b e n a r l a y a k m e n j a d i p e n g g a n t i n y a ? S e b u a h k i s a h p e n u h t e k a - t e k i , k e j u j u r a n , d a n k e b i j a k s a n a a n d a l a m s a t u c e r i t a .


Click to View FlipBook Version