The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Kesavani Krishnan, 2023-11-07 09:49:11

etika dan peradaban

etika dan peradaban

DI MALAYSIA SUKU KAUM NAMA AHLI KUMPULAN : KOH ER CHEN SHERAND NAIR PUTRI NABILA NUR FATIN NABILAH KESAVANI LOGATHARSINEE


Baba dan Nyonya atau Peranakan Cina adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina di dalam kumpulan etnik yang dinamakan Peranakan yang terdapat di Semenanjung Tanah Melayu, tertumpu di Negeri-negeri Selat, khususnya di negeri Melaka, Pulau Pinang di Malaysia dan Republik Singapura. Mereka juga dapat ditemukan di negara Gajah Putih (Thailand) khususnya di Tanjung Salang (Phuket) dan Rundung (Ranong) .Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, [4] dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina dan Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian dan Islam yang amat popular di kalangan remaja. BABA NYONYA


Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai. Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.[5] Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho, seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber memberi tuntutan bahawa Peranakan adalah kahwin campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin akan lari daripada factor pengikut-pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruahan telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina. Sejak beberapa kurun, Peranakan telah mewujudkan satu budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan Nyonya. L A T A R B E L A K A N G


PENEMPATAN KHUSUS Baba nyonya terdapat di semenanjung Malaysia, tertumpu di negeri-negeri Selat, Khususnya di negeri melaka. Melaka adalah salah satu pusat utama budaya Baba Nyonya. Seterusnya, di Pulau Pinang terutama di daerah Georgetown. Mereka juga boleh ditemukan di Singapura dan Thailand khususnya di Phuket dan Ranong.


MMAAKKAANNAANN BBAABBAANNYYOONNYYAA Makanan Baba dan Nyonya atau dikenali juga sebagai Peranakan sangat terkenal di Malaysia khususnya di negeri Melaka kerana keunikan masakan mereka yang mempunyai gabungan budaya Cina dan Melayu. Ketahui beberapa makanan tradisi gabungan budaya tersebut yang digemari ramai sehingga hari ini seperti berikut: 1. Laksa Nyonya Laksa Nyonya adalah hidangan Peranakan paling unik kerana cara masakan berlainan iaitu penggunaan air rebusan ayam direneh bersama daun kesum dan bunga kantan bukan seperti laksa biasa yang dimasak menggunakan ikan. Mee gandum tebal atau bihun digunakan dan dihidangkan bersama hirisan ayam, udang, sayur, taufu kering, kacang panjang dan sambal tumis sebagai penambah rasa pedas laksa.


2. Kuih Ang Ku Kuih Ang Ku atau ‘Red Tortoise Cake’ adalah sejenis kuih tradisional kaum Cina popular yang diwarisi secara turun-temurun oleh kaum Baba dan Nyonya. Kuih ini agak melekit dan manis kerana ia diperbuat daripada tepung pulut berinti kacang merah, kacang hijau, kelapa dan lain-lain berdasarkan cita rasa mereka. Bentuk kuih Ang Ku seperti kura-kura dipercayai memanjangkan usia bagi sesiapa yang memakannya dan tradisi ini dikekalkan sehingga kini terutamanya dalam majlis-majlis penting. 3. Nasi Kunyit Nasi kunyit adalah hidangan khas milik Baba dan Nyonya yang dimasak daripada beras pulut dengan santan dan kunyit. Hidangan tradisional ini juga dikenali sebagai nasi pulut kuning atau nasi kuning yang dihidangkan bersama kari ayam, rendang atau bersama telur rebus merah ketika perayaan bulan pertama untuk bayi yang baru dilahirkan. 4. Acar Ikan Nyonya Acar ikan nyonya atau ‘Acar Hu’ adalah sejenis hidangan sampingan yang dibuat daripada sayur-sayuran dan ikan sebagai bahan utama. Ia disediakan dalam kuantiti yang banyak dengan menggunakan botol kaca agar acar ini boleh disimpan lama. Ramai mengemari makanan ini kerana ia mempunyai rasa masam, manis dan pedas yang membangkitkan selera seseorang. Acar ikan boleh dimakan bersama nasi putih atau nasi lemak bagi meningkatkan selera anda.


Pakaian Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang. Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut manek berasal dari Eropah, tetapi lama-kelamaan banyak diperoleh dari Jepun. Rekaan kasut manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh tembikar Peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan diberi rekaan moden dan ditambah tumit. Suku Peranakan di Indonesia ada baju kebaya tersendiri, terutamanya 'kebaya encim', serta mengembangkan corak batik tersendiri yang bermotifkan Cina. PAKAIAN


TARIAN BAKUL SIA ADALAH TARIAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT BABA NYONYA YANG MENGGUNAKAN BAKUL JENIS INI SEBAGAI PROP, DIPEGANG OLEH PARA PENARI PEREMPUAN YANG DIPANGGIL NYONYA DALAM KUMPULAN ENAM HINGGA LAPAN ORANG. BAKUL SIA DIPERBUAT DARIPADA BULUH LEMBUT YANG DIBALUT DENGAN KERTAS TEBAL. HIASANNYA BIASANYA LUKISAN BERMOTIFKAN BUNGA BERLATARKAN BUDAYA MASYARAKAT CINA ATAU BABA NYONYA. BAKUL INI ADALAH BEKAS UNTUK MENGISI MAKANAN, JUGA TURUT DIGUNAKAN SEBAGAI BEKAS UNTUK HANTARAN PERKAHWINAN. MUZIK TARIAN INI BERIRAMA KERONCONGAN SESUAI DENGAN GERAK TARIANNYA YANG MEMAPARKAN KELEMBUTAN DAN KESOPANAN KAUM WANITA BABA NYONYA. BUDAYA TRADISIONAL


BAHASA/ISTILAH HARIAN Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di Malaysia, khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka, bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka dalam beberapa aspek. Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu, merupakan satu bahasa yang berasingan. Antara perbezaan ini adalah: Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina, umpamanya lai untuk 'datang' , dan banyak lagi kecenderungan ke arah sintaksis Hokkien, khususnya bagi idea-idea yang abstrak, yang tidak difahami oleh orang-orang Melayu. Orang-orang Baba tidak tahu akan kebanyakan perkataan dan sintaksis bahasa Melayu. Bahasa Baba telah mengubah kebanyakan sebutan bahasa Melayu, termasuk juga sebutan bahasa Hokkien. Orang-orang Baba menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, berbanding peribahasa Melayu. Bentuk ayat bahasa Baba berbeza daripada bahasa basahan orang Melayu. Umpamanya, "Ibu bapanya sedang makan di meja" disebut "Dia punya mak-bapa ada dudok makan do sblah punya mejah". Selain itu, mereka menggunakan kata ganti 'ini' dan 'itu' mendahului kata nama, iaitu berbeza dengan bahasa Melayu. Orang-orang Baba tidak tahu tentang perkataan-perkataan yang berhubung dengan agama Islam.


Click to View FlipBook Version