The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by pssskkdba9006, 2021-08-20 12:38:46

WISATA ADIK

WISATA ADIK

WISATA ADIK
LYZA ALI

Lyza Ali

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan
mengeluar ulang mana-mana bahagian teks,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa

jua bentuk tanpa keizinan penulis.

Hari ini adik bangun
awal dan

bergegas mencapai
tuala untuk mandi.

Ayah, ibu dan
kakak sedang
bersiap-siap. Adik

tidak mahu
ketinggalan.

Mereka sekeluarga akan
bercuti di Johor Bahru.

Selepas bersarapan,
mereka sekeluarga
memulakan perjalanan.

Adik dan kakak berasa
sungguh gembira dan

teruja.

Selepas enam jam
perjalanan, mereka tiba

ke destinasi.

JOHOR BAHRU

Ayah membawa mereka
ke sebuah hotel yang
telah ditempah sehari
lebih awal.

"Wah! Besarnya bilik ini,"
kata adik teruja sambil
melompat di atas katil.

Adik, jangan
melompat.
Nanti jatuh.

Keesokan harinya, mereka
pergi ke Taman Tema

Lego. Adik berasa sungguh
seronok.

Adik dan kakak mencuba
pelbagai jenis permainan

yang terdapat di situ.

Selepas itu, ayah bawa
mereka sekeluarga ke

Zoo Johor.

Terdapat pelbagai jenis
haiwan di zoo tersebut.
Ada gajah, buaya, zirafah,
harimau, singa dan lain-

lain.

"Aduh! Sakitnya lutut
adik," jerit adik dengan

tiba-tiba.

Rupa-rupanya kaki adik
tersadung batu sewaktu
sedang leka melihat anak

gajah yang comel.

Kasihan, adik. Mari
ibu letakkan ubat.

Mujur ibu bawa
minyak gamat.

"Terima kasih, ibu. Adik
janji akan lebih berhati-

hati," ujar adik pula.

Sebelum pulang ke hotel,
ayah membawa mereka
semua ke Bazar Karat di

Bandar Johor Bahru.

Mereka menikmati makan
malam yang enak di sana.
Kemudian, mereka pulang

ke hotel untuk berehat.

Adik berasa sungguh
gembira kerana dapat

meluangkan masa
bersama keluarga pada

hari ini.


Click to View FlipBook Version