PENGHAYATAN ETIKA DAN PERABAN
MPU21032
SESI: 2: 2021/2022
DKM5A
TAJUK E-FOLIO: ETNIK DI
MALAYSIA
NAMA NOMBOR MATRIKS
MOHAMMAD EIMAN 20DKM19F2008
DZULHAQIM BIN ALI
20DKM19F2013
CELESTINE AK SUMBI
LECTURER NAME: ENCIK MOHD NORFAEEZWAN
BIN BUANG
ISI KANDUNGAN 1
2
PENGHARGAAN 3
PENGENALAN 6
LATAR BELAKANG SEJARAH KEMUNCULAN 7
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 9
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS
KEMERDEKAAN HINGGA KINI 14
ETNIK YANG TERDAPAT DI SARAWAK DAN SABAH
KAUM MELANAU 19
PENGENALAN KAUM MELANAU
ADAT KAUM MELANAU 25
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
BAHASA MELANAU
KAUM KENYAH
PENGENALAN KAUM KENYAH
ADAT KAUM KENYAH
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
BAHASA KENYAH
KAUM IBAN
PENGENALAN KAUM IBAN
ADAT KAUM IBAN
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
BAHASA IBAN
KESIMPULAN
PENGHARGAAN
Selamat sejahtera dan bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah
rahmatnya dapat kami menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh
jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Mohd Norfaeezwan
Bin Buang, Pensyarah subjek Penghayatan Etika Dan Peradaban (MPU21032), di
atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga banyak
membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Selain itu,
Tidak lupa juga penghargaan buat ibu bapa kami yang memberi sokongan dan
dorongan dari segi fizikal dan mental sepanjang penghasilan tugasan ini. Akhir kata,
kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses
merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai
sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sikap kerjasama yang di tunjukkan oleh
rakan-rakan teryata membuahkan hasil dengan kejayaan kami menyiapkan tugasan
yang diberi ini. Tanpa bantuan dari semua pihak, tidak mungkin kami dapat
menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna.
1
PENGENALAN
Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa,kaum dan etnik dari Perlis
hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula
kepelbagaian budaya, bahasa,agama dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia
seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang
berlaku terhadap perubahan struktur politiknya.Sebelum abad ke-18 dan ke-19,
masyarakat Malaysia tidak begini coraknya.Sebaliknya boleh dikatakan bahawa,
semenanjung Tahan Melayu ketika itu didiami oleh orang Melayu dan Orang Asli
bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain.Tetapi kini coraknya telah berubah
dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk.
J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat
majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma.Menurut Furnivall
(1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai
kebudayaan,agama,bahasa dan adat resam yang tersendiri.Walaupun pelbagai kaum
berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah
berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan
hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian
tugasan dilakukan atas garis-garis ras.
Idea Furnivall mengenai masyarakat majmuk telah banyak dibincangkan oleh
tokoh-tokoh sosiologi yang terkemudian.M.G. Smith merupakan salah seorang
yang telah memberikan satu analisis yang panjang lebar mengenai konsep ini.M.G.
Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai
pelbagai budaya,perpecahan sosial dan perselisihan. Dari segi politik
pula,masyarakat majmuk dikuasai oleh satu kelompok minoriti yang mempunyai
kebudayaan yang tersendiri.Smith juga berpendapat bahawa masyarakat wujud atas
dasar konflik dan paksaan, bukannya atas dasar nilai bersama.Selain daripada
Furnivall dan Smith, P.L. Van Den Berghe juga memberikan sumbangan terhadap
perbincangan mengenai konsep masyarakat majmuk.Beliau membezakan
kemajmukkan sosial iaitu masyarakat dipecahkan kepada kelompok korporat dan
bukannya budaya daripada kemajmukkan budaya iaitu wujud daripada beberapa
kelompok etnik.
2
LATAR BELAKANG SEJARAH KEMUNCULAN
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA
Tanah Melayu yang merupakan sebuah tempat tumpuan pengembaraan,
pelayaran dan pusat perdagangan tentunya pernah menjadi satu tempat persingahan
dan penempatan bagi orang-orang daripada pelbagai kebudayaan dan asal usul.
Justeru konsep percampuran populasi bukanlah merupakan satu fenomena baru dan
asing di Malaysia. Kebanyakkan ahli sejarah dan antropologi social bersetuju
bahawa struktur susunan ras etnik dan corak penempatan penduduk masa kini telah
ditentukan pada zaman perkembangan colonial dan eksploitasi orang British di
semenanjung Malaysia.
Dalam tahun1786 hingga 1914 merupakan zaman paling penting dalam
menentukan pola-pola etnik, ekonomi dan politik masa kini di Semenanjung
Malaysia.
Aspek demografi merupakan perkara yang penting dalam mencorakkan kemajuan
masyarakat Malaysia. Aspek demografi tidak hanya memperlihatkan betapa
uniknya masyarakat Malaysia dari segi komposisi etnik tetapi turut mewarnai wajah
sosiobudaya, demografi politik dan proses politik di Malaysia.
Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu bermula apabila Francis Light
menduduki Pulau Pinang pada Ogos 1786, menyebabkan kemasukkan migran
secara besar-besaran daripada luar. Dalam jangka masa yang panjang semasa
pemerintahan colonial British di Malaysia iaitu selama lebih satu ratus lima puluh
tahun bermula 1786 hingga 1957. Antara tahun itu, Malaysia telah diduduki oleh
Jepun semasa pernag dunia kedua. Walau bagaimanapun, jangka masa singkat itu
dianggap tidak mempunyai signifikan yang besar kepada komposisi dan mobility
penduduk. Masyarakat homogenis Melayu Tnah Melayu telah mengalami
transformasi kepada masyarakat heterogenios Malaysia yang mengandungi etnik-
etnik Melayu, Cina, India sebagai komponen utamanya.
Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina
daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan
kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke
Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa
cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama
di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe
(1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa
bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan
kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu.
3
Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya
proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang
semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah
corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu.
Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu
masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini
membawa kepelbagaian atau kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan
mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar.
Migran kedua terbesar selepas China adalah kelompok daripada India.
Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan
Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan
penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan
kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain
termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau
Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah
setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu.
Selain migran daripada negara China dan India, Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak juga menjadi tumpuan daripada masyarakat luar seperti dari Indonesia dan
Ceylon. Namun, bilangan mereka jauh lebih rendah berbanding dengan buruh
daripada China dan India. Kebanyakan pendatang Indonesia berasal daripada Jawa,
Kalimantan (Banjarmasin), Celebes, Timor dan Sulawesi serta beberapa bahagain
kepulauan yang berhampiran dengan Selat Melaka.. Pendatang daripada Indonesia
juga berbilang suku kaum dan etnik antaranya orang Jawa, Bugis, Minang dan
Banjar. Menurut S.N. Arseculeratne (1991:8), pendatang dari Ceylon
kebanyakannya terdiri daripada kaum Sinhalese. Mereka datang dari kawasan
pantai selatan negara tersebut. Mereka datang dengan jumlah yang agak ramai
selepas abad ke-19 berterusan hingga abad ke-20. Kedatangan berterusan ini
disebabkan penjajahan British di Ceylon. Faktor ekomoni adalah bukan faktor
utama penghijrahan mereka, sebaliknya mereka ingin mencari rezeki yang lebih
berbanding apa yang mereka dapat di negara asal mereka (S.N.
Arseculeratne,1991:10).
4
Setelah kemasukan migran daripada luar, bermulalah proses pembentukan
masyarakat majmuk yang berbilang kaum seperti sekarang. Proses pembentukan
masyarakat pada mulanya sukar kerana berbeza fahaman, amalan, ras dan etnik
serta kehidupan seharian. Banyak konflik yang berlaku dalam proses pembentukan
ini seperti peristiwa 13 mei 1969. Apabila konflik berlaku dalam masyarakat
majmuk, konflik berkenaan mengikut garisan pemisah ras, bukan garisan kelas.
Pengambilan pekerja buruh daripada luar di buat secara tetap sudah pasti akan
menimbulkan masalah sosio-ekonomi dan politik yang lebih membimbangkan dan
bagi mengelak pembentukan masyarakat majmuk pelbagai etnik atau heterogeneous
seperti mana yang cuba dielak oleh negara-negara Eropah Barat dan Telok (Weiner,
1990:143).
Setelah kemasukan migran dari luar akhirnya lahirnya kelompok dari
keturunan Cina dan India yang berasimilasi dengan budaya tempatan seperti
kelompok Baba-Nyonya yang berketurunan Cina dan kelompok Chitty yang
berketurunan India. Asimilasi bangsa juga turut berlaku apabila perkahwinan antara
orang asing dengan penduduk tempatan, maka wujud beberapa sub-kategori
penduduk berdarah campuran seperti kelompok Peranakan, kelompok Syed dan
lain-lain. Kini kebanyakan penduduk Malaysia mempunyai darah kacukan Melayu-
Arab, Melayu-India, Melayu-Cina dan lain-lain
5
KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK
SELEPAS KEMERDEKAAN HINGGA KINI
Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu
merupakan suku terbesar di Malaysia Barat. Manakala, kaum Iban dan Kadazan-
Dusun merupakan kaum terbesar di Malaysia Timur. Dari segi perlembagaan, orang
Melayu ialah orang yang berbudaya Melayu, bertutur dalam Bahasa Melayu dan
beragama Islam. Dalam kontek Malaysia, istilah bumiputera sering digunakan.
Kaum Bumiputera dianggap sebagai kaum asal Malaysia.
Selepas merdeka, wujud kerjasama erat di kalangan etnik di Malaysia.
Kerjasama erat juga wujud sebelum dan selepas penubuhan Malaysia. Ancaman-
ancaman luar seperti konfrontasi Indonesia telah mengeratkan perpaduan kaum di
Malaysia. Hubungan yang baik antara etnik mengundang kepada usaha nasional
untuk merapatkan hubungan etnik sedia ada dari masa ke semasa. Beberapa dasar
digubal oleh kerajaan telah banyak memberikan implikasi positif kepada perpaduan
etnik di negara ini sehingga kini. Penglibatan semua kaum dalam perancangan
negara secara tidak langsung membentuk keharmonian sehingga kini. Dari segi
politik, orang Melayu diwakili oleh Parti Umno, orang Cina diwakili oleh MCA
dan orang india diwakili oleh MIC. Perpaduan etnik telah membentuk Parti
Perikatan dan akhirnya parti perikatan ini telah berjaya dalam pilihanraya untuk
membentuk kerajaan sendiri. Beberapa dasar digubal oleh kerajaan untuk
merapatkan hubungan etnik seperti berikut.Dan kini populasi Malaysia berjumlah
28.3 juta pada tahu 2010 berbanding 23.3 juta pada tahun 2000. Ini menunjukkan
purata pertumbuhan penduduk tahunan ialah sebanyak 2% dalam tempoh 2000-
2010 910 tahun). Kadar ini agak rendah jika dibandingkan dengan pertumbuhan
pada tempoh 1991 – 2000 iaitu 2.6%.
6
ETNIK YANG TERDAPAT DI SARAWAK DAN
SABAH
SARAWAK
Sarawak mempunyai bilangan penduduk pelbagai etnik yang paling banyak
antara negeri di Malaysia, iaitu seramai 2.07 juta orang. Sebagai ibu
negeri, Kuching merupakan rumah kepada 458,300 orang. Hal ini menyebabkan ia
menjadi bandar yang mempunyai penduduk yang terbanyak di Sarawak dan
mendapat kedudukan yang ketujuh di Malaysia.
Sarawak mempunyai 27 etnik besar buat setakat ini yang
dikemukakan. Kesemua kumpulan etnik ini mempunyai bahasa, kebudayaan, dan
cara kehidupan yang tersendiri. Etnik di Sarawak terbahagi mengikut kawasan
penempatan seperti persisiran pantai, lembah sungai, daerah pendalaman, dan
kawasan tanah tinggi. Kawasan yang paling padat dengan penduduk adalah di
dataran pantai, lembah sungai di bahagian barat Kuching, dan kawasan antara
Sungai Kayan dengan Sungai Mukah.
Corak penempatan dan taburan penduduk yang berselerak di Sarawak
menyebabkan mereka tidak banyak berhubung dengan orang luar. Keadaan ini
mendorong setiap kelompok etnik membentuk identiti kebudayaan masing-masing
mengikut persekitarannya.
CONTOH KUMPULAN ETNIK DI SARAWAK:
Iban Lahanan Lisum
Melayu Sekapan Longkiput/
Tering Kejaman Bangsa Kiput
Bidayuh Baketan Murut
Melanau Ukit Miriek
Kayan Sihan Dalik/Dali
Kenyah Tagal Salako
Lun Bawang Tabun Bugis
Penan Saban
Punan
Kelabit
Kedayan
Bisaya
Berawan
7
SABAH
Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar
belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali
sebagai Bumiputera atau Pribumi, terdiri daripada sekurang-kurangnya 35
kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90
dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk
asli di Sabah Borneo
Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli
yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka
merupakan kumpulan keempat yang terbesar selepas kaum Kadazandusun,
Bajausama dan Murut.
Manakala, terdapat juga suku kaum bukan-peribumi Sabah yang boleh
menikmati faedah Bumiputera. Ini berdasarkan Perkara 160 dalam Perlembagaan
Persekutuan Malaysia Oleh sebab yang demikian, penduduk dari Semenanjung
Malaysia, Sarawak adalah dalam lingkungan takrifan ini, lantas dapat menikmati
faedah Bumiputera Malaysia, walaupun bukan berasal dari kalangan Peribumi
Sabah. Orang yang bukan rakyat asal Malaysia tidak termasuk dalam kumpulan ini.
Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di
Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan,
Tombonuo, Sungai, Sama dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan
bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat
Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu
Baku).
CONTOH KUMPULAN ETNIK DI SABAH
Kadazandusun Lun Bawang Kedayan
Bajau Lundayeh Suluk
Rungus Kedayan Ubian
Tagaas Iban (IbanMeri) Kimaragang
Kadazandusun Binadan Palauh
Brunei Bisaya
Murut Kokos Ida'an
Orang Sungei Rumanau
Lotud Inokang
Iranun
Minokok sonsogon
Bonggi
Tidung Mangkak
Kwijau Bulungan
Rungusĺ Bugis
Paitan
8
KAUM MELANAU
PENGENALAN KAUM MELANAU
Melanau merupakan sebuah bangsa manusia penduduk-penduduk asal iaitu
bangsa asli suku kaum etnik warga-asal tanah Sarawak. Bangsa Melanau juga
merupakan berasal daripada sebuah bangsa Austronesia. Dahulunya, kaum Melanau
juga mempunyai reka bentuk rumah yang unik, iatu rumah yang dibina tinggi.
Namun, masyarakat Melanau pada masa kini telah mengubah cara kehidupan
mereka dengan tinggal di dalam rumah berasingan mengikut peredaran zaman.
Walaupun bahasa Melanau agak berbeza daripada bahasa Iban, Bidayuh dan Penan
tetapi hakikatnya Melanau tergolong dalam ras Austronesia. Perkampungan orang
melanau Kebanyakannya dibina di tepi sungai dan berdekatan dengan pantai.
Bangsa Suku Kaum etnik-ektnik Melanau berkumpul di kawasan persisiran pantai
seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Roban, Kabong, Matu-Daro,
Pulau Bruit, Mukah, GuaNiah, Taman Negara Mulu, Dalat, Oya, dan Bintulu, tetapi
terdapat juga populasi mereka di bandar-bandar lain seperti Kuching, Sibu dan Miri.
9
ADAT KAUM MELANAU Pesta Kaul adalah sambutan
1. Pesta Kaul atau perayaan untuk bangsa-
bangsa melanau di Sarawak,
Pesta Kaul adalah satu terus dan harus-wajib untuk
sambutan yang menunjukkan setiap induvidu-induvidu ber-
bangsa melanau menyambut
jati diri semua suku kaum pesta ini pada setiap tahun.
Melanau di Sarawak . Pesta
Hari untuk pesta kaul tiba
itu adalah simbolik bagi sebagai satu lambang simbolik
penyatuan kaum berkenaan.
jati diri kepada mana-mana
Sarawak mempunyai lebih 50 induvidu ber-bangsa melanau
dan juga bangsa-bangsa asal
bangsa ataupun suku kaum sarawak seperti bangsa-bangsa
dayak laut, iban bidayuh,dan
penduduk asal dan penduduk orang
lain-lain.
asli bangsa sarawak diantara
10
bangsa-bangsa spesies manusia asal
yang telahpun mendiami seluruh
kawasan-kawasan bahagian-
bahagian di-tanah sarawak sejak
berabad-abad lalu sebagaimana
seperti pernah dinyatakan iaitu
penghunian manusia yang paling
awal di Sarawak di Gua Niah
bermula pada 40,000 tahun. Satu siri
seramik Cina bertarikh dari abad ke-
8 hingga ke-13 Masihi telah ditemui
di tapak Arkeologi Gunung
Santubong.
AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Masyarakat Melanau merupakan suku
yang beragama Islam dan Kristian namun
terdapat juga yang mempercayai Tuhan
laut iaitu “Inah ataupun juga dikenali
sebagai Ipok"
11
BAHASA MELANAU Jika dibandingkan dengan
Bahasa Melayu, Bahasa Iban
Seperti bahasa lain di dipersetujui oleh pakar-pakar
Sarawak, Bahasa Melanau
bahasa sebagai lebih erat
merupakan cabang dari hubungannya dengan Bahasa
keluarga besar Bahasa
Austronesia. Akan tetapi, Melayu sedangkan Bahasa
ianya digolongkan sebagai Melanau agak jauh
North Sarawak group dan
secara spesifiknya dikenali perbezaannya. Bahasa
sebagai Melanau-Kajang dari Melanau mempunyai
segi linguistik dan etnologi. tatabahasanya yang tersendiri
dan tidak begitu sukar untuk
Di alam maya laman untuk dipelajari. Sebagai satu
mempelajari bahasa bahasa yang mempunyai
banyak dialek, bahasa
melanau telah diusahakan melanau berkongsi
oleh orang-orang melanau tatabahasa yang serupa. Oleh
dan bukan melanau untuk
memastikan kemandirian itu apa yang perlu
bahasa ini di zaman moden. ditumpukan ialah kosa kata
yang unik untuk dialek itu
Antaranya ialah Learn
Melanau yang sahaja.
memfokuskan bahasa 12
melanau mukah serta
budaya melanau merentasi
dialek-dialek.
13
KAUM KENYAH
Pengenalan kaum Kenyah di Sarawak
Asal usul Masyarakat Kenyah adalah di Dataran Tinggi Usun Apau sejak
sekitar 1400 -1700 Masihi. Kaum Kenyah mula berpecah kepada sub-Kenyah kecil
sekitar 1400-1600 Masihi iaitu bangsa Kenyah Jamok,Kenyah Badeng, Lepo' Tau,
Lepo' Maut, Uma' Bakah, Lebu' Kulit, Kenyah Sambop, dan sebagainya. Di antara
sub-kaum Kenyah yang ketara sekali berubah dari segi bahasanya ialah Kayan dan
Penan. Namunpun begitu, terdapat sedikit persamaannya yang boleh difahami dan
tidak jauh perbezaannya.
Semasa pemerintahan Raja Brooke, Masyarakat Kenyah telah berpecah
kerana menentang penguasaan Rajah Brooke ke bahagian pedalaman Sarawak iaitu
di Dataran Tinggi Usun Apau. Sebahagian Kenyah telah tinggal di kawasan hulu
Baram dan berdamai dengan pemerintahan Rajah Brooke pada ketika itu.
Sementara sebahagian lagi tidak mahu dijajah/diperintah oleh Rajah Brooke. Oleh
itu, mereka telah diserang oleh Rajah Brooke di Tanah Tinggi Usun Apau.
Penentangan mereka terhadap Rajah Brooke tidak mendapat sokongan kaum lain
kerana Rajah Brooke menggunakan orang tempatan untuk menyerang Kaum
Kenyah Usun Apau. Namunpun begitu, Kaum Kenyah dapat mempertahankan
tanah air mereka dan dapat berdamai dengan wakil pemerintah Rajah Brooke di
Marudi. Walaupun mereka telah berdamai dengan kerajaan pada masa itu, mereka
telah diarahkan supaya berpindah lebih dekat dengan pusat bandar Marudi. Oleh
kerana mereka tidak mahu diperintah oleh kerajaan pada masa itu, maka sebahagian
daripada mereka berpakat untuk berpindah ke sempadan Sarawak-Kalimantan(Apo
Kayan). Dari sempadan sekitar selepas konfrontasi Malaysia-Indonesia, mereka
telah berpindah balik ke Malaysia iaitu di kawasan Belaga, Bintulu dan Baram.
Kini, kaum Kenyah tinggal di sepanjang hulu Sungai Baram, Daerah Belaga,
Bintulu dan Kalimantan. Kebudayaan masyarakat Kenyah adalah lebih kurang
sama pada keseluruhannya. Penempatan mereka adalah di lembah sungai sepanjang
hulu batang Baram, Usun Apau, Balui, kawasan Tinjar, dan ulu batang Rajang.
14
Adat kaum Kenyah
1.Perkahwinan
Kebiasaannya adat resam perkahwinan kaum Kenyah pada zaman dahulu
adalah dimulai oleh pihak lelaki iaitu pergi "peteng" (meminang pihak wanita).
Lelaki yang berkenan tersebut akan pergi bersama ibubapanya akan pergi ke rumah
wanita untuk mendapatkan persetujuan daripada ibubapa wanita tersebut. Selalunya
dasar perkahwinan adalah lebih mementingkan pangkat dan kemampuan antara
kedua-dua belah pihak. Sebagai contoh, pihak lelaki tersebut hendaklah dari
keluarga “paren” (yang memiliki kedudukan yang tinggi dalam rumah panjang atau
kawasan) atau tidak memperoleh sekurang-kurangnya satu kepala musuh maka
pinangan selalunya akan ditolak. Sekiranya lelaki tersebut memperoleh satu kepala
musuh, ini menunjukkan dia adalah seorang yang berani dan dapat melindungi
bakal keluarga daripada apa-apa cabaran. Sekiranya perkara tersebut tidak dimiliki
oleh pihak lelaki, lamaran atau pinangan akan ditolak kerana pihak ibubapa wanita
akan merasa malu bermenantukan lelaki tersebut dan boleh berlaku penceraian
setelah berkahwin.
Pada zaman sekarang, adat resam adalah tidak berdasarkan kepada harta atau
kedudukan tetapi berdasarkan kepada pekerjaan yang boleh menyara kehidupan
kedua-dua pengantin. Berkenaan dengan hantaran pula, antaranya seperti “keluma”
(kain sarung untuk perempuan dari wakil pengantin perempuan), “baing puk”
(parang hulunya berhiaskan bulu), “tawek” (gong di mana kedua-dua pengantin
akan duduk di atasnya), dan barang-barang lain yang ditetapkan oleh wakil pihak
perempuan. Pondok kecil akan dibina seperti pelamin dinamakan “uma’ jakok” atau
rumah rokok tradisional orang Kenyah. Pakaian pengantin pula ialah pakaian
tradisional iaitu “ta’a” dan “avet”. Segala upacara perkahwinan pula berlangsung di
rumah pengantin. Menurut adat resam dahulu, wakil pengantin perempuan akan
menjaga pintu utama semasa pengantin lelaki serta wakilnya sampai dan akan
membenarkan mereka masuk sekiranya semua permintaan hantaran adalah
mencukupi untuk “penjaga pintu utama” itu. Ini adalah untuk menguji sama ada
pengantin lelaki benar-benar mahu mengahwini pengantin perempuan. Upacara ini
disambut dengan meriah dan seluruh kampung akan dijemput untuk bermain alat
musik serta “ne’nak’ (seperti syair atau pantun) oleh kedua-dua pihak yang
menunjukkan mereka rasa gembira atas perkahwinan tersebut.
15
Perayaan
Kebiasaannya perayaan kaum Kenyah adalah lebih kepada “tau nugan” (hari
menanam padi dan “tau majau” (hari menuai). Perayaan ini disambut besar-besaran
dengan seluruh kampung merayakannya bagi memuja “ bali pa’dei” (roh padi) agar
memberikan hasil yang baik kepada setiap keluarga. Pelbagai aktiviti dan upacara
dibuat sempena perayaan ini seperti persembahan “”, lawak jenaka, minum “burak”
serta “payuh” iaitu menguji kekuatan mempertahankan diri. Pada pagi keesokan
selepas perayaan ini, seluruh ahli keluarga hingga ke anak cucu akan pergi ke
sawah untuk menanam padi bagi mendapatkan rahmat serta rezeki yang baik agar
tetap berkekalan.
16
Agama dan Kepercayaan Kaum Kenyah
Pada tradisinya masyarakat Kenyah merupakan masyarakat yang percaya kepada
kepercayaan animisme(ADAT APAU LAGAN DAN BUNGAN) di mana mereka
percaya bahawa semua yang ada disisi mereka mempunyai roh yang sendiri.
Masyarakat asli Kenyah amat percaya kepada tanda-tanda alam, di mana setiap
keanehan alam akan memberi makna atau maksud. Kehidupan harian masyarakat
asli Kenyah secara amnya di tentukan oleh kepercayaan tersebut.
Tetapi sejak datangnya mubalih-mubalih Kristian dan menyebar agama Kristian
pada mereka, kepercayaan ini tidak lagi di pegang kerana ianya amat susah diikuti,
banyak pantang larang berbanding agama Kristen. Pada masa sekarang majoriti
masyarakat moden Kenyah kebanyakkan beragama Kristian.
17
Bahasa dan Tulisan
Kaum Kenyah di Sarawak terletak di beberapa lokasi yang juga mempunyai
dialeknya tersendiri dalam berkomunikasi. Keplebagaian dialek ini wujud
disebabkan lokasi tempat tinggal yang berbeza kaum Kenyah ini. Seperti bahasa
yang lain juga orang Kenyah tidak juga dapat menguasai dan memahami kesemua
dialek bahasa Kenyah yang digunakan oleh kaum yang sama. Ini kerana perbezaan
lokasi telah menyebabkan kelainan dalam bahasa kaum ini. Kaum Kenyah di negeri
Sarawak tidak hanya terdiri daripada satu lokasi dan ini menyebabkan timbul
kepelbagaian jenis lagi dalam kaum Kenyah itu sendiri. Contohnya Kenyah Badeng
Koyan, Kenyah Uma Bakah, Kenyah Uma Kulit, Kenyah Sambob, Kenyah Seping
dan banyak lagi. Kaum Kenyah ini bukan hanya terdapat di daerah Belaga sahaja
namun terdapat juga di Miri, Bintulu, Sibu, Kapit dan juga di Kuching. Dalam
penulisan ini kita akan menelusuri kepelbagaian dalam berbahasa dan persamaan
yang ada dalam bahasa Kenyah antara Kenyah yang terdapat di negeri Sarawak.
PERSAMAAN BAHASA
1.Mandi
"Entuk"
a. Kenyah Badeng
b. Kenyah Sambob
PERBEZAAN BAHASA
1. Berubat
a. Kenyah Badeng= Pobat
b. Kenyah Long Dongan= Naban
18
PENGENALAN KAUM IBAN
Kaum Iban merupakan penduduk peribumi dan kaum majoriti di Sarawak
dengan peratusan majoriti yang lebih daripada 30% daripada jumlah peratusan
penduduk di Sarawak. Rata-rata kaum Iban di Sarawak majoriti daripada mereka
adalah penganut agama Kristian.
Sejarah Asal Usul Kaum Iban di Sarawak.
Terdapat banyak kajian mengenai migrasi kaum-kaum di Sarawak terutama
sekali bagi Kaum Iban. Apa yang pasti kebanyakan migrasi kaum-kaum di Sarawak
bertitik tolak daripada adat “Berjalai” iaitu satu proses yang mana ianya dilakukan
bagi mencari peluang yang lebih baik contohnya bagi mencari tanah yang luas dan
hidup di dalam keamanan serta makmur.
Kaum Iban tradisional sebenarnya lebih dikenali sebagai Dayak Laut dan
mereka pada asalnya berasal daripada Kalimantan, Indonesia dan kemudiannya
berpindah ke Sarawak pada masa yang hampir sama dengan kedatangan bangsa
Eropah ke Asia Tenggara. Mereka memasuki Sarawak melalui Batang Air Kapuas,
iaitu jalan masuk paling mudah bagi melintasi sempadan Sarawak-Kalimantan .
Pada asalnya kaum Iban yang dipimpin oleh Singgalang Burung telah
mendiami sepanjang Sungai Kapuas. Manakala kaum iban yang dipimpin oleh Sera
Gunting lebih meminati untuk mendiami Banjaran Tiang Laju di bahagian barat
Pulau Borneo. Walau bagaimanapun Singgalang Burung dikatakan tidak
mengemari kawasan tersebut maka telah diadakan satu persidangan dengan
pengikutnya di Merakai iaitu salah satu anak Sungai Kapuas untuk mengusulkan
perpindahan kaum Iban ke Batang Ai. Setelah kata sepakat diambil akhirnya, kaum
iban telah memulakan penghijrahan mereka dan tempat yang kali pertama mereka
jejaki adalah daerah Kumpang, Sarawak dan terus menetap di Kumpang .
Sebahagian daripada kaum Iban ini telah dipengaruhi oleh seorang pemimpin
yang lain mula membuat eksplorasi ke hulu Sungai Kumpang iaitu menghala ke
Lubok Antu dan Engkilili dan seterusnya menetap di kawasan Sungai Batang Lupar
yang lebih dikenali sebagai batang Ai. Dari Batang Ai, suku kaum Iban berpindah
ke anak-anak sungai di Ulu Ai dan mula membuat penempatan mereka dengan
membina rumah panjang mereka yang unik di kawasan yang dikenali sebagai Delok,
Mepi, Jinggin, Engkari, Skrang dan Lemanak.
Setelah itu sekali lagi sebahagian daripada kaum Iban ini telah mula membuat
eksplorasi dengan berpindah dan lalu menetap di Sungai Undup dan Wong
Tempangau . Kaum Iban yang berpindah ini adalah mereka yang dipimpin oleh
Kajup dan mereka dikenali sebagai Iban Undup.
Jelas sekali perpindahan awal kaum Iban Sarawak mempunyai taburan yang
agak berselerak di kawasan hulu Sungai Batang Lupar dan Batang Saribas di
bahagian Sri Aman dan perpindahan ini berlaku sejak diawal abad ke 19 dari Hulu
Batang Lupar melalui sempadan Kalimantan menuju ke daerah Rejang .
19
Sementara itu satu lagi pemimpin iaitu Gelungan telah membawa pengikut-
pengikutnya keluar daripada Merakai dan menuju ke Undup serta mendiami Bukit
Balau. Kaum Iban daripada pimpinan Gelungan ini disebut sebagai Iban Balau
kerana menetap di kawadan Bukit Balau iaitu penempatan terawal masyarakat Iban
di Sri Aman.
Kemudian sekali lagi Gelungan telah membawa pengikut-pengikutnya untuk
berpindah ke Sebuyau dan sebahagian generasi kaum Iban ini dikenali sebagai Iban
Sebuyau. Sepatutnya penghijrahan masyarakat Iban terhenti di kawasan Sebuyau.
namun setelah kematian pemimpin Gelungan, iban Sebuyau dikatakan telah
berpecah dan ada yang berpindah ke Meredang, Gayam, Lundu dan Samarahan.
Ketua-ketua suku kaum iban yang lain seperti Lanong, Kanyong, Meringgai
dan Manggi telah membawa pengikut-pengikut mereka berpindah ke Rantau
Langkong, Tanjung Merarang, Sungai Skrang dan Tisak.
Dan kerana itulah sememangnya bahagian Sri Aman mempunyai jumlah
penduduk Iban yang tertinggi dibanding dengan tempat-tempat lain di Sarawak
diikuti dengan Kapit, Saratok, Mukah, Kuching, Saribas, Baram, Song dan Sarikei.
Ianya adalah satu hakikat bahawa kaum Iban telahpun mendiami segenap pelusuk
Sarawak dengan membawa bersama segala budaya dan adat mereka sekali yang
ternyata terlalu unik.
Kaum Iban Sarawak mempunyai keunikan yang tersendiri baik dari segi bahasa
mereka yang ternyata telah mempengaruhi kaum-kaum lain yang terdapat di
sarawak Sarawak.
20
Adat Kaum Iban.
Dalam masyarakat iban, usia lelaki yang layak untuk bernikah adalah 20 tahun
keatas. Manakala, bagi perempuan adalah tiada had umur yang ditetapkan.
Perkahwinan yang sempurna bagi masyarakat iban adalah perkahwinan yang
mengikut adat . Bagi mana-mana pihak yang melanggar adat, mereka akan
dikenakan denda yang bertujuanuntuk mengelak pasangan suami isteri tersebut
ditimpa bala atau kesusahan.Terdapat beberapa peringkat tertentu dalam adat
perkahwinan kaum iban. Antaranya;
1. Merisik
Dalam masyarakat Iban, adat merisik merupakan adat yang wajib diikuti. Adab
merisik akan dijalankan apabila seorang teruna telah berkenan pada seorang gadis,
ibu bapanya atau wakil akan pergi ke rumah si gadis untuk merisik. Ini bertujuan
untuk menanyakan persetujuan daripada pihak gadis. Setelah mendapat persetujuan,
pihak pengantin perempuan akan menentukan permberian ( wang hantaran) dan
syarat-syarat perkahwinan.
2. Meminang atau bertunang
Rombongan meminang daripada pihak lelaki akan desertai oleh lima hingga
sepuluh orang yang terdiri daripada golongan orang-orang tua. Pada masa itu
syarat-syarat perkahwinan akan ditentukan sekali lagi. Setelah mencapai kata
sepakat, ayah pihak lelaki akan menanggalkan lapik atau ikat pinggang perak atau
sebilah pedang sebagai tanda pertunangan. Seterusnya, kedua belah pihak akan
berbincang mengenai tarikh dan hari perkahwinan. Mulai saat itu, perempuan
tersebut tidak boleh lagi menerima kunjungan lelaki selain tunangnya. Dua atau tiga
hari kemudian, pihak lelaki akan memaklumkan berita pertunangan tersebut kepada
saudara-mara dan jiran tetangga.
3. Majlis perkahwinan
Majlis perkahwinan ini dimulakan oleh pihak lelaki dimana mereka akan
menyediakan barang-barang atau hantaran yang akan diberikan kepada pihak
perempuan. Antaranya ialah kain, raga, pedang, hasil kraftangan dan barang kemas.
Keluarga pihak perempuan akan membuat persiapan seperti memburu binatang
untuk dijadikan lauk kepada tetamu yang akan datang.
Pasangan ini akan mengenakan pakaian tradisional Iban. Keluarga pihak lelaki
berjalan diiringi oleh paluan gong. Tiba di rumah pengantin perempuan, satu das
tembakan akan dilepaskan tanda tetamu sudah tiba. Rombongan pengantin
perempuan akan bersiap sedia untuk turun ke sungai mandi bersama-sama dengan
pengantin lelaki. Ini adalah untuk menunjukkan permulaan silaturahim antara dua
keluarga pengantin.
21
Sebelum upacara perkahwinan bermula, perbincangan akan diadakan di ruai
dan “air tuak” turut dihidangkan sebagai air peransang kepada tetamu. Setelah
mengetahui hubungan kekeluargaan, pengantin akan meminta berian. Nilainya
ditetapkan oleh masyarakat di situ. Pihak pengantin perempuan akan minta bayaran
“pemecah tangga” iaitu sebilah beliung, bayaran “pembuka pintu” iaitu sebatang
lembing, bayaran “pembuka kelambu” iaitu sebilah pedang dan bayaran-bayaran
yang lain.setelah selasai pemberian, ibu bapa pengantin akan berbincang tentang
pemberian yang akan diberikan jika berlaku penceraian. Namun, jika penceraian
terjadi dengan alasan yang tidak nyata, maka perjanjian tersebut tidak akan
digunapakai.
Setelah itu, upacara membelah pinang dijalankan. Upacara ini adalah untuk
menentukan tempoh jodoh antara pasangan pengantin ini. Buah pinang itu dibelah
dan diagihkan kepada tetamu. Setelah itu, upacara ini pun tamat. Jika ada sebarang
kesalahan semasa menjalankan adat ini, pengantin akan mandi di sungai untuk
membersihkan diri. Sehelai kain yang panjangnya 7 ela dipegang supaya kesalahan
mereka akan hilang.
Walaupun mereka sudah sah sebagai suami dan isteri, mereka tidak boleh tidur
bersama selagi masih ada bunyi-bunyi yang membawa petanda buruk. Mereka akan
dipisahkan sementara waktu sehingga semua petanda buruk tersebut tiada lagi.
22
Agama dan kepercayaan kaum Iban.
Zaman dahulu, masyarakat Iban percaya terhadap kepercayaan animisme.
Mereka berpegang pada kepercayaan yang diamalkan oleh nenek moyang mereka
dahulu. Mereka berpandukan pada ‘Papan Turai’ yang telah ditulis oleh ‘Tuai
Raban Bansa” dengan berpandukan nasihat dari ‘Manang’ dan ‘Lemambang’.
Orang Iban percaya bahawa terdapat kewujudan seorang Tuhan iaitu Binsi
Petara yang dipercayai mencipta dunia dan alam semesta. Di bawah Tuhan ini
terdapat 7 orang dewa. Anatranya ialah:
· Dewa Peperangan – Sengalang Burong
· Dewa Keagamaan – Biku Imam Bunsi Petara
· Dewa Perubatan – Menjaya
· Dewa Pertanian & Tanah – Sempulang Gana/Semerugah
· Dewa penyembuh semulajadi & Dewa Keadilan – Ini Inee/Andan
· Dewa Kekayaan – Anda Mara/Gangga Ganggong
Orang Iban percaya bahawa semua benda hidup mempunyai semangat dan roh
mereka masing-masing. Mereka juga turut percaya pada ilmu firasat dan turut
bergantung padanya. Contoh ilmu firasat mereka adalah melalui mimpi yang baik
atau buruk, binatang bisa, burung bisa yang sengaja dicari atau dijumpai tidak
sengaja dan hati babi yang dibaca baik buruk maksudnya. Kini, masyarakat Iban
majoritinya adalah penganut agama kristian. Selebihnya ada yang menganut agama
lain seperti Agama Tradisional, Islam, Ateisme dan lain-lain agama.
23
Bahasa dan Tulisan
Orang Iban yang mempunyai bahasanya yang tersendiri, iaitu Bahasa Iban, bahasa
Iban adalah tidak jauh berbeza di setiap tempat (kecuali dari segi intonasinya).
Bahasa Iban merupakan bahasa yang seragam (homogenous). Masyarakat Dayak-
Iban merupakan satu-satunya bangsa pribumi di Malaysia yang mempunyai sistem
tulisan bergambar yang disebut 'papan turai' untuk membantu proses ingatan kepada
puisi rakyat (leka main) seperti tusut, pengap dan sabak yang sungguh panjang dan
mengambil masa semalaman untuk dilafazkan pada upacara dan gawai tertentu.
Sistem papan turai ini berkesan apabila orang Iban dapat merujuk keturunan
sehingga berpuluhan generasi yang terdahulu dengan darjah ketepatan yang
mengagumkan dan juga merekodkan peristiwa-peristiwa penting dengan bukti-
bukti fizikal dan kewujudan adat-adat dan budaya asal sehingga ke hari ini.
Contoh bahasa Iban
Selamat Datai = Selamat Datang
Nama berita? = Apa khabar?
Sapa nama? = Siapa nama?
Udah makai? = Sudah makan?
Udah ngirup? = Sudah minum?
24
Kesimpulan
Tidak dinafikan lagi Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang mempunyai
pelbagai kaum, budaya dan agama. Hal ini, terjalinlah satu hubungan perpaduan
yang merupakan pemangkin utama kepada kemajuan negara yang kita kecapi
sekarang. Tanpa perpaduan yang utuh, keharmonian bermasyarakat tidak dapat
dinikmati kerana tiada persefahaman dan kerjasama daripada semua kaum untuk
mempertahankannya. Peristiwa 13 Mei 1969 menjadi panduan dan iktibar bagi kita
untuk teerus maju ke mercu kejayaan. Dalam hal ini kita semua tidak mahu pepatah
yang mengatakan yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran berlaku ke atas
kita. Jika kita tidak berjaya mencari satu rumusan yang berkesan kepada masalah
ini, memadailah jika kita berusaha memperkukuhkan tahap perpaduan yang sedia
ada agar ia tidak terus menjadi lemah atau terhakis. Secara kesimpulannya, setiap
warganegara Malaysia haruslah terlibat dalam usaha untuk memantapkan
perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tindakan susulan mestilah
dilakukan secara sukarela dan penuh tanggungjawab bagi menjana perpaduan yang
kita idamkan.
25
RUJUKAN
1. LATAR BELAKANG SEJARAH KEMUNCULAN
MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA,(16 January 2015),
http://grouppm5.blogspot.com/2015/01/seorang-pakar-antropologi-
j_16.html
2. KOMPOSISI DAN TABURAN PENDUDUK SELEPAS
KEMERDEKAAN HINGGA KINI,(8 MAC 2022), DEMOGRAFI
MALAYSIA,FROM
https://ms.wikipedia.org/wiki/Demografi_Malaysia
3. KAUM MELANAU,(10 OKTOBER 2021),FROM
https://ms.wikipedia.org/wiki/Melanau
4. KAUM KENYAH,(30 MAC 2022),FROM
http://grouppm5.blogspot.com/2015/01/seorang-pakar-antropologi-
j_16.html
5. KAUM IBAN,(9 MAC 2022), FROM
http://grouppm5.blogspot.com/2015/01/seorang-pakar-antropologi-
j_16.html
6. ETNIK YANG TERDAPAT DI SARAWAK,(8 FEBRUARY
2022),FROM
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputera_di_SARAWAK
7. ETNIK YANG TERDAPAT DI SABAH,(24 MAC 2022),FROM
https://ms.wikipedia.org/wiki/Bumiputera_di_Sabah
26