2.2 MAD LAZIM KALIMI MUSAQQOL
Selepas huruf mad, ada
huruf yang bertasydid dalam
satu kalimah
Kadar panjang:
6 harakat
2.3 MAD LAZIM HARFI MUKHOFFAF
Mad lazim yang terjadi di dalam
huruf. Bacannya perlu izhar
(jelas) dan tidak idgham.
Ada pada ayat pertama dalam
beberapa surah
Cara baca:
Sebut huruf tersebut
sebagaimana namanya
Kadar panjang:
6 harakat
2.4 MAD LAZIM HARFI MUSAQQOL
Mad lazim yang terjadi di dalam
huruf. Bacannya perlu idgham.
Ada pada ayat pertama dalam
beberapa surah
Cara baca:
Sebut huruf tersebut
sebagaimana namanya
Kadar panjang:
6 harakat
SEBUTAN KHUSUS 1 MAD SILAH QASIRAH
2 MAD SILAH TOWILAH
BEBERAPA MAD 3 MAD LIN
4 MAD TAMKIN
5 MAD IWADH
6 MAD TA’DZIM/ MAD AL-MUBALAGHOH
7 MAD FARQ
1 MAD SILAH QASIRAH
Selepas ha’ dhomir, terdapat
huruf selain hamzah
Kadar panjang:
2 harakat
2 MAD SILAH TOWILAH
Selepas ha’ dhomir, terdapat
huruf hamzah
Kadar panjang:
4 atau 5 harakat
3 MAD LIN
Wau sukun atau ya’ sukun
didahului oleh huruf berbaris
atas. Huruf terakhir disukunkan
kerana wakaf. Mad lin hendaklah
dibaca lembut.
Kadar panjang:
2, 4 atau 6 harakat
4 MAD TAMKIN
Bacaan yang terjadi apabila dua
huruf ya’ dalam satu perkataan.
Yang pertama berbaris bawah dan
bertasydid, manakala ya kedua
berbaris sukun
Kadar panjang:
2 harakat
5 MAD IWADH
Mad Iwadh terjadi kerana waqaf
pada perkataan yang berbaris
dua di atas, kecuali baris dua
di atas pada ta’ marbutah
Kadar panjang:
2 harakat
6 MAD TA’DZIM/ MAD AL-MUBALAGHOH
Mad Ta’dzim bermaksud mad
memperagungkan. Mad ini terjadi
pada perkataan (la) bererti tidak
apabila bertemu dengan perkataan
(ilah) yang terdapat pada
perkataan tauhid.
Nota tambahan:
Mad Ta’zim dibaca dengan 4 atau 5
harakat. Namun, bagi mereka yang
membaca Mad Jaiz Munfasil dengan
2 harakat, maka Mad Ta’zim dibaca
dengan 6 harkat.
7 MAD FARQ
Bacaan yang terjadi apabila bacaan
mad berfungsi untuk membezakan antara
ayat pertanyaan dengan ayat
pemberitahuan. Terdapat huruf
hamzah istifham di awal perkataan
bertemu dengan hamzah wasal dan
terdapat huruf yang sukun
selepasnya.
Kadar panjang: Nota tambahan:
6 harakat
Hamzah wasal ditukar
menjadi huruf mad.
QALQALAH
QALQALAH
Lantunan atau detakan bunyi yang
dipantulkan apabila huruf qalqalah
bertanda sukun atau berbaris ketika
diwakafkan bacaan padanya
ق ط ب ج دHURUF QALQALAH ADA 5:
1 Qalqalah Sughra
QALQALAH 2 Qalqalah Kubra
Terbahagi kepada 3 3 Qalqalah Akbar
1 QALQALAH SUGHRA
• Sughra bermaksud kecil.
• Lantunan yang paling kecil/rendah.
• Terjadi apabila huruf qalqalah
bertanda sukun berada di
pertengahan kalimah atau berada di
pertengahan bacaan.
2 QALQALAH KUBRA
• Sughra bermaksud besar.
• Lantunan yang sederhana kuat.
• Terjadi apabila mewaqafkan bacaan
pada huruf qalqalah yang berada di
hujung kalimah dan huruf tersebut
tidak bertanda syaddah.
3 QALQALAH AKBAR
• Akbar bermaksud paling besar. NOTA
• Lantunan yang paling kuat. TAMBAHAN:
• Terjadi apabila mewaqafkan bacaan
Ada pendapat
pada huruf qalqalah yang berada di yang menyatakan
bahawa Qalqalah
hujung kalimah , dan huruf tersebut hanya terbahagi
kepada 2, tidak
bertanda syaddah
termasuk
Qalqalah Akbar.
Ada yang
menggabungkan
Qalqalah Akbar
dengan Qalqalah
Kubra.
HUKUM BACAAN RA’()ر
RA’ TAFKHIM 1 Ra’ berbaris fathah atau dhommah
(TEBAL) Ra’ sukun, sebelumnya huruf berbaris
5 2 fathah atau dhommah
6 Ra’ sukun kerana diwaqafkan, sebelumnya
3 terdapat huruf berbaris fathah atau
dhommah
Ra’ sukun kerana diwaqafkan, sebelumnya
4 terdapat huruf bertanda sukun atau
huruf mad ‘alif’ dan ‘wau’. Sebelum
huruf mad atau huruf sukun tersebut
berbaris fathah atau dhommah
Ra’ sukun, sebelumnya terdapat huruf
berbaris kasrah yang mendatang (hamzah
wasal)
Ra’ sukun, sebelumnya terdapat huruf
berbaris kasrah, dan selepasnya terdapat
huruf isti’la’ berbaris fathah atau dhommah
dalam perkataan yang sama
1 Ra’ berbaris kasrah
Ra’ sukun, sebelumnya huruf berbaris
2 kasrah, selepasnya bukan huruf
isti’la’
RA’ TARQIQ Ra’ sukun kerana diwaqafkan,
(NIPIS) 3 sebelumnya terdapat huruf berbaris
kasrah
Ra’ sukun kerana diwaqafkan,
sebelumnya terdapat huruf mad ‘ya’,
4 atau terdapat huruf bertanda sukun
selain huruf isti’la’. Sebelum huruf
mad atau huruf sukun tersebut berbaris
kasrah
Ra’ sukun, sebelumnya terdapat huruf
5 berbaris kasrah, dan selepasnya huruf
isti’la’, dan kedua-duanya terpisah
(dalam 2 kalimah)
RA’ TAFKHIM ATAU Ra’ sukun, sebelumnya huruf
TARQIQ
1 berbaris kasrah, dan selepasnya
(Boleh dibaca kedua-duanya) huruf isti’la’ berbaris kasrah
atau kasratain
Ra’ sukun kerana diwaqafkan,
2 sebelumnya huruf isti’la’ yang
bertanda sukun, dan sebelum
huruf tersebut adalah huruf
berbaris kasrah
NOTA TAMBAHAN:
Huruf Isti’la’ ialah huruf yang bersifat tinggi pada
sebutannya. Ada 7 huruf kesemuanya, iaitu:
خصضغطقظ
HUKUM LAM PADA LAFAZ
AL-JALALAH ()الله
HUKUM LAM PADA LAFAZ
AL-JALALAH ()الله
TAGHLIZ TARQIQ
(TEBAL) (NIPIS)
Wajib dibaca Wajib dibaca
Taghliz atau tebal, Tarqiq atau nipis,
sekiranya huruf sekiranya huruf
sebelum Lafaz Al- sebelum Lafaz Al-
Jalalah berbaris Jalalah berbaris
fathah atau dhommah
kasrah
TANDA-TANDA WAQAF WAQAF
DALAM AL-QURAN Memberhentikan bacaan pada akhir
ayat atau pada pertengahan ayat.
TANDA-TANDA WAQAF
DALAM AL-QURAN
Mesti berhenti Boleh berhenti &
boleh sambung
Dilarang berhenti
Berhenti lebih
Disambung lebih utama
utama
Harus waqaf pada
satu tempat sahaja
BACAAN-BACAAN GHARIB
DALAM AL-QURAN
BACAAN-BACAAN GHARIB DALAM AL-QURAN
• Gharib bermaksud ganjil atau asing.
• Dalam ilmu tajwid, gharib membawa maksud
kesamaran pada bacaan.
• Ia merujuk kepada bacaan khusus sesetengah
tempat dalam Al-Qur’an mengikut Riwayat Hafs,
Qiraat ‘Asim.
1. Saktah
2. Tashil
3. Isymam
4. Naqal
5. Imalah
6. Ibdal
1 SAKTAH
• Berhenti sejenak atau
seketika sambil menahan
nafas tanpa mengambil
nafas yang baru.
• Terdapat huruf sin ()س
kecil.
• Mengikut Riwayat Hafs,
hanya terdapat 4 tempat
sahaja yang dibaca
dengan saktah di dalam
Al-Qur’an.
2 TASHIL
• Memudahkan atau meringankan bacaan secara samar-samar.
• Berlaku apabila terdapat dua hamzah yang berturutan dalam satu kalimah.
• Cara bacaan: Membaca hamzah pertama dengan bacaan biasa, dan hamzah kedua dibaca dengan
bunyi samar-samar (seakan-akan bunyi di antara huruf hamzah dan alif).
• Terdapat tanda bulat berwarna hitam diatas huruf hamzah yang kedua.
• Mengikut Riwayat Hafs, terdapat satu tempat sahaja yang wajib dibaca dengan tashil, iaitu dalam
Surah Fussilat: 44.
3 ISYMAM
• Bacaan yang memuncungkan kedua bibir mulut.
• Terdapat bentuk diamond antara huruf mim dan nun
sebagai tanda bacaan isymam.
• Mengikut Riwayat Hafs, terdapat satu tempat sahaja
yang wajib dibaca dengan isymam, iaitu dalam Surah
Yusuf: 11
4 NAQAL
• Memindahkan baris huruf hamzah kepada huruf lam sebelumnya
pada kalimah alif lam.
• Perkataan asal adalah
• Tetapi, setelah dipindahkan baris hamzah kepada lam,
ia menjadi
• Mengikut Riwayat Hafs, hanya terdapat satu tempat sahaja yang
wajib dibaca dengan naqal, iaitu dalam Surah Al-Hujurat: 11
5 IMALAH
• Bacaan yang condong, iaitu dengan mengubah baris
biasa kepada baris pertengahan (antara fathah dan
kasrah).
• Terdapat bentuk diamond di bawah huruf ra sebagai
tanda untuk bacaan imalah pada huruf ra tersebut.
• Mengikut Riwayat Hafs, terdapat satu tempat sahaja yang
wajib dibaca dengan Imalah, iaitu dalam Surah Hud: 41
6 IBDAL
• Menukarkan huruf hamzah kepada huruf mad.
• Apabila dua hamzah bertemu dalam satu kalimah (hamzah pertama berbaris, hamzah
kedua sukun), maka hamzah kedua berbaris sukun tersebut diibdalkan (ditukarkan)
kepada huruf mad. Ia juga sama seperti hukum bacaan Mad Badal.
CARA BACAAN HAMZAH
WASAL
Mengikut Rasm Huruf ini hanya Sekiranya bacaan Hamzah wasal
‘Uthmani, hamzah terdapat pada awal sambung dengan biasanya terdapat
perkataan sahaja,
wasal ditulis dan ia dibunyikan perkataan pada kata
dengan huruf alif, (dibariskan) ketika sebelumnya, maka perbuatan Fi’il –
dan diletakkan memulakan bacaan
gugur atau ِف ْع ٌلdan kata
simbol seakan padanya sahaja. hilanglah hamzah nama isim – ا ْس ٌم
bentuk kepala
tersebut dari
huruf sod ص sebutan (baris).
1 HAMZAH WASAL PADA KATA NAMA
1.1 Cara bacaan hamzah yang Cara bacaan hamzah wasal pada
1.2 kata nama yang yang tidak
dimulakan dengan alif lam
ma’rifah الadalah dengan dimulakan dengan alif lam
baris fathah. ma’rifah الialah dengan baris
kasrah. Ia dinamakan Isim
Nakirah.
HAMZAH WASAL PADA
2 KATA PERBUATAN
Cara bacaan hamzah wasal pada Jika huruf ketiga berbaris
2.1 kata perbuatan ialah dengan 2.2 dhommah, maka hamzahnya
mestilah dibariskan dengan
melihat baris huruf ketiga. Jika
huruf ketiga berbaris fathah dhommah juga.
atau kasrah, maka hamzahnya
mestilah dibariskan dengan
kasrah.
NOTA TAMBAHAN:
• Walau bagaimanapun, terdapat 6 perkataan
dalam Al-Qur’an yang tidak mengikut kaedah
asas di atas.
• Meskipun huruf ketiganya berbaris dhammah,
hamzah wasalnya tetap dibaca dengan baris
kasrah.
• 6 perkataan tersebut ialah:
ILTIQA’ SAKINAIN /
NUN AL-WIQAYAH
ILTIQA’ SAKINAIN / NUN
AL-WIQAYAH
• Iltiqa’ Sakinain bermaksud pertemuan dua huruf
bertanda sukun.
• Nun Al-Wiqayah pula bererti huruf nun pengganti.
Apabila tanwin bertemu dengan hamzah wasal ketika
bacaan sambung antara kedua-duanya, maka cara
bacaannya ialah dengan menukarkan tanwin (baris dua)
kepada satu baris, serta menggantikannya dengan huruf
nun berbaris kasrah ِن
HURUF SOD صYANG
DIBACA DENGAN HURUF
SIN س
صHURUF SOD YANG DIBACA
سDENGAN HURUF SIN
Sekiranya terdapat huruf sin kecil di atas
atau di bawah huruf sod, maka ia boleh
dibaca dengan dua cara:
1) Baca dengan huruf sin atau,
2) Kekalkan huruf shod.
Namun huruf yang berada di atas adalah
lebih diutamakan untuk membacanya.
Sekiranya anda ingin menyumbang untuk
program-program dakwah al-Quran di bawah
MengajiOnline.com, hubungi ust di 0194191829
Manusia menyesal di akhirat
Kerana tidak bersedekah di dunia
قَقَۡبِر ِلي أَٖبنفَأيََ ۡأتِ َّص َيَّد أََق َح ََدوأَ ُك ُكُمنٱۡل َِمم ۡ َون ُٱتل َٰ َّص ِل ِحي َن َوأَن ِفقُواْ ِمن َّما َر َز ۡق َٰنَ ُكم ِمن فَيَقُو َل
َر ِب لَ ۡوََ ٓل أَ َّخ ۡرتَنِ ٓي إِلَ َٰ ٓى أَ َج ٖل
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan
kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau
tidak) maka ia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: " Wahai Tuhanku!
Alangkah baiknya kalau Engkau lambatkan kedatangan ajal matiku - ke suatu
masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula
aku menjadi dari orang-orang yang soleh ".
-Surah Al-Munafiqun, Ayah 10
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pihak MengajiOnline.com
terus Ust Akram Afifi di 0194191829 sedang membangunkan apps al-
quran digital yang pertama di
dunia milik orang islam kita.