Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1 Encik Adian memelihara beberapa ekor _____ yang diimport dari luar negara.
A bebawang C bebola
B bebuluh D bebiri
2 Syakir membantu ayahnya membersihkan sarang _____ yang melekat di siling rumah.
A lelabah C lelangit
B kekuda D lelabi
3 Ibu memotong _______ ikan itu kepada empat bahagian supaya mudah dimakan.
A dedaun C dedalu
B bebola D cecair
4 Ibu menyusun pinggan mangkuk di atas ______ supaya kelihatan kemas.
A sesendal C lelangit
B kekuda D pepara
5 Kain songket yang ditenun dengan _______ emas itu menarik perhatian sesiapa sahaja yang
melihatnya.
A bebenang C bebola
B kekabu D deduit
6 _______ saya berasa pedih setelah makan buah nanas yang masam itu.
A Lelangit C Jejentik
B Sesiku D Jejari
7 Saya kagum melihat _____ milik peserta dari Kelantan yang kreatif dan dapat terbang
tinggi itu.
A lelayang C kekuda
B tetikus D lelangit
8 ______ ialah sejenis reptilia yang bercangkerang keras seperti kura-kura.
A Lelabah C Rerama
B Jejentik D Lelabi
9 Pejalan kaki dinasihatkan supaya menggunakan _______ untuk melintas jalan.
A jejantas C kekuda
B bebola D jejari
10 Bunyi muzik yang terlalu kuat itu amat menyakitkan ______ telinga saya.
A gegendang C bebola
B kekunci D jejari
11 Doktor Chandran memberi adik ubat demam dalam bentuk ______.
A bebenang C cecair
B bebotol D jejari
12 Anida memasukan ______ kering yang disapunya ke dalam tong sampah.
A rerambut C dedaun
B pepohon D bebola
13 Pokok ______ ialah sejenis tumbuhan yang menjalar pada pokok.
A pepohon C deduit
B kekabu D lelabu
14 Danish membuang plastik sampah yang tersangkut pada _______ basikalnya.
A kekuda C kekisi
B lelangit D jejari
15 Pembinaan ______ di kampung Ulu Cermai memudahkan para penduduknya untuk ke
bandar.
A jejambat C kekuda
B tetulang D pepara
16 Mak Piah membuang semua air yang bertakung di rumahnya untuk mengelakkan _____.
A sesumpah C jejentik
B kekupu D tetikus
17 Ibu memasukkan _______ ke dalam bantal yang sudah nipis itu.
A bebawang C dedaun
B kekabu D bebola
18 Saya akan makan ______ keranan ia dapat membekalkan protein.
A bebawang C tetulang
B kekacang D bebola
19 Adik menekan _______ komputer itu dengan cermat semasa mencari meklumat di
internet.
A kekunci C pepara
B kekuda D jejari
20 _______ menyembunyikan dirinya di dalam cangkerang untuk melindungi diri.
A Lelabah C Tetikus
B Kekuda D Kekura
21 Puan Diana dan Encik Fadil gembira kerana ramai ______ yang datang ke majlis ulang
tahun perkahwinan mereka.
A tetingkap C kekuda
B kekupu D tetamu
22 Kita mesti menghormati _______ walaupun berlainan bangsa.
A bebayang C tetangga
B tetingkap D tetikus
23 Swee lan lebih gemar menggunakan _______ berbanding pad sentuh apabila mencari
maklumat di internet.
A tetingkap C tetikus
B kekuda D sesiku
24 Pak Leman menggunakan _______ untuk mengukur sudut tepat meja yang dibuatnya.
A kekuda C kekisi
B sesiku D jejari
25 Adik meliaht _______nya di permukaan air yang jernih itu.
A bebayang C bebola
B gegelang D jejari
26 Jurugambar itu mengambil gambar ______ yang sedang hinggap di atas sekuntum bunga.
A lelayang C lelangit
B kekupu D tetikus
27 Bukan sahaja kaum _____, kaum wanita juga layak menjadi pemimpin.
A tetamu C jejala
B kekisi D lelaki
28 _____ mawar yang berwarna-warni menghiasi pentas Anugerah Pelajar Cemerlang itu.
A Bebayang C Bebunga
B Pepohon D Dedaun
29 Ahli gimrama itu menggunakan rotan semasa membuat persembahan.
A gegelang C rerumput
B gegelung D kekuda
30 ______ ialah sejenis haiwan yang boleh bertukar-tukar warna badannya mengikut keadaan
persekitaran.
A Sesumpah C Rerama
B Jejentik D Tetikus
31 Bunga _____ juga dikenali dengan nama bunga siantan.
A jejarum C dedaun
B pepohon D rerama
32 Bumbung akan dipasang apabila ______ rumah itu siap dibina.
A sesendal C sesiku
B tetulang D kekisi
33 ______, Jason akan bertandang ke rumah saya jika dia ada masa lapang.
A Sesetengah C Sesiapa
B Sesekali D Sesia
34 Bunyi ______ semakin jelas kedengaran apabila kami hampir tiba di puncak gunung itu.
A gegendang C jejarum
B sesungut D reriang
35 Adira meletakkan _______ yang diperbuat daripada getah pada pintu itu supaya tidak
bergerak.
A sesendal C kekuda
B sesungut D kekisi
36 ______ sahaja dia meolong orang yang tidak tahu berterima kasih itu.
A Sesiapa C Reriang
B Sia-sia D Sesia
37 ______ pun akan marah jika rakyat negara luar mencemuh negara.
A Sesetengah C Sesiapa
B Sesekali D Sesia
38 Rama-rama, lipas dan siput adalah antara haiwan yang mempunyai ______.
A gegendang C rerambut
B sesungut D jejari
39 Orang asli itu menggunakan _______ untuk memburu haiwan.
A sesumpah C sesumpit
B sesendal D kekuda
40 Pak seman terlantar di hospital kerana menghidap penyakit ______ berair.
A peparu C sesiku
B jejari D rerambut