The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Peribahasa Ibni Zarries Al- Musyrif (4 Musytari)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-12219061, 2021-07-18 12:28:11

Peribahasa Ibni Zarries Al- Musyrif (4 Musytari) (2)

Peribahasa Ibni Zarries Al- Musyrif (4 Musytari)

Keywords: Peribahasa

IBNI ZARRIES AL-MUSYRIF BIN MUHD RIZAL
4 MUSYTARI (2021)

1 ULAT BUKU

Maksud : Orang yang rajin membaca buku.
Contoh ayat : Mylis dikenali sebagai ulat buku kerana sangat rajin membaca.

2 Batu Api

Maksud : Orang yang suka menghasut.
Contoh ayat : Dalam pergaduhan itu, Amir yang menjadi batu api.

3 Otak Udang

Maksud : Orang yang kurang cerdik.
Contoh ayat : Fatin sedih apabila ramai rakan-rakan menggelarnya otak udang

kerana kegagalannya dalam peperiksaan.

4 Mulut Murai

Maksud : Orang yang suka bercakap banyak.
Contoh ayat : Akibat mulut murai Kak Timah, rumah tangganya porak - peranda.

5 BUah Hati

Maksud : Kekasih atau orang yang dikasihi.
Contoh ayat : Darwish tidak sabar menunggu hujung minggu tiba kerana ingin

berjumpa buah hatinya.

6 buta huruf

Maksud : Orang yang tidak tahu membaca dan menulis.
Contoh ayat : Sejak menghidap penyakit demam panas, Zahid jadi buta huruf.

7 air muka

Maksud : Rupa muka yang membayangkan sesuatu perasaan.
Contoh ayat : Air muka Jamilah berubah apabila ditengking oleh gurunya kerana

tidak menyiapkan kerja sekolah.

8 kaki ayam

Maksud : Berjalan tanpa memakai kasut atau selipar.
Contoh ayat : Adik berkaki ayam balik ke rumah kerana kasutnya hilang.

9 katak di bawah tempurung

Maksud : Orang yang sempit pengetahuan dan pemikirannya.
Contoh ayat : Janganlah kamu menjadi seperti katak di bawah tempurung, sebaliknya

lapangkan dan bukalah fikiran tentang hal-hal yang berlaku di sekitar kamu.

10 langkah seribu

Maksud : Orang yang cabut lari.
Contoh ayat : Apabila mendengar sahaja siren polis, pencuri itu terus membuka

langkah seribu.

SekianTerima

Kasih


Click to View FlipBook Version