AFAF AQILA BINTI MOHD NAZREE
BIODATA BMMB 1114 (PENGENALAN SISTEM EJAAN JAWI DAN RUMI NAMA PENSYARAH : ENCIK MOHD ZUHAIRI BIN RAFFIEN NAMA : AFAF AQILA BINTI MOHD NAZREE ANGKA GILIRAN : 2023182310001 BAHASA MELAYU PPISMP 2023/2028 N0. K/P : 051217070350 Maklumat Diri
PENGHARGAAN Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan rahmat dan nikmat masa yang diberikan kepada saya untuk menyiapkan tugasan bagi kursus Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi (BMMB 1114) untuk Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dengan sempurna. Pertama sekali, saya ingin mengapresiasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah saya iaitu Encik Mohd Zuhairi bin Raffien yang banyak memberi tunjuk ajar dan sanggup menjawab segala persoalan saya demi menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mendedikasikan jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang banyak memberikan sokongan dan kemudahan kepada saya dari pelbagai aspek untuk menyiapkan tugasan ini sehingga akhir. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang turut memberikan semangat kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini.
PENGENALAN Tulisan khat ialah seni tulisan yang menggunakan aksara Arab. Tulisan khat berkembang sejajar dengan perkembangan Islam. Khat merupakan lambang kesenian Islam yang menarik perhati masyarakat untuk mempelajarinya kerana mempunyai keunikan tersendiri. Menurut Kamus Dewan, khat ialah tulisan tangan yang cantik dan dihasilkan dengan menggunakan berus atau pen khas. Terdapat pelbagai jenis tulisan khat dan tulisan khat mempunyai sejarah tersendiri.
Sejarah Khat Evolusi seni khat adalah seiring dengan perkembangan tulisan Arab dan penyebaran Islam ke pelbagai wilayah. Penyebaran Islam membawa pengaruh seni khat kepada masyarakat di pelbagai wilayah seperti Arab, Eropah, Afrika, Asia dan China. Contoh pengaruh ialah kemunculan gaya khat seperti Khat Kufi Maghribiy di Maghribi dan Nasta 'liq dalam bahasa Turki, Parsi dan Hindi. Di Nusantara, Islam mempunyai pengaruh terhadap seni khat khusunya dalam manuskrip dan kitab Jawi Seni khat digunakan dalam dokumen rasmi, hiasan di masjid, bangunan diraja dan rumah Pada mulanya ia hanya Khat Kufi, tetapi ia berkembang menjadi pelbagai gaya khat untuk memberi perhatian kepada seni khat.
Sejarah Khat Seni khat memainkan peranan penting dalam mendokumentasikan pengajian Islam dan sejarah kesultanan di Nusantara. Perkembangan seni khat menjadi sebahagian daripada tamadun Islam di pelbagai wilayah, mencerminkan kemajuan dalam penulisan dan sistem pemikiran. Islam juga memberikan pendidikan akhlak dan integriti melalui pembangunan seni khat, bukan sekadar hiasan. Semasa pemerintahan Muawiyyah, tulisan khat tiada baris dan titik yang menggunakan khat Kufi namun sukar dibaca Seni khat berasaskan tulisan Arab. Namun, tulisan khat yang dihasilkan masayarakat Arab tiada seni khat yang rapi dan indah Setelah Islam mula berkembang, panglima kerajaan Umaiyah mengarahkan tulisan yang lebih mudah dihasilkan untuk mudah fahami al-Quran Tulisan khat telah berkembang ke Nusantara meliputi kepulauan Melayu. Kedatangan Islam ialah faktor utama kemunculan seni khat. Islam disebarkan secara meluas pada abad ke-7 Masihi
Tulisan Khat juga digunakan pada batu-batu nisan. Sebagai buktinya, Khat Kufi tercatat pada batu nisan di makam Maulana Malik Irahim dan Fatimah Maimun yang ditemui pada 1921 Penggunaan tulisan Khat bagi menyalin surat, bahan bacaan yang bercetak dan buku. Contohnya, penulisan Nazam Syair Syeikh Ahmad al-Fathani iaitu Risalah Fi Ta'rif Hudud al-Ulum menggabungkan khat Nasakh, Ta’aliq dan Riqa’ah Terdapat batu bersurat di Terengganu yang menggabungkan khat Kufi Mushaf dan Khat Nasakh.
TULISAN KHAT JENIS-JENIS KHAT NASAKH KHAT KUFI KHAT THULUTH KHAT DIWANI KHAT FARSI KHAT RIQ’AH
Khat Nasakh adalah seni yang berasal dan berkembang daripada tulisan Arab asli. Khat ini bermula daripada asal asal Khat Arami, Nabati, kemudian dikenali sebagai Khat Hijazi sebelum kebangkitan dakwah Nabi Muhammad SAW Menurut Maarof Zuraiq (1985), khat ini menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima. Khat ini telah melalui satu proses yang dikatakan sebagai proses pengindahan menyeluruh pada zaman pemerintahan Atabikah (545 H). Melalui sumbangan tersebut, ada yang menggelarkan khat ini sebagai ‘Khat Nasakh Atabik’. CIRI-CIRI: ditulis dengan huruf bersaiz kecil, berbaris tanpa hiasan yang rumit dan mudah dibaca CONTOH KHAT NASAKH
Nama Kufi diambil daripada nama sebuah bandar, iaitu al-Kufah yang terletak di Mesopotamia. Ciri-ciri yang ada pada khat ini ialah bersegi, tegak dan bergaris lurus. Khat ini telah mengalami perubahan daripada bentuk asalnya yang lurus dan tegak kepada bentuk-bentuk yang berbunga dan berdaun bersumberkan daripada bentuk tumbuhan yang menjalar. Khat Kufi dijadikan sebagai tulisan dalam al-Quran di peringkat awal. Khat Kufi telah melalui empat peringkat, iaitu: 1.Kufi Andalusi (752 M) 2.Kufi Fatimi (909-1171 M) 3.Kufi Ayyubi (1169-1360 M) 4.Kufi Mamluki (1250-1517 M) CIRI-CIRI: huruf berbentuk keras dan lurus, tidak berbaris dan lebar dan ditulis dengan perkiraan matematik CONTOH KHAT NASAKH CONTOH KHAT KUFI Contoh Khat Kufi Murabba’
Khat Thuluth dinamakan sempena huruf menegaknya ditulis dengan mata pena yang ukuran lebar menyamai satu pertiga (1/3) lebar mata pen. Turut dikenali sebagai Khat Arab atau Ummul Khutut. Biasanya khat ini ditulis dengan pena yang lebar matanya antara 2 hingga 3 mm. Terbahagi kepada dua jenis iaitu Thuluth Jali dan Thuluth Aadi. Diperkenalkan oleh Ibrahim al-Sajzi. Banyak digunakan sebagai seni hiasan masjid, nama surah dan hiasan kulit buku. 1.Khat Thuluth Jali : Mata penanya melebihi 6mm. 2.Khat Thuluth Aadi: Mata penanya melebihi 2mm. CIRI-CIRI: hiasan yang padat, huruf lebih besar berbanding Khat Nasakh CONTOH KHAT THULUTH
Khat Diwani merupakan khat yang dicipta pada zaman pemerintahan Uthmaniyah. Khat Diwani secara rasmi selepas negeri Qostantinopal ditawan oleh Sultan Muhammad AlFateh pada tahun 857 Hijrah. Khat Diwani digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan kerajaan. Khat Diwani kepada dua jenis iaitu Diwani Biasa dan Diwani Mutarabit (bercantum). Khat Diwani berbentuk bulat dan melengkung. Ditulis secara lembut dan mudah dibentuk mengikut kehendak penulis. Hashim Muhammad al-Baghdadi dan Syed Ibrahim merupakan antara penulis Khat Diwani yang terkenal. CIRI-CIRI: berbaris dan penuh dengan hiasan titik-titik dan sukar dibaca. CONTOH KHAT DIWANI
Dikenali juga dengan nama Nasta'liq (gabungan Naskh dan Ta, liq) Pengasasnya ialah Mir Al Tabrizi (1416M) Digunakan secara meluas di Iran, India dan Pakistan untuk penulisan Al Quran, buku, tajuk, tanda nama jalan dan sebagainya CIRI-CIRI: condong ke kanan, titiknya hanya separuh segi dan tiada tanda bacaan dan hiasan. CONTOH KHAT Farisi
Riq'ah bermaksud cebisan kertas Diasaskan oleh Mumtaz Bik (Zaman Uthmaniah) Terhasil dari khat Diwani dan khat Siaqat Digunakan untuk menulis nota, buku dan boleh ditulis dengan pantas Khat yang paling mudah dipelajari CIRI-CIRI: 1.Berbentuk ringkas, kecil, lurus dan pendek 2.Titiknya hanya separuh segi 3.Tiada tanda bacan 4.Jelas dan mudah dibaca CONTOH KHAT RIQ’AH