Tugasan 2: Membina e-Portfolio
Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa antarabangsa pada abad ke-7 Masihi sehingga abad ke-19 Masihi. Bahasa
Melayu menjadi lingua franca di rantau Asia Tenggara. Bahasa Melayu mencapai kegemilangannyaapabila bahasa
Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa persuratan bagi pusat- pusat pemerintahan seluruh rantau berkenaan.
Namun, apabila berlakunya penjajahan yang pesat pada abad ke-20 ke atas KepulauanMelayu di Asia Tenggara,
menyebabkan bahasa Melayu telah menghadapi cabaran dan bermulalahkemerosotan kedudukan bahasa Melayu
sebagai lingua franca di rantau Asia Tenggara. Dalam konteks ini, pihak penjajah telah memaksa menggunakan
bahasa mereka sebagaibahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan terhadap jajahan takluk mereka. Apabila
kemerdekaan tercapai barulah kedudukan bahasa Melayutelah dikembalikan statusnya sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan lingua franca di rantau ini.
Berdasarkan pernyataan di atas, nilaikansejarah perkembangan tulisan, Bahasa Melayu sejak zaman pramerdeka
sehingga pascamerdeka serta cabaran dan masa depan Bahasa Melayu dengan mengaplikasikan kemaihran dan
alat berfikir serta memuatkan hasil penilaiantersebut dalam sebuat e-book.
Perbincangan anda dibuat dalam lingkungan2000 patah perkataan.
Nama: Alvin Kong Wei Ee
Kelas: PPRBMM1-5
Bidang: Bahasa Melayu Pendidikan Rendah (SK)
Bangsa: Cina
Asal: Mukah, Sarawak
Umur: 18 tahun
Isi Kandungan...
01 Pengenalan
02 Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu
03 Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka
04 Perkembangan Bahasa Melayu Pascamerdeka
05 Cabaran dan Masa Depan Bahasa Melayu
06 Rumusan dan Pandangan
07 Rujukan
01 Pengenalan
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan di Sekolah Melayu semasa pemerintahan Inggeris.
di sekolah menengah pula, terdapat dua bahasa yang digunakan, iaitu bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Bahasa Melayu hanya diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Walau bagaimanapun,
bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar dan mata pelajaran kursus di maktab perguruan
sejak tahun 1900. Bahasa Melayu mula berada di tanah wujud berabad-abad berdasarkan pelbagai
bukti yang ditemui. Bermula dengan bahasa Melayu Purba hinggalah berlaku banyak perubahan
membentuk bahasa Melayu yang lebih moden. Penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat dapat
dilihat semakin berkembang mengikut peredaran zaman dan salah satu zaman tersebut ialah pada
zaman pramerdeka di mana pada zaman inilah pengukuhan bahasa Melayu semakin rancak dikukuhkan
kedudukannya dalam Alam Melayu. Seterusnya, era selepas merdeka atau pascamerdeka bermula
selepas 31 Ogos 1957 hingglah tahun 1967. Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan
Persekutuan Tanah Melayu.
02 Perkembangan Tulisan Bahasa Melayu
Sistem Tulisan Sistem Ejaan
Kawi Za’ba
Pedoman Ejaan Rumi Tulisan Bahasa Sistem Tulisan
bahasa Melayu Melayu Jawi
Sistem Tulisan Sistem Ejaan
Pallawa Rumi Kongres
Sistem Ejaan Za’ba merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi Bahasa Melayu yang
disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1933 iaitu sebelum Perang Dunia Kedua dan
telah tersiar dalam Sistem Ejaan Melayu Jawi – Rumi 1949.
Sistem ejaan ini telah dihasilkan di SITC ( Maktab Perguruan Sultan Idris ) dan juga merupakan
sistem ejaan rumi yang terkenal sebelum kewujudan Sistem Ejaan Baharu. Sistem ejaan in juga
Sistem Ejaan telah disusun dan diperkemas dalam jangka masa beberapa tahun dan termuat dalam beberapa
Za’ba buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti Ilmu Bahasa Melayu
Penggal I ( 1926 ), Pelita Bahasa Melayu Penggal I ( 1941 ) dan Daftar Ejaan Melayu (Jawi –
Rumi) (1949) dengan judul “Petua – petua Ejaan Rumi” yang kesemuanya dikarang sendiri oleh
Za’ba.
Sistem Ejaan Za’ba tidak menggunakan teori dan teknik linguistik kerana ianya hanya
melambangkan bunyi – bunyi bahasa Melayu melalui huruf – huruf rumi yang digunakan dalam
Sistem Ejaan Jawi Bahasa Melayu.
Tulisan atau skrip Jawi berasal dari skrip Arab yang sampai ke kepulauan Melayu bersama-sama
dengan kedatangan agama Islam. Skrip Arab tergolong dalam keluarga Semitik daripada cabang
Semitik Utara yang menurunkan keluarga kecil Aramaik dan seterusnya kepada
Nabataen dan skrip Arab.
Pada abad ke-7H, kerajaan Pasai dikatakan kerajaan pertama di kepulauan Melayu yang
menjadikan Islam sebagai agama rasminya. Rajanya yang pertama memeluk Islam, iaitu Merah Silu
telah menukarkan namanya kepada Sultan Malik al-Salleh.
Sistem
Tulisan Jawi
Namun Islam dikatakan bertapak di Kelantan lebih awal kerana sekeping wang emas iaitu al-Julus
Kelantan dengan tertulis satu mukanya bertarikh 577H dan tulisan Arab yang bermaksd
‘menduduki Kelantan’.
Pada akhir abad ke-8H dan muncul satu kuasa iaitu Melaka yang ditegakkan oleh seorang anak
raja Palembang yang berama Parameswara yang kemudiannya memeluk agama Islam dan
menukar Namanya kepada Sultan Iskandar Syah pada 812H. Seterusnya Melaka dan Pasai saling
berhubungan. Di Pulau Jawa Islam mula didakwahkan sejak 803H oleh seorang pendakwah yang
juga seorang wali yang bernama Maulana Malik Ibrahim.
Tulisan Kawi ialah sistem tulisan terawal di Kepulauan Melayu. Ia telah wujud dalam kurun ke-8M. Ia
digunakan untuk menulis dalam bahasa Kawi yang dituturkan oleh orang Jawa ketika itu. Tulisan
Kawi kemudiannya dibawa masuk ke kawasan-kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah
menjadi sistem-sistem tulisan baharu.
Tulisan Kawi asalnya adalah daripada huruf Vangki iaitu huruf orang-orang Pallawa yang berasal dari
Coromandel, India.
Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400M beriringan dengan runtuhnya kemaharajaan yang
Sistem menggunakan huruf itu iaitu Majapahit yang kemudiannya digantikan oleh Huruf Jawa yang
Tulisan Kawi dikembangkan daripada huruf Kawi oleh Kekhalifahan Demak. Orang Melayu Kuno menulis huruf-
huruf Kawi di atas kulit-kulit kayu, daun-daun lontar, kepingan-kepingan logam dan pada batu-batu.
Aksara Kawi adalah sebuah huruf yang digubah dari huruf India Selatan. Setiap hurufnya
merepresentasikan sebuah suku kata dengan vokal yang dapat diubah dengan penggunaan tanda
baca. Aksara ditulis tanpa ruang kosong. Aksara Kawi memiliki sekitar 47 huruf, namun terdapat huruf
yang bentuk dan penggunaannya tidak diketahui pasti kerana sedikitnya contoh yang ditemukan
dalam mempraktikan sistem bertulis Kawi.
Aksara Kawi memiliki bentuk subskrip huruf yang digunakan untuk menulis tumpukan konsonan, sama
dengan pasangan dalam aksara Bali.
Nama aksara ini berasal dari Dinasti Pallava yang pernah berkuasa di India Selatan antara abad
ke-4 sampai abad ke-9 Masihi. Dinasti Pallava adalah sebuah dinasti yang memeluk aliran
Jainisme. Tulisan ini merupakan sistem tulisan yang paling awal digunakan di kawasan Kepulauan
Melayu. Tulisan ini mula bertapak di Pulau Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa
Sanskrit dan ianya terdiri daripada 46 abjad.
Penyebaran tulisan dan bahasa Hindu ini dijangka terhad di kalangan golongan istana sahaja
Sistem Tulisan disebabkan tiada kemudahan asas untuk mengajar orang kebanyakan membaca dan menulis. Bukti
Pallawa penggunaan tulisan Pallava terdapat pada yupa iaitu tiang batu persembahan di daerah Muara
Kaman, pertemuan antara Sungai Mahakam dan Kedang Kepala, sekitar 125km tau dua jam
menaiki bot laju ke hulu Tenggarong, ibu kota Kabupaten Kutai Kartanegara.
Aksara Pallawa juga digunakan di dalam dokumen Tarumanegara yang berasal dari pertengahan
abad ke-5. Dokumen-dokumen inilah yang menjadi bukti penggunaan aksara Pallawa sebagai tanda
aksara ini telah berkembang di Nusantara.
Sistem Ejaan Rumi Kongres wujud setelah tamatnya Sistem Ejaan Rumi Za’ba. Sistem Ejaan Rumi
Kongres ini merupakan salah satu sidang di bawah Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu
pada 16 hingga 21 September 1956, di mana sidang tersebut telah ditapis, dihalusi dan disusun
kepada tiga kertas kerja tentang ejaan dan bunyi bahasa Melayu.16 ketetapan tentang ejaan bahasa
Melayu, 2 ketetapan tentang bunyi bahasa dan satu ketetapan tentang tulisan jawi telah dibuat
berdasarkan sidang tersebut.
Prinsip ejaan yang ditetapkan adalah sistem fonologi bukan fonetik, iaitu satu fonem dengan satu
grafem atau huruf sahaja. Perbezaan dari segi keserasian vokal dalam suku kata awal dan akhir
Sistem Ejaan tertutup telah ditetapkan semula. Tanda sempang yang bercanggah dengan system Za’ba yang
Rumi Kongres mengulang sempang beberapa kali telah dihapuskan kecuali pada situasi-situasi tertentu sahaja.
Pembaharuan dari segi perbezaan mengeja beberapa perkataan tertentu oleh kerana ejaan Kongres
menetapkan supaya perkataan dieja berdasarkan sebutan yang asal.
Perubahan kata-kata partikel, contohnya gelaran si, kata depan di, penanda sama yang dipisahkan
ejaannya daripada perkataan yang mengikutinya tanpa penggunaan sempang tanpa mengubah
maksudnya.
Penulisan Huruf
Pedoman
Ejaan Rumi
bahasa
Melayu
Penulisan Kata Tanda Baca
Penulisan Huruf
Huruf Besar Huruf Huruf Tebal
Condong
Penulisan Kata
Bentuk Kata Si &
Kata Dasar Kata Ganti
Gandaan Sang
Kata Gabungan
Turunan Kata Kata Depan Partikel
Tanda Baca
Tanda Titik
Tanda Tanya
(Noktah)
Tanda Seru Koma
03 Perkembangan Bahasa Melayu
Zaman Pramerdeka
Bahasa Melayu Pramerdeka
Pakatan Belajar-
Angkatan
Pejabat Karang Mengajar Sasterawan 50
Mengarang Pengetahuan (ASAS 50)
Bahasa
Laporan Fenn- Ordinan
Laporan Barnes Laporan Razak
Wu Pelajaran
Ditubuhkan pada tahun 1924 dikenali sebagai Penerbit Universiti dan pada 1 November
2001 dikenali sebagai Penerbit Universiti.
Penubuhan pejabat ini adalah atas daya usaha O.T Dussek , Pengetua MPSI, dan Pendita
Za’ba dilantik sebagai penggeraknya.
Pejabat
Karang Penubuhannya juga mendapat kerjasama daripada R.O. Winstedt iaitu Pengarah Pelajaran
Mengarang Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
Sebelum adanya Pejabat Karang Mengarang, penerbitan buku-buku dikendalikan oleh
pencetak-pencetak persendirian. Disebabkan pengeluarannya tidak begitu memuaskan
maka dalam tahun 1885 sebuah percetakan Melayu telah ditambah kepada Pejabat
Percetakan Kerajaan dengan mengambil Syed Mahmud Syed Abdul Kadri sebagai penulis
dan penterjemah di Pejabat Pelajaran Singapura.
Menghasilkan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta memperbanyakkan
bahan rujukan kepada semua golongan masyarakat.
Menerbitkan hasil penyelidikan warga akademik dalam bentuk buku, jurnal dan sebagainya.
Peranan
Pejabat Karang
Mengarang
Menganjurkan bengkel-bengkel penulisan serta kursus penterjemahan. Ini membuka peluang
kepada warga akademik menyebarluaskan kepakaran mereka dalam bidang yang diceburi
dan ia dapat mengimarahkan budaya penulisan dalam kalangan warga universiti.
Mewujudkan perpustakaan bergerak ke desa-desa.
Membina asas
pengetahuan Bahasa
Melayu dan ilmu karang-
mengarang.
Sumbangan
Pejabat
Karang
Mengarang
Menerbitkan buku bacaan
umum termasuk karya Memajukan Pendidikan
orang Melayu.
terjemahan.
Pakatan ini ditubuhkan pada1888.
Pengasas pakatan ini ialah Dato' Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak & Dato
Muhammad Ibrahim Munsyi.
Pakatan Belajar-
Mengajar
Pengetahuan Tujuan pakatan ini ditubuhkan adalah untuk mengendalikan perbincangan tentang bahasa
Bahasa Melayu serta mengkaji bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah
untuk disebarkan.
Selain itu,pakatan ini juga ingin mewujudkan perpustakaan.
Memperlengkap dan mempermoden bahasa melayu.
Mengekalkan tulisan jawi.
Menstandardkan ejaan dan perkataan.
Matlamat Pakatan
Belajar-Mengajar
Pengetahuan
Bahasa Mengembangkan pengetahuan melalui penyelidikan.
Mengeluarkan jurnal enam bulan sekali.
Mengadakan perpustakaan.
Za’ba
Tokoh yang
menjadi Ahli
Dato’ Onn Abdul Rahim
Jaafar Pakatan Belajar- Kajai
Mengajar Bahasa
Melayu
Ibu Zain
Sumbangan Tokoh Pakatan Belajar-Mengajar
Bahasa Melayu
Menerbitkan buku-buku tentang
bahasa Melayu, nahu Melayu dan Menerbitkan majalah berjudul
lain-lain cabang ilmu Peredar, buku peribahasa, jalan
pengetahuan. bahasa Melayu dan lain-lain lagi.
Sebuah pertubuhan sastera pertama di Malaya sebelum perang.
Ditubuhkan pada 6 Ogos 1950 di Singapura.
Merupakan pertubuhan sastera pertama bersifat kemasyarakatan dan
Angkatan menggunakan bahan sastera sebagai wadah mencapai kemerdekaan
Sasterawan 50 untuk Malaya pada tahun 1957.
(ASAS 50)
Pengasasnya ialah Muhammad Ariff Ahmad (MAS), Kamaluddin
Muhammad (Kris Mas), Abdul Wahab Muhammad (Awamil-Sirkam),
Abdul Jalil Haji Nor (Merayu Rawan), Munir Ali (Rosmera), Kumasi Haji
Dainuri (Teruna Jaya), Abdul Majid Husain (Hamzah), Masuri Salikun
(Masuri S.N), Abu Yamin Kasun, Ahmad Ramli Abdul Karim
(Ramlimah), Muhammad Daud dan Muhammad Yusof Yaacob (Jim).
Memperluas dan mempertingkatkan martabat kesusasteraan dan
kebudayaan Melayu.
Peranan Angkatan
Sasterawan 50 Melindungi hak-hak ahli dan pengarangnya.
(ASAS 50)
Melakukan pembaharuan dalam sastera tanpa menghilangkan
yang lama.
Menghimpunkan persatuan bahasa,sastera, dan budaya.
Sumbangan
Angkatan Sasterawan Mencadangkan bahasa diberi nilai ekonomi dengan mengutamakan
kelulusan bahasa Melayu untuk memperoleh pekerjaan.
50 (ASAS 50)
Berperanan dalam ejaan dan peristilahan.
Laporan Barnes diketuai oleh L J Barnes, Pengarah Bahagian Latihan
Sosial Universiti Oxford.
Sejarah Penubuhan Laporan Jawatankuasa mengenai Pendidikan Melayu atau Laporan
Laporan Barnes Barnes (1951) mengesyorkan seluruh sistem pendidikan dirombak
semula.
Untuk menyiasat kedudukan dan memperbaiki Pendidikan orang
Melayu.
Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa
pengantar.
Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan dika terdapat
15 orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda
mereka.
Cadangan Laporan
Barnes Bahasa Melayu wajib diajar di Sekolah Inggeris dan bahasa Inggeris
wajib diajar di Sekolah Melayu.
Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan
ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan
bahasa Tamil ditukarkan kepada Sekolah kebangsaan. Sekolah-sekolah
ini akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
Diketuai oleh Dr.Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu-Negara China) dan
Profesor Dr. Wu Teh Yao (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
Sejarah Penubuhan Laporan Barnes ditentang hebat oleh kaum Cina dan India dan
Laporan Fenn-Wu terbentuklah Laporan Fenn-Wu 1951.
Laporan Fenn-Wu 1952 ditubuhkan untuk mengkaji semula Laporan
Barnes serta melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap
laporan tersebut bertujuan menghapuskan bahasa dan budaya orang
Cina.
Sekolah vernakular iaitu sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah
Melayu dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa, iaitu
bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Tamil.
Cadangan Laporan Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan iaitu sekolah Inggeris
Fenn-Wu dikekalkan.
Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung
keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan
negara Persekutuan Tanah Melayu.
Turut dikenali sebagai Penyata Pelajaran 1954 yand diluluskan pada 21
November 1952 oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
Membawa kepada perubahan besar kepada susunan sistem pelajaran
Ordinan Pelajaran
negara ini.
Mengesyorkan sekolah kebangsaan sebagai corak sistem persekolahan
kebangsaan.
Membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan
perwatakan yang baik untuk tiap-tiap individu.
Matlamat Ordinan Menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri
Pelajaran dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini.
Berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara
yang terdiri dari berbagai kaum.
Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang
mengandungi dua jenis:
1. Sekolah aliran Inggeris dengan mata pelajaran bahasa Melayu
dijadikan mata pelajaran wajib.
2. Sekolah aliran Melayu dengan bahasa Inggeris dijadikan sebagai
bahasa kedua.
Menyediakan sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara
Cadangan-cadangan Kua-Yu (Cina) atau Tamil jika terdapat 15 orang murid atau lebih di
Ordinan Pelajaran dalam salah satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan
masing-masing.
Memberikan pelajaran secara percuma selama 6 tahun dan diwajibkan
kepada tiap-tiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12
tahun.
Ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Tun
Abdul Razak Hussein.
Laporan Razak Bertujuan untuk mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia.
Menekankan aspek pemantapan bahasa Melayu di dalam sistem
pendidikan.
Sekolah-sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar akan ditubuhkan di samping memberi peluang kepada
sekolah-sekolah rendah yang menggunakan Bahasa Inggeris, Tamil
dan Cina untuk terus maju.
Cadangan-cadangan Menubuhkan satu Institut Bahasa Melayu dengan tujuan untuk melatih
Laporan Razak guru-guru Bahasa Melayu dan menjalankan penyelidikan tentang
bahasa yang digunakan di Tanah Melayu serta kaedah pengajarannya.
Mengadakan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah.
04 Perkembangan Bahasa Melayu
Zaman Pascamerdeka
Perkembangan bahasa Melayu moden bermula semenjak negara masih
belum merdeka.
Desakan untuk memperkasakan kedudukan bahasa Melayu muncul
dalam tiga KongresBahasa dan Persuratan Melayu (1952, 1954, dan
1958).
Bahasa Melayu
Moden Laporan Razak (1956) turut mencadangkan supaya bahasa Melayu
Pascamerdeka dijadikan matapelajaran wajib di semua sekolah rendah dan menengah
bantuan kerajaan.
Pada zaman ini telah tergubal akta-akta yang menyentuh hal
kedudukan bahasa Melayu,malahan telah ditubuhkan institusi yang
bertanggungjawab untuk mengembangkanbahasa kebangsaan.
Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang
termasuk sains dan teknologi.
Memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa
kebangsaan.
Membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-
majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam
bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain.
Matlamat Akta Dewan
Bahasa dan Pustaka
1959 Membakukan ejaan dan sebutan serta membentuk istilah-istilah yang
sesuai dalam bahasa kebangsaan.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan
digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang
yang sedang berkuat kuasa.
05 Cabaran dan Masa Depan Bahasa
Melayu
Pendidikan
Slanga Ekonomi
Cabaran dan
Masa Depan
Bahasa Melayu
Percampuran Pentadbiran
Kod Kerajaan
Kerancuan
Bahasa Di
Media Sosial
Pendidikan
Cabaran bahasa Melayu dalam pendidikan ialah pengaruh bahasa Inggeris. Cabaran ini memang tidak
dapat dielakkan tetapi kita perlu menggunakannya dalam bentuk dan peraturan yang betul. Kita tidak
boleh menggunakan sekerat bahasa Melayu dan sekerat lagi dalam bahasa Inggeris. Perkara inilah
yang dikatakan sebagai bahasa rojak. Masyarakat bandar kini yang semakin mementingkan bahasa
Inggeris telah menyebabkan pembelajaran Bahasa Melayu semakin tercabar. Kekurangan guru opsyen
Bahasa Melayu juga salah satu cabarannya. Akibatnya,guru besar atau pengetua terpaksa meminta
guru bukan opsyen Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan ini. Dalam hal ini, Nik Safiah Karim
berpendapat banyak guru yang bukan sahaja tidak dapat mengajar bahasa Melayu dnegan baik,tetapi
penguasaan bahasa Melayu mereka juga amat lemah. Jadi, perkara ini yang menyebabkan kewujudan
masalah dalam melahirkan pelajar yang semakin lemah tentang bahasa kebangsaan sendiri.
Ekonomi
Cabaran bahasa Melayu dalam bidang ekonomi ialah Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama dalam
bidang ekonomi. Contohnya,bahasa Inggeris digunakan semasa suatu perniagaan yang sedang
dijalankan. Menurut kajian,Bahasa Melayu jarang-jarang digunakan semasa urusan perniagaan
dijalankan. Hal ini berlaku demikian kerana bahasa Melayu kekurangan istilah yang tepat untuk
mengungkapkan maksud dalam bidang ekonomi.
Pentadbiran Kerajaan
Fenomena penamaan tempat,bangunan dan jalan ,termasuk di kawasan yang menjadi pusat
pentadbiran negara yang mengutamakan nama berdasarkan bahasa asing berlaku. Pada masa
kini,masih banyak urusan rasmi tidak mengutamakan bahasa Melayu. Selain itu,tiada penegasan dan
penyelarasan penguatkuasaan penggunaan bahasa dalam sektor tertentu seperti penggunaan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan di tempat awam dan penyiaran. Contohnya, penggunaan bahasa
rojak dalam penyiaran di televisyen dan radio.
Kerancuan Bahasa Di Media Sosial
Media sosial termasuk Twitter,WhatsApp,Telegram,Wechat, Facebook dan Youtube memudahkan
seseorang untuk berkomunikasi. Penggunaan bahasa dalam media sosial sukar dikawal kerana tiada
peraturan bahasa yang ‘mengikatnya’. Pengguna bahasa ada kuasa yang besar dalam menentukan
kualiti bahasa yang akan digunakan. Kualiti penggunaan bahasa dalam media banyak bergantung pada
kesedaran dan tahap pengetahuan bahasa penggunanya. Perlakuan ‘memelayukan’ perkataan Inggeris
melalui ejaan ‘baharu’ dan kemudian menggunakannya dalam media sosial secara meluas seperti Keep
it up (Kipidap) akan menyebabkan kecelaruan penggunaan bahasa dalam media sosial semakin parah.
Penggunaan bahasa singkatan yang berleluasa dalam media sosial juga menyebabkan bahasa Melayu
menjadi bahasa rojak.
Percampuran Kod
Percampuran kod berlaku apabila seseorang itu menukar bahasanya secara berganti-ganti untuk satu
topik perbincangan yang sama. Contohnya, topik yang dibincangkan ialah ekonomi semasa tetapi
penutur akan bercakap dalam bahasa Inggeris lalu disambung dengan ayat dalam bahasa Melayu,
kemudian berbalik semula menggunakan bahasa Inggeris. Percampuran kod boleh berlaku dalam
bahasa lisan dan penulisan terutamanya dalam penulisan karya kreatif. Kebanyakan karya kreatif
ditulis mengikut kreativiti dan pegangan penulis untuk menggambarkan realiti masyarakat tetapi
bahasa yang digunakan bercampur-campur dan menjadi tidak standard. Ini akan mengakibatkan
wujudnya kesalahan bahasa Melayu dalam kalangan remaja. Percampuran kod juga akan menyebabkan
kekeliruan terhadap penggunaan tatabahasa bahasa Melayu dalam kalangan remaja. Kesannya, jati
masyarakat semakin berkurangan dan usaha pembinaan negara bangsa Malaysia akan turut terjejas.
Slanga
Penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-ungkapan yang tidak dianggap standard dalam
dialek atau bahasa. Antara ciri-ciri bahasa slanga ialah kosa kata tidak standard, mempunyai makna
yang tersendiri atau baharu, gabungan perkataan Melayu dengan bahasa asing dan tidak mudah
difahami oleh orang yang bukan ahli kumpulan, ini akan menimbulkan identity kumpulan serta
membentuk dialek sosial. Kesan pengaruh slanga terhadap bahasa Melayu pada masa depan ialah
menjejaskan kedaulatan bahasa Melayu, asal usul bahasa Melayu akan terhakis, bahasa Melayu yang
gramatis akan lenyap dan kehadiran pelbagai kosa kata baharu.
06 Rumusan dan Pandangan
Kesimpulannya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat unik yang menajadi simbol
kebanggaan dalam kalangan penduduk Malaysia. Kita haruslah mendalami bahasa Melayu kita dan
menggunakannya untuk berkomunikasi. Bahasa tersebut penting kerana ia dapat menyatupadukan
rakyat yang berbilang kaum untuk mengelakkan rakyat daripada berlakunya pertelingkahan faham
antara satu sama lain. Rakyat boleh Bersatu padu di bawah satu bumbung yang dieratkan menerusi
penggunaan bahasa kebangsaan kita lalu rasa toleransi, muafakat dan saling menghormati akan
terhasil. Ringkasnya, bahasa Melayu iaitu bahasa kebangsaan kita berupaya mengeratkan hubungan
antara kaum di Malaysia dengan mudah.
07 Rujukan
Sistem ejaan Za’ba. (2012, Ogos 2). https://bit.ly/3o7pXAd
Sistem tulisan Jawi. (2015, Ogos 30). https://bit.ly/32yTnyx
Shahbudin Abdullah. Sejarah perkembangan tulisan Jawi. (n.d.). https://bit.ly/3xCuZYn
Wikipedia. Aksara Kawi. (2021, Julai 17). https://bit.ly/3rb7NiOi
Izuan Jelani. Tulisan Kawi: Tulisan yang digunakan oleh orang Melayu sebelum Jawi. (n.d.). https://bit.ly/3rhjt3E
Wikipedia. Tulisan Pallava. (2021, Julai 17). https://bit.ly/3E0k78V
Malay Wiki. Di kepulauan Melayu tulisan Pallava. (n.d.). https://bit.ly/318iU19
Mohd Naim Daipi. (n.d.). Perkembangan ejaan rumi bahasa Melayu: Bahagian ll. Sekata, 9(1), 28-48. The Malay Language Council.
https://bit.ly/3d0HiEc
Mimbar Kata. Pejabat Karang Mengarang. (n.d.). https://bit.ly/31cznkU
Nas Hafizah Nasrullah. Pakatan belajar mengajar pengetahuan bahasa. (2016, April 18). https://bit.ly/310CUTG
Mimbar Kata. Asas 50. (n.d.). https://bit.ly/32GBcqX
Fitriah Gi Kwang. Bahasa Melayu pascamerdeka. (2013, Julai 24). https://bit.ly/3cVEM2d
Wikipedia. Laporan Barnes 1950. (2021, Ogos 29). https://bit.ly/3nZMU85
Wikipedia. Laporan Fenn-Wu 1951. (2021, Ogos 29). https://bit.ly/3cUr67s
Huszarudin. Ordinan Pelajaran, 1952. (2011, Julai 16). https://bit.ly/2ZtVNxi
Nor Amalina Binti Mazlan. Laporan Razak. (2013, September 11). https://bit.ly/31czDAo
Cikgu Nazarinanawawi. Masa hadapan bahasa Melayu. (2012, Mei 3). https://bit.ly/3nYG3f4