KERTAS KONSEP PROJEK INOVASI
Tajuk projek: Bom on Time
Nama kumpulan: BoM
Nama ahli: Lisa Yip Shukye, Ed.D.
Lim Guar Goh
Noor Hayati Che Mat, Ph.D.
Hasil Pembelajaran:
Mengenal pasti konsep masa, merangkumi kronologi, masihi dan sebelum masihi, kalender
masa serta konversi masa dalam mata pelajaran Sejarah bagi murid sekolah rendah tahun 4
Sinopsis projek:
Projek inovasi ini bertujuan memperkenalkan BoM on Time untuk membantu murid sekolah
rendah menguasai konsep masa dalam sejarah. BoM on Time terdiri daripada kad-kad
fleksibel yang digantung di atas seutas tali yang mewakili garis masa bagi membantu murid
memahami dan mengingat peristiwa-peristiwa penting sejarah. Kad-kad ini menarik dan
mudah dimanipulasi untuk merangsang pemikiran murid BoM on Time ini sesuai digunakan
oleh murid sekolah rendah. Inovasi BoM telah dilaksanakan di sebuah sekolah rendah zon
Pudu. Hasil pelaksanaan inovasi ini menunjukkan bahawa BoM on Time memudahkan murid
menguasai konsep kronologi, konsep tahun sebelum masihi dan tahun masihi, konsep
kalendar masa serta konsep konversi masa. Selain itu, BoM on Time juga mampu mengubah
persepsi murid daripada negatif kepada positif terhadap mata pelajaran Sejarah. Projek
Inovasi BoM on Time dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran sejarah lebih
hidup dan menarik serta menjana pemikiran murid.
Rasional Projek:
Pengkaji mendapati murid dapat menghafal tarikh dan peristiwa dengan tepat namun demikan
mereka sering keliru dengan konsep kronologi. Didapati bahawa murid kurang mampu
mengaitkan peristiwa masa lalu, kini dan akan datang. Mereka sering keliru dengan konsep
tahun sebelum masihi dan tahun masihi. Mereka juga tidak dapat mengukur dan mengira
kalendar masa serta gagal membuat interpretasi garis masa dengan betul. Pengkaji juga
mendapati murid sering menganggap Sejarah sukar, membosankan dan memerlukan banyak
hafalan. Hal ini disebabkan kekurangan bahan bantu mengajar yang dapat mencungkil
pemikiran, dan kelemahan pendekatan pengajaran Sejarah itu sendiri. Oleh sebab itu,
pengkaji mencadangkan satu pendekatan pengajaran yang lebih mencabar dengan bantuan
bahan bantu mengajar yang telah dibina sendiri oleh pengkaji menggunakan peralatan
kehidupan seharian.
Objektif Projek:
1. Meningkatkan penguasaan konsep masa dalam Sejarah.
2. Meningkatkan penglibatan murid dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
3. Memberi keseronokan belajar kepada murid.
Strategi Penyelesaian dan Idea Reka Bentuk Projek:
Tinjauan awal
Masalah murid kurang menguasai konsep masa dalam Sejarah telah dikenal pasti melalui
temu bual pensyarah dan guru sejarah. Sesi brain storming telah dilaksanakan untuk strategi
penyelesaian. Adalah dipersetujui bahawa kaedah bermain amat sesuai, khasnya permainan
kad fleksibel yang digantung di atas seutas tali yang mewakili garis masa bagi membantu
murid menguasai konsep masa dalam Sejarah. Cetusan idea datang daripada pakaian yang
disidai atas tali. Maka, lahirlah idea BoM on Time.
Perancangan
Pasukan inovasi dibentuk untuk membina bahan BoM on Time. Perancangan ini mengambil
masa selama satu bulan. Bahan BoM on Time terdiri daripada sebuah kotak plastik bersaiz
A4, penyepit baju, 2 utas tali berlainan warna, kad manila pelbagai warna dan nat. Kos binaan
Kit BoM on Time adalah sebanyak RM42.70. Setelah produk inovasi siap dibina, ia telah dinilai
oleh beberapa orang guru dan pensyarah sejarah. Salah satu cadangan penambahbaikan
oleh penilai Kit Bom on Time ini ialah dari segi packaging produk inovasi perlu ditambah baik
agar kelihatan lebih menarik.
Pelaksanaan
Projek ini hanya dilaksanakan di sebuah sekolah rendah iaitu di zon Pudu. Murid yang terlibat
adalah seramai 30 orang.
Projek ini telah disebarluasan kepada mata pelajaran Matematik oleh siswa guru IPGK lain.
Idea Projek:
Daripada pemerhatian, didapati kanak-kanak mempunyai kecenderungan dan suka akan
permainan berbentuk kad yang berwarna warni. Dengan menjalinkan idea permainan kad
dan kefleksibelan suri rumah menyusun pakaian semasa menyidai pakaian di atas tali maka
tercetuslah idea BoM on Time. Cetusan idea ini adalah bersifat autentik (asli) dan berkait
dengan kehidupan seharian murid kerana ia menggunakan peralatan yang biasa ada
dipersekitaran murid. Prinsip asas bahan inovasi BoM on Time adalah mengaplikasikan
konsep fleksibel dan menyeronokkan. Peristiwa-peristiwa sejarah boleh dimanipulasi serta
diolah dengan mudah mengikut urutan melalui permainan menyusun, menambah dan
menjana pemikiran. Justeru, satu gambaran yang jelas tentang konsep masa dapat
divisualisasikan semasa aktiviti PdP menggunakan BoM on Time. Dengan kata lain, BoM on
Time menggalakkan perkembangan kognitif yang melibatkan pemikiran sejarah dalam KBAT.
Sejauh manakah pengguna akhir menggunakan projek ini?
Projek ini telah dilaksanakan di sebuah sekolah rendah zon Pudu. Murid yang terlibat adalah
seramai 30 orang. Murid diberi masa selama 60 minit untuk belajar konsep masa dalam
Sejarah menggunakan Kit BoM on Time dengan bimbingan guru dan pengkaji. Hasil analisis
maklum balas murid menunjukkan bahawa projek ini berjaya menggalakkan pembelajaran
aktif dan memberi keseronokan belajar kepada muri.d
Bukti:
Scan QR Code Portfolio
Link: https://anyflip.com/lgyvb/wdxx/
Impak Utama Ke Atas Pengguna Akhir:
Tinjauan pasca terhadap kumpulan sasaran selepas inovasi dilaksanakan, mendapati
bahawa hasil yang ditunjukkan adalah sangat memberangsangkan. Murid dapat menguasai
konsep kronologi, konsep tahun sebelum masihi dan tahun masihi, konsep kalendar masa
serta konsep konversi masa dengan mudah dah pantas. Selain itu, murid berasa PdP Sejarah
lebih menarik dan menyeronokkan.
Melalui pemerhatian pelaksanaan PdP menggunakan BoM on Time, didapati bahawa BoM
on Time mampu mencungkil dan merangsang pemikiran murid secara kritis dan kreatif tanpa
menghafal fakta. Dalam proses menyusun semula fakta berdasarkan perubahan peristiwa
atau pertambahan maklumat, didapati murid telah terlibat secara aktif dari segi kognitif. Hal
ini sejajar dengan PPPM (2013-2025) yang menyatakan setiap murid perlu ada KBAT untuk
bersaing pada peringkat global.
Kesan Ke Atas Pengguna Dari Aspek Kemahiran IR4.0:
Revolusi Perindustrian 4.0 melibatkan pelbagai kemahiran seperti penyelesian masalah,
pemikiran kritis dan kreatif serta kerja berpasukan, Projek ini dapat memupuk kesemua aspek
IR 4.0 tersebut. Dalam menyelesaikan masalah sejarah berkaitan peristiwa lepas, murid
berkolaboratif dalam pasukan bertiga, berfikir secara kritis tentang elemen asas sejarah
(konsep kronologi, konsep tahun sebelum masihi dan tahun masihi, konsep kalendar masa
serta konsep konversi masa). Kecerdasan emosi bersabar dan bertolak ansur diamalkan
semasa belajar untuk memastikan permainan berjalan lancar. Keberkesanan projek dikumpul
melalui soal selidik. Hasil analisis menunjukkan projek ini berjaya meningkatkan penguasaan
pemahaman murid terhadap garis masa, kalendar masa, tahun masihi dan sebelum masihi
serta urutan masa.
Bukti:
QR Code Portfolio
Link: https://anyflip.com/lgyvb/wdxx/
Perluasan dan Komersial:
Nota konsep masa telah diterbitkan dalam Buku Prinsip dan Kaedah Sejarah ISBN 978-967-
10757-3-9. Inovasi ini telah berdaftar dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia dan
digunakan di sebuah sekolah rendah Zon Pudu, Kuala Lumpur. Inovasi ini turut dikongsi
dengan siswa guru IPGK lain.
Bukti:
QR Code Portfolio
Link: https://anyflip.com/lgyvb/wdxx/
PORTFOLIO BERCETAK BoM on Time
Bahan bukti bagi C2, D3 dan E1:
Rajah 1: Komen guru sejarah terhadap konsep kronologi
Rajah 2: Komen guru terhadap mata pelajaran sejarah
Jadual 1: Analisis maklum balas murid terhadap mata pelajaran Sejarah sebelum inovasi
Bil. Pernyataan Bilangan Responden
Tidak Setuju
Setuju
1 Dapat memahami garis masa 74%(22) 26%(8)
2 Dapat mengukur dan mengira kalendar masa 79%(24) 21%(6)
3 Dapat membezakan tahun sebelum masihi 73%(22) 27%(8)
dan tahun masihi
4 Dapat membuat urutan masa dan peristiwa 80%(24) 20%(6)
daripada fakta-fakta sejarah
5 Mata Pelajaran Sejarah susah 15%(5) 85%(25)
6 Mata Pelajaran Sejarah tidak penting 18%(5) 82%(25)
7 Mata Pelajaran Sejarah membosankan 17%(5) 83%(25)
8 Mata Pelajaran Sejarah tidak mencabar 13%(4) 87%(26)
9 Mata Pelajaran Sejarah banyak menghafal 11%(3) 89%(27)
10 Saya suka mata pelajaran Sejarah 81%(24) 19%(6)
Rajah 3: Refleksi murid tahun 4
Jadual 2: Analisis maklum balas murid terhadap mata pelajaran Sejarah selepas inovasi
Bil. Pernyataan Bilangan Responden
Tidak Setuju
Setuju
1 Dapat memahami garis masa 25%(7) 75%(23)
2 Dapat mengukur dan mengira kalendar masa 21%(6) 79%(24)
3 Dapat membezakan tahun sebelum masihi 26%(7) 74%(23)
dan tahun masihi
4 Dapat membuat urutan masa dan peristiwa 18%(5) 82%(23)
daripada fakta-fakta sejarah
5 Mata Pelajaran Sejarah susah 86%(26) 14%(4)
6 Mata Pelajaran Sejarah tidak penting 82%(25) 18%(5)
7 Mata Pelajaran Sejarah membosankan 84%(25) 16%(5)
8 Mata Pelajaran Sejarah tidak mencabar 88%(27) 12%(3)
9 Mata Pelajaran Sejarah banyak menghafal 90%(27) 10%(3)
10 Saya suka mata pelajaran Sejarah 15%(4) 85%(26)
Rajah 4: Kit BoM on Time
Rajah 5: Kad manila pelbagai warna
Rajah 6: Dua tali berlainan warna, gelang kunci dan penyepit baju
Rajah 7: Nat untuk mengukur dan mengira kalendar masa merentas peristiwa sejarah
Rajah 8: Bahan dalam kit BoM on Time digunakan oleh murid untuk mempelajari konsep masa
Rajah 9: Murid menggunakan Kit BoM on Time untuk belajar Sejarah
Rajah 10: Contoh hasil kerja murid
Rajah 11: Murid sedang mengukur dan mengira kalender masa dalam Sejarah
Rajah 12: Kit BoM on Time telah disebar luas kepada mata pelajaran Matematik
Rajah 13: Penyebarluasan kepada siswa guru dari IPGK lain
Rajah 14: Buku Prinsip dan Kaedah Sejarah ISBN 978-967-10757-3-9
Rajah 15: Borang pendaftaran hakcipta MyIPO
QR CODE POSTER BoM On TIME