sam butan jubli p erak
25 Tahun
2 & 3 DISEMBER 2022
PERKARANGAN MASJID DARUL EHSAN &
SEKOLAH ISLAM DARUL EHSAN
ISI
KANDUNGAN
KATA-KATA ALUAN 1-5
Perasmi - Menteri Besar Selangor
Pengerusi Yayasan SAMDE 6 - 13
Nazir Masjid Darul Ehsan
Yang Dipertua PIBG SIMDE 14 - 17
Pengarah Program 18 - 19
20 - 21
CARTA ORGANISASI 22 - 26
Yayasan SAMDE 27
Masjid Darul Ehsan
PIBG SIMDE
SMI Darul Ehsan
SRI Darul Ehsan
Tadika Darul Ehsan (TIMDE)
AJK PELAKSANA
TENTATIF PROGRAM
PELAN/SUSUN ATUR
Gerai Jualan dan Permainan
Makan Malam
MEMORI 25 TAHUN
SEKALUNG PENGHARGAAN
K AMTeAnteri-BeKsarASTelaAngorA L U A N
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah (SWT) di atas
limpah dan kurnianya, hari ini saya berpeluang hadir untuk
menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Sambutan Jubli
Perak Sekolah Islam Masjid Darul Ehsan (SIMDE). Tahniah dan
terima kasih saya ucapkan kepada pihak sekolah atas
penganjuran dan jemputan ke program yang julung kali
diadakan ini.
Saya dimaklumkan bahawa penganjuran program ini bertujuan meraikan ulang tahun
penubuhan SIMDE yang ke 25 tahun. Di samping itu, sambutan yang berkonsepkan keraian
dengan pelbagai pengisian serta aktiviti menarik ini juga merupakan salah satu platform untuk
menjana dana kewangan sekolah, khususnya bagi tujuan pembangunan modal insan,
infrastruktur serta penambahbaikan prasarana sekolah. Seiring dengan matlamat tersebut,
dengan adanya penglibatan pelbagai pihak, ia bukan sahaja dapat mengeratkan lagi ukhwah
dalam kalangan seluruh warga SIMDE, bahkan mewujudkan jalinan silaturrahim dengan
komuniti di sekitarnya.
Di kesempatan ini, saya ingin mengambil peluang merakamkan sekalung tahniah kepada
pihak Sekolah Islam Masjid Darul Ehsan di atas segala pencapaian dan kecemerlangan yang
dicatatkan sepanjang tempoh 25 tahun beroperasi di bawah pengurusan Yayasan SAMDE.
Sebagai salah sebuah Sekolah Islam Swasta, bukanlah sesuatu yang mudah untuk berada pada
tahap ini. Pelbagai cabaran perlu dihadapi dan ditangani dengan bijak untuk memastikan
kestabilan dan kelangsungan operasi sekolah. Saya yakin, sekolah ini mampu merealisasikan visi
untuk Menjadi Sebuah Institusi Pendidikan Islam Bersepadu yang Terunggul di Negeri Selangor
menjelang tahun 2026 melalui pelaksanaan pelan perancangan strategik dan pembangunan
yang telah dirancang. Harapan dan doa saya, semoga pihak Sekolah Islam Masjid Darul Ehsan
akan terus cemerlang dan mencipta lebih banyak kejayaan di masa akan datang.
Sebelum mengakhiri ucapan, izinkan saya menyampaikan serangkap pantun.
Merbah berkicau di hujung muara,
Melayang serindit di atas permatang;
Terima kasih menjemput saya,
Ke majlis tuan yang gilang gemilang.
Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim saya merasmikan Karnival Sambutan Jubli Perak
Sekolah Islam Masjid Darul Ehsan. Sekian, terima kasih.
YAB DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI
Menteri Besar Selangor
SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN SIMDE 1
KATA -YayKasaAn TSAAMADEL U AN
Pengerusi
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang Maha Pengasih
lagi Maha Penyayang, Yang menciptakan langit dan bumi
dan mentadbir seluruh alam. Salam buat Nabi junjungan
mulia, Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat
baginda. Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan tahniah saya ucapkan kepada semua pihak, kerana
untuk sekian kalinya dapat kita merealisasikan Sambutan
Jubli Perak SIMDE (1998-2023) dengan jayanya pada tahun ini.
Sepertimana tuan puan sedia maklum, Sambutan Jubli Perak ini diadakan bertujuan untuk
menyambut ulang tahun penubuhan SIMDE yang ke-25. Selain daripada itu ia juga bertujuan
untuk mengisi dana kewangan sekolah bagipembangunan modal insan serta menaik taraf
pembangunan infrastruktur sekolah secara keseluruhan. Ini bagi memastikan anak-anak didik
dan juga Warga SIMDE dapat belajar dan bekerja dalam satu suasana yang selesa dan kondusif.
. Syukur kehadrat Ilahi, tahun ini, SIMDE telah memasuki tahun yang ke-25 dan masih utuh
berjuang untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dalam sistem pendidikan berteraskan
Islam di Selangor. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SIMDE terutama guru-guru yang
telah bertungkus lumus dan tidak pernah jemu menabur bakti mendidik anak-anak SIMDE
supaya anak-anak ini dapat mempersiapkan diri mereka dalam mengharungi cabaran dunia
pendidikan masa kini.
Menyelusuri perjalanan sepanjang 25 tahun penubuhan SIMDE, yang mana tujuan asal
penubuhannya adalah untuk bersama-sama dalam mengembalikan kegemilangan ummah
dan melahirkan bakal-bakal khalifah pada masa hadapan. Oleh yang demikian, bagi
merealisasikan impian tersebut, adalah penting untuk kita bersatu hati dalam menjayakan
hasrat murni ini. Tiada yang lebih mulia disisi Allah SWT selain daripada usaha untuk
mengembalikan kegemilangan Islam, ummah dan negara pada masa hadapan.
Akhir kata, marilah kita sama-sama berdoa supaya SIMDE terus kukuh, maju, cemerlang dan
gemilang untuk tahun-tahun yang mendatang. Sokongan yang padu daripada tuan puan
kepada pihak sekolah khususnya, InsyaALLAH akan menjamin kecemerlangan dan
kesejahteraan masa depan anak-anak SIMDE. Saya juga berdoa semoga, Sambutan Jubli Perak
pada tahun ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehAllah SWT. Sekian terima kasih.
YM . PROF. MADYA DR. TENGKU SHAHROM BIN TENGKU SHAHDAN
Pengerusi Yayasan SAMDE
SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN SIMDE 2
KANaTziAr M-asjiKd ADarTulAEhsAanLUAN
AAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah kurnia dan keizinan-Nya, kita dapat bersama – sama
pada malam ini bagi meraikan Sambutan Jubli Perak 25
Tahun Sekolah Islam Darul Ehsan (SIDE). Terima kasih
diucapkan kepada semua warga SIMDE dan ibu bapa kerana
sudi hadir ke majlis yang penuh bermakna ini. Tahniah juga
kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Fauzi Bin Asmuin
selaku pengarah program yang dilantik mampu
melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan baik
bagi menjayakan Sambutan Jubli Perak 25 Tahun SIDE.
Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada seluruh
warga sekolah atas segala khidmat bakti, dan komitmen yang dicurahkan sejak 25 tahun
penubuhan Sekolah Islam Darul Ehsan untuk memastikan tiada murid yang tercicir untuk
melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi. Pada usia, yang menjangkau 25 tahun, Sekolah
Islam Darul Ehsan kini telah menjadi sebuah Institusi Pendidikan Islam yang mampu bersaing
dengan sekolah-sekolah arus perdana.
Seperti mana yang kita ketahui, majlis pada malam ini adalah buat julung kalinya diadakan
dengan kerjasama antara pihak Masjid Darul Ehsan, Yayasan SAMDE dan PIBG. Ini merupakan
satu kejayaan dan kerjasama yang baik bagi saya kerana dapat menghimpunkan semula semua
warga SIMDE pada majlis yang penuh bermakna ini.
Ibarat pantun yang berbunyi,
SALAM DIBERI PEMBUKA BICARA,
BERSAMA ALUNAN AL-QURAN NULQARIM,
SAMBIL BERKUMPUL BERAMAH MESRA,
MEMPERERATKAN LAGI SILATURAHIM.
Saya percaya, ramai bekas murid SIDE yang telah berjaya menamatkan pengajian
memperolehi pekerjaan yang baik dan secara langsung menyumbang kepada pihak sekolah
dalam apa jua bentuk. Dan tidak lupa juga kepada mantan pengurusan masjid, pengurusan
sekolah dan bekas tenaga pengajar yang juga turut hadir pada malam ini telah banyak
menabur jasa sehingga sekolah berdiri teguh sehingga sekarang. Syabas dan tahniah, saya
ucapkan.
Saya berharap Sekolah Islam Darul Ehsan akan terus mengorak langkah dengan pelbagai
pencapaian dan kejayaan sehingga menjadi sebuah Institusi Pendidikan Islam yang unggul di
Negeri Selangor menjelang 2025.
Sekali lagi, saya ingin mengucapkan syabas kepada Sekolah Islam Darul Ehsan atas
Sambutan Jubli Perak 25 Tahun. Dengan hasrat tersebut, saya dengan lafaz
Bismillahirrahmanirrahim merasmikan Majlis Makan Malam Amal sempena Sambutan Jubli
Perak 25 Tahun SIDE.
Sekian,
HJ. ABDUL HALIM BIN ISMAIL
Nazir MASJID DARUL EHSAN, SUBANG JAYA
SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN SIMDE 3
KATA D-ipeKrtuAa TPIABGA LU AN
Yang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi dengan taufiq
dan hidayahNya, saya diberi ruang untuk merakam sepatah
dua kata dalam buku cenderahati Sambutan Jubli Perak
SIMDE 25 Tahun.
Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada kepada seluruh
Warga SIMDE kerana sentiasa berusaha dan memastikan anak-anak didik SIMDE terus melakar
kejayaan demi kejayaan bukan sahaja di bidang kurikulum mahupun ko-kurikulum, bahkan
juga membantu dalam membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak ini untuk menjadi generasi
muda yang beriman. Hari ini ialah hari yang sangat bererti dan mencatatkan satu kenangan
indah kepada semua Warga SIMDE. Ikhlas dan sabar dalam setiap usaha menabur bakti telah
membuahkan hasil, kerana Alhamdulillah kita dapat bersama-sama melihat sehingga ke hari ini
SIMDE masih berdiri kukuh sebagai salah satu sekolah swasta agama terbaik di Negeri Selangor
.
Dengan status sekolah agama swasta yang cemerlang, pastinya kita perlu lebih berusaha dan
berkerja keras untuk mencipta lebih banyak kejayaan di masa hadapan. Oleh itu, Persatuan Ibu
Bapa dan Guru ( PIBG ) SIMDE akan sentiasa menyokong dan memberi kerjasama padu dalam
membantu pihak sekolah dalam usaha menyediakan suasana pembelajaran yang selesa dan
kondusifbagi memastikan anak-anak didik SIMDE dapat terus memacu usaha ke arah
kecemerlangan. Pihak PIBG juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengetua,
Guru Besar, barisan pentadbir dan guru-guru yang telah mendidik dan mentarbiah anak-anak
kami sehingga berjaya. Semoga dengan kerjasama, kesepakatan dan semangat ukhwah yang
tercipta akan lebih menyinar lagi kecemerlangan SIMDE.
Akhir kalam, saya dan seluruh ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SIMDE
mengucapkan syabas kepada warga SIMDE atas kejayaan menganjurkan Sambutan Jubli Perak
pada hari ini.
Sekian, terima kasih.
AZFARIZAL BIN ABDUL RASHID
YDP PIBG SIMDE
SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN SIMDE 4
KAPTenAgara-hJuPKbrloiAgPraTemraAkSamAbuLtaUn AN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah, setinggi ucapan syukur kehadrat Ilahi, atas
limpahan dan kurniaNya, Karnival Sambutan Jubli Perak
SIMDE yang ke 25 tahun dapat dilaksanakan.
Seperti sedia maklum, penganjuran Karnival Sambutan Jubli Perak ini adalah sebagai satu
usaha untuk menjana dana kewangan sekolah di samping meraikan kegemilangan penubuhan
SIMDE yang telah pun mencecah 25 tahun. Program ini adalah julung kalinya di adakan di mana
ia berkonsepkan perayaan atau karnival dengan menyediakan pelbagai acara dan aktiviti
keraian yang menarik. Selain karnival, akan diadakan juga sesi pelancaran rasmi seperti
Pelancaran Projek Pembinaan Bangunan Blok Pentadbiran, Bangunan Maahad Tahfiz dan
Tadika Islam, Pelancaran Alumni Sekolah, Pelancaran Pelan Strategik Sekolah 2022-2022 dan
juga Perasmian Galeri Sejarah Sekolah dan Makmal Sains Sekolah. Di sepanjang tempoh 25
tahun ini, SIMDE telah berjaya menempatkan sebagai sebuah sekolah swasta yang cemerlang di
negeri Selangor. Besar harapan agar kejayaan-kejayaan yang telah diperolehi akan dapat di
kekalkan bahkan ditambah baik di masa hadapan. Bagi menerapkan suasana pembelajaran
yang selesa, menjadi tanggungjawab pihak sekolah untuk meyediakan prasarana dan
infrastruktur yang baik. Semoga dengan adanya program sebegini ia dapat memberi semangat
kepada seluruh warga SIMDE untuk terus bersama berganding bahu meneruskan momentum
kecemerlangan samada di bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum.
Tahniah dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam
menjayakan program ini. Jika ingin dihitung, maka tidak terbalas segala usaha yang telah
dilakukan oleh Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada Warga SIMDE, Masjid Darul Ehsan
dan Persatuan Ibu Bapa dan Penjaga (PIBG). Akhir kata, semoga Allah membalas jasa dan penat
Lelah semua pihak dan semoga hubungan sesama kita akan terus terjalin
walau di mana kita berada di atas muka bumi Allah ini.
Wassalam, terima kasih.
HAJI AHMAD FAUZI BIN ASMUIN
Pengarah Program
Karnival Sambutan Jubli Perak SIMDE
SAMBUTAN JUBLI PERAK 25 TAHUN SIMDE 5
CARTA ORGANISASI
YAYASAN SAMDE
6
CARTA O RGANISASI
PIBG SIMDE
SESI 2022-2024
YANG DIPERTUA
En. Azfarizal bin Abdul Rashid
NAIB YANG DIPERTUA
Haji Hasnol bin Mohamed Harudin
SETIAUSAHA
Suriani binti Aliah
BENDAHARI
Siti Balqis binti Mohd
PEMERIKSA KIRA-KIRA 1
Sharwin Farhana binti Shahadan
PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
En Saiful Bahri bin Sudarno
AJK AJK GURU
En Yussunizam bin Yaakob En Khairul Izat Azmi bin Hussein
AR Tuan Kamarul Hisyam En Mohd Aiman bin Homaidi
Pn Azliza Azrah binti Mohd Zakaria Pn Siti Nor binti Yusoff
Pn Tuty Normarliana binti Manaf Pn Noor Fadilah binti Othman
Pn Noraini binti Mahmud
Pn Umai binti Osman
Pn Zatul Hijanah binti Ramzi
7
CARTA ORGANISASI
MASJID DARUL EHSAN SUBANG
JAYA 2019 - 2022
8
CARTA ORGANISASI
SMIDE & MTMDE 2022/2023
9
10
CARTA ORGANISASI
SRIDE 2022/2023
11
12
CARTA ORGANISASI
TIMDE 2022/2023
13
AHLI JAWATAN 14
PELAKSANA
PENASIHAT
Prof. Madya Dr. Tengku Shahrom bin
Tengku Shahdan
Pengerusi Yayasan SAMDE
Tn. Haji Mohd Mezlan bin Hamat
Pengetua SMIDE
Pn. Hajah Kamariah binti Nasir
Guru Besar SRIDE
PENGARAH
Tn. Haji Ahmad Fauzi bin Asmuin
TIMBALAN PENGARAH
Timbalan Pengarah I
Pn. Hajah Sabturiah binti Sapri
Timbalan Pengarah II
En. Hasnol bin Mohamed Harudin
SETIAUSAHA
Cik Puteri Arisha Syamira binti
Jamsari Mohd
PENOLONG SETIAUSAHA
Pn. Thahiroh binti Zulkepli
BENDAHARI
Pn. Siti Balqis binti Mohd
PENOLONG BENDAHARI
En. Radzi bin Jamil
JawPaEtaLnAKSANA
PENASIHAT: En. Noor Azizee bin Abd Aziz
1. KETUA: Tn. Haji Mohd Mezlan bin Hamat
JK PELANCARAN PROJEK TIMB. KETUA: Pn. Norhairany binti Johari
PEMBINAAN BLOK
PENTADBIRAN, AJK:
TAHFIZ & TADIKA 1. Cik Nurathirah binti Abdul Razak
2. Cik Nurul Hairiza binti Ritin
3. En. Mohammad Iskandar bin Darusamin
PENASIHAT: Prof. Madya Dr. Tengku Shahrom
2. bin Tengku Shahdan
JK PELANCARAN PELAN
STRATEGIK SEKOLAH KETUA: Pn. Hajah Sabturiah binti Sapri
TIMB. KETUA: Sharmila Nadia binti Che Hussin
AJK:
1. Pn. Anis Shaira binti Wail
2. Pn. Muzaidila binti Mohamed Zauti
PENASIHAT: Pn. Kamariah binti Nasir
3. KETUA: Pn. Huda Tohming binti Ahmad
JK MAJLIS MAKAN MALAM TIMB. KETUA: Pn. Che Maznah binti Mamat
AMAL (VIP MAJLIS
PERASMIAN AJK:
PEMBUKAAN & 1. Pn. Norfazliana binti Badron
PENUTUPAN) 2. Pn. Siti Hajar binti Ab Rahim
3. Pn. Noraini binti Mahmud
4. Nurulhusna binti Nawawi
5. Nur Shuhada binti Zahari
KETUA: En. Hasnol bin Mohamed Harudin
4. TIMB. KETUA: En. Syed Abdul Ghaffar bin Syed
JK KUTIPAN AMAL
DERMATHON Zulkifli
AJK:
1. Pn. Norhaslinda binti Hairan
2. Wan Rohana binti Wan Musa
3. Khairul Azwin binti Puzi
KETUA: En. Azfarizal bin Abdul
5. Rashid
JK GERAI DAN JUALAN
AMAL TIMB. KETUA: Pn. Azliza Azrah binti Mohd
Zakaria
AJK:
1. Pn. Umai Kalsom binti Osman
2. Pn. Tuty Noormalina binti Manaf
3. Cik Suriani binti Aliah
15
JawaPtEanLAKSANA
KETUA: En. Muhammad Burhan b Mahadi
6. TIMB. KETUA: Pn. Rodhiyah binti Ramli
JK TAJAAN DAN AJK:
SUMBANGAN 1. Pn. Faeznur binti Masbon
2. Pn. Nor Shahida binti Shahrel
3. Pn. Zatil Hidayah binti Mohamad Yusof
4. En. Sarudin bin Sahli
5. Pn. Maryam Jameelah binti Adnan
KETUA: En. Abdullah Warnmaan bin Yusof
7. TIMB. KETUA: Pn. Siti Nor binti Yusoff
JK JEMPUTAN & AJK:
PROTOKOL 1. Dr. Raja Faralita binti Raja Mohamad
2. Pn. Nor Hazira binti Hassan
KETUA: En. Muhammad Haizat bin Sapian
8. TIMB. KETUA: Zurhasliza binti Zainum
JK MEDIA, BUKU AJK:
PROGRAM & PROMOSI 1. Pn. Suhailah binti Sulong
2. Pn. Syarifah Nurulhafizah bt Syed Ab Rahaman
3. Pn. Syarifah Syaima Nabihah bt Syed Ab Rahaman
KETUA: Pn. Nurul Afiah binti Ahmadi
9. TIMB. KETUA: Cik Shah Nas Shakirah binti Othman
JK HADIAH &
CENDERAHATI AJK:
1. Cik Nur Atiqah binti Sooib
2. Pn. Che Murni binti Che Ab Halim
3. Pn. Nurul Shahidah binti Natharuddin
4. Pn. Nurhezrena Alysaa Iman binti Khalib
Ketua: En. Ahmad Zaki bin Suhaimi
10. Timb. Ketua: En. Hafizuddin bin Abdullah
JK LOGISTIK & PA SYSTEM
AJK:
1. En. Mohammad Syahrir bin Mohd Suhaimi
2. En. Mohd Aiman bin Homaidi
3. En. Muhammad Firdaus bin Saribudin
4. En. Norhisam bin Mohd Zauti
KETUA: Cik Wardah Qurratu Ain binti Fazli
11. TIMB. KETUA: Cik Jumainah binti Mohamed Bazin
JK PENGURUSAN PENTAS
AJK:
1. En. Mohd Hariz bin Fathee
2. En. Mohd Saifullah Bahrin bin Ismail
3. Pn. Nik Nuradlina binti Zahari
4. Cik Mastura binti Rezali
5. Pn. Noor Nasriah binti Abdul Aziz
16
JawaPtEanLAKSANA
KETUA: Cik Nurulhuda binti Abdul Razak
12. TIMB. KETUA: Cik Nurfariza binti Mohammad Zahidi
JK KESELAMATAN
DAN KAWALAN MURID AJK:
1. En. Muhammad Azri Fathi bin Nordin
2. Pn. Roslina binti Hamdan
13. Ketua: Wan Siti Khadijah binti Wan Hassan
JK PERSEMBAHAN MURID Timb. Ketua: En. Khairul Izat Azmi bin Hussein
AJK:
Tahun 1
1.En. Mohd Aiman Zuhair bin Abdul Khodir
2.Pn. Sofiah binti Zulkifli
Tahun 2 & 3 (Lelaki)
1.Pn. Noor Fadilah binti Othman
2.Cik Nurul Izzati binti Ahmad Radzi
Tahun 2 & 3 (Perempuan)
1.Cik Wan Nurul Hidayah binti Wan Ahmad
2.Cik Nur Afiqah binti Ishak
Tahun 4 & 6 (Lelaki)
1.En. Khairul Adha bin Hamdzani
2.Pn. Noraini binti Mohd Noor
Tahun 4 & 6 (Perempuan)
1.Pn. Tuan Rosma Azura binti Tuan Ab Hamid
2.Pn. Rohidayawati binti Abdul Rahim
Menengah
1.En. Abu Aliyul Mukmin bin Abu Hurairah
2.Nurul Husna binti Abdul Rahman
KETUA: Pn. Sharwin Farhana binti Shahadan
14. TIMB. KETUA: Pn. Marizam bt. Abd. Rahman
JK ALUMNI & GALERI
AJK:
1. Pn. Nik Basyarah binti Nik Ahmad
2. Pn. Sitinor Asfar binti Md Derus
3. Nur Syafiqah Nadiah binti Farid
4. Siti Syahidah binti Mohd Rum
15. Karnival Amal
JK PENGACARA MAJLIS 1. En. Mohammad Syahrir bin Mohd Suhaimi
2. Zurhasliza binti Zainum
Makan Malam Amal
1. En. Mohd Aiman bin Homaidi
2. Wan Rohana binti Wan Musa
16. KETUA: Ustaz Salman
FORUM [Imam Masjid MDE]
TIMB.KETUA: Ustaz Imran bin Nasoha
[Imam Masjid MDE]
AJK:
1. En. Muhammad Sayuti bin Hamidan Syah
2. En. Zakaria binti Ghazali
17
TENTATIF
3 DISEMBER 2022
8:00 pagi PAGI
8:00 – 8:15 pagi
8:15 – 8:30 pagi Gerai Jualan Amal Bermula
8:30 – 8:45 pagi
8:45 – 9:15 pagi Ketibaan Para Tetamu Kehormat, Para Ibu Bapa dan Pelajar
9:15 – 9:45 pagi Kata-Kata Aluan Pengacara Majlis
(Oleh: Encik Mohammad Syahrir Bin Mohd Suhaimi &
9:45 – 11:15 pagi
Puan Zurhasliza Binti Zainum)
Bacaan Doa
Ucapan Ahli Lembaga Pengerusi Yayasan SAMDE
(Oleh: YM Prof. Madya Dr. Tengku Shahrom Bin Tengku Shahdan)
Ucapan Perasmian Pembukaan
Majlis Pelancaran
- Pelancaran Projek Pembangunan Blok Pentadbiran, Maahad
Tahfiz & Tadika Islam
- Pelancaran Pelan Perancangan Strategik Sekolah (2022 – 2026)
- Pelancaran Makmal Sains
- Pelancaran Alumni Sekolah
- Persembahan Kumpulan Nasyid Menengah 1
- Lawatan Ke Galeri Sejarah Sekolah
- Jamuan VIP & Bersurai
10:45 - 12:00 tengah hari Persembahan Pelajar
- Persembahan Taranum Menengah
- Persembahan Tahun 4 & 6 (Perempuan)
- Persembahan Tahun 4 & 6 (Lelaki)
- Persembahan Kumpulan Nasyid Menengah 2
12:00 – 3:00 petang - Pelbagai Aktiviti Sepanjang Karnival
3:00 petang Gerai Jualan Amal Tamat
18
7:45 malam TENTATIF
8:30 – 9:00 3 DISEMBER 2022
malam
MALAM
9:00 – 11:30
malam Ketibaan Para Tetamu Kehormat, Para Ibu Bapa dan Pelajar
11:30 malam Kata-Kata Aluan Pengacara Majlis
(Oleh: Encik Mohd Aiman Bin Homaidi &
Puan Wan Rohana Binti Wan Musa)
Bacaan Doa
Ucapan Yang DiPertua PIBG SIMDE
(Oleh: Encik Azfarizal Bin Abdul Rashid)
Ucapan Ahli Lembaga Pengerusi Yayasan SAMDE
(Oleh: YM Prof. Madya Dr. Tengku Shahrom Bin Tengku Shahdan)
Ucapan Ketua Biro Pendidikan Masjid Darul Ehsan
(Oleh: Tuan Haji Mohamad Azmi Bin Abdul)
Perasmian Penutup oleh Nazir Masjid Darul Ehsan
(Oleh: Tuan Haji Abdul Halim Bin Ismail)
Jamuan MakanMalam Amal
Persembahan Pelajar
- Persembahan Tahun 1 (Lelaki & Perempuan)
- Persembahan Tahun 2 & 3 (Perempuan)
- Persembahan Tahun 2 & 3 (Lelaki)
- Persembahan Kumpulan Nasyid Rendah
- Persembahan Tahun 4 & 6 (Perempuan)
- Persembahan Tahun 4 & 6 (Lelaki)
- Persembahan Kumpulan Nasyid Menengah
Majlis Pelancaran
- Pelancaran Projek Pembangunan Blok Pentadbiran, Maahad Tahfiz
& Tadika Islam
- Pelancaran Pelan Perancangan Strategik Sekolah (2022 – 2026)
- Pelancaran Makmal Sains
- Pelancaran Alumni Sekolah
Penyampaian Hadiah & Cenderahati
Majlis Bersurai
19
LayouGtERAI JUALAN
DAN PERMAINAN
20
LayouMtAKAN MALAM AMAL
21
EMORI 25 TAHUN
M
22
MEMORI 25 TAHUN
23
MEMORI 25 TAHUN
24
MEMORI 25 TAHUN
25
MEMORI 25 TAHUN
26
SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SEMUA Sekalung
PIHAK YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN PERHARGAAN
PROGRAM KARNIVAL SAMBUTAN JUBLI PERAK 25
TAHUN SIMDE.
SYARIKAT FAIZA SDN BHD
UM STEM, AKADEMIK PENGAJIAN
ISLAM, UNIVERSITI MALAYA
JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA
(RELA)
MAJLIS BANDARAYA SUBANG JAYA
(MBSJ)
AJK PIBG SIMDE
AJK MASJID DARUL EHSAN,
SUBANG JAYA
KHAIRIAH MASJID DARUL EHSAN,
SUBANG JAYA
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR
MYTERAS (TERAJU EKONOMI
ASNAF)
KIDZTECHCENTRE
EN AMIRUL (LYSA RESOURCES)
KOPERASI GURU SEKOLAH ISLAM
DARUL EHSAN SELANGOR BERHAD
GURU-GURU SIMDE (SMIDE, MTMDE
SRIDE, TIMDE)
SEMUA ANAK DIDIK SIMDE
SEMUA YANG TERLIBAT SECARA
LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG
SEMOGA SEGALA USAHA KITA 27
MENDAPAT KEBERKATANNYA.
Sekalung Penghargaan
ATAS SUMBANGAN YANG DIBERIKAN
KOPERASI GURU SEKOLAH ISLAM DARUL EHSAN SELANGOR
BERHAD
TEL: 019-691 9315/014-235 2213 e-MEL: [email protected]
2022
Tkiedraakna BBerekrsuerdaenkgah Harta
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak akan berkurang harta
dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah
tambahkan kemuliaan baginya."
Riwayat Muslim