MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUADZAM SHAH
‘SECANGKIR ILMU SEGUNUNG HARAPAN, TERBENTANG LANGIT SELUAS IMPIAN’
MODUL TUCER
KEMAHIRAN MENULIS KARANGAN
BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 1
NAMA :
KELAS :
PROFESION PILIHAN :
MATLAMAT BM SPM 20__ :
-SITI ASLINDA BINTI PUNGUT.UNIT BAHASA MELAYU-
1 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
MODUL TULIS & CEMERLANG KARANGAN SPM (KERTAS 1)
NAMA PELAJAR : __________________________________________________________
MRSM MZMS
________________________________________________________________________________________
________
TIP MENGANALISIS SOALAN
Apabila anda ingin menjawab soalan karangan, anda mestilah membaca dan
menganalisis soalan tersebut supaya dapat membina rangka karangan yang tepat
seterusnya dapat menulis sebuah karangan yang HEBAT.
ANALISIS SOALAN
TEMA Kenal pasti melalui isu yang diutarakan dalam soalan.
ISU Kenal pasti perkara yang difokuskan dalam soalan.
PERANGKAP/STIMULUS Baca betul-betul apakah perkara sampingan lain yang perlu dikupas dalam
-perlu dihuraikan lagi karangan.
TUGASAN Kenal pasti KATA KUNCI/KEHENDAK soalan untuk binaan Ayat Topik yang
tepat.
DIMENSI Kenal pasti siapakah PIHAK PELAKSANA yang perlu dipilih atau menjadi fokus
supaya karangan anda tidak terpesong.
Kenal pasti PIHAK PENERIMA impak bagi isu yang perlu dipilih atau menjadi
fokus.
FORMAT KARANGAN Tentukan jenis karangan yang betul supaya markah anda tidak ditolak.
CONTOH SOALAN BAHAGIAN B :
Pelbagai masalah yang timbul dalam keluarga seperti masalah kewangan, masalah sosial dalam kalangan
anak-anak dan masalah yang melibatkan ibu bapa itu sendiri. Keadaan ini menimbulkan tekanan dan stres
kepada setiap ahli keluarga.
Huraikan peranan ahli keluarga untuk mengelakkan tekanan dan stres dalam kalangan remaja.
ANALISIS SOALAN
TEMA Senario masyarakat
ISU Tekanan dan stres dalam kalangan remaja
PERANGKAP/STIMULUS 1. masalah kewangan – yuran pengajian tertunggak, hutang bank
-perlu dihuraikan lagi 2. masalah sosial – gengsterisme, vape, buang bayi, pergaulan bebas
3. masalah ibu bapa – pergaduhan, perceraian
TUGASAN Peranan ahli keluarga untuk mengelakkan tekanan dan stres dalam kalangan
remaja.
DIMENSI PIHAK PELAKSANA – Ahli keluarga (bapa, ibu, abang/kakak, adik-beradik,
datuk dan nenek, saudara).
PIHAK PENERIMA - remaja
FORMAT KARANGAN -
2 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
VARIASI PENANDA WACANA & FRASA PENCETUS IDEA
Penghasilan penulisan karangan yang matang memerlukan penguasaan pelbagai
kemahiran menulis, antaranya kemahiran menyampaikan idea, kemahiran
menghasillkan bahasa gramatis sama ada dari segi kata, ayat, kosa kata, dan
keindahan bahasa, pengolahan karangan yang matang dan perenggan yang
seimbang serta memasukkan unsur kemahiran berfikir secara kreatif dan kristis
(KBAT). Berikut merupakan senarai penanda wacana/ frasa yang boleh anda
gunakan mengikut kesesuaian laras penulisan karangan anda.
PERENGGAN PENDAHULUAN
DEFINISI Berikan definisi kata kunci dalam ISU
- Tafsiran secara umum/ tafsiran Masyarakat mentafsirkan … (Kata Kunci) … sebagai …
daripada tokoh terlibat/ maksud Mantan Menteri Pendidikan Malaysia iaitu Yang Berhormat Dr Maszlee
dari kamus. bin Malik menyatakan bahawa pendidikan adalah satu metodologi
penyampaian ilmu yang berkesan …
Merujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi ke-4, …(Kata Kunci)… didefinisikan
sebagai…
PERBANDINGAN ISU Buat perbandingan ISU + PERANGKAP (DAHULU)
- DAHULU
- Perbandingan sama ada Sekiranya disingkap dengan teliti, jelas menunjukkan bahawa isu ……….
ini sememangnya telah dibawa ke meja Dewan Parlimen Malaysia untuk
berdasarkan zaman dahulu/ dibahaskan oleh ahli parlimen…
tahun / perbandingan isu dengan
negara yang lain, dll. Pada tahun 1980-an, isu ... (Kata Kunci)… tidak dibincangkan secara
meluas kerana …
Jumlah pelajar yang mencapai keputusan cemerlang dalam Peperiksaan
Sijil Pelajaran Malaysia menunjukkan peningkatan pada tahun lepas.
PERBANDINGAN ISU Buat perbandingan ISU + PERANGKAP (KINI)
- KINI
- Perbandingan sama ada Walau bagaimanapun, isu … (Kata Kunci) … ini telah mula menunjukkan
berdasarkan zaman ini/ tahun / …
perbandingan isu dengan negara Kini, isu … (Kata Kunci) … juga memaparkan situasi yang sama dan tidak
berubah kerana …
yang lain, dll.
Kini, polemik yang menggusarkan rakyat Malaysia ini telah kian merebak
sehinggakan terasa agak sukar untuk diselamatkan lagi.
FAKTA Nyatakan FAKTA yang sesuai dengan ISU + PERANGKAP
- Statistik/ Petikan Akhbar/ Kajian)
Statistik yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan
Raya (JPJ) pada tahun ini telah merekodkan sebanyak …
Petikan akhbar Berita Harian pada 25 Julai 2019 telah melaporkan
bahawa …
Laporan berita Buletin Utama siaran televisyen TV3 ada menyebut
bahawa …
Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim menyebut
bahawa isu …(Kata Kunci) … menunjukkan peningkatan saban tahun …
3 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
PENDAPAT TOKOH Baca + cari pendapat TOKOH yang sesuai dengan ISU
- Tokoh dalam bidang berkaitan/
YB Menteri berkaitan. Isu hangat ini diperkatakan oleh mantan Menteri Kesihatan Malaysia
iaitu Yang Berhormat Datuk Dr. Dzulkefly bin Ahmad baru-baru ini dan
*Boleh juga diselitkan dalam mengatakan bahawa …
Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana
perenggan isi.
Menteri Malaysia ke-8 telah meminta rakyat Malaysia agar … isu (Kata
Kunci) … demi …
Mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Yang Amat Berhormat Dato’
Seri Wan Azizah Dr Wan Ismail telah menyuarakan pendapat beliau
berkenaan …isu (Kata Kunci)… ini dengan meminta agar pihak … segera
mengerah otak untuk menjana jalan penyelesaian dengan segera.
Datuk Profesor Dr. Che Muhaya Binti Hj. Mohamad ada menyebut
bahawa hati tidak boleh dibedah dengan kekerasan, hati hanya boleh
dibedah dengan keimanan.
UNGKAPAN MENARIK Gunakan UM yang tepat dan sesuai dengan ISU + PERANGKAP
- Peribahasa/ Tafsiran Hadis/
Al-Quran. … bak peribahasa …
Hal ini bertepatan dengan tafsiran hadis …
Semua isu perlu dirungkai dengan sebaiknya supaya benang tidak putus,
tepung tidak berserakan.
AYAT ARAH (pilih salah satu Bina ayat Pernyataan + salin Kata Kunci ISU
untuk digunakan)
- Jenis penyata/ Oleh hal yang demikian, … (Kata Kunci) … yang mewarnai skop
- jenis persoalan. perbincangan akan dikupas dan dibugar secara terperinci demi
kepentingan/kebaikan semua pihak.
Tiada penyakit yang tiada penawarnya, maka usaha-usaha/prakarsa
yang konkrit, sistematik lagi pragmatik harus dilaksanakan secara
berterusan agar … (Kata Kunci)… boleh dirungkai sehingga ke akar umbi.
Bina ayat Tanya + salin Kata Kunci ISU
Persoalannya, apakah impak yang akan diterima oleh seantero
masyarakat sekiranya … (Kata Kunci)… tidak berkesudahan dan terus
berpanjangan?
Namun, siapakah gerangannya yang seharusnya memikirkan jalan
penyelesaian justeru merungkai polemik … (Kata Kunci)… yang kian
meresahkan ini?
Persoalannya, apakah impak yang akan diterima oleh …. apabila amalan
ini menjadi pegangan rakyat Malaysia kelak?
Persoalan yang sering menjadi tanda tanya ahli masyarakat adalah
apakah alternatif-alternatif yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak
bagi menyelesaikan konflik ini?
*SUSUNAN ELEMEN UTAMA BAGI PERENGGAN PENDAHULUAN ADALAH BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI
PENULISAN ANDA (KECUALI AYAT ARAH YANG MESTI BERADA PADA AYAT TERAKHIR), PERENGGAN
PENDAHULUAN TIDAK SEMESTINYA BERMULA DENGAN AYAT DEFINISI.
4 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
PERENGGAN ISI
AYAT TOPIK Binaan AT = PIHAK PELAKU + ISI + ISU
(Nyatakan PIHAK + ISI) Berikut adalah penanda wacana yang boleh digunakan oleh calon untuk
memulakan AT :
Demi memastikan … (Kata Kunci) … ini tidak terus berlarutan sehingga
*Calon boleh mencipta sendiri membinasakan masyarakat, pihak … seharusnya …
penanda wacana yang sesuai dan Kita tidak seharusnya memandang sebelah mata terhadap peranan yang
menarik bagi 5 perenggan isi yang dimainkan oleh pihak … bagi merungkai … (Kata Kunci) …
berbeza. Skop perbincangan akan diteruskan dari aspek …
Sebenarnya, memang tidak dapat dinafikan oleh kita bahawa … (Kata
Kunci) … akan mendatangkan kesan kepada … sehingga menyebabkan …
Suatu hakikat yang tidak dapat dikesampingkan/ diketepikan ialah …
Pada hemat/ pandangan saya, …
Pada perspektif yang seterusnya, pihak … seharusnya …
…(isi)… juga boleh digunakan sebagai alternatif bagi memastikan …(isu)…
ini tidak menjadi semakin parah.
Impak utama yang akan terhasil akibat pencemaran alam yang kian
berleluasa ialah ….
AYAT HURAIAN KENAPA ?
Hal ini dikatakan demikian kerana …
- Kupas AT dan buat perkaitan BAGAIMANA? SIAPA? DI MANA? BILA?
dengan ISU + PERANGKAP Dalam konteks ini, …
dengan menceritakan proses Dalam hal ini, …
AT tersebut dengan lengkap Tambahan pula, …
dan tersusun. Bertitik tolak daripada itu …
Hal ini membuktikan bahawa …
*Pilih KATA TANYA yang sesuai. Jika …
Sekiranya …
Secara tidak langsung …
Secara langsung …
AYAT CONTOH Berikan CONTOH kepada AT + Spesifik (kaitkan dengan PERANGKAP)
- Berikan AC yang spesifik. APA?
Sebagai contohnya, …
- Berikan contoh kepada AT, Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah
bukannya contoh kepada AH. …
Contoh ketara yang paling dekat dengan kita ialah …
- AC terdiri daripada ayat bukti/ Contoh aktiviti penguatkuasaan undang-undang yang boleh dilihat
statistik/ pendapat tokoh. adalah melalui kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) yang
menahan 137,225 orang dan merampas 18,709.01 kilogram (kg)
pelbagai jenis dadah melalui operasi yang bermula 1 Januari sehingga 26
September 2019.
Cadangan mantan Menteri Belia dan Sukan Malaysia iaitu Yang
Berhormat Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman agar kerajaan
menyediakan litar lumba basikal lajak merupakan salah satu contoh
langkah yang seharusnya disambut baik oleh masyarakat Malaysia.
5 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
AYAT HURAIAN CONTOH BAGAIMANA?
Hal ini berlaku kerana …
- Huraikan AC tersebut dengan Apabila inisiatif ini dilakukan, maka …
KESAN?
lebih terperinci (5W1H)/ Secara tidak langsung, kesannya/ impaknya adalah …
nyatakan kesan.
Hal ini akan memberikan kesan kepada …
Oleh itu, hasilnya ialah/ adalah …
AYAT PENEGAS/ Baca dan rujuk AC + AT anda untuk merumus perenggan isi anda.
AYAT KESIMPULAN KECIL Tegasnya, …
Jelaslah bahawa, …
- Jangan ulang semula AT. Izharlah bahawa, …
- Buat penegasan dan kaitkan Deduksinya, …
Natijahnya, … (penegasan untuk perkara yang negatif)
dengan ISU+PERANGKAP.
Sememangnya …
Sekiranya kita kaji dengan teliti, jelas menunjukkan bahawa …
UNGKAPAN MENARIK Gunakan peribahasa bahasa Melayu yang sesuai dengan isu.
- Selitkan UM pada mana-mana
ayat yang bersesuaian. Gunakan kata kunci = …bak kata peribahasa…/ bak kata aforisme Melayu…
RAKYAT MALAYSIA YANG BERJAYA PADA HARI INI:
NUR ADLYKA AINUL ANNUAR – PENUNTUT IJAZAH
KEDOKTORAN DALAM BIDANG ASTROFIZIK, DI PUSAT
ASTRONOMI EKSTRAGALAKTIK, JABATAN FIZIK, UNIVERSITI
DURHAM, UNITED KINGDOM – MERUPAKAN AHLI KUMPULAN
PENYELIDIK YANG TELAH MEMBUAT PENEMUAN LOHONG
HITAM (SUPERMASSIVE BLACK HOLES)– JUGA MERUPAKAN
SALAH SEORANG SAINTIS TELESKOP X-RAY TERBAHARU DI
NATIONAL AERONAUTICS AND SPACE ADMINISTRATION, USA
(NASA).
“PELAJAR YANG HENDAK A+ AKAN FOKUS PADA KERJA “PAKSA DIRI
PENTING WALAUPUN TIDAK SERONOK SEMENTARA BUKANNYA
PELAJAR LAIN HANYA FOKUS PADA KERJA YANG SERONOK MANJAKAN DIRI JIKA
WALAUPUN TIDAK PENTING” MAHU BERJAYA”
USAHA YANG SAYA LAKUKAN DEMI
MENCAPAI A+ BM SPM 2020 IALAH,
1. ……………………………………………………………………………..
2. ……………………………………………………………………………..
6 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
PERENGGAN PENUTUP
AYAT RUMUSAN Baca + analisis kesemua AT anda lalu rangkumkan dengan ISU.
- Analisis AT anda. Kesimpulannya, ibu bapa sememangnya berperanan dalam isu … dengan
sokongan pihak sekolah dan juga masyarakat Malaysia.
Sebagai menggulung segala yang telah dikupas sebelum ini jelas
menunjukkan bahawa sebenarnya …
Sudah terang lagikan bersuluh, isu ini adalah …
Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai
akhirulkalam …
Tuntasnya, dapatlah kita rumuskan di sini bahawa …
AYAT CADANGAN/ Berikan satu cadangan penyelesaian ISU
AYAT SERUAN Jika pihak … berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama
dituruni, isu … akan …
Sekiranya semua pihak sama ada … mahupun … mengambil langkah
berjaga-jaga bak peribahasa sediakan payung sebelum hujan, sudah
tentu peribahasa nasi sudah menjadi bubur tidak akan berlaku kerana …
Tidak ada kusut yang tidak terlerai, tidak ada keruh yang tidak jernih,
oleh itu kata sepakat seia sekata perlu diambil untuk menangani isu ini
…
AYAT KESAN CADANGAN/ Berikan ayat KESAN POSITIF
AYAT POSITIF
Apabila usaha yang diatur oleh … menjadi realiti, maka … dapat dirungkai
- Jangkaan/ kesan positif setelah …
cadangan dilaksanakan. Sekiranya … (cadangan) .. dilaksanakan oleh …, maka …
Sekiranya pihak … bersatu teguh bercerai roboh serta tidak bersikap
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing, maka
polemik/ dilema ini akan dapat diselesaikan dengan bijak/ berkesan.
AYAT ANCAMAN/ Berikan AYAT ANCAMAN
- Jangkaan/Kesan negatif
apabila cadangan tidak Namun, sekiranya tiada pihak … yang menyahut seruan bagi mengatasi
dilaksanakan. ... ini, maka tidak mustahil … tidak akan terlerai.
Walau bagaimanapun, apabila pihak … tidak segera bertindak dalam
usaha merungkai … ini, maka tidak mustahil nanti sudah kalah baru
berkubu/ sudah terhantuk baru terngadah/ sudah terperlus maka
hendak menutup lubang.
Walau bagaimanapun, … tidak akan dapat diatasi sekiranya … tidak
melakukan sebarang usaha kerana malas berdayung, perahu hanyut.
UNGKAPAN MENARIK/ *Masukkan peribahasa/petikan kata tokoh/tafsiran hadis dll. pada ayat
PETIKAN KATA-KATA TOKOH yang sesuai dan berkesan.
AYAT HARAPAN/ A.Penegasan keseluruhan = cadangan + PERANGKAP + AGAR/SUPAYA
AYAT PENEGASAN + Kesan kepada MALAYSIA/ DUNIA
KESELURUHAN
Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030
- Harapan berkaitan isu secara (WKB2030), marilah kita sama-sama … agar remaja berkualiti dapat
keseluruhuan. menjadi peneraju negara sekali gus menggilap sinar Malaysia di mata
dunia.
Marilah kita menjangkau sehabis tangan untuk mencorakkan masa
depan negara dengan … supaya …
Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum visi dan misi menjadi kabur,
sewajarnya kita melakukan anjakan paradigma dengan … supaya …
7 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
ANALISIS ASPEK BAHASA
PENANDA WACANA YANG MATANG KKBT / LARAS BAHASA
1)
2)
3)
4)
5)
STRUKTUR PENULISAN KARANGAN CEMERLANG
KARANGAN BAHAGIAN A KARANGAN BAHAGIAN B
FIZIKAL KERTAS INTI PATI FIZIKAL KERTAS INTI PATI
2 muka surat setengah Perenggan 4 muka surat Perenggan
5 Perenggan Pendahuluan = 7 Perenggan Pendahuluan =
DDKFTUA DDKFTUA
Perenggan Pendahuluan: Perenggan Isi = Perenggan Perenggan Isi =
5-6 ayat ATAHACAHCAP pendahuluan: 7-8 ayat ATAHACAHCAP
Perenggan Isi: Perengan Penutup Perenggan Isi: Perengan Penutup =
3 isi (ambil daripada bahan = 5 isi (bina 5 AT yang ARACAPAAAH
rangsangan) ARACAPAAAH matang+menjawab
kehendak soalan)
Setiap perenggan isi =
5-6 ayat Setiap perenggan isi =
7-8 ayat
Perenggan Penutup: Perenggan Penutup:
5-6 ayat 7-8 ayat
Ungkapan Menarik = Ungkapan Menarik =
3 peribahasa + 1 petikan 5 peribahasa + 1
kata tokoh + 1 fakta petikan kata tokoh + 1
kes/isu berkaitan. fakta kes/isu
berkaitan.
AMANAT!
1. KONSISTEN MEMBACA!
2. BERLATIH MENULIS MENGIKUT TEMPOH MASA!
3. PASTIKAN ANDA ANALISIS SOALAN DAHULU!
4. FIKIR, RANCANG DAN BINA RANGKA KARANGAN!
5. PILIH AT YANG MATANG+ HURAIKAN DENGAN JELAS + BERI CONTOH YANG TEPAT & SPESIFIK!
6. SEMAK KESALAHAN EJAAN DAN TATABAHASA!
7. SETELAH BERUSAHA DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH, BERDOALAH SEMOGA DIBERI KEJAYAAAN!
8. JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH SWT, JAGA ADAB DENGAN IBU BAPA, KELUARGA DAN GURU-
GURU, JADI SAHABAT YANG POSITIF!
9. KEJAYAAN YANG SEBENAR BERMULA DENGAN HATI YANG BERSIH & IKHLAS!
#LESTARIKANBAHASAMELAYU
-PN. SITI ASLINDA BINTI PUNGUT-
8 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
CONTOH PERENGGAN KARANGAN – SOALAN SPM 2019
SOALAN : SIKAP SEGELINTIR MASYARAKAT YANG SERING MEMBUANG SAMPAH DI MERATA-RATA TEMPAT
DIKATAKAN MASIH BERLAKU DI NEGARA KITA.
BINCANGKAN LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI MASALAH INI.
ANALISIS SOALAN
TEMA ALAM SEKITAR
ISU Sikap masyarakat membuang sampah di merata-rata tempat – sampah apa?
di mana?
PERANGKAP/STIMULUS Sampah? – plastik, sisa makanan, dll.
-perlu dihuraikan lagi Sikap buang sampah ? - di dalam longkang di bandar-bandar menyebabkan
penyakit/ banjir kilat, dll.
Di merata-rata tempat? - Buang sampah di lokasi pelancongan – air terjun,
pantai, sungai
TUGASAN Langkah-langkah
DIMENSI PIHAK PELAKSANA – Pelbagai (Kerajaan, Media massa, Institusi Pendidikan, Ibu
bapa)
PIHAK PENERIMA – negara, masyarakat, semua
FORMAT KARANGAN -
KEPENTINGAN MENGANALISIS SOALAN KARANGAN :
1. ________________________________________________________________
2. ________________________________________________________________
3. ________________________________________________________________
4. ________________________________________________________________
9 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
PERENGGAN PENDAHULUAN
FORMULA - DDKFTUA
DEFINISI Sikap segelintir masyarakat yang suka membuang sampah di merata-
(Berdasarkan Kamus Dewan/ rata tempat merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral dan tidak
Tokoh) bertanggungjawab.
PERBANDINGAN ISU Sekiranya kita melihat suasana dan panorama di tepi pantai pada
-DAHULU- zaman dahulu, sudah tentu kita dapat melihat kebiruan laut dan
betapa putih pasirnya.
PERBANDINGAN ISU Namun, pada masa ini agak sukar untuk melihat pemandangan
-KINI- seindah itu kerana banyak pantai di Malaysia kini kian tercemar
dengan sampah sarap yang dibuang oleh para pelancong mahupun
penduduk tempatan itu sendiri.
FAKTA Situasi ini sangat membimbangkan selari dengan laporan akhbar
(Statistik/ Petikan Akhbar/ Kajian Berita Harian pada 16 Jun 2019 yang menyatakan bahawa rakyat
IPT) Malaysia menghasilkan kira-kira 37, 890 tan sisa setiap hari,
sekurang-kurangnya 1.17 kilogram (kg) dijana bagi setiap individu.
PENDAPAT TOKOH Rentetan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Teknikal)
(Tokoh dalam Bidang Berkaitan/ YB Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam
Menteri Berkaitan) (SWCorp), Dr Mohd Pauze Mohamad Taha, pernah mengeluarkan
kenyataan dan berkata “tindakan dan tanggungjawab perlu diambil
oleh semua orang ke arah mengurangkan penjanaan sisa setiap hari
kerana kos dikeluarkan oleh kerajaan untuk pengurusan sampah
adalah amat tinggi”.
UNGKAPAN MENARIK Oleh itu, sudah sampai masanya untuk menghapuskan sikap
(Peribahasa/ Tafsiran Hadis/ masyarakat yang suka membuang sampah di merata-rata tempat
Tafsiran Al-Quran) supaya nasi tidak menjadi bubur.
AYAT ARAH Persoalannya, siapakah yang seharusnya menggalas tanggungjawab
(Jenis penyata/jenis persoalan) dan mengorak langkah bagi menyelesaikan konflik ini?
“PEPERIKSAAN BUKAN UNTUK MENGUJI
KEPANDAIAN, PEPERIKSAAN ADALAH UNTUK
MENGUJI KERAJINAN”
-AZALI AZLAN, 21 A SPM 2007-
“SECANGKIR ILMU SEGUNUNG HARAPAN TERBENTANG AWAN SELUAS IMPIAN”
#LESTARIKANBAHASAMELAYU
-PN. SITI ASLINDA BINTI PUNGUT-
10 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
PERENGGAN ISI
FORMULA - ATAHACAHCAP
AYAT TOPIK Binaan AT = PIHAK PELAKU + ISI + ISU
(Nyatakan PIHAK + ISI)
Kita tidak seharusnya memandang sebelah mata terhadap
*Calon boleh mencipta sendiri peranan yang dimainkan oleh setiap individu yang bergelar rakyat
penanda wacana yang sesuai dan Malaysia untuk mengamalkan amalan kitar semula demi
menarik bagi 5 perenggan isi yang merungkai sikap segelintir masyarakat yang sering membuang
berbeza. sampah di merata-rata tempat.
AYAT HURAIAN KENAPA ?
- Kupas AT dan buat perkaitan Hal ini dikatakan sedemikian kerana antara alasan utama
dengan ISU + PERANGKAP masyarakat membuang sampah di merata-rata tempat adalah
dengan menceritakan proses AT kerana sampah itu sudah terlalu banyak. Oleh itu, aktiviti kitar
tersebut dengan lengkap dan
semula adalah merupakan salah satu langkah yang proaktif bagi
tersusun. meleraikan konflik ini.
*Pilih KATA TANYA yang sesuai.
BAGAIMANA? SIAPA? DI MANA? BILA?
Dalam konteks ini, setiap individu seharusnya mempraktikkan
amalan kitar semula pada setiap minggu dalam usaha
mengurangkan kuantiti bahan buangan.
Dalam hal ini, setiap individu boleh melakukan aktiviti kitar semula
daripada bahan buangan yang telah terpakai seperti botol, kertas,
kaca dan logam.
Individu itu juga boleh mengasingkan sisa pepejal tersebut
mengikut kategori kitar semula yang telah disarankan oleh pihak
majlis daerah masing-masing.
AYAT CONTOH Berikan CONTOH kepada AT + Spesifik (kaitkan dengan
STIMULUS/PERANGKAP)
- Berikan AC yang spesifik.
APA?
- Berikan contoh kepada AT,
bukannya contoh kepada AH. Sebagai contohnya, individu yang bergelar suri rumah boleh
menggunakan botol kaca untuk digunakan semula sebagai tempat
- AC terdiri daripada ayat bukti/ mengisi minyak masak, manakala para pekerja pejabat pula boleh
statistik/ pendapat tokoh. mengitar semula kertas yang telah digunakan oleh mereka.
Mantan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim (MESTECC), Yang Berhormat Yeo Bee Yin pernah
menyebut bahawa hampir keseluruhan rakyat di negara ini
mengetahui mengenai kepentingan kitar semula sisa pepejal,
namun peratusan yang mengamalkan budaya itu masih lagi pada
tahap yang rendah.
11 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
AYAT HURAIAN CONTOH BAGAIMANA?
Oleh itu, individu juga perlu menjalankan tanggungjawab dengan
- Huraikan AC tersebut dengan mengasingkan antara sisa makanan atau organik yang bersifat
lebih terperinci (5W1H)/ basah dengan sisa pepejal lain yang kering. Tindakan seperti ini
nyatakan kesan.
juga sudah mencukupi bagi membantu memudahkan usaha
kerajaan untuk kitar semula bahan-bahan tersebut.
APA? KESAN?
Secara tidak langsung, kesedaran sivik setiap individu ini bukan
sahaja dapat mengurangkan sampah dari rumah ataupun pejabat,
bahkan memberikan kesan kepada sikap masyarakat sebelum ini
yang suka membuang sampah di merata-rata tempat.
AYAT PENEGAS/ Baca dan rujuk AC + AT anda untuk merumus perenggan isi anda.
AYAT KESIMPULAN KECIL
Izharlah bahawa, isu pembuangan sampah di merata-rata tempat
- Jangan ulang semula AT. akan berkurangan apabila setiap individu yang bergelar rakyat
- Buat penegasan dan kaitkan Malaysia mempunyai kesedaran untuk melakukan aktiviti kitar
dengan ISU+PERANGKAP.
semula.
UNGKAPAN MENARIK Gunakan peribahasa bahasa Melayu yang sesuai dengan isu.
- Selitkan UM pada mana-mana Gunakan kata kunci = …bak kata peribahasa…/ bak kata aforisme Melayu…
ayat yang bersesuaian.
*PASTIKAN ANDA MENGHURAIKAN AYAT TOPIK (AT) YANG JELAS DAN MATANG DENGAN MEMBERIKAN AYAT
HURAIAN (AH) RELEVAN, AYAT CONTOH (AC) YANG DIHURAIKAN DENGAN JELAS SERTA TUTUP DENGAN AYAT
PENEGAS (AP) YANG MENYIMPULKAN PERENGGAN ISI TERSEBUT.
“Belajar untuk ILMU bukannya belajar untuk PEPERIKSAAN. Jika kita
belajar untuk ILMU, semuanya akan dipermudahkan, namun jika
pembelajaran itu dilakukan semata-mata untuk menghadapi
PEPERIKSAAN, kita akan rugi”
Muhammad Hilman Nor Azmi
Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Terengganu
11 A SPM 2018
“SECANGKIR ILMU SEGUNUNG HARAPAN TERBENTANG LANGIT SELUAS IMPIAN”
#LESTARIKANBAHASAMELAYU
-PN. SITI ASLINDA BINTI PUNGUT-
12 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
PERENGGAN PENUTUP
FORMULA - ARACAPAAAH
AYAT RUMUSAN Baca + analisis kesemua AT anda lalu rangkumkan dengan ISU.
- Analisis AT anda.
Tuntasnya, dapatlah kita rumuskan di sini bahawa dilema sikap
segelintir masyarakat yang suka membuang sampah di merata-
rata tempat dapat diselesaikan oleh pelbagai pihak daripada
pelbagai peringkat dengan menggunakan banyak alternatif yang
positif.
AYAT CADANGAN/ Berikan satu cadangan penyelesaian ISU
AYAT SERUAN
Tidak ada kusut yang tidak terlerai, tidak ada keruh yang tidak
jernih, oleh itu kata sepakat seia sekata perlu diambil untuk
menangani isu ini melalui kesedaran sivik oleh setiap rakyat
Malaysia, pelaksanaan tanggungjawab sosial pihak swasta dan
juga gagasan kerajaan Malaysia.
AYAT KESAN CADANGAN/ Berikan ayat KESAN POSITIF
AYAT POSITIF
- Jangkaan/ kesan positif setelah
Sekiranya setiap pihak tersebut bersatu teguh bercerai roboh
cadangan dilaksanakan.
serta tidak bersikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing, maka polemik ini akan dapat diselesaikan dengan
bijak serta berkesan.
Hal ini boleh dilihat melalui ucapan Menteri Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Yang Berhormat Zuraida Binti Kamaruddin
yang menyatakan bahawa penurunan kes penyakit bawaan vektor
akan berlaku apabila wujudnya negara bersih dan alam sekitar
yang lestari.
AYAT ANCAMAN/ Berikan AYAT ANCAMAN
- Jangkaan/Kesan negatif apabila
cadangan tidak dilaksanakan.
Walau bagaimanapun, sikap negatif masyarakat ini tidak akan
dapat diatasi sekiranya pihak kerajaan tidak bersungguh-sungguh
dengan kempennya manakala rakyat pula langsung tidak mahu
ambil peduli serta tidak melakukan sebarang usaha bak
peribahasa malas berdayung, perahu hanyut.
UNGKAPAN MENARIK/ bersatu teguh bercerai roboh
PETIKAN KATA-KATA TOKOH bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
malas berdayung, perahu hanyut
AYAT HARAPAN/ A.Penegasan keseluruhan = cadangan + PERANGKAP +
AYAT PENEGASAN KESELURUHAN AGAR/SUPAYA + Kesan kepada MALAYSIA/ DUNIA
- Harapan berkaitan isu secara
keseluruhuan.
Oleh itu, selaku entiti yang bertangungjawab marilah kita sama-
sama usaha demi merealisasikan matlamat Dasar Kebersihan
13 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
Negara yang bakal menjadikan Malaysia sebuah negara yang
bersih, mampan dan sejahtera.
“Amalan membaca 1 juz Al-Quran sehari adalah salah satu elemen
penting dalam persediaan sebelum peperiksaan SPM. Menjaga solat
lima waktu dengan mengejarkan solat pada awal waktu adalah
perkara yang harus kita jaga untuk mendapat kekuatan.”
Nurul Iman Binti Ahmad Yusof
-Dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik SPM 2018
Maktab Rendah Sains MARA-
10A+ SPM 2018
“SECANGKIR ILMU SEGUNUNG HARAPAN TERBENTANG LANGIT SELUAS IMPIAN”
#LESTARIKANBAHASAMELAYU
-PN. SITI ASLINDA BINTI PUNGUT-
14 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
MRSM MZMS CONTOH PERENGGAN KARANGAN – FAEDAH
NOTA :
Kebanyakan pelajar begitu mudah terpesong ketika menulis karangan tugasan
‘FAEDAH/MANFAAT/KESAN/IMPAK/KEPENTINGAN/dll.’. Cuba baca perenggan karangan contoh ini
sebagai panduan ya.
CONTOH SOALAN TUGASAN ‘FAEDAH’:
Bencana alam sering berlaku di serata dunia. Mangsa bencana telah kehilangan harta benda dan ahli
keluarga. Sebagai negara penyayang, negara kita sering menghulurkan bantuan untuk menolong negara
yang dilanda bencana alam.
Huraikan faedah memberikan sumbangan kepada negara yang ditimpa bencana alam.
ANALISIS SOALAN
TEMA Alam sekitar
ISU Bencana alam di serata dunia
PERANGKAP/STIMULUS Bencana alam – tsunami, banjir, kebakaran, gempa bumi
- Kenal pasti dalam stimulus, perlu Di serata dunia – Indonesia, Myanmar, Australia, Jepun
dikupas dalam penulisan. Kehilangan harta benda – wang, rumah kediaman, pakaian, dokumen
Kehilangan ahli keluarga – meninggal akibat cedera parah
Menghulurkan bantuan – kewangan, tenaga kepakaran, perubatan, dll.
TUGASAN Faedah-faedah
- Kenal pasti KATA KUNCI TUGASAN
untuk membina AT yang tepat.
DIMENSI/PIHAK ANTARABANGSA
- Tentukan pihak yang dikehendaki PIHAK YANG MENERIMA FAEDAH – negara Malaysia
oleh soalan supaya karangan - negara yang ditimpa bencana
anda tidak terpesong.
FORMAT KARANGAN Biasa
PERENGGAN PENDAHULUAN
DEFINISI Berikan definisi kata kunci dalam ISU
- Tafsiran secara umum/ tafsiran Pakar Geologi mentafsirkan bencana alam seperti letusan gunung
daripada tokoh terlibat/ maksud berapi, gempa bumi, tanah runtuh, taufan dan banjir yang merupakan
kesan buruk daripada kejadian atau gabungan aktiviti semula jadi dan
dari kamus.
aktiviti manusia.
PERBANDINGAN ISU Buat perbandingan ISU + PERANGKAP (DAHULU)
- DAHULU
- Perbandingan sama ada Bencana alam sering berlaku di serata dunia termasuklah kejadian pada
tahun 2019 iaitu kejadian taufan Jongdari di Jepun yang telah
berdasarkan zaman dahulu/ menyebabkan seramai 21 orang cedera dan kira-kira 150,000 kediaman
tahun / perbandingan isu dengan terputus bekalan elektrik.
negara yang lain, dll.
15 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
PERBANDINGAN ISU Buat perbandingan ISU + PERANGKAP (KINI)
- KINI
- Perbandingan sama ada Pada tahun ini, negara Autralia pula masih lagi dibelenggu dengan
berdasarkan zaman ini/ tahun / kejadian kebakaran hutan sehingga menyebabkan kematian seramai 27
perbandingan isu dengan negara orang dan kemusnahan lebih 1000 kediaman rakyatnya.
yang lain, dll.
FAKTA Nyatakan FAKTA yang sesuai dengan ISU + PERANGKAP
- Statistik/ Petikan Akhbar/ Kajian)
Malaysia sebagai sebuah negara penyayang sering menghulurkan
bantuan untuk menolong negara-negara ini termasuklah dengan
huluran sumbangan kepada negara Afrika yang telah diumumkan oleh
mantan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Yang Amat Berhormat Dato’
Seri Wan Azizah Dr Wan Ismail sebanyak AS$20,000 bagi membantu
memulihkan kesan daripada bencana banjir di negara tersebut.
PENDAPAT TOKOH Baca + cari pendapat TOKOH yang sesuai dengan ISU
- Tokoh dalam bidang berkaitan/
YB Menteri berkaitan. Pihak Wisma Putra juga pernah mengeluarkan kenyataan dengan
menyeru negara-negara lain untuk turut sama menghulurkan bantuan
*Boleh juga diselitkan dalam kepada negara-negara yang terlibat dengan bencana alam.
perenggan isi.
UNGKAPAN MENARIK Gunakan UM yang tepat dan sesuai dengan ISU + PERANGKAP
- Peribahasa/ Tafsiran Hadis/
Al-Quran. … bak peribahasa …
Hal ini bertepatan dengan tafsiran hadis …
AYAT ARAH Bina ayat Pernyataan + salin Kata Kunci ISU
- Jenis penyata/
- jenis persoalan. Oleh hal yang demikian, kupasan tentang faedah-faedah memberikan
sumbangan kepada negara-negara di dunia yang ditimpa bencana akan
mewarnai skop perbincangan serta dibugar secara terperinci demi
kepentingan semua pihak.
Bina ayat Tanya + salin Kata Kunci ISU
*Sudah menggunakan AA jenis Pernyataan.
*SUSUNAN ELEMEN UTAMA BAGI PERENGGAN PENDAHULUAN ADALAH BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI
PENULISAN ANDA (KECUALI AYAT ARAH YANG MESTI BERADA PADA AYAT TERAKHIR), PERENGGAN
PENDAHULUAN TIDAK SEMESTINYA BERMULA DENGAN AYAT DEFINISI.
16 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
PERENGGAN ISI
AYAT TOPIK Binaan AT = PIHAK PELAKU/SUBJEK + ISI + ISU
(Nyatakan PIHAK + ISI)
Sumbangan kepada negara-negara di dunia yang ditimpa bencana ini
*Calon boleh mencipta sendiri
telah dapat melatih rakyat Malaysia dan juga negara lain untuk menjadi
penanda wacana yang sesuai dan
warga yang prihatin dan pemurah.
menarik bagi 5 perenggan isi yang
berbeza.
MENGAPA?
AYAT HURAIAN Hal ini dikatakan demikian kerana kerajaan Malaysia sentiasa membuka
- Kupas AT dan buat perkaitan ruang kepada rakyat Malaysia untuk menghulurkan bantuan sama ada
dengan ISU + PERANGKAP dari segi kewangan, kelengkapan mahupun kemahiran kepada negara-
dengan menceritakan proses AT negara malang tersebut sehingga menyuntik nilai keprihatinan dan sikap
tersebut dengan lengkap dan pemurah dalam diri mereka.
tersusun.
*Pilih KATA TANYA yang sesuai.
AYAT CONTOH Berikan CONTOH kepada AT + Spesifik (kaitkan dengan PERANGKAP)
- Berikan AC yang spesifik. APA BUKTINYA?
Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan
- AC terdiri daripada ayat bukti/ adalah pada 13 Januari 2020 yang lalu apabila seramai 40 orang anggota
statistik/ pendapat tokoh. bomba dan 20 orang pegawai dari Pasukan Mencari dan Menyelamat
Khas Malaysia (SMART) telah pergi ke Australia bagi membantu usaha
memadam kebakaran hutan di negara itu.
AYAT HURAIAN CONTOH SIAPA? BAGAIMANA?
Apabila rakyat Malaysia melihat keprihatinan yang dipaparkan oleh
Huraikan AC tersebut dengan lebih pihak kerajaan dan juga kesanggupan para pegawai tersebut merentas
terperinci (5W1H)/ nyatakan kesan. lautan China Selatan demi membantu negara Australia itu, maka rakyat
Malaysia akan terbuka pintu hati mereka untuk sama-sama membantu
Huraikan AC/ BUKTI tersebut kelak.
dengan menggunakan 5W1H.
Pilih KATA TANYA yang sesuai BILA? BAGAIMANA?
untuk menjana idea. Dalam hal ini, sikap pemurah seperti itu telah menjadi ikutan rakyat
negara lain sekali gus melahirkan rakyat yang pantas bertindak demi
membantu negara luar tanpa mengira waktu mahupun musim.
KESAN?
Bertitik tolak daripada itu, setiap rakyat tanpa mengira negara secara
suka rela akan sama-sama membantu setiap kali mendengar khabar
buruk yang telah menimpa sesuatu negara tanpa mengira darjat dan
pangkat mereka.
AYAT PENEGAS/ Baca dan rujuk AC + AT anda untuk merumus perenggan isi anda.
AYAT KESIMPULAN KECIL Izharlah bahawa, rakyat di seantero dunia akan menjadi warga yang
prihatin dan pemurah kerana sentiasa bersedia untuk memberi
- Jangan ulang semula AT. sumbangan kepada negara-negara di dunia yang ditimpa bencana alam.
- Buat penegasan dan kaitkan
dengan ISU+PERANGKAP.
UNGKAPAN MENARIK Gunakan peribahasa bahasa Melayu yang sesuai dengan isu.
- Selitkan UM pada mana-mana
ayat yang bersesuaian. Gunakan kata kunci = …bak kata peribahasa…/ bak kata aforisme Melayu…
17 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
PERENGGAN PENUTUP
AYAT PENEGAS UTAMA Baca + analisis kesemua AT anda lalu rangkumkan dengan ISU.
- Analisis AT anda. Sebagai menggulung segala yang telah dikupas sebelum ini jelas
menunjukkan bahawa sebenarnya setiap lapisan masyarakat di negara
ini dan juga negara-negara yang ditimpa bencana itu akan mendapat
pelbagai manfaat hasil daripada sumbangan yang telah diberi.
AYAT CADANGAN/ Berikan satu cadangan penyelesaian ISU
AYAT SERUAN Oleh itu, setiap individu seharusnya meneruskan inisiatif murni ini
dengan sokongan dan bantuan daripada setiap sektor sama ada kerajaan
mahupun badan bukan kerajaan demi mengurangkan beban negara
yang ditimpa kecelakaan tersebut.
AYAT KESAN CADANGAN/ Berikan ayat KESAN POSITIF
AYAT POSITIF
Sekiranya usaha suci ini dilakukan secara konsisten dengan bersatu
- Jangkaan/ kesan positif setelah teguh bercerai roboh serta tidak bersikap bagai enau dalam belukar,
cadangan dilaksanakan. melepaskan pucuk masing-masing, maka kebajikan negara-negara
tersebut akan dapat dipelihara dan dilindungi.
AYAT ANCAMAN/ Berikan AYAT ANCAMAN
- Jangkaan/Kesan negatif
apabila cadangan tidak Walau bagaimanapun, alangkah malangnya nasib anak-anak kecil dan
dilaksanakan. juga warga tua di negara yang ditimpa bencana tersebut apabila tiada
seorang pun yang cakna akan nasib yang menimpa mereka itu nanti.
Tidak mustahil statistik kematian dan kehilangan tempat tinggal akan
kian meningkat disebabkan tiada bantuan yang sampai kepada mereka
tepat pada masanya.
UNGKAPAN MENARIK/ *Masukkan peribahasa/petikan kata tokoh/tafsiran hadis dll. pada ayat
PETIKAN KATA-KATA TOKOH yang sesuai dan berkesan.
AYAT RUMUSAN A.Penegasan keseluruhan = cadangan + PERANGKAP + AGAR/SUPAYA
- Harapan berkaitan isu secara + Kesan kepada MALAYSIA/ DUNIA
keseluruhuan.
Kesimpulannya, marilah kita menjadi ringan tulang dengan membantu
negara di peringkat global selari dengan teras strategik ke-7 Wawasan
Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) iaitu peningkatan modal sosial
masyarakat yang matang, berilmu, bekerja keras dan mementingkan
perpaduan.
*SUSUNAN ELEMEN UTAMA BAGI PERENGGAN KESIMPULAN JUGA BERGANTUNG KEPADA KREATIVITI
PENULISAN ANDA.
ANALISIS ASPEK BAHASA
PENANDA WACANA KKBT / LARAS BAHASA
YANG MATANG
1)
2)
3)
4)
5)
#LESTARIKANBAHASAMELAYU-PN. SITI ASLINDA BINTI PUNGUT-
18 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
VARIASI SOALAN KARANGAN BAHAGIAN B
BIL CONTOH SOALAN KEHENDAK SOALAN
1 Penggunaan Internet dianggap sebagai 1. Anda perlu menghuraikan kebaikan dan keburukan
satu gaya hidup para remaja pada masa penggunaan Internet kepada anda (saya) dengan
ini. menyatakan contoh-contoh yang sesuai.
Bincangkan kebaikan dan keburukan 2. Penulisan anda mesti menggunakan dimensi ‘saya’.
penggunaan Internet kepada anda.
3. Soalan yang mempunyai dua tugasan ini memerlukan
(Percubaan Negeri Pulau Pinang 2019) anda untuk menulis satu isi ‘kebaikan’ dalam satu
perenggan tanpa campur dengan isi ‘keburukan’. 3 isi
‘kebaikan’ dan 3 isi ‘keburukan’ = 6 perenggan isi.
2 Minggu Kerjaya yang dianjurkan oleh 1. Anda perlu membina AT/ISI berdasarkan ketiga-tiga aspek
pihak sekolah bertujuan untuk yang dinyatakan dalam soalan iaitu peluang-peluang
mendedahkan pelajar kepada peluang- kerjaya, persediaan kendiri dan kursus-kursus yang
peluang kerjaya, persediaan kendiri dan ditawarkan selepas tamat persekolahan SAHAJA. Anda
kursus-kursus yang ditawarkan selepas tidak boleh membina AT/ISI tanpa kaitkan aspek-aspek
tamat persekolahan. tersebut.
Bincangkan. AT 1 – Pelajar dapat maklumat peluang-peluang kerjaya
mengikut minat, bakat dan kelayakan akademik. (AT ini
dikaitkan dengan aspek PELUANG KERJAYA).
AT 2 – Pelajar dapat meningkatkan kemahiran insaniah.
(AT ini dikaitkan dengan aspek PERSEDIAAN KENDIRI).
(Percubaan MRSM 2019) AT 3 – Pelajar dapat pendedahan tentang pengajian di
dalam dan di luar negara. (AT ini dikaitkan dengan aspek
KURSUS…)
*PERANGKAPNYA DI MANA? – 3 aspek yang terdapat dalam
soalan.
3 Dewasa ini, sikap saling menyayangi 1. Anda mestilah menyatakan peranan yang perlu dilakukan
dalam kalangan masyarakat semakin oleh ibu bapa SAHAJA untuk membentuk masyarakat
terhakis ditelan arus pemodenan yang penyayang.
negara.
2. Pada perenggan pendahuluan, anda perlu kupas ISU
Huraikan peranan yang perlu dilakukan soalan dengan memberikan perbandingan contoh-contoh
oleh ibu bapa untuk membentuk kes.
masyarakat yang penyayang.
(Percubaan Negeri Perak 2019)
19 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
4 Orang Kurang Upaya (OKU) telah 1. Binaan AT anda mestilah berdasarkan ‘perhatian dan
mendapat perhatian dan bantuan yang bantuan daripada pihak kerajaan’ SAHAJA.
terbaik daripada pihak kerajaan.
2. Cadangan AT/ISI :
Ulaskan penyataan tersebut.
- Kerajaan memberikan elaun sara hidup
(Percubaan Negeri Pahang 2019) - … peluang dalam kerjaya
- … Sekolah Pendidikan Khas
- … perkhidmatan OKU di tempat awam
- … bantuan alat tiruan dan alat sokongan
- … bantuan perubatan
- … bantuan modal perniagaan
*Pastikan anda banyak membaca isu semasa supaya dapat
banyak maklumat yang tepat sekali gus dapat memudahkan
anda menjana idea untuk menjawab soalan seperti ini.
5 Hutan banyak memberikan sumbangan 1. Anda mestilahkan menjelaskan sumbangan hutan dalam
dalam kehidupan manusia sejagat. kehidupan manusia di seluruh dunia (dimensi
ANTARABANGSA), bukannya hanya berfokus di Malaysia
Berikan komen anda. sahaja.
(Percubaan MRSM 2019) 2. Jangan lupa nyatakan jenis-jenis hutan yang terdapat di
seluruh dunia dan contoh-contoh sumbangan hutan
kepada negara-negara luar.
6 Semangat cinta akan tanah air dapat 1. Anda mestilah menghuraikan kesan menghayati hasil
dipupuk melalui hasil karya sastera karya sastera yang dapat memupuk semangat cinta akan
seperti cerpen, puisi, novel dan drama tanah air kepada pembaca.
kepada pembaca yang menghayati
karya tersebut.
2. Anda mestilah menerangkan salah satu atau beberapa
hasil karya sastera yang dapat memupuk semangat cinta
Jelaskan pernyataan tersebut.
akan tanah air sebagai contoh dalam huraian isi.
(Percubaan Negeri Selangor 2019)
7 Pantun, gurindam, syair, dan seloka 1. Anda mestilah menghuraikan peranan pelbagai pihak
merupakan puisi tradisional warisan (pihak kerajaan- DBP, pihak sekolah, ibu bapa) supaya
bangsa yang semakin dilupakan oleh puisi tradisional tersebut kembali diminati.
generasi kini.
Huraikan peranan pelbagai pihak
supaya puisi tradisional tersebut
kembali diminati.
(Percubaan Negeri Selangor 2019)
-Siti Aslinda binti pungut-
20 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
FAKTA ISU SEMASA KARANGAN BAHASA MELAYU
BIL TEMA/ISU FAKTA/PETIKAN AKHBAR/PETIKAN KATA TOKOH
1. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad – Nilai yang baik
bukanlah penghalang kepada usaha mengejar kemodenan.
1. NILAI MURNI/ 2. Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin – Pembentukan akhlak, budi dan nilai-
BUDI BAHASA/ nilai murni wajib dimulakan di rumah kemudian diperkukuhkan melalui sistem
SIKAP POSITIF/ pendidikan dan seterusnya dimanfaatkan dalam kalangan masyarakat.
AMALAN 3. Pengerusi Yayasan Budi, Tan Sri Rais Yatim – Kementerian Pendidikan digesa untuk
MULIA/ mengkaji dan mengubah silibus pendidikan dengan menerapkan asuhan budi bahasa
SAHSIAH dan elemen kenegaraan bagi mengubah adab komunikasi masyarakat masa ini.
4. Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Mohd Shahrizal Nasir – Tidak ada
gunanya banyak pelajar mendapat ‘A’ tetapi mereka gagal bersikap amanah dalam
perbuatan. (Artikel : Bijak ‘soalan bocor’, Harian Metro, 7 Oktober 2019).
1. Pengarah Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Wan Zulkifli Wan
Setapa – 10 pekerjaan bakal pupus. Pekerjaan yang bakal mengambil alih pasaran ialah
2. KERJAYA/ jenis kerja berasaskan Teknologi Kecerdasan Buatan (AI), digital, robotik dan teknologi
PENGUASAAN baharu – Perlu kuasai pelbagai ilmu demi memenuhi tuntutan pasaran kerja masa depan.
ILMU 2. Jabatan Perangkaan Malaysia – Melaporkan pada suku pertama 2019, negara
PENGETAHUAN/ merekodkan seramai 516,600 penganggur.
AMALAN 3. Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Shamsuddin
MEMBACA Bardan, mengakui gulungan ijazah kini bukan lagi lesen besar untuk menempatkan diri
dalam dunia pekerjaan, sebaliknya pelbagai faktor lain khususnya aspek fleksibiliti serta
keupayaan komunikasi yang baik turut diberi perhatian penting. (Berita Harian, 7 Julai
2019)
4. Ganjaran bagi penuntut ilmu yang ikhlas bukan sembarangan kerana akan mendapat
ganjaran syurga – Sabda Rasullah S.A.W. bermaksud: “Sesiapa yang menempuh jalan
untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju ke syurga”.
(Hadis riwayat Abu Dawud).
5. Rumusan daripada pakar pengurusan, Peter F Drueker dalam buku Post-Capitalist
Society – kumpulan sosial paling utama dan terpenting pada zaman akan datang ialah
pekerja serta eksekutif berilmu pengetahuan dan tahu menggunakan ilmu untuk kerja
produktif.
6. Berita Astro Awani, 19 Oktober 2019 – Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Bin Mohamad menggesa generasi muda supaya mempelajari dan mendalami
ilmu pengurusan kewangan dan perniagaan dengan sebaik mungkin ketika mengharungi
ekonomi dalam tempoh lima tahun akan datang.
7. Yang Berhormat Dr Maszlee Malik, mantan Menteri Pendidikan Malaysia –
Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menjadikan tempoh masa 10 tahun iaitu dari
tahun 2021 sehingga 2030 sebagai Dekad Membaca Kebangsaan.
8. Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Nafiah Ahmad – beliau masih
belum berpuas hati dengan tahap pembacaan dalam kalangan rakyat di negara ini.
1. Firman Allah SWT, “dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu
sekutukan Dia dengan sesuatu apa juga; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada
3. BALAS JASA IBU kedua-dua ibu bapa.” (Surah al-Nisa, ayat 36).
BAPA 2. Berita Harian, 30 Disember 2018 – Kuala Terengganu: seorang anak tergamak mengugut
mahu membunuh ibunya gara-gara bengang wanita terbabit lewat menyediakan
makanan dalam kejadian di Teluk Ketapang, Kuala Nerus.
3. Pakar motivasi, Dr. HM Tuah Iskandar – tanggungjawab terhadap ibu bapa tidak boleh
dipandang ringan kerana hal ini membabitkan dua individu paling berharga dalam
kehidupan kita.
21 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
1. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mentakrifkan warga emas adalah individu
yang berusia 60 tahun ke atas.
4. WARGA EMAS/ 2. Jumlah penduduk warga tua di Malaysia dijangka meningkat 15 peratus kepada 5.6 juta
ORANG TUA orang menjelang 2030.
3. Langkah kerajaan – Belanjawan 2020, kerajaan akan memperuntukkan RM4.6 juta
kepada Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) untuk menampung perbelanjaan 129 pusat
di seluruh negara yang memberi manfaat kepada 37,000 warga emas.
1. Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam
Tyhe – semua pihak perlu berganding bahu memastikan gejala sosial tidak terus menular
5. MASALAH dan menjadi ikutan pelajar. Ibu bapa diminta untuk memainkan peranan lebih berkesan
SOSIAL dalam mendidik anak terutama mempertingkatkan pengawasan terhadap anak bawah
usia 18 tahun.
2. Berdasarkan rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hasil kerjasama Polis Diraja
Malaysia (PDRM) – 577 kes pembuangan bayi dan janin direkodkan antara Januari 2014
sehingga Disember 2018.
3. Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Zulkifli Ismail – longgarnya
ikatan kekeluargaan dan pegangan agama menjadi punca berlakunya kes pembuangan
bayi.
4. Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail – mengakui
bahawa pada masa ini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mempunyai jumlah
kakitangan yang cukup menjadi punca ketidakcekapan pengurusan dalam mengatasi
masalah sosial di negara ini.
5. Mantan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin – seramai 85,575 orang belia
berumur antara 19 dan 39 tahun dikesan menjadi penagih dadah sejak tahun 2014
sehingga 2018 dikesan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).
6. Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, "Laporan terbaru Kajian
Kesihatan Remaja 2017 mendapati sebanyak 10 peratus mempunyai pemikiran serta
merancang untuk bunuh diri manakala 9.3 peratus melaporkan bahawa mereka berasa
kesunyian pada kebanyakan masa,"
1. World Health Organization (WHO) telah mengatakan, kesihatan yang baik turut
merangkumi kesihatan mental dan bukan hanya fizikal semata-mata.
6. KESIHATAN 2. Mantan Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad –
mengajak rakyat Malaysia meluangkan lebih banyak masa secara berterusan untuk
menjalani gaya hidup sihat khususnya bersenam bagi mencegah penyakit tidak
berjangkit (NCD) yang kian meningkat di Malaysia.
3. Statistik melalui kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015
menunjukkan bahawa Malaysia menjadi sebuah negara obes iaitu seorang dalam dua
orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.
4. Langkah kerajaan – aplikasi MyNutriDiari 2 – aplikasi Kementerian Kesihatan yang
menyediakan maklumat pemakanan dan aktiviti fizikal serta fungsi berguna seperti diari
pengambilan makanan harian dan kalkulator Indeks jisim tubuh (BMI).
5. Berat badan sihat adalah BMI di antara 18.5 hingga 24.9.
6. Kementerian Kesihatanan Malaysia: Amalkan Model Pinggan Sihat Malaysia atau
konsep ‘Suku-Suku-Separuh’ sebagai panduan dalam membuat pilihan makanan
seharian.
7. TANGGAL 10 Oktober setiap tahun merupakan sambutan Hari Kesihatan Mental
Sedunia, disambut mulai tahun 1992 dan diperkenalkan oleh World Federation of
Mental Health (WFMH) dengan tema yang berbeza saban tahun.
8. Berita Awani, 10 Oktober 2019 - Menurut WHO, lebih daripada 800,000 individu
membunuh diri setiap tahun atau kira-kira satu nyawa setiap 40 saat.
9. Berita Harian, 12 Januari 2019 - Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS)
menunjukkan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak pada kadar 12.1
peratus, diikuti orang dewasa 29.2 peratus dan warga tua berusia 60 tahun ke atas pula
24 peratus.
22 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
1. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad – melancarkan
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) – merupakan satu iltizam negara
7. PERPADUAN demi mengukuhkan kestabilan politik dan meningkatkan kemakmuran negara serta
memastikan rakyat bersatu padu tanpa prasangka dengan meraikan kepelbagaian
bangsa dan budaya sebagai asas penyatuan negara bangsa.
2. Rukun Negara telah diwujudkan pada 1970 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P
Waytha Moorthy menyeru generasi Y menggunakan platform media sosial untuk
menyebarkan kepentingan penghayatan Rukun Negara bagi memupuk semangat
perpaduan dan sikap patriotisme.
3. Mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Dr Md Farid Md
Rafik – Semua kementerian dan agensi kerajaan harus meletakkan perpaduan rakyat
sebagai agenda utama dalam melaksanakan dasar masyarakat.
4. Pengarah Bahagian Kesepaduan Sosial dan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan
Negara, Mohd Khalil Ahmad – menggesa masyarakat supaya tidak berkongsi berita,
video atau gambar tidak sahih di media sosial sehingga mengundang komen negatif yang
boleh mencetuskan perbalahan antara kaum.
1. Angkatan Koperasi Sekolah Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) mensasarkan
2,400 koperasi sekolah di seluruh negara mampu memperoleh pendapatan RM1 bilion
8. KOPERASI menjelang 2025.
SEKOLAH 2. Enam Koperasi Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan sebuah Kolej Vokasional
digelar sebagai koperasi jutawan selepas memperolah pendapatan lebih RM1 juta
dengan mempelbagaikan perniagaan termasuk ada yang memiliki Taman Asuhan Kana-
Kanak (Taska), kafe selain mesin dobi cuci sendiri. MRSM Taiping mencatat perolehan
tertinggi pada 2017 iaitu RM 1,304,392 juta.
3. Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Sheikh Umar
Ali – Koperasi sekolah merupakan wadah berkesan untuk para pelajar berniaga, menjadi
usahawan, mentadbir dan mengurus koperasi serta mendapat kemahiran-kemahiran
insaniah, malah penglibatan mereka ini mampu memperkukuhkan jati diri yang menjadi
pegangan koperasi.
1. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad – melancarkan
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030), merupakan hala tuju ekonomi
9. EKONOMI/ negara bagi tempoh 10 tahun bermula 2021-2030.
JIMAT 2. Statistik Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) 2017 melibatkan pengguna di
Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah 222 liter per kapita sehari melebihi saranan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 165 liter per kapita sehari setiap pengguna.
Atas kesedaran pentingya penjimatan air, Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) telah
mengadakan kempen dan program jimat air sejak 2016 sehingga kini (2019).
3. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul
Rahman Dahlan – Kempen pengasingan sisa pepejal mengikut kategori menjimatkan kos
pengurusan sisa pepejal RM2 bilion setahun.
4. Statistik yang dilaporkan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI), sebanyak 16,668 tan
sehari sisa makanan yang dibazirkan oleh isi rumah di mana pembaziran tersebut boleh
mencecah sebanyak 6.1 juta tan makanan setahun.
1. Contoh pemimpin terbaik ialah Rasullah S.A.W. – antara sifat ditonjolkan sebagai
amanah kepada seluruh umat Islam adalah kemaafan serta menolak kejahilan seperti
10. CIRI-CIRI keangkuhan.
PEMIMPIN 2. Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad – Malaysia mampu
melahirkan ramai pemimpin bertaraf dunia yang mengekalkan nilai-nilai Timur menerusi
program Sekolah Kepemimpinan Masa Depan Malaysia (MFLS). Malaysia Future
Leaders School (MLFS).
3. MLFS menggantikan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tata Negara
(BTN) dilancarkan dengan matlamat melahirkan pemimpin muda berwawasan yang
berintegriti dan beramanah. Sebanyak 30, 000 orang pelajar sekolah dipilih dan hanya
200 orang yang akan tersenarai dalam fasa tiga dan dilatih dalam tempoh lapan bulan di
23 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
bawah menteri, tokoh korporat dan Ketua Pegawai Eksekutif. Akhirnya fasa empat
mereka akan dimasukkan ke dalam program-program seperti MYCORE, Perdana
Fellowship dan lain-lain bagi melahirkan pemimpin masa depan.
1. Keputusan kaji selidik terbaharu dilakukan oleh pihak Google menunjukkan rakyat
Malaysia taksub dengan telefon pintar dan media sosial.
11. MEDIA SOSIAL/ 2. Pengkaji dari Carnegie Mellon University, Amerika Syarikat – mendapati sekiranya
TELEFON seseorang khusyuk melayari Internet di telefon, aktiviti otaknya akan lambat sebanyak
PINTAR/ 37 peratus daripada kelajuan asal untuk memproses maklumat daripada perbualan
INTERNET realiti.
3. Ketua Bahagian Kaunseling, Universiti Putra Malaysia, Mohd Redzuan Zamberi berkata
kejadian gadis meragut nyawa sendiri akibat undian maut di laman Instagramnya itu
menunjukkan betapa pengaruh media sosial terhadap konsep diri dan tahap mental
remaja khususnya perlu dipandang serius.
4. Jenayah siber – Mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Dr. Wan Azizah Wan Ismail
– Jenayah siber merekodkan kerugian RM153 juta dalam tempoh lima bulan pertama
tahun ini (2019). Kerugian penipuan e-kewangan (salah satu jenayah siber) dalam
tempoh Januari sehingga Mei 2019 berjumlah RM40.7 juta.
1. Pakar sejarah terkemuka Negara, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim – Cara
12. PEMELIHARAAN untuk memastikan bangunan bersejarah kekal di negara ini, rakyat Malaysia perlu
DAN meniru semangat dimiliki rakyat di Barat yang sangat menghargai bangunan bersejarah
PEMULIHARAAN sebagai warisan negara.
BANGUNAN 2. Lapan bangunan bersejarah di sekitar Kuala Lumpur dihimpunkan dalam buku
BERSEJARAH/ ‘Merdeka Interviews Book’ pada 2018 – merupakan usaha memelihara keunikan seni
MONUMEN serta sejarah bangunan yang dibina pada, sebelum dan pascamerdeka seperti Bangunan
(BANGUNAN/ Parlimen, Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Lapangan Terbang Subang.
PATUNG YANG 3. Harian Metro, 1 Oktober 2019 – Bekas kompleks pentadbiran daerah Larut Matang dan
DIBINA UNTUK Selama (LMS) serta Rumah Rehat Bandar di Jalan Stesen, Taiping, Perak dibiarkan usang
MEMPERINGATI kini ditumbuhi semak sehingga mengundang risiko kehadiran haiwan berbisa, selain
SESEORANG/ menjadi tempat kegiatan aktiviti tidak bermoral serta menjejaskan imej Taiping sebagai
SESUATU bandar bersejarah.
PERSITIWA 4. Pakar sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam mencadangkan kerajaan memulihara
PENTING, dan membaik pulih rumah agam bersejarah, Carcosa Seri Negara yang pernah menjadi
TUGU) saksi kepada pemeteraian Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
5. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Sejarah Malaysia, Profesor
Madya Mohd Samsudin – antara usaha yang boleh dilakukan untuk berkongsi sejarah
Carcosa Seri Negara adalah dengan menjadikannya sebagai sebuah kawasan
pelancongan, menggalakkan golongan muda dan pelajar menjalankan aktiviti di lokasi
tersebut.
1. Berita Harian, 22 April 2019 : SUNGAI PETANI: Seramai 153 murid Sekolah Kebangsaan
(SK) Kampung Kuala Sin di sini, menyertai Program MNRB Ringgit Savvy, yang
13. PELABURAN menumpukan kepada permainan interaktif pelaburan sempena Minggu Saham Amanah
Malaysia 2019 (MSAM) di sekolah itu, hari ini.
2. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MNRB, Mohd Din Merican, berkata
program itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada murid mengenai aspek
menabung dan kaedah pengurusan wang bijak.
3. Minggu Saham Amanah Malaysia yang dianjurkan sejak tahun 2000 sentiasa mendapat
sambutan baik dan menjadikan jumlah pengunjung terkumpul sehingga kini mencecah
3.8 juta orang. Program tahunan anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB) ini turut
disertai oleh syarikat-syarikat pelaburannya seperti, Maybank Berhad, Sime Darby
Plantation Berhad, S P Setia Berhad dan UMW Holdings Berhad yang dikategori sebagai
Rakan Premier.
4. Selain daripada Amanah Saham Bumiputera (ASB), Tabung Haji (TH) dan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP), terdapat pelaburan unit amanah, saham, Exchanged
Traded Funds (ETF), Real Estate Investment Trust (REIT), dan banyak lagi.
24 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
1. Berita Astro Awani, 19 September 2019: Berdasarkan cerapan indeks pencemaran
udara (IPU) oleh World Air Quality Index (WAQI) pada Rabu jam 6.20 pagi, Malaysia
14. ALAM SEKITAR mencatat bacaan IPU 266. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula akan melaksanakan
dasar Bekerja Dari Rumah dalam tempoh cuaca berjerebu yang semakin teruk dengan
bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200.
2. Dr. Iskandar Tan Abdullah, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian
Polisi, UiTM Kelantan: Mengikut statistik, pencemaran yang paling teruk adalah udara
yang disumbangkan oleh penggunaan kenderaan menghasilkan karbon dioksida iaitu
70.4 peratus diikuti loji kuasa yang menggunakan diesel dan arang iaitu 24.5 peratus
diikuti sisa kumbahan industri sebanyak 2.9 peratus. Keseluruhannya pencemaran yang
terhasil adalah 3.2 juta tan atau meningkatkan suhu di Malaysia antara 1 - 1.5 darjah
Celsius setahun.
3. Dalam satu kajian yang dilakukan pada 2013 di 52 lokasi seluruh Malaysia, Johor adalah
antara negeri paling teruk dicemari disebabkan berlaku jerebu dengan pengukuran API
663 berbanding negeri-negeri lain. Jerebu yang sering kali berlaku di negara ini perlu
dikaji semula.
4. INSIDEN pencemaran Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor menggemparkan negara
iaitu lebih 1,000 dirawat selepas terhidu sisa kimia yang dibuang di sungai berkenaan
oleh pengusaha industri tidak bertanggungjawab
5. Statistik oleh Our World in Data (OWD) pada 2010 menyebut bahawa pengeluaran
plastik di peringkat global mencecah 270 juta tan (pada 2010), manakala hasil buangan
bahan ini adalah lima juta lebih tinggi iaitu 275 juta tan.
6. Kajian oleh Universiti Plymouth juga mendapati, sisa buangan plastik ini mengancam
sekurang-kurangnya 700 spesies hidupan marin.
7. Pensyarah Kanan Pengurusan Sumber Akuatik, Kualiti Air dan Pengurusan Tasik,
Fakulti Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM) Dr Mohd Yusoff Ishak, Kerajaan
perlu melihat secara menyeluruh bagi memastikan insiden ini dapat dielak. Bermula
daripada aspek perancangan pembangunan bandar dan desa dengan lokasi
penempatan industri, sehinggalah kepada menilai semula dasar mesra pelabur yang
diamalkan selama ini.
1. Mantan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan
Chik berkata berdasarkan statistik, sektor pelancongan menyediakan 3.4 juta peluang
15. PELANCONGAN pekerjaan tahun lalu bersamaan 23.4 peratus daripada jumlah pekerjaan di negara ini.
2. Beliau juga memaklumkan bahawa untuk tempoh enam bulan pertama tahun 2019,
kedatangan pelancong asing ke Malaysia ialah 13.35 juta orang iaitu peningkatan
sebanyak 4.9 peratus berbanding tempoh sama tahun 2018.
3. Mantan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Yang Berhormat Datuk Mohamaddin
Ketapi, sektor pelancongan menyumbang RM84.1 bilion kepada pertumbuhan ekonomi
negara menerusi ketibaan kira-kira 25.8 juta pelancong antarabangsa ke negara ini
tahun lalu (2018).
FAKTA-FAKTA INI MERUPAKAN BAHAN
SOKONGAN UNTUK MEMBANTU PENULISAN
KARANGAN KALIAN LEBIH MENARIK DAN
MATANG. TETAPI INGAT, KUASAI DAHULU
TEKNIK PENULISAN YANG MANTAP DAN
DISULAMI DENGAN FAKTA YANG TEPAT.
‘A+’ BMSPM MZMS 2021!
25 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
KOLEKSI KOSA KATA LUAS
BIL FRASA MAKSUD
1 kebejatan moral keruntuhan moral
2 mencalarkan reputasi menjejaskan imej
3 revolusi minda perubahan fikiran secara mendadak
4 evolusi minda perubahan fikiran secara beransur-ansur
5 mendominasi ilmu menguasai ilmu
6 mengekang kemelut menghalang krisis
7 menggarap minda mengolah fikiran
8 merungkai kekusutan menyelesaikan masalah
9 menitipkan pesan mengamanahkan pesanan
10 mengintensifkan inisiatif meningkatkan usaha
11 komuniti madani masyarakat maju dalam pelbagai aspek positif
12 generasi pascamerdeka generasi selepas merdeka
13 percanggahan idea perbezaan pendapat
14 suri teladan/entiti mithali contoh yang baik
15 langkah komprehensif langkah menyeluruh
16 merencana kehidupan merancang kehidupan
17 kepincangan akhlak kerosakan akhlak
18 mentaliti kelas pertama pemikiran tahap terbaik
19 hedonisme pegangan hidup yang mementingkan keseronokan
20 iltizam tanggungjawab/komitmen
21 swadaya kekuatan diri
22 cakna ambil peduli/prihatin
23 jerayawara promosi bergerak
24 signifikan bermakna
25 komprehensif menyeluruh
26 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
26 konsisten stabil
27 kondusif sesuai
28 mapan tidak berubah-ubah/kukuh
29 mampan mengekalkan prestasi ekonomi
30 mentaliti cara berfikir
31 kemaslahatan faedah
32 persepsi pandangan/tanggapan
33 kemenjadian perihal menjadi
34 tersohor terkenal
35 tipikal biasa
36 melestarikan mengekalkan
37 apresiasi penghargaan
38 aspirasi cita-cita
39 diimplementasikan dilaksanakan
40 diuar-uarkan dihebahkan
41 dominan berpengaruh
42 ironi pertentangan
43 justifikasi alasan/hujah
44 kealpaan kelalaian
45 kompetitif persaingan
46 metropolitan bandar raya
47 natijah akibat
48 polemik perbahasan
49 sinergi tindakan bersama
50 memacu menggerakkan sesuatu kegiatan
Kredit dan terima kasih kepada JUJ PAHANG
27 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
SENARAI PAUTAN LAMAN SESAWANG
SUBJEK BAHASA MELAYU SPM
KOLEKSI SOALAN SPM BM & ANALISIS
http://bmspm.net/aksespantassoalanbmspm.htm
KOLEKSI SOALAN PERCUBAAN NEGERI BAHASA MELAYU KERTAS 1 2019
https://drive.google.com/file/d/1644RIwCTSQSYGvJaDmWoClsz5t-kvcec/view
PUSAT RUJUKAN PERSURATAN MELAYU
(untuk rujuk maksud perkataan atau sebarang persoalan berkaitan aspek
tatabahasa)
http://prpm.dbp.gov.my/
INFOGRAFIK AKHBAR
https://www.bharian.com.my/image/infografik-tenaga-buruh-malaysia
https://www.hmetro.com.my/infografik
PELBAGAI NOTA & LATIHAN BM TERKINI
http://cikgutancl.blogspot.com/
“Bahasa Melayu sejak awal
perkembangannya sudah tumbuh
sebagai bahasa ilmu, perdagangan,
perundangan dan ketatanegaraan,
persuratan mahupun keagamaan”
-Dr Muhd Saiful Haq Husin-
Pensyarah Akademi Pengajian Melayu
Universiti Malaya
28 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
‘Secangkir Ilmu Segunung Harapan,
Terbentang Langit Seluas Impian’
Ingatlah pesanan cikgu…
Bacalah pelbagai penulisan karangan
dan juga fakta isu semasa supaya PRAKTIKKAN NILAI-NILAI POSITIF
membentuk idea yang matang dalam
minda sekali gus dapat menulis DALAM DIRI + MENJADI SAHABAT
karangan dengan lancar. YANG BAIK.
‘A+’ BM SPM 2021
USAHA KONSISTEN
SETIAP USAHA YANG KALIAN
CURAHKAN PADA HARI INI, AKAN
KALIAN TUAI PADA MASA POSITIF DOA
HADAPAN.
29 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .
UNIT BAHASA MELAYU
JABATAN BAHASA
MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUADZAM SHAH
30 |M O D U L T U C E R ( T U L I S & C E M E R L A N G ) . C I K G U S I T I A S L I N D A . M R S M M U A D Z A M S H A H .