The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Dell Falla, 2019-03-20 10:12:25

Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Merdeka 2019

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI1 SKTM

Keywords: Mesyuarat Agung Pibg

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI -1

2019

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MERDEKA

75350, BATU BERENDAM, MELAKA

Tarikh : 9 Mac 2019

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi

Tempat : SK Taman Merdeka

Kehadiran:

1.0 PELANTIKAN YANG DIPERTUA DAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SK TAMAN MERDEKA

1.1 Pemilihan Yang Dipertua PIBG SK Taman Merdeka telah dimulakan dengan
pelantikan pengerusi sementara dan setiausaha sementara. Pelantikan Pengerusi
sementara telah dicadang oleh Puan Zaliha binti Abu Bakar manakala Setiausaha
sementara dicadang oleh Encik Rosmi bin Abdul Rasid selaku Penasihat PIBG SK
Taman Merdeka.

1.2 Pelantikan Yang Dipertua PIBG SK Taman Merdeka telah dicadang oleh Encik Mohd
Azmi bin Arrifin dan telah disokong oleh Encik Ahmad Faisal bin Abdoll Mutalib.
Manakala Puan Ruhana Roza Binti Abu Bakar telah mencadangkan agar cadangan
ditutup. Mesyuarat sebulat suara bersetuju agar Encik Mohd Tuah bin Ismail
menjadi Yang Dipertua PIBG SK Taman Merdeka tanpa bertanding dengan calon
yang lain.

1.3 Bagi pelantikan ahli jawatankuasa PIBG, Encik Mohd Tuah bin Ismail, selaku Yang
Dipertua PIBG, telah membuka cadangan kepada ahli mesyuarat untuk
mencadangkan Naib Yang Dipertua dan ahli-ahli jawatankuasa. Puan Ruzaini Akma
telah mencadangkan Encik Hardev Singh sebagai calon Naib Yang Dipertua. Encik
Mohd Tuah pula mencadangkan Encik Rosli bin Dollah manakala Encik Mokhtar bin
Ali mencadangkan Encik Mohd Isa bin Sahat. Pemilihan Naib Yang Dipertua telah
diundi melalui undian dan telah dikira dengan petugas undian. Kemenangan
berpihak kepada Encik Hardev Singh, dengan majoriti sebanyak 68 undian.
Manakala undian bagi calon Encik Rosli bin Dollah ialah 48 undian dan Encik Mohd
Isa bin Sahat pula sebanyak 28 undian. Encik Rosli dan Encik Mohd Isa telah
diserapkan terus kepada ahli jawatankuasa PIBG.

1.4 Yang Dipertua membuka laluan kepada sesiapa yang ingin menjadi ahli
jawatankuasa PIBG secara sukarela mahupun pencalonan. Mesyuarat sebulat suara
telah memilih 9 orang ahli jawatankuasa ibu bapa yang baru melalui cadangan.
(Lampiran A). Yang Dipertua berharap agar semua ahli jawatankuasa dapat
bekerjasama dalam membangunkan SK Taman Merdeka.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU

Tiada

3.0 PERKARA BERBANGKIT

Tiada

4.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG

4.1 Bendahari PIBG (Puan Rohainu Binti Shaarani) membentangkan kewangan PIBG
(rujuk laporan kewangan sumbangan PIBG).

4.2 Yang Dipertua PIBG membuka persoalan kepada ibu bapa untuk bertanya sebarang
kemusykilan berkaitan dengan penyata kewangan PIBG. Puan Roshaida telah
bertanya tentang kutipan yuran sebanyaK RM50 dan RM40 pada awal tahun
persekolahan. Encik Azmi selaku ahli jawatankuasa membantu menjelaskan
sumbangan RM50 adalah merupakan sumbangan PIBG. Manakala RM40 adalah
bayaran pelbagai di bawah urusan sekolah dan tidak dimasukkan di dalam penyata
PIBG. Naib Yang Dipertua, Encik Hardev mencadangkan supaya segala program yang
melibatkan kos boleh menggunakan kepakaran ibubapa yang ada.

4.3 Tuan Guru Besar memberi penjelasan tentang pecahan bayaran awal persekolahan.
Pecahan bayaran adalah seperti berikut:-

a. RM50 – Sumbangan PIBG

b. RM10 – Selenggara komputer

c. RM10 – Keceriaan

d. RM 8 – Fail peribadi murid

e. RM 4 – Tanda nama murid

f. RM 3 – Buku nilam

g. RM 5 – Kad automasi

Penasihat PIBG selaku Guru Besar SK Taman Merdeka, berharap semua ibu bapa
yang masih belum menjelaskan sumbangan PIBG sebanyak rm50 dapat
menjelaskannya demi kepentingan anak-anak dan pembangunan SK Taman
Merdeka.

4.4 En Nazrul Azuad meminta penjelasan daripada Yang Dipertua tentang kos untuk
menguruskan mesyuarat agung kerana terdapat guru-guru yang telah menggunakan
duit sendiri bagi menjayakan mesyuarat agung. Yang Dipertua menjelaskan
sekiranya terdapat perkara berbangkit guru berkenaan boleh mengemukakan resit
untuk membuat tuntutan dengan bendahari PIBG. Penyata kewangan PIBG perlu
berbaki RM1,000 sahaja pada setiap hujung tahun.

4.5 Puan Roshaya binti Mohd Sood mencadangkan supaya penyata kewangan PIBG
sehingga bulan Mac disahkan. Cadangan disokong sebulat suara.

5.0 PEMBENTANGAN USUL

5.1 USUL 1 DAN 2
Yang Dipertua menjelaskan tentang lintasan zebra yang mempunyai bonggol telah
dilaksanakan oleh pihak JKR pada tahun lepas setelah permohonan telah diajukan.
Yang Dipertua juga membuat permohonan kepada Puan Liahna, pegawai polis
perhubungan sekolah untuk menempatkan anggota polis bagi memantau
keselamatan sekolah. Tuan Guru Besar meminta jawatankuasa PIBG turun padang
untuk membantu menasihati ibu bapa ketika menghantar dan mengambil anak-
anak.

5.2. USUL 3,4 DAN 5
Usul ini dibatalkan kerana pembawa usul tidak hadir.

5.3 USUL 6
Puan Farahduza binti Baharim (Guru Penolong Kanan Kokurikulum) telah
menerangkan tentang pemakaian baju koku bagi murid Tahap 1. Baju jingga
merupakan t- shirt rasmi yang melambangkan identiti SK Taman Merdeka. T-shirt
berwarna jingga ini dipanggil baju koku dan dipakai pada setiap hari Selasa. Puan
Farahduza menjelaskan bahawa semua aktiviti anjuran sekolah mewajibkan murid-
murid memakai baju tersebut. Manakala baju sukan wajib dipakai oleh murid
semasa sukan tahunan sekolah. Baju sukan juga dibenarkan untuk dipakai semasa
Pendidikan Jasmani pada hari persekolahan melainkan hari Selasa.

5.4 USUL 7
Yang Dipertua menjelaskan bahawa bukan tugas pengawal untuk menjaga
keselamatan murid ketika melintas kerana tidak terdapat dalam skop kerja mereka.
Pengawal keselamatan tidak berhak untuk menyentuh murid-murid ketika melintas.
Ibu bapa bertanggungjawab penuh menjaga keselamatan anak-anak bersama-sama.
Yang Dipertua memaklumkan terdapat beberapa buah sekolah dan diwakili PIBG
mengupah pekerja untuk mengawal murid-murid ketika melintas. Yang Dipertua
menasihatkan ibu bapa yang menunggang motosikal dikehendaki meletakkan
motosikal di tempat yang disediakan. Laluan dihadapan sekolah perlu dijadikan
jalan sehala. Inisiatif pada masa akan datang yang bakal dilaksanakan oleh Yang
Dipertua ialah laluan di belakang sekolah akan dibuka dan dijadikan laluan alternatif
untuk ibu bapa keluar setelah menghantar anak-anak ke sekolah.

5.5 USUL 8 DAN 9
Cadangan sumbangan kertas A4 satu rim satu keluarga oleh Puan Sharifah
Norazawiah Binti Syed Othman disokong sebulat suara oleh ahli mesyuarat. Puan
Sharifah Norazawiah juga mencadangkan agar tabung bencana diwujudkan. Yang
Dipertua memaklumkan agar tabung bencana dikutip setiap minggu pertama setiap
bulan sebagai dana kecemasan. Yang Dipertua juga memaklumkan bahawa setiap
murid telah diinsurankan. Tabung bencana ini adalah bertujuan untuk menambah
dana PIBG dan akan dikutip pada setiap pertengahan bulan.

5.6 USUL 10,11 DAN 12
Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah telah mengadakan kempen
awal datang ke sekolah. Selain daripada itu terdapat juga Program Sinar Pagi tahun
6 yang bermula pada pukul 7.15 pagi. Tuan Guru Besar memohon kerjasama ibu
bapa menghantar anak lebih awal ke sekolah. Berkenaan sekolah Lestari pula pihak
sekolah telah mendapat kerjasama MPKK dengan bantuan Tuan Haji Salleh selaku
pengerusi MPKK. Tuan Haji Salleh telah membantu sekolah mendapatkan
sumbangan baja daripada Jabatan Pertanian untuk kempen menanam pokok bunga.
Pihak sekolah juga turut mengalu-alukan sumbangan dan kepakaran ibu bapa dalam
kempen memperkasakan Bahasa inggeris. Naib Yang Dipertua mencadangkan agar
guru dan murid menggunakan Bahasa inggeris di sekolah. Tuan Guru Besar
memaklumkan penggunaan Bahasa inggeris telah dipraktikkan semasa perhimpunan
rasmi sekolah setiap hari Isnin.

5.7 USUL 13 DAN 14
Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa SK Taman Merdeka tiada keperluan untuk
membuka PPKI kerana berdekatan dengan PPKI yand sedia ada iaitu di SK Malim dan
SK Batu Berendam 2. Jika ada permintaan yang banyak baru akan diusahakan usul
tersebut.

5.8 USUL 15 DAN 16
Yang Dipertua mencadangkan ibu bapa memberi sumbangan untuk membina kerusi
menunggu di luar sekolah. Ada ibu bapa yang menyumbang 3 lampu dan 2 plug. Bagi
usul 16, Tuan Guru Besar memberitahu guru-guru jawatankuasa kantin sentiasa
membuat pemantuan kualiti makanan yang dijual. Maggi mee yang dikatakan dijual
di kantin sekolah adalah jenis mee kering yang dibenarkan dan menggunakan
perencah sendiri. Penjualan mee ini dibenarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

5.9 USUL 17
Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa kes buli yang berlaku adalah dalam
pemantauan kaunselor. Jika berlaku lagi ibu bapa akan dipanggil untuk membantu
pihak sekolah.

5.10 USUL 18
Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa program gotong –royong bersama ibu bapa
akan ditetapkan pada masa yang terdekat dan telah jadualnya telah dicatat di dalam
takwim rasmi sekolah.

5.11 USUL 19
Usul ini dibatalkan kerana pembawa usul tidak hadir.

5.12 USUL 20, 21, 22 DAN 23
Tuan Guru Besar memaklumkan tentang usul 20 mengenai kecedaraan murid. Tuan
Guru Besar memberitahu bahawa semua guru SK Taman Merdeka telah
dimaklumkan dengan SOP sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan pada
murid. Bagi usul 21, bangunan kantin kecil dan tidak boleh ditambah kerusi dan
meja lagi. Dicadangkan agar agihan makanan dibawah Rancangan Makanan
Tambahan akan diagihkan di bawah Foyer. Bagi usul 22 pula, Yang Dipertua
memaklumkan bahawa pihak PIBG perlu memohon dengan JKR untuk membina
lampu isyarat disimpang masuk sekolah. Bagi usul 23 telah dijawab dan berkaitan
dengan usul 16.

5.13 USUL 24, 25, 26 DAN 27.
Bagi usul 24, Tuan Guru Besar telah membuat teguran kepada koperasi sekolah
supaya tidak menjual barang yang tidak berfaedah. Usul 25 pula berkenaan
program keagamaan akan diteruskan bersama biro agama. Bagi usul 26 pula ialah
dicadangkan untuk menyediakan tempat menyimpan buku teks. Perkara ini akan
dibincangkan sekiranya ada peruntukan mahupun melalui sumbangan. Mengenai
usul 27 pula, sukan untuk murid tahap 1 telah dirancang dan akan dilaksanakan.

5.14 USUL 28
Tuan Guru Besar memberitahu kumpulan aplikasi whatsapp setiap kelas telah
diwujudkan. Walau bagaimanapun, tidak boleh dimasukkan semua guru mata
pelajaran. Naib Yang Dipertua memohon supaya dipertimbangkan agar guru mata
pelajaran dimasukkan ke dalam kumpulan whatsapp.

5.15 USUL 29 DAN 30
Usul 29 meminta agar pihak sekolah mengambil berat tentang cuaca panas untuk
mengadakan acara sukan. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah
sentiasa mengambil maklum keadaan cuaca dari semasa ke semasa. Bagi usul 30,
Yang Dipertua, memberitahu pihak PIBG akan menyediakan mesin penapis air untuk
kemudahan murid secara berasingan antara murid lelaki dan perempuan. Jika rosak
kos selenggara akan ditanggung oleh murid supaya murid lebih bertanggungjawab
menjaga harta benda sekolah.

6.0 HAL-HAL LAIN

6.1 Puan Fuzaimi Akma binti Yaacob mempertikaikan masa mesyuarat terlalu panjang.
Mesyuarat sepatutnya membincang perkara yang penting sahaja. Yang Dipertua
memberitahu usul yang diterima lebih daripada seratus. Jawatan kuasa telah
memilih usul yang penting sahaja. Naib Yang Dipertua memberitahu mesyuarat kali
pertama perlu membincangkan banyak perkara. Ibu bapa diminta mencadangakan
usul yang penting serta cadangan penyelesaian pada mesyuarat akan datang. Beliau
meminta semua ibu bapa menyertai kumpulan whatsapp dan telegram sekolah.

6.2 Puan Azlina memberitahu tidak semua penjaga boleh kuasai dan ada kemudahan
teknologi. Ibu bapa yang lain yang mampu memiliki kemudahan teknologi
diharapkan dapat akur dengan kekangan bagi ibu bapa yang tidak mampu. Puan
Azlina memuji guru kelas anak beliau kerana sentiasa salur maklumat sekolah
melalui aplikasi whatsapp.

7.0 UCAPAN PENANGGUHAN
Yang Dipertua mengucapkan terima kasih atas sokongan serta cadangan yang dikemukakan
oleh ibu bapa. Yang Dipertua juga mengucapkan terima kasih diatas kehadiran dan
kerjasama yang diberikan.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.45 tengah hari.

Disediakan oleh:

……………………………………………………
(CIK FADILAH BINTI MOHD JAAFAR)
Setiausaha PIBG
SK Taman Merdeka

Disemak oleh:

…………………………………………………
(ENCIK ROSMI BIN ABDUL RASID)
Guru Besar
SK Taman Merdeka

Disahkan oleh:

………………………………………………..
(ENCIK MOHD TUAH BIN ISMAIL)
Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK Taman Merdeka


Click to View FlipBook Version