The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Edayahmiszlenteng, 2021-10-06 13:13:49

KERTAS 2 PSV - TING 5

KERTAS 2 PSV - TING 5

NAMA : _____________________________ Kelas :________

SULIT
PSV
21 Oktober 2021
3 jam

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ BIJAYA SETIA
08000 SUNGAI PETANI KEDAH

PENTAKSIRAN SUMATIF PERTENGAHAN TAHUN
TAHUN 2021

PENDIDIKAN SENI VISUAL ( KERTAS 2 )
TINGKATAN 5
3 Jam

1. Kertas soalan ini mengandungi ENAM soalan. Untuk Kegunaan Pemeriksa
Bahagian Soalan Markah
2. Jawab satu soalan sahaja.
1
3. Markah yang diperuntukkan bagi setiap soalan atau ceraian 2
soalan ditunjukkan dalam kurungan. 3
4
5. Pelajar perlu menghantar skrip jawapan melalui pautan 5
Google Form yang akan diberikan. 6
Jumlah
6. Murid diberikan masa selama 3 jam 30 minit. Murid perlu
menjawab soalan dalam tempoh masa selama 3 jam
sahaja. 30 minit lagi untuk semakan jawapan dan

UPLOAD skrip
jawapan melalui pautan Google Form yang akan

diberikan.

Kertas soalan ini mengandungi 2 halaman bercetak
DI SEDIAKAN OLEH;

-----------------------------
( SITI NURHIDAYAH BINTI ROMLI )

SULIT 2611/2

Jawab satu soalan sahaja.

1. Seorang remaja sedang duduk sambil mengilatkan kasut sekolahnya. Beliau bersandar pada
dinding kayu berhadapan pintu rumah. Semasa mengilatkan Kasut sekolahnya, remaja
tersebut memakai kasut selipar lusuh. Terdapat juga bekas tin pengilat kasut bersebelahan
dengan remaja tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada suasana,
jalinan dan bentuk.

2. Beberapa orang sedang, duduk di dua buah meja di sebuah warung. Di atas meja tersebut
terdapat makanan dan minuman,. Warung tersebut berbumbungkan atap nipah dan
berdinding kayu. Kelihatan seorang pekerja sedang menebar roti canai.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada jalinan,
ruang dan bentuk.

3. Beberapa jenis buah-buahan seperti rambutan, pisang dan langsat diletakkan di atas sebuah
meja di tepi jalan sebagai barang jualan. Terdapat juga penimbang dan bakul buah
berdekatan dengan buah-buahan tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk,
jalinan dan ruang.

4. Anda sedang berdiri di hadapan sebuah tasik untuk menikmati suasana senja di kawasan itu.
Kelihatan beberapa ketul batu berwarna kemerah-merahan kesan daripada pancaran cahaya
matahari senja. Dari jauh, kelihatan gunung yang berbalam-balam dan pancaran cahaya
matahari senja mewujudkan lagi suasana yang indah dan damai itu.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada unsur
jalinan, ruang dan pencahayaan.

5. Anda bermimpi telah diserang oleh seekor ikan besar semasa memancing di tengah laut.
Sampan anda hampir karam dan rakan anda sedang berpaut pada sebuah tong kosong. Ikan
tersebut kelihatan sedang mengangakan mulutnya dengan luas seolah-olah ingin menelan
anda berdua.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk,
jalinan dan warna.

6. Satu makhluk asing tiba-tiba muncul di celah-celah sawah padi yang sedang menguning.
Makhluk itu berkepala botak dan bermata sangat besar.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk,
jalinan dan perspektif.

2


Click to View FlipBook Version