The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by safura021284, 2023-01-06 02:00:03

DD

TRY WORD

SMK TARCISIAN CONVENT

MESYUARAT AGUNG
KELAB GURU DAN STAFF

SESI 2022/2023

HARI:
TARIKH:
TEMPAT: DEWAN BOUGAINVILLEA

ATRURCARA MAJLIS

UCAPAN PENGERUSI
UCAPAN PENASIHAT
MEMBENTANGKAN DAN MENGESAHKAN
MINIT MESYUARAT AGUNG 2022
PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN

2022
PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI

2022
PEMBUBARAN AJK KELAB GURU
SERAHAN TUGAS AJK BAHARU

AJK KELAB GURU DAN STAF 2022/2023

Pengerusi Puan Shahronizam binti Ahmad

Naib pengerusi Puan Dharmini a/p Lourdes Mohanadass

Setiausaha Puan Safura binti Mohd Amin

Penolong Setiausaha Cik Wan Noraziean binti Wan Zawawi

Bendahari Puan Nur Sabiha binti Mohamad

Penolong bendahari Puan Asyilah binti Idrus

Ahli jawatankuasa Cik Noor Syafiqah binti Mohd Alias

Puan Noor Azilah Bt Badul Aziz

Puan Azmaliza binti Mohd Nor

Puan Rosmawati binti Mohd Kamasaman

MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB GURU DAN STAF
SMK TARCISIAN CONVENT SESI 2022

TARIKH : 18 Mac 2022
MASA : 08.30 pagi
TEMPAT : Dewan Rafflesia
Kehadiran : Semua guru dan staf SMK Tarcisian Convent

Tidak hadir bersebab :

Puan Mashitah binti Taib ( Cuti bersalin )
Puan Rosmaliza binti Othman ( Cuti bersalin )
Puan Suzilah binti Hassan ( Cuti Kuarantin )
Puan Salimah binti Hashim ( Cuti Kuarantin )
Cik Wan Noraziean binti Wan Zawawi ( Cuti Kuarantin

UCAPAN PENGERUSI

1.1 Puan Pengerusi, Puan Ida yu binti Hashim mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
guru dan staf yang sudi meluangkan masa untuk menghadiri Mesyuarat Kelab Guru dan
staf kali pertama bagi tahun 2022. Beliau berharap guru dan kakitangan yang hadir dapat
membentangkan usul dan memberikan cadangan serta idea-idea yang bernas agar dapat
memberi manfaat kepada semua ahli kelab guru SMK Tarcisian Convent. Beliau
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK kelab guru dan staf sesi 2020/2021
atas segala sumbangan, khidmat, kerjasama dan komitmen sepanjang menjalankan tugas
bersama-sama dalam mengemudikan jentera pengerak aktiviti-aktiviti yang melibatkan
semua guru dan staf SMK Tarcisian Convent secara umumnya. Jalinan ukhwah yang dibina
diharap akan terus berkekalan dalam mengeratkan silatuharhim sesama warga kelab.
Beliau juga turut menyatakan pembubaran ahli jawatankuasa kelab guru sesi 2020/2021
dan akan digantikan dengan ahli baru kelab guru sesi 2022.

2.0 UCAPAN PENASIHAT

2.1 Puan Pengetua selaku penasihat kelab guru dan staf SMK Tarcisian Convent merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Puan Idayu selaku pengerusi kelab guru sesi
2020/2021 dan semua ahli jawatankuasa kelab yang memegang amanah serta tanggungjawab
menguruskan aktiviti kelab walaupun situasi semasa tidak sama seperti tahun-tahun yang lalu
berikutan penularan wabak Covid 19. Tahun 2022 Kelab guru diberi peluang untuk membuat
pemilihan baru ahli jawatankuasa dan akan diumumkan oleh mantan pengerusi Kelab Guru sesi
2020/2021 melalui undian dalam google form. Beliau mengharapakn kelab guru sebagai
platform menjaga kebajikan guru supaya tidak timbul masalah, tidak sependapat dalam sesuatu
masa malah Kelab guru adalah orang tengah antara pentadbir dan guru. Beliau mengharapkan
pelaksaan program dan aktiviti yang disediakan dapat memberi manfaat kepada ahli-ahli serta
dapat menyediakan platform bagi menghubungkan dan merapatkan silaturrahim antara satu
sama lain. Beliau juga menjelaskan pemilihan Pengerusi kelab adalah terdiri daripada guru-guru
yang memegang jawatan DG 48 dan ke atas dan bertindak sebagai perantara untuk berhubung
dengan pengetua sebagai pesaihat kelab. Apap-apa keputusan perlu meminta pandangan dan
nasihat daripada penasihat iaitu Puan Pengetua. Namun demikian beliau juga menjelaskan
bahawa guru yang memegang DG 41 bukan tidak layak untuk memegang jawatan pengerusi
kelab tetapi mereka masih baru dalam organisasi. Puan pengetua juga memperkenalkan guru
baru dan mengucapkan selamat datang ke TCS. Guru baru terdiri daripada Cik Nur Syafiqah, Pn
Asyilah, Puan Noor Azilah dan Puan Faridah yang akan menggantikan Puan Rosmaliza yang
sedang cuti bersalin. Ucapan tahniah sekali lagi kepada AJK kelab guru yang lama dalam
menggalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

3.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB GURU DAN
STAF SESI 2021

3.1 Puan Julita selaku setiausaha kelab guru dan staf SMK Tarcisian Convent
membentangkan minit mesyuarat agung kelab guru bagi sesi 2021 disahkan oleh Puan
Sahronizam binti Ahmad dan disokong oleh Puan Faridah binti Jusoh.

Tindakan : Setiausaha

4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

Tiada

5.0 PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN PENYATA KEWANGAN KELAB GURU DAN
STAF SESI 2021 DAN SEHINGGA 28 FEBRUARI 2022.

5.1 Cik Ding Yim Ping selaku bendahari kelab Guru dan Staf membentangkan Penyata

Kewangan bagi kelab guru bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 dan sehingga bulan Februari

2022. Jumlah pendapatan yang diterima pada tahun 2021 ialah berjumlah RM 19955.35

manakala jumlah perbelanjaan ialah RM 18394.00. Ini bermakna baki akhir akaun kelab guru

dan staf bagi sesi 2021 ialah RM 1561.35. Cik Ying Yim Ping juga membentangkan penyata

kewangan kelab guru dan staf bagi tahun 2022 sehingga 28 Februari 2022 di mana jumlah

pendapatan yang diterima ialah RM 6075.35 manakala jumlah perbelanjaan pula adalah

berjumlah sebanyak RM 3493.50. Ini bermakna baki akhir akaun kelab guru dan staf sehingga

28 Februari 2022 ialah RM 2581.85. Puan Normaswati binti Mohd Noor mencadangkan penyata

kewangan kelab guru dan staf bagi sesi 2021 dan sesi 2022 sehingga 28 Februari 2022 disahkan

dan disokong oleh Puan Zuraini binti Mohd Ibrahim.

Tindakan : Bendahari

6.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI KELAB GURU DAN STAF SESI 2021 DAN
SEHINGGA FEBRUARI 2022.

6.1 Puan Julita Syarmela selaku setiausaha membentangkan laporan aktivti tahunan
kelab guru dan staf SMK Tarcisian Convent bagi tahun 2021 dan laporan aktiviti
kelab guru sehingga bulan Feruari 2022. Berikut adalah aktiviti-aktivti yang telah
dijalankan oleh kelab guru dan staf SMK Tarcisian Convent pada tahun 2021 dan
sehingga Februari 2022.

TAHUN 2021

-Sumbangan hadiah guru dan staf 2020
-Sumbangan bayaran diari JPN Perak 2021
-Sumbangan Buku Autograf Persaraan Pn Sarimah, Cik Abidah & Pn Ubaidah
2020
-Sambutan hari lahir semua guru 2020 semasa mesyuarat Agung
-Sambutan hari lahir Jan - Mac 2021
-Sumbangan Jamuan Bengkel Ladap
-Sumbangan kebajikan guru 2021
-Gotong royong membersihkan bilik guru dan bilik-bilik khas
-Majlis Perpisahan En Halim
-Sumbangan Minggu Teknik & Vokasional
-Tayangan video perpisahan Pn Ho
-Sumbangan topup telefon Yess PDPR
-Majlis Hi Tea 2021
-Meraikan persaraan Pn Kala dan Pn Halipah semasa Hi Tea

TAHUN 2022 SEHINGGA FEBRUARI 2022

-Majlis Persaraan Puan Noor Rehan
-Sumbangan kebajikan guru 2022
-Majlis perpisahan Puan Ma Norzaila
-Sumbangan bayaran diari JPN 2022

6.2 Laporan aktiviti diterima dan disahkan oleh Puan Suriani binti Mohd Ibrahim dan
disokong oleh Puan Siti Suraya binti Anwar.

Tindakan: Makluman

7.0 PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA KELAB GURU DAN STAF 2020/2021.

7.1 Puan Pengerusi, Puan Idayu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama

guru-guru dan kakitangan yang telah memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa

sepanjang sesi 2020 dan 2021. Beliau memohon maaf sekiranya terdapat sebarang

kesilapan yang dilakukan sepanjang beliau memegang jawatan sebagai pengerusi

malah mengharapkan ahli kelab guru dan staf yang bakal dilantik nanti akan terus maju

pada masa hadapan di bawah kepimpinan pengerusi baru yang bakal dilantik nanti.

8.0 PERLANTIKAN AHLI JAWATANKUASA KELAB GURU DAN
STAF SESI 2022

8.1 Puan Idayu membentangkan senarai AJK Kelab Guru dan Staf bagi sesi 2022/2023 melalui
undian dalam google form.
Berikut ialah senarai AJK baru yang dilantik bagi sesi 2022 / 2023 :

8.1.1 Pengerusi Puan Shahronizam binti Ahmad

8.1.2 Naib pengerusi Puan Dharmini a/p Lourdes Mohanadass

8.1.3 Setiausaha Puan Safura binti Mohd Amin

8.1.4 Penolong Setiausaha Cik Wan Noraziean binti Wan Zawawi

8.1.5 Bendahari Puan Nur Sabiha binti Mohamad

8.1.6 Penolong bendahari Puan Asyilah binti Idrus

8.1.7 Ahli jawatankuasa Cik Noor Syafiqah binti Mohd Alias

9.0 UCAPAN ALU-ALUAN PPEuNanGNERoUorSAI zKilEaLhABBt GBaUdRuUl ADziAz N STAF SESI 2022/2023.

Puan Azmaliza binti Mohd Nor
9.1 Pengerusi kelab guru dan staf yang baharu, Puan Shahronizam mengucapkan

penghargaan dan terimPauaknaRsiohsmkeapwaadtai b1in4tioMraonhgd aKhalmi kaesalambanguru dan staf SMK Tarcisian
Convent kerana memilih beliau untuk menerajui kelab guru dan staf SMK Tarcisian

Convent bagi sesi 2022/2023. Beliau mTienndgahkanra:pmkaknlukmomanitmen dan sokongan daripada

AJK yang dilantik dan guru-guru senior memandangkan beliau masih baru di SMK

Tarcisian Convent dalam memikul tanggungjawab yang diamanahkan. Harapan

beliau semoga kelab guru dan staf akan lebih cemerlang di samping mengeratkan

silaturahim dalam kalangan warga SMK Tarcisian Convent.

9.2 Beliau juga turut menyatakan bahawa perancangan Kelab Guru Dan Staf akan dibuat
dan dibincangkan bersama AJK yang telah dilantik. Kerjasama semua AJK dan ahli turut
diperlukan dalam memastikan kelancaran semua program dan aktiviti yang akan
dijalankan kelak.

10.0 HAL-HAL LAIN

10.1 Puan Idayu selaku mantan pengerusi kelab guru dan staf sesi 2020/2021 menyerahkan Fail
Kelab Guru dan Staff kepada pengerusi baru iaitu Puan Shahronizam binti Ahmad sebagai
simbolik penyerahan tugas. Puan Sahronizam akan menerajui kepimpinan kelab guru dan staf
sesi 2022 / 2023.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

Julita Syarmela binti A Ghapar Shahronizam binti Ahmad Zuraida binti Zainal Abidin
Pengetua
Pencatat Minit Mesyuarat Pengerusi Kelab Guru & Staf
SMK Tarcisian Convent
Kelab Guru & Staf SMK Tarcisian Convent



PENYATA KEWANGAN


Click to View FlipBook Version