DESTINASI IMPIAN Oleh: Mohd Ismail Sarbini SINOPSIS WATAK DAN PERWATAKAN TEMA PERSOALAN PENGENALAN
PENGENALAN NOVEL • Novel Destinasi Impian adalah karya Mohd Ismail Sarbini yang merupakan seorang guru. Antara karya terkini yang dihasilakn oleh pengarang ini adalah mendung semalam, Cinta seorang guru dan Berukera dari planet Ulba. Novel telah dipilih sebagai kompenan sastera kerana ia mempunyai ciri-ciri yang menarik untuk meningkatkan semangat pelajar dan juga iktibar supaya bersikap jujur dan mengetahui kemampuan diri masing-masing.
SINOPSIS Novel ini bermula dengan Firdaus, Johari dan Azlina yang sedang berbasikal sebagai satu ekspidisi dari Klang ke Pantai Morib. Mereka telah menyahut cabaran yang diberikan oleh datuk mereka yang mengatakan generasi sekarang lemah dan tidak mempunyai semangat yang tinggi. Tetapi bagi Azlina dan Johari pula, ekspidisi ini adalah untuk mengubah Firdaus supaya menjadi seorang lelaki yang sejati kerana dia bersifat keperempuanan yang kuat akibat dimanjakan oleh ibu, bapa dan adik beradiknya yang lain. Ekspidisi berbasikal itu telah membolehkan mereka untuk melihat dan mengetahui tentang kehidupan sekeliling mereka. SETERUSNYA
SINOPSIS • Dalam ekspidisi itu, Firdaus menganggap perjalanan tersebut adalah perjalanan yang gila. Akibat sering merungut, Azlina berasa kurang senang dan saling menyindir antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, Johari sebagai sepupu yang lebih matang sentiasa sabar dan bijak menghadapi kerenah adik sepupunya itu. Akhirnya, ekspedisi tersebut berjaya tiba di Pantai Morib Baru. Firdaus yang bangga dengan dirinya telah disambut oleh rakan-rakannya seperti Sazali, Moksin, Salim, Erma, Azrina dan Mazlinda. Firdaus tidak menyangka kehadiran rakan-rakannya kerana beranggapan mereka sedang menonton wayang dan menyambut hari kelahiran gadis idamannya, Mazlinda. Firdaus juga telah membohong kepada rakan-rakan mereka bahawa perjalanannya lewat kerana adiknya yang banyak berehat sepanjang perjalanan.
SINOPSIS Johari dan Azlina pula duduk bersantai bersama rakan-rakan Johari yang juga penuntut di Universiti Putra Malaysia. Azlina telah didatangi oleh Moksin dan Sazali untuk bertanyakan tentang kebenaran cerita Firdaus. Firdaus juga telah membohongi Mazlinda bahawa dia pandai berenang. Keesokan harinya, Joari dan Azlina bertolak pulang meninggalkan Firdaus yang ingin tinggal bersama rakan-rakannya. Mereka bermandi-manda di laut. Mazlinda yang bijak telah berpura-pura lemas untuk melihat sama ada Firdaus boleh berenang atau tidak. Tetapi akhirnya, Firdaus yang lemas dan diselamatkan oleh Mazlinda.
SINOPSIS Firdaus sedar di hospital dan ditemani oleh Johari serta Azlina. Dia berasa malu kerana telah berbohong dan bersikap angkuh tetapi Johari menasihatinya untuk sentiasa berfikiran waras dan mengetahui batas diri sendiri. Johari juga menasihati supaya tidak menundukkan muka terhadap cabaran. Sewaktu Mazlinda datang bersama-sama rakan-rakannya yang lain, Firdaus berasa malu dan menundukkan muka. Namun selepas mengingat kepada nasihat Johari, Firdaus memberanikan diri untuk memandang rakan-rakannya. UTAMA
WATAK DAN PERWATAKAN
AZLINA ✓ Merupakan sepupu kepada Johari dan adik kepada Firdaus ✓ Seorang pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kapar ✓ Pernah memenangi olahragawati di peringkat sekolah ✓ Seorang yang aktif dan cergas di mana Azlina tidak merungut kepenatan berbasikal dan mengagumkan Firdaus ✓ Seorang penyayang kerana walaupun bertengkar dengan Firdaus, Azlina tetap mempertahankan abangnya selepas Sazali dan Moksin mempersenda abangnya. ✓ Seorang yang pandai berkata-kata apabila mematahkan hujah atau kata-kata Firdaus
JOHARI ❑ Seorang pelajar Universiti Putra Malaysia ❑ Merupakan sepupu kepada Firdaus dan Azlina ❑ Gemar berbasikal sejak sekolah rendah ❑ Seorang yang aktif bersukan kerana menyahut cabaran datuknya dengan berbasikal dari Klang ke Morib ❑ Seorang yang penyabar kerana melayan kerenah Firdaus sewaktu mereka menyertai ekspedisi berbasikal ❑ Seorang yang Rasional dan bertanggungjawab apabila dia menyelesaikan masalah yang timbul di antara Azlina dan Firdaus
FIRDAUS ❑ Abang kepada Azlina ❑ Seorang yang berperwatakan lembut kerana dikelilingi dengan adik beradik perempuan sahaja ❑ Gemar menolong kakaknya memasak dan mengubah bunga ❑ Seorang yang sombong kerana dipuji oleh rakan-rakannya kerana berjaya berbasikal sejauh 50 kilometer dan melupakan pertolongan Johari dan Azlina ❑ Seorang yang menyimpan dendam selepas memerli adiknya, Azlina yang cedera dan luka kerana puas dapat membalas semula perbuatan tersebut ❑ Seorang yang tidak jujur kerana berbohong kepada rakanrakannya bahawa kelewatannya disebabkan oleh Azlina dan Johari yang kerap berhenti untuk berehat
MAZLINDA ❑Merupakan kawan kepada Firdaus. ❑Seorang yang mempunyai semangat setiakawan yang tinggi kerana sanggup berkhemah di Pantai Morib demi memberikan sokongan dan semangat kepada Firdaus yang berbasikal dari Klang ke Morib. ❑Seorang yang pandai berenang selepas menyelamatkan Firdaus yang hampir lemas kerana cuba menyelamatkan dirinya ❑Seorang yang bijak kerana telah berpura-pura lemas untuk melihat kecekapan Firdaus untuk menyelamatkannya
DATUK ❑ Merupakan datuk kepada Johari, Firdaus dan Azlina ❑ Seorang yang mempunyai kuat semangat kerana pernah menunggang basikal lebih kurang 50 kilometer.
SAZALI DAN MOKHSIN • Rakan sekelas Firdaus. • Suka mengejek Firdaus. • Turut memberikan sokongan kepada Firdaus dengan menunggu ketibaan Firdaus di Pantai Morib.