The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asliza900, 2023-06-26 11:04:14

MENITI IMPIAN TINGKATAN 2

MENITI IMPIAN TINGKATAN 2

Novel meniti Impian merupakan karya Osman Ayob yang diterbitkan pada tahun 2014 oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Pengarang yang berasal dari Yan, Kedah merupakan lulusan PhD dari International Management Development Institute, Indonesia Berkeley International University, California, Amerika Syarikat. Beliau yang mula menulis sejak tahun 1975 telah menghasilkan karya sastera genre novel dan cerpen serta telah menerima pelbagai anugerah kesusasteraaan. Pengenalan Novel


Sinopsis Zahar yang merupakan watak utama dalam Novel Meniti Impian adalah seorang pelajar yang mempunyai cita-cita dan keazaman yang tinggi. Dia berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke ITM tetapi impiannya musnah kerana Zahar jatuh sakit sewaktu peperiksaan SPM dan tidak berpeluang untuk menyambung pelajaran. Hal ini kerana dia perlu bertanggungjawab ke atas dua adiknya, Halim dan Zakri. Selepas kematian ayahnya, ibu Zahar, Mak Kiah telah menanggung keluarganya dengan menoreh getah, menganyam tikar mengkuang dan mengambil upah menjahit pakaian. Zahar mengambil keputusan untuk melupakan hasratnya dan telah salah erti oleh Suhaili, kawan baiknya yang berasa Zahar gagal kerana tidak berjaya untuk ke ITM.


Sambungan… Selepas itu, Zahar telah membantu bapa saudaranya di bengkel perabot untuk meringankan beban ibunya. Pak Yusuf dapat melihat bakat dan keazaman dalam diri Zahar dan mendorong Zahar untuk berjaya pada masa akan datang. Zahar juga memberitahu Pak Yusuf bahawa dia berminat dengan kerja tersebut dan bercita-cita untuk membuka bengkel perabot sendiri. Oleh itu, Zahar memohon kemasukan ke IKM dan berjaya mendapat tawaran untuk menjadi pelatih. Berita baik itu ingin dikongsikan Zahar kepada Suhaili yang sudah berada di tahun akhir pengajian di ITM tetapi dia dikecewakan oleh Suhaili kerana beranggapan graduan IKM tidak mempunyai masa depan yang baik.


Sambungan… Di IKM, Zahar berazam untuk membuktikan bahawa dia boleh berjaya dan telah menunjukkan prestasi yang cemerlang. Zahar juga telah menemui Norimi yang merupakan pelatih Lukisan Seni Bina di IKM dan berkawan rapat. Selepas enam bulan berkursus, Zahar telah mengikuti latihan praktikal di sebuah kilang perabot Usaha Bersatu Sendirian Berhad. Kilang yang terletak di Kamunting, Taiping itu kebetulan menjadi tempat kerja Suhaili yang menjawat jawatan Penolong Ketua Unit Pemasaran. Suhaili berasa serba salah dengan apa yang telah diakukan kepada Zahar dahulu ingin meminta maaf dan membantu Zahar mendapatkan pekerjaan di kilang tersebut. Zahar menolak bantuan Suhaili dengan tegas dan menyatakan hatinya telah dimiliki oleh orang lain dan tidak berharap dengan pertolongan daripad aorang yang telah menghinanya dahulu.


Sambungan… Selepas menamatkan kursus di IKM dengan cemerlang, Zahar kembali ke kampung halamannya. Dia menyatakan hasrat untuk membuka bengkel perabotnya sendiri kepada ibu, rakan-rakan dan Pak Yusuf. Dengan pinjaman kewangan daripada MARA sebanyak RM10,000 serta sumbangan Pak Yusuf sebanyak RM5,000, Zahar berjaya membuka bengkelnya perabotnya. Impian dan hasrat Zahar tercapai dan dia telah membuktikan kepada Suhaili bahawa graduan IKM juga mampu berjaya. Bengkel perabot Zahar semakin dikenali dan tersiar dalam akhbar dan mendapat kiriman surat daripada Norimi.


Watak Utama (Hero) Zahar ❑ Anak sulung kepada Mak Kiah dan mempunyai dua orang adik lelaki. ❑ Berusia awal 20-an ❑ Seorang yang pandai bermain bola sepak dan menamatkan persekolahan di peringkat SPM ❑ Bercita-cita untuk membuka bengkel perabotnya sendiri ❑ Seorang yang tidak mudah berputus asa. ❑ Zahar tidak berputus asa walaupun Suhaili menghinanya ketika hendak menyambung pelajaran di IKM ❑ Seorang yang setia, Zahar setia kepada Norimi walaupun Suhaili cuba menjalin hubungan semula dengannya ❑ Seorang yang bertanggungjawab, Zahar memastikan adiknya, Halim dan Zakri dapat meneruskan pelajaran


Watak Sampingan Pak Yusuf ❑ Bapa saudara kepada Zahar dan merupakan adik kepada Mak Kiah ❑ Suami kepada Mak Temah dan mempunyai dua orang anak ❑ Memiliki sebuah bengkel pertukangan perabot ❑ Seorang yang baik hati kerana membantu Zahar melanjutkan pelajaran ke IKM dan memberikan sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Zahar yang ingin membuka bengkel perabot ❑ Seorang yang prihatin dengan kebajikan dan pelajaran Zahar serta keluarganya


❑ Anak kepada Pak Karim, Ketua Kampung Caruk Petitih ❑ Merupakan graduan ITM dan pernah bekerja di Petaling Jaya dan Perak ❑ Merupakan bekas buah hati Zahar sewaktu zaman sekolah dan memutuskan hubungan mereka setelah mempunyai teman lelaki baharu yang kacak dan berada ❑ Seorang yang ego kerana menghina Zahar yang ingin belajar di IKM yang dianggap tidak mempunyai masa hadapan ❑ Seorang yang insaf kerana telah mengakui kesilapannya dan meminta maaf kepada Zahar atas segala kesalahannya


❑ Menyertai kursus Lukisan Seni Bina di IKM bersama-sama Zahar ❑ Menjalinkan hubungan yang istimewa dengan Zahar ❑ Seorang yang cemburu apabila mengetahui Zahar pernah menaruh harapan pada Suhaili ❑ Seorang yang rajin kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan semasa di IKM


❑ Ibu kepada Zahar, Halim dan Zakri ❑ Mak Kiah bekerja sebagai penoreh getah dan menganyam tikar mengkuang setelah kematian suaminya ❑ Seorang yang mementingkan pelajaran kerana menggalakkan Zahar untuk menyambung pelajaran di IKM ❑ Seorang yang bertanggungjawab kerana telah menyara keluarganya dengan bekerja demi kebajikan anak-anaknya


Click to View FlipBook Version