M P U 1 6 0 2 K U R S U S I N T E G R I T I D A N A N T I R A S U A H ( K I A R ) T A J U K : KES RASUAH BEKAS TIMBALAN PENGARAH KANAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (DBKL) DISEDIAKAN UNTUK : DR. ZA’IM AHMAD
SENARAI AHLI KUMPULAN : NUR ALEESA IRDEENA BINTI ISHAK 300089 UMI ALIA NAZIRAH BINTI YUSOF 300274 NURUL BATRISYIA BINTI MOHD FAUZI 299951 NOR NADILA BINTI ABDUL WAAHID 300146 ALYA SHAFIQA BINTI AZMAN 300244 SHARIFAH NORSUHAIZA BINTI SAIYID YUSOH 300316 KHAIRUNNABILA AMNI BINTI KHAIRUL ANUAR 300824
ISI KANDUNGAN 1.0 LATAR BELAKANG KES 4.0 MENGANALISIS BAGAIMANA KES INI MEMBERI PENGARUH KEPADA INDIVIDU, ORGANISASI DAN MASYARAKAT 2.0 ISU-ISU UTAMA DALAM KES DAN AKIBAT RASUAH 5.0 LANGKAH MENGATASI RASUAH 3.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENANGANI RASUAH 01-03 07-08 04 09-11 05-06 KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) MPU1602 TAJUK MUKA SURAT
1.0 LATAR BELAKANG KESKURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 01 MPU1602 Rasuah ialah tawaran, pemberian, penerimaan, atau pemintaan sebarang item yang bernilai untuk mempengaruhi tindakan pegawai, atau orang lain, yang bertanggungjawab ke atas tugas awam atau undang-undang. Kes rasuah sering berlaku dalam kalangan penjawat awam malahan juga penjawat swasta. Menurut Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Alias Salim, beliau memberitahu bahawa penjawat awam antara kumpulan paling ramai ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor berkaitan siasatan kes rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa sepanjang tempoh antara 2018 hingga 2022. Pada 7 Januari 2020, Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas enam tuduhan menerima rasuah berjumlah RM1.08 juta, dua tahun lalu. Tertuduh, Sabudin Mohd Salleh, 57 tahun, mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan sejurus yang dikemukakan di hadapan Hakim Azura Alwi. Berdasarkan pertuduhan pertama, Sabudin didakwa menerima wang tunai RM700,000 daripada Ang Huck Koon oleh pihak ketiga, B Chandrasegar, sebagai dorongan memperakukan tuntutan pembayaran kepada Syarikat Juara Cahaya Sdn. Bhd. bagi cadangan pembinaan jambatan konkrit baharu merentangi Sungai Klang di Jalan Jelatek, di sini. Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah restoran di Bangsar Shopping Centre, di sini antara 4 April hingga 8 Mei 2019. Mengikut pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima rasuah wang tunai RM20,000 bagi dirinya daripada Lim Hong Jun iaitu Pengarah Syarikat Haneka Sdn. Bhd. sebagai dorongan menggalakkan bagi syarikat melantik BY Five HDD Sdn. Bhd., Sutera Unik Sdn. Bhd. dan Uyin Enterprise untuk cadangan kerja penyelenggaraan infrastruktur awam bagi sistem jalan raya dan perparitan di Kuala Lumpur bagi tahun 2017 hingga 2019. Mengikut tuduhan ketiga, dia didakwa menerima RM10,000 daripada Lim Hong Jun iaitu pengarah Haneka Sdn. Bhd. sebagai balasan memperakui sijil tuntutan pembayaran syarikat itu untuk cadangan kerja penyelenggaraan infrastruktur awam bagi sistem jalan raya dan perparitan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi tahun 2017 hingga 2019 oleh syarikat BY Five HDD Sdn. Bhd., Sutera Unik Sdn. Bhd. dan Uyin Enterprise.
KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 02 MPU1602 Mengikut pertuduhan keempat, tertuduh didakwa menerima wang tunai RM150,000 daripada Pengarah Syarikat Tegap Elit Sdn. Bhd., Chia Chee Seng yang diketuai ada hubungan dengan tugas rasminya di sebuah rumah dekat Ukay Perdana di sini, antara 13 hingga 19 Ogos 2018. Bagi pertuduhan kelima dan keenam, dia didakwa menerima rasuah masingmasing berjumlah RM100,000 daripada Wong May Kuan iaitu sub kontraktor Dusari Niaga sebagai upah memberikan kerja bernilai RM619,053.34 dan kerja-kerja pembaikan serta menaik taraf bebendul serta siar kaki sekitar Kuala Lumpur. Pada 15 September 2022, Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh menangis selepas dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini daripada dua pertuduhan memperoleh sejumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja. Hakim Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendapati pihak pembelaan berjaya mematahkan serta menjelaskan kepada pendakwaan dengan memberikan penjelasan yang jujur. “Pihak pendakwan gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah bagi kedua-dua pertuduhan. Mahkamah juga mendapati ia tidak selamat untuk mensabitkan tertuduh (Sabudin) berdasarkan kepada segala keterangan yang ada. “Justeru itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan bagi kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009,” kata Rozina. Kes mengendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin manakala Peguam K.Theivaendran mewakili Sabudin. 1.0 LATAR BELAKANG KES
1.0 LATAR BELAKANG KES KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 03 MPU1602 Pada 15 Ogos 2023, Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa menjatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta terhadap bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd Salleh atas dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja. Hakim K. Muniandy menjatuhkan hukuman itu terhadap Sabudin, 61 tahun, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan sekaligus mengetepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang sebelum ini melepas dan membebaskannya daripada kedua-dua pertuduhan tersebut. Pada 27 Julai 2023, Mahkamah Tinggi hari ini mendapati bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sabudin Mohd Salleh, 60 tahun, bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM200,000. Keputusan dibuat Hakim K Muniandy selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, yang membuat kesilapan dan tersalah arah apabila membebaskan tertuduh pada akhir kes pembelaan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob, yang membuat kesilapan dan tersalah arah apabila membebaskan tertuduh pada akhir kes pembelaan.
2.0 ISU – ISU UTAMA DAN AKIBAT I. Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) iaitu Sabudin Mohd Salleh, 60 tahun, didapati bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja II. Sabudin Mohd Salleh juga didakwa menerima wang tunai RM 700,000 daripada Ang Huck Koon oleh pihak ketiga, B Chandrasegar, sebagai dorongan memperakukan tuntutan pembayaran kepada Syarikat Juara Cahaya Sdn. Bhd. Bagi cadangan pembinaan jambatan konkrit. Dengan ini, tertuduh didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan terbabit mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Seksyen 316 (a) Kanun Acara Jenayah (CPC). Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan dan memerintahkan hukuman itu berjalan serentak serta denda RM 1 juta bagi kedua-dua pertuduhan atau dipenjara empat tahun jika gagal membayar denda. Dia didakwa mengikut seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. Sabudin didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. SALAH GUNA KUASA : KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 04 MPU1602 III. Dia tertuduh didakwa menerima wang tunai 150,000 daripada Pengarah Syarikat Tegap Elit Sdn. Bhd., Chia Chee Seng yang diketuai ada hubungan dengan tugas rasminya antara 13 hingga 19 Ogos 2018.
3.0 LANGKAH-LANGKAH YANG DIAMBIL UNTUK MENANGANI RASUAH 2)SIASATAN DAN PENDAKWAAN - Amalan rasuah dapat dibanteras dengan pelaksanaan undang-undang yang tegas. Umum mengetahui kita mempunyai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai penguatkuasa yang memantau dan bertindak ke atas salah laku yang melibatkan rasuah. Sebagai contohnya, Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh, telah dijatuhkan Pertuduhan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 05 MPU1602 1)MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG -Siasatan telah dilakukan oleh SPRM ke atas bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh atas pertuduhan merima suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja. Dalam kes ini pihak polis turut samasama terlibat membantu pihak SPRM dalam menyiasat bagi menyelesaikan kes ini dengan cepat.
3)MENGENAKAN HUKUMAN YANG BERAT - Pendidikan berkaitan rasuah perlu diterapkan dalam asas pembelajaran pada hari ini agar generasi muda sedar tentang keburukan dan bahaya terlibat dalam kes rasuah mahupun jenayah. Contohnya, Kursus Integriti dan Anti – Rasuah yang perlu dipelajari oleh pelajarpelajar di auniversiti. Pada masa yang sama, kempen kesedaran tentang rasuah juga boleh dikongsikan dalam media sosial bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang rasuah. KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 06 MPU1602 4) PENDIDIKAN DAN KEMPEN KESEDARAN - Badan Kehakiman Negara perlu memastikan perbicaraan yang melibatkan rasuah dilaksanakan dengan pantas dan adil supaya pelaku rasuah tidak bebas untuk memutarbelitkan kenyataan dan mengubah salah laku mereka. Sebagai contohnya, Bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Sabudin Mohd Salleh, dijatuhi hukuman penjara empat tahun serta denda RM1 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM200,000 bagi mengeluarkan permit kerja.
4.0 MENGANALISIS BAGAIMANA KES INI MEMBERI PENGARUH KEPADA INDIVIDU, ORGANISASI DAN MASYARAKAT 1.PENGARUH KEPADA INDIVIDU Rasuah yang dijalankan ini akan merosakkan budaya organisasi, menciptakan lingkungan di mana perbuatan tidak berintegriti diterima, dan mempengaruhi motivasi pekerja yang berusaha untuk bekerja dalam suasana yang baik dan bebas dari perbuatan yang tidak berintegriti. Rasuah yang dilakukan oleh pihak atasan ini akan memberi kesan negatif kepada pekerja malahan juga organisasi tersebut akan mendapat tanggapan buruk daripada organisasi luar. Akibat daripada perbuatan rasuah yang dilakukan oleh bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu telah mencemarkan imej organisasi tersebut. Contohnya, dia didakwa menerima rasuah masing-masing berjumlah RM100,000 daripada Wong May Kuan iaitu sub kontraktor Dusari Niaga sebagai upah memberikan kerja bernilai RM619,053.34 dan kerja-kerja pembaikan serta menaik taraf bebendul serta siar kaki sekitar Kuala Lumpur. Individu yang terlibat dalam sesuatu kes rasuah akan mendapat pelbagai kesan terhadap diri mereka sendiri iaitu menjejaskan imej dan maruah diri sendiri termasuk ahli keluarganya. Kesan daripada rasuah ini pesalah akan hilang kepercayaan daripada orang sekeliling. Tambahan pula, orang sekeliling akan memandang serong kepada pelaku kerana perbuatan rasuah ini salah disisi undang-undang. Pelaku akan menerima hukuman seperti penjara atau denda sekiranya disabitkan bersalah. Ahli keluarga akan menanggung malu akibat kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh. Contohnya, Sabudin Mohd Salleh didakwa menerima wang tunai RM700,000 daripada Ang Huck Koon oleh pihak ketiga, B Chandrasegar, sebagai dorongan memperakukan tuntutan pembayaran kepada Syarikat Juara Cahaya Sdn. Bhd. bagi cadangan pembinaan jambatan konkrit baharu merentangi Sungai Klang di Jalan Jelatek. Oleh itu, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara empat tahun dan denda RM1 juta. 2. PENGARUH KEPADA ORGANISASI KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 07 MPU1602
Rasuah dalam organisasi terkemuka seperti DBKL boleh menghakis keyakinan orang ramai terhadap kerajaan dan keupayaannya untuk berkhidmat untuk kepentingan awam. akibat kurang kepercayaan daripada masyarakat boleh menyebabkan kemerosotan dalam penglibatan dan kerjasama dalam pelbagai pihak. Hal ini juga memberi kesan kepada imej rakyat Malaysia kerana isu ini mendapat liputan daripada media massa dan media cetak. Contohnya, Berita Harian telah mengeluarkan berita tentang kes rasuah bekas Timbalan Pengarah Kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 3. PENGARUH TERHADAP MASYARAKAT KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 08 MPU1602 Ringkasnya, kes rasuah DBKL membawa kesan yang meluas. Ia memberi kesan kepada individu dengan menggoyahkan kepercayaan mereka, organisasi dengan menjejaskan integriti mereka, dan masyarakat dengan menghalang kemajuan dan menghakis kepercayaan terhadap institusi awam. Menangani kes sedemikian adalah penting bukan sahaja atas sebab undang-undang tetapi juga untuk membina semula kepercayaan dan memupuk persekitaran sivik yang sihat, telus dan bertanggungjawab.
MASALAH RASUAH MERUPAKAN ISU YANG SERING DIBAHASKAN DALAM SURAT KHABAR, TELEVISYEN DAN MEDIA SOSIAL. UNTUK MENGATASI MASALAH RASUAH, TERDAPAT BEBERAPA LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL UNTUK MENGATASI MASALAH RASUAH SUPAYA TIDAK BERLAKU PADA MASA HADAPAN. 2. Latihan dan Kesedaran Etika ·Mengadakan latihan secara berkala kepada pekerja yang berkaitan etika kerja, anti rasuah, dan menekankan kepentingan integriti dalam menjalankan tugas mereka. 3. Kerjasama dengan Pihak Luar ·Bekerjasama dengan institusi bebas dan masyarakat sivil untuk memantau, menilai, dan memberi input mengenai operasi kewangan dan perakaunan dalam sesebuah organisasi. Ketelusan dan Akses kepada Maklumat 1. ·Membina budaya ketelusan dalam institusi dengan menerbitkan maklumat dan aktiviti kewangan secara terbuka kepada orang ramai. 4. Perlindungan Pemberi Maklumat ·Memberi perlindungan kepada pemberi maklumat yang memberikan maklumat mengenai rasuah atau amalan tidak beretika dalam sesuatu organisasi 3. Penguatkuasaan Sekatan Dalaman ·Melaksanakan sekatan dalaman yang ketat untuk ahli organisasi yang terlibat dalam amalan rasuah atau pelanggaran etika lain. 6. Memantapkan Sistem Penyeliaan dan Kawalan ·Menambah baik mekanisme penyeliaan dan kawalan dalam menguruskan kewangan dan operasi dalam sesebuah organisasi bagi mencegah amalan rasuah pada masa hadapan. MPU1602 KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 09 MPU1602 5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI RASUAH PENCEGAHAN RASUAH :
5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI RASUAH 1.Menguatkuasakan undang-undang ·Umum mengetahui bahawa negara kita mempunyai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai penguatkuasa yang memantau dan bertindak ke atas salah laku yang menyibatkan rasuah. ·Keterbatasan jumlah pegawai dan sumber untuk mereka menguatkuasakan undang-undang adalah terhad maka kita sebagai orang awam juga perlu menjadi mata-mata kepada pihak berkuasa. 2.Memberikan pendidikan tentang amalan rasuah Budaya memberikan pendidikan ini perlu dijelaskan dan diingatkan kepada setiap anggota masyarakat khususnya golongan muda kerana mereka merupakan generasi yang akan mewarisi kepimpinan negara ini. 3. Memastikan sektor awam beroperasi dengan jujur, telus dan bertanggungjawab ·Dalam sesebuah organisasi, pengurus merupakan jawatan yang paling penting untuk menguruskan tugas organisasi tersebut dan menjadi contoh kepada pekerja lain. Jika pentadbiran negara dilaksanakan dengan baik dan menyingkirkan mereka yang parasit seperti mengamalkan gejala rasuah, sudah pasti sektor lain akan turut serta. KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 10 MPU1602 PENYELESAIAN RASUAH :
5.0 LANGKAH-LANGKAH MENGATASI RASUAH 4 .Memberikan gaji yang bertepatan dan bermaruah ·Jika kita mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk menampung keperluan dan kehendak diri serta keluarga, keinginan untuk menerima rasuah pasti dapat dielakkan. ·Kita akan berasa gembira kerana keperluan dan kemahuan kita dipenuhi tanpa perlu melakukan perkara yang terlarang. 5.Memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri ·Menerapkan konsep keagamaan dan moral dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti dengan baik supaya mereka memahami cara mengelakkan diri dan negara daripada gejala rasuah ini. 6. Menjalankan kempen yang berkesan dan efektif ·Menyampaikan mesej tentang kempen anti rasuah melalui media massa secara holistik bagi memastikan semua khalayak masyarakat menerima kempen tersebut. KURSUS INTEGRITI DAN ANTI RASUAH (KIAR) 11 MPU1602 PENYELESAIAN RASUAH : NATIJAHNYA, SEMUA LANGKAH BAGI MENGATASI KEMELUT SOSIAL INI HARUS DIPANTAU DENGAN TELITI OLEH SEMUA PIHAK DENGAN BERKESAN. KELEWATAN DALAM MEMBANTERAS MASALAH INI MAMPU MENJADIKAN NEGARA KITA SATU NEGARA YANG BEGITU SUKAR UNTUK DIPERCAYAI DAN DIURUSKAN PADA MASA DEPAN. SEMUA PIHAK MASARAKAT PERLULAH BERSAMA-SAMA BERGANDING BAHUBAGI MENINGKATKAN INTEGRITI DAN MEMBANTERAS RASUAH. KATAKANAN “TIDAK” KEPADA RASUAH BAGI MELAHIRKAN INSAN YANG BERDISIPLIN DAN CEMERLANG.