1
2 ISI KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT AGENDA MAT PIBG KALI KE-27 SESI 2024/2025 3 SENARAI JAWATANKUASA MAT KALI KE-27 4 - 6 SENARAI AHLI JAWATANKUASA PIBG SKTM2 SESI 2023/2024 7 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-25 SESI 2022/2023 8 - 27 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN AJK PIBG SKTM2 SESI 2023/2024 28 - 34 PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 – UNTUK DITERIMA DAN DISAHKAN 35 - 38 PENYATA KEWANGAN PIBG-INFAK BERAKHIR 31 DISEMBER 2023 – DIBENTANGKAN 39 - 41 PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR 4 JUN 2024 – DIBENTANGKAN 42 - 45 PENYATA KEWANGAN PIBG-INFAK BERAKHIR 4 JUN 2024 – DIBENTANGKAN 46 - 48 CADANGAN AKTIVITI SESI 2024/2025 49 - 50 USUL, CADANGAN, DAN MAKLUM BALAS MAT KALI KE-27 51 - 57 SENARAI KEHADIRAN MAT 26 58 - 62
3 AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK TAMAN MIDAH 2 KALI KE-27 SESI 2024/2025 8.00 pagi : Pendaftaran 8.20 pagi : Ucapan aluan pengacara majlis 8.25 pagi : Bacaan Doa 8.30 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku 8.35 pagi : Ucapan Yang Dipertua PIBG sesi 2024 / 2025 8.40 pagi : Ucapan Perasmian oleh Guru Besar 8.45 pagi : Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-26 sesi 2024/2025 (Setiausaha PIBG) 9.00 pagi : Membentang dan menerima Laporan Aktiviti Tahunan sesi 2023/2024 (Setiausaha PIBG) 9.10 pagi : Membentang dan menerima Penyata Kewangan berakhir 31 Disember 2023 (Bendahari PIBG) 9.20 pagi : Membentangkan usul, cadangan,dan maklum balas MAT kali ke-27. 9.50 pagi : Cabutan Bertuah Sesi 1 10.00 pagi : Pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024 10.10 pagi : Lantikan Pengerusi Sementara MAT kali ke-27 10.20 pagi : Pemilihan dan Pengumuman Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 10.40 pagi : Penyampaian Sijil & Cenderahati kepada barisan AJK PIBG sesi 2023/2024 dan para pentadbir. 10.50 pagi : Persembahan Murid 11.05 pagi : Cabutan bertuah Sesi 2 11.20 pagi : Ucapan Penangguhan 11.30 pagi : Sesi Bergambar & Majlis Bersurai
4 AJK TEKNIKAL / ICT 1. En. Mohamad Farhan bin Suhailee (Ketua) 2. En. Asyraff Syahir bin Tarmizi PENGURUS ATURCARA MAJLIS 1. Pn. Irwanaida binti Che Pa (Ketua) 2. Pn. Nurul Fadhilah binti Idaham AJK PENDAFTARAN IBU BAPA DAN GURU 1. Pn. Nooratikah binti Badrun (Ketua) 2. Pn. Nazimah binti Yahya 3. Pn. Farah Nur Syahirah binti Alwi 4. Cik Zaifalisa binti Mohd (Nombor Cabutan Bertuah) AJK BUKU MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG 1. Pn. Siti Umairah binti Othman (Ketua) 2. Pn. Noor Afiqah binti Rosli 3. Pn. Hafizah bt Ab Hamid JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG SK TAMAN MIDAH 2 KALI KE-26 SESI 2023/2024 PENASIHAT : En. Rosli bin Juhari @ Zahari (Guru Besar) PENOLONG PENASIHAT : En. Mohd Nasir bin Ramli (GPK Pentadbiran) En. Ishak bin Bidin (GPK Hal Ehwal Murid) Pn Mazlah binti Ab. Kadir (GPK Kokurikulum) En. Irwan Bin Mokhtar (GPK Pendidikan Khas) PENGERUSI : En. Azrul Effendi bin Khalid (YDP PIBG) NAIB PENGERUSI : En. Ahmad Amin bin Ahmad Ltif SETIAUSAHA : En. Ahmad Azaly bin Ali BENDAHARI : Pn. Noor Afiqah Binti Rosli
5 PENGACARA MAJLIS 1. Pn. Widad binti Hamzah 2. Pn. Nur Azlin Fatesah binti Azaddin AJK PENGIRAAN UNDI 1. En. Mohd Noor Khahairidzuwan bin Khalid. (Ketua) 2. Datin Siti Fatimah binti Iman 3. En.Muhammad Faiz bin Abdul Rahim AJK PENCATAT MINIT Pengumpulan minit oleh : Norsakinah binti Ab Rahaman Sesi 1: 1. Cik Vannmathi a/p Ravichandran. 2. Cik Nur Annesa Zahirah binti Zameri. 3. Pn. Norzainita binti Omar. Sesi 2: 4. Pn. Zuraidah binti Che Mohd Azmi 5. Cik Nur Zulfaa binti Noh 6. Pn. Nurul Diana binti Mohammad Dasuki Sesi 3: 7. Cik Risfahani binti Md Rejab 8. Pn. Nurul Asyirah binti Abu Bakar 9. Pn. Nirmala Devi a/p Jeyaraman AJK CABUTAN BERTUAH 1. Pn. Nuraffrida binti Mohd Taj (Ketua) 2. Pn. Mardiana binti Jamaluddin 3. Pn. Che Wan Norhaszylina binti Jusof 4. Pn. Marilyn Thecla Lee 5. Cik Hasbuna binti Abdul Hak 6. Cik Nor Izzati binti Ab Halim 7. Pn. Nurul Amiera binti Azhar 8. Pn. Nor Ezzah Kauthar binti Abdullah 9. En. Mohd Zariman bin Md Nor 10. En. Muhammad bin Rusly BACAAN DOA 1. En. Azmi Azwan bin Mohammad Azmi AJK PENYEDIAAN TEKS UCAPAN 1. En. Ahmad Azaly bin Ali 2. Pn. Ainul Farha binti Mohd Fauzi
6 AJK DOKUMENTASI & FOTOGRAFI 1. Pn. Nur Hafizah binti Mohd Jaafar (Ketua) 2. Pn. Nik Nur Amirah binti Ibrahim. (Fotografi) 3. En. Mohd Noor Mustakim bin Ali (Fotografi) AJK SIJIL & CENDERAHATI 1. Pn. Nurul Fatekah binti Abdullah (Sijil) 2. Pn. Nadhilah binti Alias (Sijil) 3. Pn. Fatimah binti Abdullah (Cenderahati AJK) 4. Pn. Anburasei a/p Mariappan @ Chandran(Cenderahati AJK) AJK PERSIAPAN DEWAN 1. En Ahmad Azaly bin Ali (Ketua) 2. En. Muhammad Nazarudin bin Che Ali 3. En. Muhammad Azmullah bin Mustapa 4. En. Muhammad Azfar bin Marzukhi 5. En. Muhammad Farid bin Che Zakaria 6. En. Mohd Khairul Aswad bin Mohd Rozi. 7. En. Mohammad Shahrul Syafiq bin Rosmi PERSIAPAN PENTAS 1. Pn. Nor Faizah binti Othman 2. Pn. Mursyidah binti Mohamed Yunus 3. Pn. Zakreena binti Zakaria. 4. Pn. Fatin Farhanah binti Abd Manap 5. Pn. Fazarul Ernieza binti Che Wan 6. Cik Najiatul Hanini binti Mat Rus MAKANAN 1. Pn. Nurulhuda binti Abdul Aziz. (Ketua) 2. Pn. Efa Liyana binti Nordin. 3. Pn. Suhaila binti Zamiran 4. Pn. Musliha binti Muhammad AJK TUGAS-TUGAS KHAS 1. Pn. Wong Lai Mooi 2. Pn. Arma binti Ibrahim 3. Pn. Jasimah binti Jumaat 4. Pn. Norsharina binti Mohamed 5. Pn. Mariati binti Mohamad Maruan (Persembahan Murid) 6. En. Muzakhkir bin Amat Nooh (Mikrofon) AJK HEBAHAN & PROMOSI Semua guru kelas
7 YANG DIPERTUA : EN. AZRUL EFFENDI BIN KHALID NAIB YANG DIPERTUA : EN. AHMAD AMIN BIN AHMAD LTIF SETIAUSAHA : EN. AHMAD AZALY BIN ALI NAIB SETIAUSAHA : PN. SITI UMAIRAH BINTI OTHMAN BENDAHARI : PN. NOOR AFIQAH BINTI ROSLI AJK IBU BAPA : 1) PN. NORAFFRIDA BINTI MOHD TAJ 2) PN. MARDIANA BINTI JAMALUDIN 3) PN. MUHAMMAD BIN RUSLY 4) EN. MUHAMMAD FARID BIN CHE ZAKARIA 5) EN. MOHD KHAIRUL ASWAD BIN MOHD ROZI AJK GURU : 1) PN. FATIMAH BINTI ABDULLAH 2) EN. MOHD NOOR KHAHAIRIDZUWAN BIN KHALID 3) EN. MOHAMAD SHAHRUL SYAFIQ BIN ROSMI 4) PN. ANBURASEI A/P MARIAPPAN CHANDRAN 5) PN. NOORATIKAH BINTI BADRUN JURUAUDIT : 1) PN. CHE WAN NORHASZYLINA (LUARAN) 2) PN. NORIZAN BINTI ABDUL RAHMAN (DALAMAN) SENARAI AHLI JAWATANKUASA (AJK) PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK TAMAN MIDAH 2 SESI 2023/2024
8 MINIT MESYUARAT AGUNG (MAT) PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK TAMAN MIDAH 2 KALI KE-26 SESI 2023 / 2024 Tarikh : 10 Jun 2023 Hari : Sabtu Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Cendekiawan, SK Taman Midah 2. Kehadiran : 123 orang • Ibu bapa : 68 orang • Guru dan kakitangan : 55 orang 1.0 UCAPAN YANG DIPERTUA (YDP) PIBG 1.1 YDP (En. Azrul Effendi bin Khalid) mengucapkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya kita semua dapat sama-sama berkumpul untuk menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Taman Midah 2 kali ke-26, bagi sesi 2023/2024. YDP menyampaikan ucapkan kepada semua yang hadir bagi menjayakan perancangan MAT PIBG kali ini. 1.2 YDP mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah menyalurkan sumbangan PIBG yang telah bermula pada bulan Ogos 2022 yang lalu. YDP memaklumkan, hampir 78% daripada 635 buah keluarga murid yang belajar di SK Taman Midah 2. Satu jumlah yang agak baik dan mudah-mudahan akan bertambah lagi pada tahun ini. 1.3 YDP memaklumkan Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2022/2023 bermula dengan kewangan yang agak kritikal memandangkan tiada kutipan sumbangan yang dibuat pada tahun 2020 dan 2021. Alhamdulillah, dengan kerjasama yang baik daripada semua ibu bapa banyak program yang dirancang oleh pihak sekolah seperti Kejohanan Sukaneka dan Sukan Sekolah, Iftar Jamaie, Perkhemahan Unit Beruniform serta banyak lagi akan dibentangkan oleh Setiausaha sebentar lagi, dapat dilaksanakan dengan jayanya. Penglibatan ibu bapa dari segi kehadiran ke program-program yang disebut juga begitu memberangsangkan. 1.4 YDP menegaskan persekitaran pembelajaran yang baik sangat penting untuk perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial anak-anak. Oleh itu, pihak PIBG mengambil kesempatan sewaktu cuti sekolah seperti cuti akhir sesi
9 akademik 2022/2023 untuk mengusahakan kerja-kerja penyelenggaran seperti tandas, perpaipan, elektrik. Perincian berkaitan jumlah peruntukan untuk setiap penyelenggaran akan dibentangkan oleh Bendahari PIBG dalam agenda pembentangan kewangan. 1.5 YDP berharap agar siding hadirin akan terus memberikan sokongan terhadap semua aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh pihak PIBG dan sekolah. YDP mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah memberikan sumbangan secara individu dan berkeluarga untuk penambaikan infrastruktur sekolah seperti pemasangan lampu di beberapa tempat, pembayaran servis penapis air Coway, serta banyak lagi bentuk sumbangan lain. 1.6 YDP mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua jawatankuasa terutamanya kepada guru-guru yang bertungkus lumus menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini. YDP sekali lagi berharap agar semua ibu bapa dan guru dapat bersama-sama sehingga selesai pemilihan jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024. Akhir kata, YDP menutup ucapan dengan memohon maaf atas segala kekurangan sepanjang menerajui PIBG bagi sesi ini dan semoga berjaya buat semua jawatankuasa yang bakal menggerakkan PIBG sesi 2023/2024. Tindakan: Makluman 2.0 UCAPAN GURU BESAR (GB) 2.1 Guru Besar (GB) mengalu-alukan kehadiran semua ibu bapa ke MAT kali ke26 dan mengucapkan tahniah kepada ahli mesyuarat yang hadir ke mesyuarat. 2.2 GB menegaskan PIBG memainkan peranan penting kerana dengan kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah, aktiviti dan penambahbaikan infrastruktur sekolah dapat dibuat dengan baik. 2.3 GB memaklumkan kelas-kelas yang mempunyai masalah kipas akan digantikan dengan kipas baru dalam masa terdekat. 2.4 GB juga memklumkan SK Taman Midah 2 masih menjadi sekolah angkat Lotus’s Cheras dan hal ini merupakan satu peluang yang baik untuk sekolah. Terbaru, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) ada menjalankan aktiviti sokongan membeli belah di Lotus’s Cheras. 2.5 GB turut memaklumkan SK Taman Midah 2 sangat bertuah menyertai Projek STEMEC Kohort 2 sejak 28 Mac 2022 kerana sekolah ini merupakan satusatunya sekolah rendah yang dipilih mewakili WP Kuala Lumpur. Justeru, hasrat KPM supaya sekolah ini yang bakal menjadi Sekolah Lestari STEM perlu menggerakkan seluruh warga sekolah yang terdiri daripada para pengurusan sekolah, guru-guru, anggota kumpulan pelaksana, para ibu bapa/penjaga dan murid-murid untuk sama-sama membantu sekolah beranjak ke status pelaksanaan pendidikan STEM yang lebih baik. Apabila pihak sekolah
10 bekerjasama dengan pihak KPM, anak-anak akan mendapat banyak peluang dan kelebihan. 2.6 GB juga mengambil kesempatan untuk memaklumkan secara rasmi kepada semua ibu bapa MAT kali ini merupakan tugas atau khidmat terakhir beliau di SK Taman Midah 2 kerana beliau telah diarahkan bertukar ke SK Bukit Bandaraya bermula 15 Jun 2023. Guru Besar SK Bukit Bandaraya akan bersara pada 14 Jun 2023. Selama 7 tahun 1 bulan bermula 16 Mei 2016, beliau telah mendapat kerjasama yang baik dari pentadbir dan juga guru dan beliau menyatakan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa penting dalam menjayakan sesebuah sekolah. Bermula 15 Jun 2023, En. Mohd Nasir akan memikul tugas guru besar sehingga datangnya guru besar baharu. 2.7 GB juga memaklumkan, satu program STEM akan dijalankan melibatkan SK Taman Midah 2 dan SK Sentul 2. 2.8 GB berharap agar amalan yang baik di sekolah ini akan diteruskan. 2.9 GB mengakhiri ucapan dengan memohon maaf sekiranya ada salah silap, terkasar bicara sepanjang berkhidmat di SK Taman Midah 2. GB juga mengucapkan terima kasih buat barisan pentadbir, guru-guru yang banyak memberikan kerjasama. 2.10 GB merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-26 sesi 2023/2024 dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim. Tindakan: Makluman 3.0 PENGESAHAN MINIT MAT KALI KE-25 SESI 2022/2023 3.1 En. Ahmad Azaly, Setiausaha PIBG sesi 2022/2023 membentangkan minit MAT kali ke-25 sesi 2022/2023. Hadirin diminta merujuk buku mesyuarat pada mukasurat 6 hingga 14 yang telah diedarkan melalui kumpulan Whatsapp Buletin SK Taman Midah 2. 3.2 Minit Mesyuarat kali ke-25 disahkan dan mendapat mendapat cadangan dan sokongan daripada : Pencadang : En. Mohd Shahrul bin Abdullah Penyokong : En. Ahmad Amin bin Ahmad Ltif Tindakan : Makluman 4.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4.1 Tiada
11 5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG SESI 2022/2023 5.1 Setiausaha membentangkan laporan aktiviti sepanjang sesi 2022/2023 dan meminta hadirin merujuk buku mesyuarat pada muka surat 15 hingga 19. Sepanjang sesi 2022/2023, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Midah 2 telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. PIBG terlibat dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Pendidikan Khas dan Aktiviti Pembangunan Sekolah bagi membantu pihak sekolah melaksanakan program untuk kemenjadian murid SKTM2. 5.2 PIBG juga amat mengambil berat dalam beberapa aspek lain seperti hal kebajikan, kecemasan, dan keselamatan yang melibatkan murid-murid dan guru. Oleh itu, untuk memberi dorongan dan sokongan kepada pihak sekolah, PIBG telah memberi khidmat kerjasama dan menyalurkan kutipan sumbangan dalam pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. 5.3 Laporan Aktiviti sepanjang 2022/2023 disahkan dan mendapat mendapat cadangan dan sokongan daripada : Pencadang : Nur Syuhada binti Sulaiman Penyokong : Pn. Wong Lai Mooi Tindakan : Makluman 6.0 PEMBENTANGAN LAPORAN AKTIVITI SEPANJANG SESI 2022/2023 6.1 Bendahari membentangkan penyata kewangan PIBG bagi tahun berakhir 31 Disember 2022 dan hadirin boleh merujuk buku mesyuarat pada mukasurat 20 hingga 25. 6.2 Bendahari menyatakan nota perbelanjaan sepanjang tahun berakhir pada 31 Disember 2022 Semua aktiviti dan perbelanjaan bermula 1 Januari 2023 akan dimasukkan ke dalam nota perbelanjaan akan datang. 6.3 Laporan Aktiviti sepanjang 2022/2023 disahkan dan mendapat mendapat cadangan dan sokongan daripada : Pencadang : Pn. Nuraffrida binti Mohd Taj Penyokong : Pn. Mariati bin Mohamad Maruan Tindakan : Makluman 7.0 PERBINCANGAN USUL, CADANGAN, DAN MAKLUM BALAS IBU BAPA 7.1 Semua ibu bapa dan guru boleh merujuk usul, cadangan dan maklum balas dalam buku mesyuarat mukasurat 26 hingga 30. YDP dan GB mengendalikan slot menjawab usul, cadangan dan maklum balas mengikut kategori iaitu kurikulum dan lain-lain. Pencadang yang hadir diminta menyebut dan
12 menerangkan usul yang dicadangkan manakala bagi yang tidak hadir, usul akan dibacakan oleh YDP dan diberikan penerangan ringkas. BIL PEMBAWA USUL USUL / CADANGAN MAKLUM BALAS / CATATAN 1. CHE WAN NORHASZYLINA BINTI JUSOF (HADIR) - Nurkaira Umaira Binti Jusof (5 Al Farabi) Infrastruktur Mengadakan kawasan angkat bagi setiap kelas bagi memastikan kawasan sekolah ceria dan teratur contohnya,kelas tahun 5 menjaga bahagian taman bunga sekolah. Satu cadangan yang baik untuk dipertimbangkan kerana boleh memupuk sikap tanggungjawab dan perlu diperhalusi cara pelaksanaan. Contohnya: 1. Penglibatan KSIB yang dibuat diluar waktu persekolahan dengan makluman kepada pihak pentadbiran sekolah. Gotong-royong berkala. 2. Dibahagikan mengikut unit beruniform dan dijadikan sebagai selingan dalam aktiviti Kokurikulum. Boleh juga diberikan sijil penghargaan kepasa semua yang terlibat. 2. NORHAFIZA IDAYU MOHAMAD (TIDAK HADIR) - Wan Aisyah Safiyyah bt Wan Mohd Azraf (5 Ar Razi) - Wan Alif Iskandarsyah b Wan Mohd Azraf (2 Ar Razi) Lain-lain - Kedai Buku Minta maaf, suka saya ingin mencadangkan sekiranya boleh, kedai buku menyediakan keperluan bahan2 untuk pendidikan seni visual , supaya murid dapat membelinya dari situ sekiranya ibubapa terdapat kekangan untuk menyediakannya. Contoh kad gelugur , cat poster ,berus dan lain2. Ini hanya cadangan,harap Satu cadangan yang baik untuk dipertimbangkan perlu diperhalusi cara pelaksanaan kerana ianya bukan sahaja dirasai oleh pencadang tetapi oleh semua ibu bapa lain. Perlu dibincang bersama pihak syarikat kedai buku sekolah. Pihak sekolah juga mengesyorkan ibu bapa merujuk buku teks bahanbahan asas yang diperlukan bagi subjek Pendidikan Seni Visual.
13 maaf jika ianya tidak sesuai. Terima kasih 3. PROFESOR MADYA DR. NORAINI BINTI AHMAD (TIDAK HADIR) - Amirah Hanis Binti Mohd Syahkirin (5 Al Biruni) Kurikulum Kelas interaktif matematik Satu cadangan yang baik dan akan dibincangkan dengan lebih lanjut oleh Panitia Matematik. Kokurikulum Pembangunan Kelab Robotik & Hoki 1. Pada tahun 2022, pihak sekolah telah menjemput satu Kelab Robotik untuk membuat pameran sewaktu pelancaran Program STEMEC. Flyers telah diedarkan tetapi tiada sambutan kerana melibatkan bayaran. 2. Pembangunan Kelab Hoki telah dijalankan dibawah bimbingan Cikgu Faiz (Jurulatih merangkap Pengerusi Teknik Negeri) Hal Ehwal Murid (HEM)Tabung Khas Musibah & Kebajikan untuk pelajar secara bertema / berkala Dema Kilat sekiranya berlakunya Musibah & Kebajikan sudah sedia ada dan diuruskan oleh Jawatankuasa Kebajikan Murid & Baitulmal di bawah Unit Hal Ehwal Murid. Pihak PIBG juga sudah bermula untuk mengoptimumkan akaun Infak untuk Musibah & Kebajikan untuk transaksi secara dalam talian. 4. SITI SALATI BINTI NORDIN (TIDAK HADIR) - Maisarah Sofea Bt Mohamad (6 Al Jazari) - Siti Zaharah Bt Mohamad (2 Ar Razi) Kurikulum Mohon diberi kerja sekolah setiap hari supaya mereka tidak lupa akan tajuk berikut. Inisiatif KPM menyarankan sekolah untuk menggunakan Jadual Anjal bagi mengatasi masalah beg berat telah memanjangkan tempoh pembelajaran bagi setiap subjek. Murid mempunyai cukup masa untuk menyelesaikan tugasan di sekolah. Tambahan pula, anakanak sebahagian besar akan
14 bersekolah agama pada waktu petang. Murid juga memerlukan rehat yang secukupnya. Guru menyesuaikan keadaan dan GB menyatakan ibu bapa supaya jangan bimbang kerana guru sentiasa mendapat maklum balas dalam mesyuarat panitia dan akan memastikan masalah murid diselesaikan. Guru sudah sedia maklum dan melihat murid dalam pelbagai aras. Kokurikulum Tiada aktiviti luar yang mencabar untuk anak murid berdikari. Kebiasaanya, aktiviti luar yang mencabar murid untuk berdikari dijalankan semasa perkhemahan Badan Beruniform. Bagi sesi akademik 2023/2024, perancangan untuk aktiviti perkhemahan ialah pada 8-10 September 2023 sekiranya tiada pindaan tarikh. 5. SITI ZAILA BINTI HUSIN (HADIR) - Ainaa Zakiah Binti Mohamad Aziz (3 Al Biruni) - Muhammad Asyraf Bin Mohamad Aziz (6 Al Farabi) Hal Ehwal Murid (HEM) 1. Peranan guru kaunselor perlu diperhebat 2. Kem motivasi dan ibadah - war-warkan setiap kali cuti sekolah tiba. 3. PIBG sama-sama cakna isu sosial. 4. Ibu bapa perlu cakan dengan kesan gajet kepada murid. PIBG boleh merancang untuk aktiviti penambahbaikan emosi anak-anak 1. Pelbagai program telah dan akan dijalankan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Midah 2. Untuk sesi ini, Program Riang Ria Ke Sekolah, dan Program Pemantapan Displin & Sahsiah Diri secara bersiri melibatkan semua murid SK Taman Midah 2. 2. En. Nasir (GPK Pentadbiran) menjelaskan Unit Kaunseling berperanan untuk 1 sekolah dan tugasnya sangat mencabar. Pihak sekolah mengakui tanpa
15 khususnya anak Tahap 2. Unit Kaunseling, pasti pincang dari segi sahsiah murid. Bantuan ibu bapa yang amat penting dan pemantauan di rumah juga perlu dikuatkuasakan. Selama di sekolah mereka boleh dibantu oleh guru. Sekiranya ada masalah, boleh maklumkan kepada guru kaunselor (Pn. Marilyn) untuk dibincangkan untuk mencari jalan penyelesaian. Gajet tidak dibenarkan di sekolah dan sekiranya dijumpai akan diambil, disimpan dan akan dibuat serahan kepada ibu bapa pada hari yang sama. 3. En Ahmad Amin (NYDP) menambah ada juga dalam kalangan murid berlaku isu body shaming dengan penggunaan ayat yang tidak sesuai dengan umur anak. Pada masa akan datang akan diadakan kolaborasi dengan KSIB untuk mengkoordinasi gerak kerja. Dalam kumpulan Whatsapp Buletin ada Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) dan ibu bapa yang berminat boleh ikuti dan mencadangkan program terbaik. 4. Bagi kem motivasi dan ibadah cuti sekolah,
16 sekiranya program berkenaan anjuran pihak luar, pihak sekolah tidak digalakkan untuk menguar-uarkan kerana sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini dalam program berkenaan sekolah turut akan terlibat kerana membuat sebaran. 5. YDP menambah sekiranya ibu bapa mempunyai cadangan program luar yang boleh dijalinkan Bersama murid boleh maklumkan kepada sekolah untuk direalisasikan idea yang diberikan. 6. HANIZA BINTI JAIS (HADIR) - Khadija Binti Sobran (6 Al Biruni) - Amena Binti Sobran (4 Al Jazari) Hal Ehwal Murid Saya cadangkan diadakan perkhemahan motivasi di sekolah untuk murid-murid tahun 6 dengan pengisian berbentuk motivasi, kerohanian dan sahsiah melangkah ke alam remaja beserta aktiviti- aktiviti menguji kecerdasan. 1. GPK Pentadbiran memberikan maklum balas bukan sahaja untuk murid Tahun 6 tetapi bagi murid Tahap 2 Unit Bimbingan dan Kaunseling akan mengadakan program keremajaan dan berkolaborasi dengan Panitia Pendidikan Islam. Contohnya pada tahun lepas ada dijalankan Program Akil Baligh: Do & Don’t. Sekiranya program ingin ditumpu secara individua gak sukar kerana sumber kewangan yang agak terhad serta beberapa kekurangan yang lain.
17 2. Program diperingkat sekolah tidak boleh dilaksanakan dengan terlalu kerap kerana akan menganggu waktu pembelajaran murid. Pihak sekolah dengan semampu mungkin akan membimbing murid terutama Tahap 2 agar berhati-hati terutama bab jantina. Lain-lain - Kantin Mohon ditambah baik kualiti dan kuantiti makanan yang dijual di kantin. Anak-anak saya yang berada di tahap 2 sering memberitahu makanan hampir habis atau kurang pilihan pada waktu rehat tahap 2. 1. Unit dibawah Hal Ehwal Murid (HEM) iaitu Unit Kantin dan RMT sudah berbincang dengan pihak kantin untuk sentiasa menambah makanan yang dihabiskan oleh murid tahap 1. Sekiranya masalah seumpama ini masih lagi berlaku sila adukan kepada pihak sekolah. 2. Dari sudut kualiti, pengusaha kantin telah dipantau sebanyak dua kali oleh DBKL. Komenkomen yang diberi akan diperbaiki pada masa akan datang. 7. NABILAH SYAZANA BINTI ADZNAN (TIDAK HADIR) Kurikulum Adakan hari graduasi tahun 6 dan ibu bapa boleh turut serta Satu cadangan yang baik untuk dipertimbangkan dan akan dibawa untuk perbincangan lanjut.
18 - Nur Alisha Qistina Binti Abdul Qayyum (6 Al Farabi) - Nur Alisha Qasrina Binti Abdul Qayyum (6 Al Farabi) - Muhammad Aisy Qhalif Bin Mohd Arid (1 Ar Razi) Kokurikulum Adakan lawatan bagi tahun 1 ke tempat2 yang bersesuaian disertai ibu atau bapa. Lawatan ke tempat yang bersesuaian biasanya akan diutamakan untuk murid Tahun 6 8. MARDIANA JAMALUDIN (HADIR) - Nurul Nafisa Zainal Rozman (6 Al Jazari) Kurikulum Buat hari Graduasi pada hari sabtu blhlah ibubapa hadir bersama n anak2 yg menerima anugerah berpakaian baju melayu n berbaju kurung. Satu cadangan yang baik untuk dipertimbangkan dan akan dibawa untuk perbincangan lanjut. Majlis graduasi tidak boleh dijalankan secara besar-besaran kerana memikirkan kemampuan ekonomi yang tidak sama dalam kalangan ibu bapa. 9. IZANI BINTI ABD KARIM (HADIR) - Mohammad Hariz Zhariz Bin Ramli (5 Al Biruni) Kurikulum Harap murid-murid yang aktif dalam aktiviti sukan dan kokurikulum dapat diadakan kelas tambahan dan intensif untuk mereka agar seiring kejayaan akademik dan kokurikulum.ini kerana mereka sering tertinggal kelas setiap kali latihan apabila menyertai sesuatu perlawanan. 1. GPK Pentadbiran memaklumkan 3 orang guru yang telah membawa murid ke pertandingan untuk membuat secara atas talian tetapi yang menjadi masalah ialah murid yang terlibat adalah murid daripada kelas yang berbeza. Agak sukar untuk membuat kelas tambahan kerana setiap kelas diajar oleh guru yang berbeza. 2. Pihak sekolah akan cuba untuk memaklumkan kepada guru untuk berusaha mengadakan kelas tambahan untuk murid yang aktif sukan dan aktivti kokurikulum.
19 10. NURAFFRIDA BINTI MOHAMAD TAJ (HADIR) - Muhammad Anas Qalish bin Ahmad Faizal (PPKI) - Nur Aliesya Qaisara binti Ahmad Faizal (2 Al Farabi) Infrastruktur 1. Menaik taraf kebersihan tandas pelajar. 2. Membaikpulih semula kerosakan pada bilik darjah. Ada kelas yang frame tingkap/pintu telah reput. 1. YDP : Penyelenggaraan tandas secara keseluruhan telah dibuat pada cuti akhir sesi akademik 2022/2023 yang lalu. Kebersihan pula akan dipantau dari masa ke masa. Terima kasih atas makluman. Apabila melibatkan penyelenggaran harta kerajaan terdapat beberapa prosedur di peringkat jabatan 2. NYDP : Kos renovation tandas memerlukan peruntukan kewangan yang agak besar dan tabung PIBG tidak dapat menampung jumlah yang diperlukan kerana terdapat pelbagai lagi keperluan yang lebih penting. Namun pihak PIBG akan cuba membuat pembaikian kecil untuk tandas sekolah. 3. Terima kasih atas keprihatinan, pemeriksaan akan dibuat secara berkala dan keutamaan diberikan kepada isu yang lebih serius memandangkan proses penambahbaikan seumpama ini melibatkan prosedur dan peruntukan yang besar.
20 11. PUAN AZAH BINTI MOKHTAR (TIDAK HADIR) - Nur Fatihah Umairah Binti Sulaiman (5 Al-Farabi) - Nur Fatanah Husna Binti Sulaiman (2 Al-Jazari) Kurikulum Dicadangkan pemantapan Kelas Al Quran dan Fardhu Ain dilaksanakan di sekolah . Mungkin boleh diadakan pada Hari Sabtu yg sesuai bagi murid2 yg berminat Satu cadangan yang baik untuk dipertimbangkan dan akan dibawa untuk perbincangan lanjut. Pihak sekolah sudah dalam perancangan untuk melaksanakan Kem Kerohanian dan akan dimaklumkan kelak kepada semua. 12. MOHD REFINDI BIN SULAIMAN (HADIR) - Muhammad Adam Harraz bin Mohd Refindi (6 Al Jazari) Hal Ehwal Murid Dicadangkan pemantapan sahsiah dan kepimpinan murid2 khususnya kpd murid yg berjawatan utk dilaksanakan kem jati diri samada dalam atau di luar sekolah Satu cadangan yang baik untuk dipertimbangkan dan akan dibawa untuk perbincangan lanjut setelah mendapat pelepasan dari pihak Kementerian. 7.2 YDP membuka ruang sekiranya hadirin mempunyai usul tambahan untuk diajukan dan dibincangkan bersama. Berikut merupakan usul tambahan: 13. MOHD HARRAS BIN MANSOR - Muhammad Al Fateh (3 Intan) - Umar (1 Al Biruni) PPKI Mencadangkan agar buku aktiviti dan buku teks murid dipulangkan kepada murid untuk semakan ibu bapa agar ibu bapa tahu perkembangan anak-anak. En Irwan (GP Pendidikan Khas) menjelaskan PPKI tidak membenarkan murid membawa pulang buku ke rumah kerana kemungkinan besar ada murid tidak membawa kembali buku berkenaan ke sekolah. Buku mereka adalah buku khas dan tiada di pasaran. Untuk makluman awal semua ibu bapa, dalam masa terdekat Sidang Pertama Rancangan Pendidikan Individu (RPI) akan diadakan untuk guru dan ibu bapa berbincang mengenai perkembangan murid. 14. SHARIFAH NORHAMIZAH KURIKULUM 1. Setiausaha PIBG memaklumkan program
21 - 3 orang anak di SKTM2 di 4 Al Biruni, 3 Al Biruni, dan 1 Ar Razi. 1. Mencadangkan program persediaan ke asrama penuh supaya mereka mendapat pendedehan awal. 2. Mengaktifkan semua media sosial di Facebook dan menguaruarkan sekiranya terdapat aktiviti, kejayaan murid, dan program di SKTM2 persediaan ke asrama akan dilaksanakan pada hujung tahun nanti dan akan memanggil penceramah luar ataupun murid juga boleh mengikuti program seumpama ini yang dianjurkan oleh pihak luar. 2. GB menambah berkaitan dengan sekolah berasrama penuh, kita juga pernah menjemput guru sekolah menengah untuk memberi pendedahan. Boleh dicadangkan kepada GB yang baru program siri penerangan. 3. Kita sudah mempunyai media sosial Facebook. Tetapi akan ambil masa untuk di kemaskini kerana diuruskan oleh guru. Kemaskini media sosial memerlukan komitmen yang berterusan sedangkan guru perlu sentiasa bersedia dengan kelas dan program sekolah. Kita akan usaha tapi tidak menjanjikan apa-apa. 15. MOHD FAIZ BIN ISHAK - Anak 3 Al Biruni KOKURIKULUM Saya perhatikan acara sukan di SK Taman Midah 2 sudah membangun dan pada hari ini saya ingin memfokuskan tentang acara sukan gelanggang contohnya Badminton. Saya mencadangkan agar PIBG - Cg Shahrul Shafiq menjelaskan dalam masa terdekat akan diadakan Kejohanan Carian Bakat Jejak Juara dan sekolah sedang mencari bakat baru untuk diketengahkan.
22 mewujudkan pasukan Badminton secara berkala suapaya anak-anak boleh mengisi masa untuk latihan. - Kita dalam rancangan untuk mewujudkan semula Kem Badminton. Sekiranya mahu betulbetul diwujudkan kewangan perlu kukuh daripada parents untuk Latihan di gelanggang. Setakat ini Cg Shahrul menerima 3-4 orang sahaja. 16. Pn. Wong Lai Mooi - Ketua Panitia Bahasa Inggeris Pihak PIBG perlu bergerak aktif untuk mencari dana luar yang mencukupi untuk melaksanakan aktiviti sekolah ataupun program luar. - YDP bersetuju dengan cadangan mencari dana untuk program sekolah kerana dana yang terhad akan memberi kesan kepada pelaksanaan program sekolah. 17. Pn. Mariati binti Mohamad Maruan - Ketua Panitia Pendidikan Islam. Mohon PIBG membantu guru merealisasikan PdP Abad ke-21 dari segi penyediaan BBM yang mampu mencapai hasrat yang berkenaan contohnya Smart TV. - YDP memaklumkan setiap keperluan ada peruntukan dan PIBG membuka ruang kepada guru menyatakan bahan yang diperlukan. Sediakan kertas kerja beserta justifikasi yang bersesuaian. Tindakan : Makluman 7.3 YDP mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang telah memberikan usul dan cadangan. YDP memaklumkan segala hasil perbincangan akan diperhalusi dengan baik oleh AJK PIBG sesi 2023 / 2024. YDP juga mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan selama ini dan mengumumkan pembubaran Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024. 7.4 Pengacara majlis mengambil alih majlis dan mengumumkan GB perlu meninggalkan majlis lebih awal kerana mempunyai majlis bersama SK Bukit Bandaraya. di Hotel One World. GB mengucapkan terima kasih kepada AJK
23 PIBG dan semua yang terlibat dan berharap MAT akan berlangsung dengan lancar sehingga ke akhirnya. 7.5 GPK Pentadbiran menyempurnakan hadiah dan cenderamata kepada AJK PIBG sesi 2022/2023 sebagai tanda penghargaan dan sumbang bakti manakala En. Azrul Effendi menyampaikan hadiah dan cenderamata kepada para pentadbir sekolah atas sumbangan bakti kepada sekolah dan penglibatan dalam mesyuarat PIBG. Tindakan : Makluman 8.0 PELANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA DAN PEMILIHAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2023/2024 8.1 En. Ahmad Amin bin Ahmad Ltif dilantik sebagai Pengerusi Sementara melalui cadangan dan sokongan daripada : Pencadang : En. Ahmad Azaly bin Ali Penyokong : Pn. Mardiana binti Jamaludin 8.2 En. Ahmad Amin mengendalikan slot cabutan bertuah dan 8 cabutan pertama telah dibuat. Senarai penerima cabutan adalah sebagaimana berikut ▪ Hadiah ke-15 : 3099 ▪ Hadiah ke-14 : 1087 ▪ Hadiah ke-13 : 2053 ▪ Hadiah ke-12 : 1006 ▪ Hadiah ke-11 : 1092 ▪ Hadiah ke-10 : 1088 ▪ Hadiah ke-9 : 2087 ▪ Hadiah ke-8 :2031 8.3 En. Ahmad Amin meminta cadangan beberapa nama untuk diundi. 8.4 Pn. Mastura binti Abidin mencadangkan agar jawatankuasa yang sedia ada dikekalkan. Cadangan disokong oleh Pn. Che Wan Norhaszylina dengan sokongan 60 orang ahli mesyuarat. 8.5 Pn. Faizatul membantah cadangan mengekalkan kesemua jawatankuasa lama kerana ada antara ahli jawatankuasa sudah terlalu lama dalam organisasi dan anak mereka sudah berada dalam darjah 6. En. Azrul juga meminta agar pemilihan perlu dilakukan dengan lebih telus dan terbuka untuk mendapatkan cara pengurusan yang lebih segar, walaupun ramai yang menyokong untuk dikekalkan tetapi pemilihan perlu mengikut perlembagaan. 8.6 Pengerusi sementara memutuskan agar pencalonan nama diperlukan dan sekiranya AJK lama ingin dikekalkan juga perlu berdasarkan pencalonan.
24 Cadangan nama calon ini juga dicadang untuk ditutup apabila senarai nama mencecah 10 orang oleh Dr. Syuhada dan disokong sebulat suara. Berikut merupakan senarai nama calon AJK beserta nama pencadang, penyokong, dan jumlah undian: BIL NAMA CALON NAMA PENCADANG NAMA PENYOKONG JUMLAH UNDIAN 1. Pn. Nuraffrida Pn. Faizatul Pn. Mardiana Menang tanpa bertanding sebagai AJK – wakil PPKI 2. Pn. Siti Zailah Pn. Marilyn Pn. Faizatul 5 3. Pn. Che Wan Norhaszylina Pn. Marilyn Pn. Faizatul 6 4. En. Azrul Effendi Dr. Syuhada Pn. Che Wan Norhaszylina 47 (YDP) 5. En. Amin Pn. Faizatul Pn. Mardiana 42 (NYDP) 6. En. Khairul Aswad Pn. Mastura En. Mohamad 9 7. En. Mohamad Pn. Faizatul Pn. Mardiana 12 8. En. Farid En. Khairul Aswad En. Mohamad 33 9. En. Faiz En. Khairul Aswad En. Mohamad 2 10. Pn. Mardiana Pn. Mastura Pn. Nuraffrida 14 8.7 Pengerusi Sementara memperkenalkan Jawatankuasa PIBG sesi 2023/2024: ▪ Yang diPertua : En. Azrul Effendi Bin Khalid ▪ Naib Yang diPertua : En. Ahmad Amin Bin Ahmad Ltif ▪ Setiausaha : En Ahmad Azaly bin Ali ▪ Naib Setiausaha : Pn. Siti Umairah binti Othman ▪ Bendahari : Pn. Noor Afiqah binti Rosli ▪ AJK Ibubapa : • En. Mohd Khairul Aswad bin Mohd Rozi • En.Muhammad Farid Bin Che Zakaria • En. Muhammad bin Rusly • Pn. Nuraffrida binti Mohd Taj • Pn. Mardiana Binti Jamaludin ▪ AJK Guru • En. Mohamad Shahrul Shafiq bin Rosmi • En. Mohd Noor Khahairidzuwan bin Khalid • Pn. Fatimah binti Abdullah • Pn. Nooratikah binti Badrun
25 • Pn. Anbuarasei a/p Mariappan@Chandran ▪ Juruaudit Dalaman : Pn. Norizan binti Abdul Rahman ▪ Juruaudit Luaran : Pn. Che Wan Nurhaszylina binti Jusof Tindakan : Makluman 9.0 CADANGAN KUTIPAN SUMBANGAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SESI 2023/2024 9.1 NYDP PIBG Sesi 2023/2024 menyatakan bahawa jumlah RM 80.00 jumlah kutipan adalah tidak mencukupi dan tidak relevan maka dimohon agar ibu bapa untuk menaikkan yuran demi keperluan anak-anak. 9.2 Pn. Che Wan Norhaszylina bersetuju dengan bayaran dinaikkan ke RM100.00. 9.3 Pn. Faizatul pula mencadangkan agar bayaran kutipan ibu bapa dikekalkan sebanyak RM 80.00 memandangkan jumlah ini mendapat kutipan sumbangan yang memberangsangkan pada sesi 2022/2023. Pn. Mardiana mencadangkan agar cadangan ditutup dan dibuka untuk undian. Cadangan disokong oleh Dr. Syuhada. 9.4 Berikut merupakan keputusan undian jumlah kutipan sumbangan PIBG bagi sesi 2023/2024: BIL CADANGAN JUMLAH KUTIPAN JUMLAH UNDIAN 1. RM 100 per keluarga 25 2. RM 80 per keluarga 38 9.5 Jumlah kutipan sumbangan sebanyak RM 80.00 disahkan dengan cadangan dan sokongan daripada: Pencadang : Pn. Faizatul Dara binti Ariffin Penyokong : Pn. Nur Syuhada binti Sulaiman. 9.6 Semua ahli mesyuarat sebulat suara menyokong cadangan kutipan tersebut. Kutipan sumbangan akan dibuat selepas mendapat kelulusan dari pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL). Tindakan : Setiausaha & Bendahari PIBG 9.7 YDP mengumumkan berdasarkan jumlah undian, jumlah kutipan sumbangan PIBG bagi sesi 2023 / 2024 ialah sebanyak RM 80 sekeluarga.
26 9.8 En Ahmad Amin bin Ahmad Ltif mencadangkan penama berikut iaitu En Azrul Effendi bin Khalid (YDP PIBG sesi 2023/2024), Pn Noor Afiqah binti Rosli (Bendahari PIBG sesi 2023/2024) dan Pn Siti Umairah binti Othman (Naib Setiausaha PIBG sesi 2023/2024) untuk menurunkan tandatangan ke atas buku cek PIBG SEK KEB TMN MIDAH 2 bernombor akaun 514132316155 dan buku cek PIBG SEK KEB TMN MIDAH 2-INFAK bernombor akaun 564137512960. Manakala bagi urusan transaksi atas talian juga akan diuruskan oleh penama yang sama sebagai peranan berikut dan cadangan ini telah dipersetujui sebulat suara. Tindakan : Setiausaha & Bendahari PIBG 10.0 UCAPAN PENANGGUHAN 10.1 En. Ahmad Amin bin Ahmad Ltif (NYDP PIBG sesi 2023/2024) mengucapkan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan akan berusaha untuk memberikan yang terbaik bagi melaksanakan amanah yang diberikan. 10.2 GPK Pentadbiran menjelaskan jawatankuasa dalam kalangan guru dikekalkan sehingga Guru Besar baru melapor diri. 10.3 En. Ahmad Amin mengendalikan slot cabutan bertuah sesi ke-2 dan 8 cabutan kedua telah dibuat. Senarai penerima cabutan adalah sebagaimana berikut ▪ Hadiah ke-7 : 1013 ▪ Hadiah ke-6 : 1086 ▪ Hadiah ke-5 : 1011 ▪ Hadiah ke-4 : 1096 ▪ Hadiah ke-3 : 3045 ▪ Hadiah ke-2 : 1032 ▪ Hadiah ke-1 : 1070 ▪ Hadiah Utama : 1075 10.4 Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir, ahli-ahli jawatankuasa PIBG yang lepas dan yang baru dilantik, guru-guru serta ibubapa dan penjaga diatas kerjasama yang telah diberikan. NAMA VIEWER/MAKER/CHECKER EN. AZRUL EFFENDI BIN KHALID Yang Dipertua PIBG CHECKER PN. SITI UMAIRAH BINTI OTHMAN Naib Setiausaha PIBG CHECKER PN. NOOR AFIQAH BINTI ROSLI Bendahari PIBG MAKER
27 10.5 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.30 tengah hari. Disediakan oleh, …………………………………… ( AHMAD AZALY BIN ALI) Setiausaha, PIBG Sesi 2022/2023, SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur. Disemak oleh, ………………………………………… (AZRUL EFFENDI BIN KHALID) Yang Dipertua, PIBG Sesi 2022/2023. SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur. Disahkan dan disokong oleh, …………………………………………………………. (MD. FAISAL BIN MOHD. SALIH (MD. SALLEH)) Guru Besar, Merangkap Penasihat PIBG Sesi 2022/2023 SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur.
28 LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2022/2023 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MIDAH 2 Sepanjang sesi 2023/2024, AJK PIBG telah mengadakan mesyuarat sebanyak lima kali iaitu pada: Mesyuarat Tarikh Kehadiran ahli Mesyuarat AJK PIBG Kali Pertama 8 Julai 2024 (Sabtu) 8 / 15 orang Mesyuarat AJK PIBG Kali Kedua 12 September 2023 (Selasa) 8 / 15 orang Mesyuarat AJK PIBG Kali Ketiga 2 November 2023 (Khamis) 9 / 15 orang Mesyuarat AJK PIBG Kali Keempat 24 Januari 2024 (Rabu) 12 / 15 orang Mesyuarat Khas MAT kali ke27 21 Mei 2024 (Selasa) 9 / 15 orang Sepanjang sesi 2023/2024, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Midah 2 telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. PIBG terlibat dalam bidang Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kokurikulum, Pendidikan Khas dan Aktiviti Pembangunan Sekolah bagi membantu pihak sekolah melaksanakan program untuk kemenjadian murid SKTM2. PIBG juga amat mengambil berat dalam beberapa aspek lain seperti hal kebajikan, kecemasan, dan keselamatan yang melibatkan murid-murid dan guru. Oleh itu, untuk memberi dorongan dan sokongan kepada pihak sekolah, PIBG telah memberi khidmat kerjasama dan menyalurkan kutipan sumbangan dalam pelbagai program dan aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah sebagaimana berikut: AKTIVITI DAN SUMBANGAN PIBG TARIKH MESYUARAT AJK PIBG
29 KURIKULUM Bil Aktiviti Huraian Catatan 1. Sumbangan Program Riang Ria Sekolah - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program. - Program ini ialah inisiatif KPM untuk menggalakkan murid datang ke sekolah pada minggu pertama persekolahan. 11.3.2024 - 15.3.2024 2. Sumbangan Program Ihya’ Ramadhan Program Iftar Jamaie StarMida. - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program Sepanjang bulan Ramadhan 1445h 3 Sumbangan Majlis Khatam Al-Quran - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program 5.2.24024 4. Bengkel Pemantapan dan Kefahaman Ujian PKSK - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program. - Program ini dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada murid yang berminat untuk mengambil ujian ke sekolah khas. 10.10.2023 5. Bengkel Peningkatan Tahap Penguasaan (Murid Tahap 2) - 2023 - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program. - Bengkel ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid sebagai persiapan menghadapi UASA. 11-12 Disember 2023
30 6. Program Suntik Minda (Siri 1) – 2024 - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program. - Program ini merupakan kesinambungan bagi Program Suntik Minda Tahun 4 : 25 - 26 Mac 2024 Tahun 5 : 2 – 3 April 2024 Tahun 6 : 16 – 17 April 2024 7. Kelas Intensif Malam untuk murid Tahun 6 - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program. 14 & 15 Mei 2024 21 & 22 Mei 2024 HAL EHWAL MURID Bil Aktiviti Huraian Catatan 1. Sumbangan Majlis Apresiasi HEM - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program. 31.1.2024 2. Sumbangan Majlis Apresiasi Tahun 6 dan Graduasi Prasekolah. - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program 6.2.2024 3. Program Gotongroyong Madani 2023 - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program. 23.7.2024 4. Sumbangan Hari Kanak-kanak SKTM2 - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program 15.12.2023 5. Program Jejak Kasih Madani - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program 4.1.2024 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) Bil Aktiviti Huraian Catatan 1. Sumbangan Jamuan akhir sesi akademik PPKI - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program 13.1.2024 2. e-Kokurikulum PPKI - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program 3. Saguhati murid PPKI ke peringkat kebangsaan - PIBG memberikan saguhati kepada murid PPKI yang telah berjaya 8-10 Ogos 2024
31 ke peringkat kebangsaan bagi acara merentas desa. 4. Sumbangan Bulan Pendidikan Khas - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program 22, 23, 28, 29 November 2023 KOKURIKULUM Bil Aktiviti Huraian Catatan 1. Sumbangan Pembangunan Hoki - PIBG menyalurkan dana untuk pembelian beberapa alatan. - 2. Sumbangan Pertandingan Catur - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan pertandingan catur. 3. Sumbangan Program Merentas Desa SKTM2 - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program. 12.6.2024 4. Sumbangan Pembangunan Ragbi Perempuan - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program. - 5. Sumbangan Kejohanan Sukan Sekolah dan Sukaneka - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program. 5.11.2023 6. Sumbangan Perkhemahan Badan Beruniform - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program. 8-10 Disember 2023 King Fisher Campsite 7. Sumbangan Kejohanan Ragbi Melaka Open U11 - PIBG menyalurkan dana untuk keperluan program. 18.11.2023 Pendahuluan Sewa Stadium untuk kegunaan Sukan Tahunan - Pendahuluan tempahan stadium. 23.4.2024 LAIN-LAIN
32 Bil Aktiviti Huraian Catatan 1. Tuntutan perjalanan guru membawa murid - Perjalanan guru untuk membawa murid menyertai program Sepanjang sesi 2023 / 2024 2. Sumbangan Sambutan Hari Guru - Sumbangan dana sebagai penghargaan kepada guru. PEMBANGUNAN SEKOLAH Bil Aktiviti Huraian Catatan 1. Bayaran Penyelenggaraan Longkang - PIBG menyalurkan dana untuk kerja-kerja penyelenggaraan. 2. Bayaran Pemasangan dan Penyelenggaraan Penyaman Udara 3. Lampu dan pendawaian elektrik PPKI 4. Baik pulih jalan depan pagar utama. 5. Pembayaran PA System 6. Deposit pembayaran longkang 7. Sudut Makan RMT 8 Bayaran pembelian LCD Projektor PENJANAAN KEWANGAN PIBG Bil Aktiviti Huraian Catatan 1. Jualan makanan sewaktu Kejohanan Sukaneka dan Sukan Sekolah. RM 650.00 RM 1630.00 2. Sewaan tapak gerai sewaktu Kejohanan RM 400.00
33 Sekaneka dan Sukan Sekolah. INSENTIF PENGAWAL KESELAMATAN (KAWALAN LALU LINTAS) Bil Aktiviti Jumlah Bulanan Jumlah Keseluruhan 1. Bayaran Insentif Bulan Disember RM 200.00 RM 1640.00 2. Bayaran Insentif Bulan Januari. RM 420.00 3. Bayaran Insentif Bulan Februari RM 100.00 4. Bayaran Insentif Bulan Mac RM 280.00 5. Bayaran Insentif Bulan April RM 320.00 6. Bayaran Insentif Bulan Mei RM 320.00 e-PELAPORAN PIBKS & SUKARELAWAN Bil Aktiviti Huraian Catatan 1. Pengisian untuk separuh tahun 2023 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)mengadakan kutipan data sukarelawan dan tajaan/sumbangan yang diterima oleh pihak sekolah. 22.2.2023 2. Pengisian untuk penggal ketiga dan akhir sesi akademik 2023/2024 14.7.2023 24.12.2023 SUMBANGAN MELALUI SURAT SUMBANGAN Bil Aktiviti Jumlah 1. Lawatan Integrasi Cameron Highlands RM 5000.00 - EXISM Group RM 1000.00 - Impianika Development Sdn Bhd 2. Pendigitalan Bilik Darjah PPKI SK Taman Midah 2 RM 39 838.00 – Ahli Parlimen Cheras
34 Terima kasih diucapkan kepada semua ahli yang telah menyumbangkan khidmat kepada pihak sekolah dalam menjayakan setiap program yang dilaksanakan. Justeru, pihak sekolah berharap agar ibu bapa terus bersama-sama untuk menggerakkan semua program dan aktiviti yang bakal dijalankan pada sesi berikutnya. Disediakan oleh, …………………………………… (SITI UMAIRAH BINTI OTHMAN) Naib Setiausaha, PIBG Sesi 2023/2024, SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur. Disemak oleh, ………………………………………… (AZRUL EFFENDI BIN KHALID) Yang Dipertua, PIBG Sesi 2023/2024. SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur. Disahkan dan disokong oleh, …………………………………………………………. (EN. ROSLI BIN JUHARI @ ZAHARI) Guru Besar, Merangkap Penasihat PIBG Sesi 2022/2023, SK Taman Midah 2, Kuala Lumpur. 3. Perkhemahan Unit Beruniform RM 10 000.00 – Ahli Parlimen Bandar Tun Razak 4. Iftar Jamaie StarMida RM 5000.00 – Ahli Parlimen Cheras 5. Gotong-royong Madani (Siri 2) RM 5800.00 – Kementerian Pendidikan Malaysia 6. Beberapa penambahbaikan infrastrukur dan program RM 30 000.00 – Peruntukan Baitulmal JUMLAH KESELURUHAN RM 76 659.00
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
46
47
48
49 SENARAI CADANGAN AKTIVII & PENGAGIHAN PERUNTUKAN BAGI SESI 2024/2025 BIL AKTIVITI ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN CATATAN KURIKULUM 1. Bengkel Suntik Minda Bahasa Melayu RM 500.00 SIRI 2 (2024/2025) 2. Bengkel Suntik Minda Bahasa Inggeris RM 500.00 3. Bengkel Suntik Minda Matematik RM 500.00 4. Bengkel Suntik Minda Sains RM 500.00 5. Hari Pengiktirafan Akademik RM 1000.00 2024/2025 6. Majlis Apresiasi Murid Tahun 6 dan Prasekolah RM 500.00 2024/2025 7. Sumbangan Program Riang Ria Sekolah RM 2000.00 2025/2026 8. Program Ihya’ Ramadhan RM 1500.00 2025/2026 9. Program Iftar Jamai’e RM 1000.00 2025/2026 10. Majlis Khatam Al-Quran RM 1000.00 2024/2025 11. Khemah Ibadah RM 2000.00 2024/2025 JUMLAH RM 11 000.00 HAL EHWAL MURID 1. Peruntukan keceriaan untuk setiap kelas - 24 kelas aliran perdana - 9 kelas aliran PPKI - 1 Prasekolah RM 100 x 34 = RM 3400 2025/2026 2 Watikah Pelantikan Pemimpin Muda RM 300.00 2025/2026 3. Hari Kanak-kanak RM 2000.00 2024/2025 4. Majlis Apresiasi Hal Ehwal Murid RM 1000.00 2024/2025 5. Gotong-royong Keceriaan Sekolah RM 2000.00 2025/2026 JUMLAH RM 8700.00 SUKAN & KOKURIKULUM 1. Perkhemahan Unit Beruniform RM 2000.00 2024/2025 2 Kejohanan Sukan Tahunan & Sukaneka RM 3000.00 2024/2025 3. Akademi Pembangunan Sukan - Hoki - Ragbi - Bola Sepak - Bola Jaring RM 1000.00 RM 1000.00 RM 1000.00 RM 1000.00 4. Kejohanan Merentas Desa RM 1000.00 RM 500.00 5. Majlis Apresiasi Kokurikulum RM 1000.00 2024/2025 JUMLAH RM 11,000.00 PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI) 1. Bulan Pendidikan Khas RM 1500.00 2024/2025 2. Jamuan Akhir Sesi Akademik PPKI RM 100000 2024/2025 3. Program Kesedaran Pendidikan Khas RM 2000.00 2024/2025 JUMLAH RM 4500.00 LAIN-LAIN 1. Program Motivasi Guru dan Ibu Bapa RM 1500.00 2024/2025
50 2. Tuntutan Perjalanan (Aktiviti Luar) RM 4000.00 2024/2025 3. Persaraan & Pertukaran Guru RM 1000.00 2024/2025 4. Sambutan Hari Guru RM 1000.00 RM 300 5. Sambutan Aidilfitri RM 1000.00 2025/2026 6. Sumbangan Khas Kecemasan & Musibah RM 3000.00 2024/2025 7. Program Sihathon RM 2000.00 2024/2025 8. Program Jubli Perak STARMIDA RM 2000.00 2024/2025 JUMLAH 15 500.00 PEMBANGUNAN SEKOLAH 1. Projek Dekorasi Pentas Dewan Cendekiawan RM 2000.00 2. Projek Naik Taraf Awning Belakang Kantin. RM 7000.00 3. Penyelenggaraan Tandas & Sistem Perpaipan RM 2000.00 4. Penyelenggaran Elektrik (Lampu, Kipas) RM 2000.00 5. Pembelian kertas A4 RM 1000.00 JUMLAH RM 14,000.00