The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amin rashid, 2023-09-22 02:57:09

GARIS PANDUAN AgriPRENTICE - Final

GARIS PANDUAN AgriPRENTICE - Final

1 GARIS PANDUAN PROGRAM AgriPRENTICE DISEDIAKAN OLEH: BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN PEMBIAYAAN LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG KUALA LUMPUR


2 GARIS PANDUAN PROGRAM AgriPRENTICE 1.0 TUJUAN Garis panduan ini disediakan sebagai rujukan utama kepada pegawai dan kumpulan sasar yang terlibat dalam pelaksanaan program AgriPRENTICE. 2.0 PENGENALAN 2.1 Program AgriPRENTICE diwujudkan adalah untuk golongan sasaran dengan bertujuan menggalakkan bidang keusahawan agro berasaskan aktiviti-aktiviti pertanian dan rantaian di dalam sektor pertanian seperti pengeluaran tanaman, ternakan, perikanan serta industri asas tani termasuk pemasaran, penyediaan perkhidmatan sokongan dan input pertanian di bawah pemantauan Mentor dan Protege. 2.2 Program ini berkonsepkan penyediaan suatu model perniagaan bagi membangunkan usahawan dengan mewujudkan pengurusan projek berkelompok terpilih yang melibatkan kerjasama di antara usahawan berjaya (Mentor) dengan usahawan yang berpotensi (Protege) untuk menceburi bidang agromakanan. MENTOR • Mempunyai kepakaran teknikal dan pemasaran. • Dapat merancang bekalan @ pengeluaran secara berterusan. • Kuasa menawar dalam pasaran dengan pihak pemborong dari segi harga. • Boleh membuat contract farming secara terus dengan pengilang/hypermarket/eksport. PROTEGE • Meningkatkan keyakinan melaksanakan projek terhadap dua isu utama: -Contract supply kepada Mentor. -Mengaplikasi teknologi dan bimbingan dari Mentor. • Sebagai platform untuk mewujudkan koperasi pertanian di kalangan usahawan. JABATAN/AGENSI • Lebih fokus kepada projek terpilih. • Memudahkan pemantauan, penyelarasan dan perolehan projek. • Meminimakan kegagalan projek. MASYARAKAT • Kesedaran terhadap potensi keusahawanan dalam bidang pertanian meningkat. • Menyuntik keyakinan golongan muda dalam menceburi bidang pertanian. • Pelaburan swasta dalam projek pertanian. • Pemulihan tanah terbiar.


3 3.0 OBJEKTIF 3.1 Mengalakkan kerjasama di kalangan usahawan Mentor dan Protege, transformasi teknologi, inovasi dan kreativiti dalam melaksanakan projek secara pengurusan berkelompok. 3.2 Menjamin pengeluaran bekalan dan pemasaran serta harga yang stabil, melalui ikatan kontrak dan mengawal serta mengurangkan orang tengah yang memonopoli industri. 3.3 Mewujudkan pertambahan projek agromakanan melalui replikasi projek secara pengurusan berkelompok. 3.4 Mewujudkan kumpulan usahawan Protege melalui program AgriPRENTICE. 3.5 Melahirkan lebih ramai Protege dalam sektor agromakanan. 3.6 Kolaborasi bersama Kementerian Pendidikan dan IPTA dalam menggalakkan bakal graduan/siswazah menceburi pertanian seperti UPM dan UiTM. 3.7 Sebagai sub program Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB). 4.0 SKOP DAN KOMPONEN PROGRAM 4.1 Program AgriPRENTICE dilaksanakan untuk golongan sasaran yang memenuhi syarat-syarat oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI). Skop dan komponen program seperti berikut: Bil Skop Program Komponen Program 1. Projek Pembangunan (Infrastruktur, mesin dan peralatan, input pertanian, pengangkutan, pensijilan, pembungkusan) a) Pengeluaran tanaman • Tanaman Sayuran • Tanaman Buah-buahan • Tanaman Industri b) Pengeluaran ternakan c) Pengeluaran akuakultur d) Mobile food kiosk e) Franchise f) IAT - berasaskan makanan dan bukan makanan g) Farmers Market @ Pasar Peladang h) Pusat pengumpulan hasil (PPHP) i) Pengangkutan


4 2. Bimbingan Peningkatan Pengetahuan Dan Kemahiran a) Bimbingan peningkatan kemahiran b) Pemindahan teknologi (TOT) 3. Promosi/ Pemadanan Perniagaan a) Agen pemasaran b) Pemadanan perniagaan c) Promosi program bersama tv/media massa d) Pasaran digital 5.0 KUMPULAN SASARAN 5.1 Program Pengurusan Projek Berkelompok - AgriPRENTICE ini boleh dilaksanakan kepada kumpulan sasar khususnya kepada: i. Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan ii. Golongan Belia berumur 18 hingga 40 tahun iii. Lepasan Graduan iv. Peserta Program Pembangunan Unit Peladang v. Pelajar MyGreen Team/AgroTahfiz vi. Program Family Farming / Urban Farming 6.0 SUMBER KEWANGAN 6.1 Sumber kewangan adalah berdasarkan kepada kelulusan Peruntukan Pembangunan yang diperakukan bagi RMK-12 (tahun 2021-2025) daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM 10.0 Juta.


5 7.0 SYARAT-SYARAT ASAS KELAYAKAN MENTOR DAN PROTEGE 7.1 Kelayakan Mentor Syarat-syarat bagi melayakkan Mentor menyertai Program AgriPRENTICE adalah seperti berikut: i. Warganegara Malaysia. ii. Keutamaan diberi kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan. iii. Individu berumur 18 tahun ke atas. iv. Melaksanakan dan komited di dalam projek yang berkaitan dengan program AgriPRENTICE. v. Mempunyai pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan mempunyai enam (6) bulan rekod penyata kewangan. vi. Mempunyai pengalaman yang berkaitan dengan program AgriPRENTICE yang dinyatakan. vii. Mentor perlu dilantik di kalangan usahawan yang melaksanakan projek semasa yang telah berjaya dan mencapai saiz pengeluaran komersil. viii. Mempunyai rangkaian pemasaran yang terjamin. ix. Bilangan peserta atau keanggotaan atau keahlian protege hendaklah mengikut keperluan projek yang dijalankan iaitu di antara 5 hingga 10 orang atau bilangan yang difikirkan sesuai. x. Pemilihan Mentor adalah tertakluk dengan keputusan Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah PPK. Syarat Tambahan: Mentor perlu mengemukakan dokumen sokongan yang berkaitan dengan projek yang dibangunkan dan dilaksanakan (Contoh: Sijil penyertaan kursus, keratan akhbar, wawancara dan lain-lain berkaitan).


6 7.2 Kelayakan Protege Syarat-syarat bagi melayakkan Protege menyertai program AgriPRENTICE adalah seperti berikut: i. Warganegara Malaysia. ii. Keutamaan diberi kepada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan. iii. Individu berumur 18 tahun ke atas. iv. Memenuhi skop program AgriPRENTICE yang dinyatakan. v. Individu yang baru memulakan projek wajib mengikuti latihan teknikal yang dianjurkan oleh jabatan/agensi dan syarikat atau NGO yang berdaftar. vi. Keutamaan kepada individu yang mempunyai tanah atau premis sedia ada untuk pelaksanaan projek. vii. Protege boleh diambil di kalangan usahawan yang telah melaksanakan projek yang belum mencapai saiz projek komersil atau bakal usahawan baharu yang berminat dan berkemahiran teknikal serta mempunyai tapak projek yang sesuai. viii. Protege yang dipilih bersetuju untuk bekerjasama dengan Mentor serta kontrak pembekalan hasil yang ditetapkan oleh Mentor. 8.0 KAEDAH PERMOHONAN 8.1 Semua permohonan hendaklah menggunakan Borang AgriPRENTICE (Lampiran 1) dan setiap individu hanya layak menerima geran sekali seumur hidup. 8.2 Pemohon perlu mengisi dan mengemukakan semula borang yang lengkap untuk mendapat pengesahan Pengurus Besar PPK serta diperakukan oleh Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah PPK. 8.3 Permohonan perlu diperaku dan disokong dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri dan dikemukakan ke Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pembiayaan, LPP Ibu Pejabat untuk kelulusan.


7 9.0 PERANAN/TANGGUNGJAWAB BIL. PERINGKAT PERANAN/TANGGUNGJAWAB 1. Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) 1. Menyediakan peruntukan Program AgriPRENTICE/lain-lain. 2. Meluluskan peruntukan. 2. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Ibu Pejabat 1. Menyediakan Garis Panduan dan perjanjian antara Mentor dan Protege bagi program AgriPRENTICE serta menyelaras dan mengemukakan permohonan ke Bahagian Perancangan dan Penilaian untuk perakuan peruntukan. 2. Mengeluarkan surat kelulusan kepada LPP Negeri berdasarkan permohonan yang dikemukakan oleh LPP Negeri. 3. Menyelaras sebarang perubahan kelulusan atau penukaran Mentor, Protege dan projek ke LPP Negeri. 4. Membuat pemantauan projek. 5. Menyediakan format dan menyelaras laporan prestasi projek mengikut keperluan (Lampiran 6). 3. Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri 1. Menyemak, menyokong dan memperaku permohonan yang diterima daripada PPK melalui Jawatankuasa Pembiayaan Peringkat Negeri. 2. Mengemukakan permohonan kepada Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pembiayaan untuk kelulusan. 3. Menerima surat kelulusan dan memaklumkan kepada Mentor/Protege melalui PPK berkaitan. 4. Mengeluarkan surat penyerahan projek kepada ahli/Protege melalui PPK. 5. Menyediakan surat tawaran, aku janji dan akuan penerimaan geran program kepada ahli/Protege melalui PPK (Lampiran 3 dan 4).


8 6. Menguruskan perolehan. 7. Memastikan PPK menguruskan perjanjian projek kepada Mentor dan Protege. 8. Membuat pemantauan dan penilaian projek. 9. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pemantauan bagi membincangkan tentang mekanisme pelaksanaan, menentukan penamatan atau penukaran projek dan lain-lain perkara yang berkaitan. 10.Mengesahkan laporan pemantauan projek dalam Sistem PACU. 11.Menyemak laporan prestasi projek mengikut format yang ditetapkan berdasarkan keperluan (Lampiran 6). 4. Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) 1. Membuat pemilihan Protege melalui Mentor. 2. Merangka program pembangunan Mentor dan Protege (pembangunan projek/Business Model) untuk dikemukakan kepada LPP Negeri. 3. Memperakukan permohonan Mentor dan Protege melalui Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah PPK. 4. Mengemukakan permohonan ke LPP Negeri. 5. Menyelaras perjanjian antara Mentor dan Protege (Lampiran 7). 6. Memberi khidmat nasihat teknikal projek/jadual pelaksanaan. 7. Menyediakan keperluan kursus. 8. Menyelaras perlaksanaan projek. 9. Membuat pemantauan pelaksanaan projek. 10.Membuat sesi libat urus dengan Mentor dan Protege secara berkala. 11.Bekerjasama dengan Mentor dalam aktiviti pemasaran.


9 12.Penamatan/penggantian Protege perlu mendapat kebenaran dari LPP Negeri. 13.Mendaftar dan merekod projek dalam Sistem PACU. 14.Menyedia dan menghantar laporan status projek kepada LPP negeri setiap bulan (Lampiran 6). 5. Mentor 1. Membantu PPK mengenalpasti Protege mengikut keperluan projek. 2. Menentukan jenis projek. 3. Mematuhi Business Model. 4. Mengemukakan profil Protege kepada PPK. 5. Menyediakan SOP, jadual pelaksanaan projek, khidmat nasihat dan teknikal pengeluaran serta sesi libat urus kepada Protege. 6. Menandatangani perjanjian projek di antara Mentor dan Protege yang diselaraskan oleh PPK (Lampiran 7). 7. Memasarkan hasil pengeluaran Protege bersama PPK. 8. Memantau pelaksanaan projek Protege secara berkala dan melaporkan perkembangan projek kepada PPK (Lampiran 6). 6. Protege 1. Menerima surat tawaran geran program AgriPRENTICE dan menandatangani surat aku janji dan akuan penerimaan geran sebagai Protege yang disediakan oleh PPK. (Lampiran 3 dan 4). 2. Menandatangani perjanjian projek yang diselaraskan oleh PPK di antara Mentor dan Protege (Lampiran 7). 3. Melaksanakan projek mengikut perjanjian. 4. Menghadiri setiap latihan/perjumpaan/perbincangan yang ditetapkan oleh PPK/Mentor.


10 5. Mengikuti SOP dan Business Model projek yang disediakan oleh PPK dan Mentor. 6. Membenarkan pihak LPP, PPK dan Mentor untuk melawat dan memeriksa pelaksanaan projek. 7. Membekalkan hasil projek kepada Mentor mengikut spesifikasi dan ketetapan berdasarkan perjanjian. 8. Menyediakan laporan ringkas kepada Mentor.


11 10.0 MEKANISME PELAKSANAAN DAN CARTA ALIRAN PROGRAM 10.1 Mekanisme Pelaksanaan Program AgriPRENTICE


12 10.2 Carta Alir Pelaksanaan Program AgriPRENTICE Mula (ahli ppk/protege kemukakan permohonan) Pemilihan peserta/protege yang layak Pemeriksaan tapak projek sedia ada/temuduga Mesyuarat AJP memperakukan permohonan PPK menghantar permohonan ke LPP Negeri Mesyuarat Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri memperaku dan menyokong permohonan LPP Negeri menghantar permohonan ke Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pembiayaan (terima permohonan untuk kelulusan) Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pembiayaan menyemak dan meluluskan permohonan serta mengeluarkan surat kelulusan kepada LPP Negeri LPP Negeri mengeluarkan surat tawaran kepada Protege beserta surat aku janji dan surat akuan penerimaan melalui PPK Protege membuat keputusan terhadap tawaran geran Protege menandatangani perjanjian program antara Mentor dan Protege Proses perolehan dan pelaksanaan projek Tamat TIDAK YA TIDAK TAMAT YA TIDAK TAMAT YA YA TIDAK TAMAT TAMAT


13 11.0 LATIHAN PENINGKATAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN 11.1 Latihan bersama Mentor Program latihan perlu dihadiri oleh Protege di tapak projek Mentor agar mereka dapat mempelajari secara teknikal pengurusan dan pengendalian projek. Latihan ini juga akan membolehkan Protege didedahkan dengan Business Model, SOP dan kualiti hasil atau produk yang akan dihasilkan selaras dengan keperluan Mentor. 11.2 Kursus pengurusan projek Setiap Protege adalah perlu mengikuti kursus pengurusan projek khususnya Pengurusan Kewangan dan yang berkaitan khususnya Business Plan, Aliran Tunai, Pengurusan Akaun, MyGAP, MESTI, HALAL dan lain-lain yang berkaitan. 12.0 PEMBENTUKAN JAWATANKUASA PROGRAM AgriPRENTICE 12.1 Jawatankuasa Pembiayaan (Peringkat Lpp Negeri) 1) Permohonan geran diperaku dan disokong oleh Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri. 2) Keanggotaan Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri adalah seperti berikut :- Pengerusi: Pengarah LPP Negeri Ahli: (i) Ketua Cawangan Pembangunan (ii) Ketua Cawangan Pentadbiran & Kewangan (iii) Ketua Cawangan Urusan Pendaftar (iv)Ketua Cawangan Audit Pertubuhan (Turut Hadir*) (v) Ketua Unit Usahawan & Pembiayaan (vi)Urusetia (pencatit minit) (*) – Kehadiran adalah tidak termasuk kuorum mesyuarat. Kuorum Mesyuarat Jawatankuasa Pembiayaan LPP Negeri adalah 3 orang daripada ahli mesyuarat.


14 3) Senarai tugas/terma rujukan: (i) Mengkaji dan menilai permohonan yang lengkap berdasarkan projek daripada Mentor dan Protege. (ii) Memperaku atau menolak permohonan berasaskan syaratsyarat yang ditetapkan. 12.2 Jawatankuasa Teknikal & Pemantauan Projek (Peringkat Lpp Negeri) 1) Pasukan ini perlu ditubuh bagi membuat pemantauan dan penilaian projek, terutama di peringkat negeri. 2) Pasukan ini juga bertanggungjawab dalam memberi khidmat teknikal dan perundingan projek khususnya dari segi pemasaran, pengembangan projek, pemindahan teknologi, menyelaras pensijilan dan pembiayaan tambahan. 3) Kekerapan mesyuarat adalah dua (2) kali setahun atau mengikut keperluan projek. 4) Keanggotaan Jawatankuasa Khidmat Teknikal dan Pemantauan Projek Peringkat LPP Negeri adalah seperti berikut :- Pengerusi: Pengarah LPP Negeri/Timbalan Pengarah LPP Negeri Ahli: (i) Ketua Cawangan Pembangunan (ii) Ketua Cawangan Pentadbiran & Kewangan (iii) Ketua Cawangan Urusan Pendaftar (iv) Pengurus Besar PPK (v) Mentor (vi) Wakil Jabatan/Agensi berkaitan (jika perlu) (vii) Jabatan Teknikal / Konsultan (jika perlu) (viii) Urusetia (pencatit minit) 5) Senarai tugas/terma rujukan: (i) Menyediakan Laporan Outcome pelaksanaan Program AgriPRENTICE. (ii) Mewajibkan Protege mendaftar maklumat dan jadual pelaksanaan projek. (iii) Lawatan pemantauan dan penilaian, khidmat nasihat perundingan serta konsultansi projek. (iv) Merangka program berkaitan latihan keusahawan dan teknikal projek.


15 (v) Membincangkan dan menyelesaikan isu-isu yang timbul berkaitan teknikal projek dan pemasaran. (vi) Memastikan jaminan pembelian dan pemasaran antara Mentor dan Protege dengan kaedah pemasaran – marketing channel, online marketing dan lain-lain medium pemasaran. (vii) Memaklumkan penemuan-penemuan teknologi baru/inovasi dan merevolusikan projek tersebut. (viii)Penamatan/penggantian Mentor/Protege. 13.0 KAEDAH PEROLEHAN 13.1 Pelaksanaan perolehan mengikut Perolehan Kerajaan 2.1 melalui Pekeliling Perbendaharaan Malaysia “Kaedah Perolehan Kerajaan” DAN; 13.2 Perolehan Kerajaan 2.2 melalui Pekeliling Perbendaharaan Malaysia “Kaedah Perlaksanaan Perolehan/Projek Kerja Tahun 2021” (Kuat kuasa 25 Januari 2021). Pekeliling ini hanya boleh diguna pakai bagi pelaksanaan perolehan / projek dan berkuatkuasa sehingga 31 Disember 2021. 14.0 PEMASARAN PROJEK 14.1 Pemasaran hasil projek hendaklah diuruskan oleh PPK dan Mentor berdasarkan jaringan pemasaran sedia ada dan di samping mencari potensi pemasaran baharu. Protege hendaklah mengeluarkan hasil mengikut ketetapan jadual dan kualiti atau SOP yang ditetapkan oleh Mentor. 15.0 PERJANJIAN PENGURUSAN PROJEK 15.1 Mentor dan Protege hendaklah menandatangani perjanjian untuk mengusahakan projek tertakluk kepada terma-terma akujanji-akujanji yang ditetapkan (Lampiran 7). 16.0 EXIT PROGRAM 16.1 Mentor dan Protege yang berhasrat menamatkan program AgriPRENTICE perlu menghantar surat permohonan penamatan program kepada Jawatankuasa Teknikal & Pemantuan Projek peringkat LPP Negeri.


16 17.0 PERTUKARAN PROTEGE 17.1 Sekiranya Protege ingin menarik diri daripada meneruskan projek atau gagal melaksanakan projek sebelum tarikh perjanjian tamat, maka PPK berhak mengambil alih projek berkenaan untuk diserah kepada Protege lain yang berminat. Tiada pampasan bayaran atau apa-apa faedah yang perlu dibayar oleh PPK kepada Protege tersebut. 18.0 FAEDAH PROGRAM 18.1 Mengaktifkan Protege dengan kerjasama Mentor melalui pengurusan projek agromakanan di bawah program AgriPRENTICE dan mewujudkan Protege berdaya maju. 18.2 Mentor juga akan mendapat faedah melalui pembekalan hasil daripada Protege untuk aktiviti pemasaran. 18.3 Meningkatkan kemahiran teknikal dan pendapatan Protege. 18.4 Mentor akan berkongsi kemahiran teknikal projek, seperti penggunaan Internet of Things (IOT) dan peluang pemasaran yang telah diterokai. 19.0 IMPAK PROGRAM 19.1 Merangsang ekonomi negara melalui projek pertanian yang diusahakan. 19.2 Mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan di kalangan Protege di Unit Peladang. 19.3 Meningkatkan pengeluaran hasil pertanian dalam memastikan jaminan bekalan makanan negara. 19.4 Perkongsian teknologi dan inovasi di kalangan Mentor dan Protege. 20.0 KESIMPULAN Pelaksanaan Business Model Pengurusan Projek Berkelompok - AgriPRENTICE diyakini memberi impak yang signifikan dalam membangun usahawan selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 iaitu bagi mewujudkan bidang keusahawan sebagai suatu bidang kerjaya kepada golongan muda.


17 LAMPIRAN 1 BORANG PERMOHONAN PROGRAM AGRIPENTICE


18


19


20 LAMPIRAN 2 SURAT KELULUSAN PERUNTUKAN GERAN PROGRAM AGRIPENTICE


21 Lampiran 2 (Surat Kelulusan - Tindakan Ibu Pejabat) Ruj. Kami : Tarikh : Pengarah LPP Negeri ............................. Tuan, KELULUSAN PERUNTUKAN GERAN PROGRAM AGRIPRENTICE TAHUN ............. Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Pertubuhan Peladang telah meluluskan peruntukan di bawah Vot X-XXX-XXXX-XXXXX di atas kepada LPP Negeri ............ berjumlah Ringgit : jumlah geran dalam perkataan (RM: jumlah geran dalam digit). Maklumat kelulusan projek dan perinciannya adalah seperti berikut : Bil. Pertubuhan Peladang Nama Usahawan Projek Nilai Peruntukan Diluluskan (RM) Maklumat Terperinci Kelulusan JUMLAH KESELURUHAN 3. Oleh demikian, LPP Negeri diminta untuk menentukan supaya projek di atas dapat dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada usahawan yang memerlukannya. LPP Negeri juga hendaklah memastikan tindakan-tindakan berikut diambil: (i) Mematuhi dan melaksanakan segera proses perolehan (Tatacara Kewangan) berdasarkan Arahan Perbendaharaan atau Peraturan Kewangan Kerajaan yang sedang berkuatkuasa. (ii) Melaksanakan projek berdasarkan spesifikasi yang diluluskan seperti di Lampiran (A).


22 (iii) Menyediakan Surat Tawaran Peruntukan Geran dengan menyertakan dokumen Surat Aku Janji dan Akuan Penerimaan kepada usahawan seperti di Lampiran 4. (iv) Memastikan dokumen Surat Aku Janji dan Akuan Penerimaan lengkap bertandatangan oleh usahawan dan PPK sebelum perolehan pembekalan dilaksanakan serta mengemukakan satu salinan kepada Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pembiayaan. (v) Memastikan Laporan Kemajuan Projek dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pembiayaan setiap bulan. (vi) Peruntukan ini hanya boleh digunakan untuk projek dan peralatan yang diluluskan sahaja. (vii) Membuat pemantauan rapi terhadap pelaksanaan fizikal dan kewangan projek dari masa ke semasa bagi memastikan projek beroperasi dengan baik dan teratur. 4. Kerjasama pihak tuan untuk memastikan projek ini dapat dilaksanakan seperti yang dirancang amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Tema Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 ”MAKANAN KITA MASA DEPAN KITA” Saya yang menjalankan amanah, ( ) Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Pertubuhan Peladang. s.k. Pengarah Bahagian Perancangan dan Penilaian Lembaga Pertubuhan Peladang Pengarah - Tuan dipohon untuk menyalurkan Bahagian Kewangan peruntukan DILULUS : RMxx,xxx Lembaga Pertubuhan Peladang Pengurus Besar PPK ........................................................


23 Lampiran (A) KELULUSAN PROJEK PERUNTUKAN GERAN PROGRAM AGRIPRENTICE 1. Program : Program AgriPRENTICE 2. Jenis Projek : 3. Peruntukan Diluluskan : (Ringgit Malaysia : dalam perkataan) (RM: dalam angka) 4. Nama Usahawan : 5. No Kad Pengenalan : 6. Saiz Projek : 7. Alamat Lokasi Projek 8. Skop Perbelanjaan : 9. Negeri : 10. PPK : 11. Konsep Pelaksanaan : Geran Penuh 12. Vot Projek :


24 SPESIFIKASI: Bil Perkara Bil. Unit Kos (RM) JUMLAH GERAN DILULUSKAN : Disediakan oleh: Disemak oleh, ( ) ( ) Ketua Unit Pengarah Bahagian Pembangunan Usahawan Bahagian Pembangunan Usahawan Dan Pembiayaan Dan Pembiayaan Lembaga Pertubuhan Peladang Lembaga Pertubuhan Peladang Diluluskan oleh, ( ) Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Pertubuhan Peladang


25 LAMPIRAN 3 SURAT TAWARAN GERAN PERUNTUKAN PROGRAM AGRIPENTICE


26 Lampiran 3 (Tindakan LPP Negeri) Ruj. Kami : Tarikh : Nama : …………………………………………..…… Alamat : …………………………………………..….. …………………………………………….… ………………………………………………. Tuan/Puan, TAWARAN GERAN PROGRAM AGRIPRENTICE LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan tuan/puan bagi melaksanakan projek ………………………………………………………………………... adalah diluluskan. Kelulusan geran adalah bagi melaksanakan projek tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut : a. Geran yang diluluskan berjumlah RM………………… dan tertakluk kepada spesifikasi yang diluluskan seperti di Lampiran (rujuk Lampiran A di Surat Kelulusan LPP Ibu Pejabat). b. Pembiayaan yang diluluskan adalah berbentuk mata benda bagi membiayai projek tersebut di atas sahaja. c. Membenarkan pegawai-pegawai LPP, PPK, Jabatan atau Agensi dan Mentor mengadakan lawatan penyeliaan/pemantauan ke atas projek pada bila-bila masa. d. Menyertai aktiviti kemasyarakatan dan sebarang latihan/mesyuarat yang dianjurkan oleh LPP/PPK atau Jawatankuasa Unit Peladang. e. Tidak menyerahkan projek/harta benda kepada orang lain atau pihak lain tanpa kebenaran bertulis daripada LPP. f. Mengemukakan laporan prestasi projek setiap bulan kepada PPK/Mentor menggunakan format yang disediakan. g. Melaksanakan projek dengan bersungguh-sungguh dan dengan jayanya. -2-


27 Ruj. Kami : 2. Tuan/puan diminta menandatangani Surat Aku Janji dan Surat Akuan Penerimaan seperti yang disertakan sekiranya bersetuju dengan tawaran ini dan mengembalikan kepada PPK ........................... dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh surat ini diterima. Kegagalan tuan/puan mengembalikan dokumen tersebut dalam tempoh ditetapkan mengakibatkan tawaran ini terbatal dengan sendirinya. 3. Dengan pengakuan penerimaan surat ini, suatu kontrak yang mengikat terbentuk antara Kerajaan dan tuan/puan dan surat ini hendaklah terus mengikat kedua-dua pihak. 4. Sila ambil perhatian, tawaran dalam surat ini boleh ditarik balik atau ditamatkan pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis pemberitahuan atau apa-apa notis lain sekiranya didapati pihak tuan/puan gagal memenuhi mana-mana syarat atau dikesan telah memberikan maklumat palsu atau dalam keadaan lain yang difikirkan munasabah oleh Kerajaan. Sekian. Terima kasih. Tema Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2019 ”MAKANAN KITA MASA DEPAN KITA” Saya yang menjalankan amanah, ( ) Pengarah LPP Negeri ............................................. s.k Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (u.p : Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pembiayaan) Pengurus Besar PPK .........................................................


28 Lampiran Kelulusan Spesifikasi (Rujuk Lampiran A – Surat Kelulusan)


29 LAMPIRAN 4 SURAT AKU JANJI DAN SURAT AKUAN PENERIMAAN PROGRAM AGRIPRENTICE


30 Lampiran 4(a) (Dilengkapkan oleh PPK sebelum ditandatangani oleh Usahawan Penerima/Protege) SURAT AKU JANJI BAGI PENERIMA GERAN DI BAWAH PROGRAM AGRIPRENTICE LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG 1. Saya………………………...............Kad Pengenalan……………………………(selepas ini dirujuk sebagai “Penerima”) yang menjalankan projek…………………………………………mengakui penerimaan saya bagi tawaran seperti dalam Surat Akuan bertarikh………………………yang ditandakan sebagai Lampiran 4(b) dan dengan sesungguhnya berjanji untuk mematuhi syarat dan terma yang dinyatakan seperti di bawah. 2. Penerima adalah hendaklah mematuhi syarat-syarat bagi Bantuan Geran “Program AgriPRENTICE” seperti berikut: i. Bersetuju sekiranya gagal atau enggan atau engkar untuk memulakan atau menyempurnakan projek seperti yang tersebut di dalam surat kelulusan………………………………………..bertarikh………………………….. selewat-lewatnya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat kelulusan, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berhak membatalkan tawaran geran kepada kami. ii. Mengetahui dan bersetuju bahawa prosiding mahkamah boleh diambil terhadap Penerima dan Penerima hendaklah membayar ganti rugi, membayar atau menanggung apa-apa kos guaman atau apa-apa sahaja kos yang ditanggung oleh LPP akibat daripada kegagalan kami untuk memulakan atau melaksanakan projek seperti yang diluluskan. iii. Sekiranya pihak Penerima didapati memberi maklumat palsu berkenaan dengan permohonan ini, Penerima bersetuju geran Penerima ditarik balik. iv. Bersetuju untuk memberikan kerjasama yang diperlukan kepada LPP yang menawarkan geran ini kepada Penerima. v. Menggunakan sendiri infrastruktur, peralatan dan input petanian projek bagi tujuan meningkatkan pendapatan dan tidak akan mengguna infrastruktur, peralatan & input petanian projek tersebut selain dari kegunaannya di bawah Program AgriPRENTICE. vi. Menjaga infrastruktur dan peralatan projek mengikut cara-cara penjagaan yang disyorkan oleh pengeluar peralatan dan menanggung semua perbelanjaan untuk membaiki infrastruktur dan peralatan tersebut. vii. Membenarkan pegawai pembimbing LPP atau Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) atau Mentor memeriksa infrastruktur, peralatan dan input petanian projek tersebut mengikut hari dan masa yang telah dijadualkan. viii. Menyimpan dengan baik barangan dan dokumen mengenai infrastruktur, peralatan dan input petanian projek tersebut dan membenarkan pegawai LPP atau PPK atau Mentor menyemak dokumen tersebut. ix. Tidak akan menjual, menyewa, memajak, menggadai atau melepaskan pemilikan ke atas infrastruktur, peralatan dan input pertanian projek tersebut kepada pihak lain dan membayar ganti rugi kepada LPP sekiranya berlaku apaapa tuntutan, denda, pampasan atau ganti rugi dari mana-mana pihak.


31 x. Membuat laporan polis dan memaklumkan kepada pegawai PPK atau Mentor dengan secepat mungkin sekiranya infrastruktur, peralatan dan input petanian projek tersebut telah hilang, dicuri atau rosak akibat bencana alam. xi. Membenarkan LPP mengambil tindakan yang sewajarnya dan boleh menyenarai hitamkan Penerima daripada menerima mana-mana bantuan daripada LPP jika infrastruktur, peralatan dan input petanian projek tidak digunakan untuk pengeluaran projek yang ditetapkan. 3. Kerajaan boleh menamatkan tawaran ini pada bila-bila masa tanpa memberikan sebarang notis pemberitahuan atau apa-apa notis lain kepada Penerima, sekiranya Penerima didapatii. Gagal mematuhi mana-mana syarat dan terma yang terkandung dalam Surat Tawaran, Surat Akuan dan Surat Aku Janji ini; ii. Membuat salah nyataan (misrepresentation) atau mengemukakan maklumat palsu semasa berurusan dengan Kerajaan; Diterima Oleh ..................................................... Nama : (Usahawan Penerima) No. K/P : Jawatan : Cop Syarikat : Disaksikan Oleh ................................................... Nama : (Pengerusi AJP PPK) No. K/P : Jawatan : Cop PPK :


32 Lampiran 4(b) (Dilengkapkan oleh PPK sebelum ditandatangani oleh Usahawan Penerima/Protege) SURAT AKUAN PENERIMAAN PENGAKUAN PENERIMAAN SURAT SETUJU TERIMA DAN LAMPIRAN YANG BERKAITAN BAGI TAWARAN GERAN DI BAWAH PROGRAM AGRIPRENTICE Dengan ini disahkan bahawa yang bertandatangan di bawah ini mengakui penerimaan surat tawaran dan lampiran yang berkaitan bagi tawaran yang disebut dalam Surat Tawaran bertarikh …………… Rujukan ……………………… dan bersetuju dengan terma dan syarat yang terkandung dalam Surat ini dan lampiran yang berkaitan tanpa syarat. Diterima oleh, (diisi dan ditandatangani oleh Usahawan Penerima) Tandatangan : ………………………………………. Nama : ……………………………………….. No. K/P : ………………………………………. Jawatan : ………………………………………. Cop Syarikat : Disaksikan oleh, (diisi dan ditandatangani oleh Pengerusi AJP PPK) Tandatangan : ………………………………………. Nama : ……………………………………….. No. K/P : ………………………………………. Jawatan : ………………………………………. Cop PPK : ……………………………………….


33 LAMPIRAN 5 SENARAI PENERIMAAN MATA BENDA PROGRAM AGRIPRENTICE


34 Lampiran 5 (Dilengkapkan oleh PPK sebelum ditandatangani oleh Usahawan Penerima/Protege) SENARAI PENERIMAAN MATA BENDA PROGRAM AGRIPRENTICE TAHUN ............... BIL. PERKARA KUANTITI Akuan Penerimaan Tandatangan: Nama: Tarikh:


35 LAMPIRAN 6 FORMAT LAPORAN PRESTASI PROGRAM AGRIPRENTICE


36 Lampiran 6 FORMAT LAPORAN PRESTASI PROGRAM AGRIPRENTICE LPP NEGERI : _______________________ PPK : _______________________ MENTOR : _______________________ BIL. NAMA PESERTA NO. KP DAERAH & NEGERI JENIS TANAMAN LUAS TANAH/ KAWASAN JUMLAH PERUNTUKAN TARIKH TANAM TARIKH TUAI/ JANGKA TUAI PENGELUARAN (kg/mt) PENDAPATAN TAMBAHAN SEBULAN (RM) (Sila sediakan laporan bergambar bagi setiap peserta)


37 LAMPIRAN 7 PERJANJIAN ANTARA MENTOR DAN PROTEGE PROGRAM AGRIPRENTICE


38 Lampiran 7 (Dilengkapkan oleh PPK sebelum ditandatangani oleh Mentor dan Protege) PERJANJIAN PENGURUSAN PROJEK BERKELOMPOK ANTARA MENTOR DAN PROTEGE PROJEK : LOKASI PROJEK : VARIETI/BAKA : SAIZ PROJEK :


39 PROGRAM AgriPRENTICE PERJANJIAN PENGURUSAN PROJEK BERKELOMPOK ANTARA MENTOR DAN PROTEGE ANTARA NAMA....................................................................... No. Kad Pengenalan..................................................... beralamat di ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ........................ (Kemudian daripada ini disebut MENTOR sebagai pihak pertama) DENGAN NAMA...................................................................... No. Kad Pengenalan.....................................................beralamat di ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... ........................ (Kemudian daripada ini disebut PROTEGE sebagai pihak kedua)


40 PERJANJIAN ini dibuat pada.........................haribulan............................20............... BAHAWASANYA:- A. (Nama: ……………………………) No. Kad Pengenalan: XXXXXX-XX-XXXX, seorang warganegara Malaysia yang beralamat di …………………………………………………… adalah merupakan individu yang mempunyai kepakaran dan kemahiran (selepas ini disebut sebagai “MENTOR”) di pihak yang pertama. B. (Nama: ……………………………) No. Kad Pengenalan: XXXXXX-XX-XXXX, seorang warganegara Malaysia yang beralamat di …………………………………………………… adalah merupakan usahawan/ahli peladang yang berkelayakan menerima geran di bawah Program AgriPRENTICE Tahun………. dan merupakan pelaksana projek dalam perjanjian ini (selepas ini disebut sebagai “PROTEGE”) di satu pihak yang kedua. C. PROTEGE akan melaksanakan projek di atas tanah miliknya yang beralamat di……………………………(alamat tapak projek)………………………………….. D. PROTEGE bersetuju menerima infrastruktur, peralatan dan input petanian projek daripada pembekal dan akan melaksanakan projek menggunakan kemahiran dan tenaga kerja yang ada serta menggunakan infrastruktur, peralatan dan input petanian yang disediakan di tapak projek mengikut ketetapan yang dinyatakan dalam perjanjian ini. E. MENTOR bersetuju untuk membantu dan membimbing PROTEGE dalam pelaksanaan projek dengan menggunakan segala kemahiran, kepakaran dan pengalaman yang ada bagi tujuan pembangunan dan pemasaran projek.


41 FASAL 1 TAFSIRAN 1.1 “LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG” (selepas ini disebut sebagai “LPP”) adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan yang ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 110] adalah merupakan agensi pelaksana Program AgriPRENTICE. 1.2 “PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN” (selepas ini disebut sebagai “PPK”) adalah sebuah institusi yang di miliki oleh peladang-peladang yang ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109). Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) merupakan Pendaftar kepada semua Pertubuhan Peladang di Malaysia. 1.3 “Program AgriPRENTICE” ertinya satu program bantuan dalam bentuk geran yang diberikan kepada individu di kalangan usahawan yang telah melaksanakan projek yang belum mencapai saiz projek komersil atau bakal usahawan baharu yang berminat dan berkemahiran teknikal serta mempunyai tapak projek yang bersesuaian. Program ini berkonsepkan penyediaan suatu model perniagaan bagi membangunkan usahawan dengan mewujudkan pengurusan projek berkelompok terpilih yang melibatkan kerjasama di antara usahawan berjaya (MENTOR) dengan usahawan berpotensi (PROTEGE) untuk menceburi bidang agromakanan. 1.4 “Projek” ertinya pelaksanaan projek di bawah proragm AgriPRENTICE yang akan dilaksanakan secara MENTOR dan PROTEGE.


42 MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI oleh kedua-dua pihak seperti yang tersebut dibawah ini: FASAL 2 HAL PELAKSANAAN PROJEK 2.1 TEMPOH PERJANJIAN 2.1.1 Perjanjian ini adalah untuk tempoh dua (2) tahun yang akan bermula dan berakhir dalam tempoh yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga perjanjian, tertakluk pada syarat-syarat yang terkandung kemudian daripada ini dalam perjanjian ini atau sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 2.1.2 Selepas tamat tempoh seperti di Fasal 2.1.1, perjanjian ini boleh dilanjutkan untuk satu tempoh tertentu dengan persetujuan kedua-dua pihak selepas ini. 2.1.3 Sekiranya pihak-pihak tidak bersetuju untuk melanjutkan perjanjian selepas tamatnya tempoh di Fasal 2.1.2, semua infrastruktur, peralatan dan input pertanian tersebut akan diserahkan pemilikan kepada PROTEGE.


43 2.2 MENTOR DISINI MENGAKUJANJI DENGAN PROTEGE seperti berikut : 2.2.1 Memberi khidmat nasihat teknikal, pemindahan teknologi, latihan dan pengurusan projek. 2.2.2 Menyediakan jadual pelaksanaan projek, khidmat nasihat dan teknikal pengeluaran serta sesi libat urus kepada PROTEGE. 2.2.3 Memberi jaminan pasaran kesemua hasil projek yang telah dikeluarkan oleh PROTEGE mengikut spesifikasi dan ketetapan di Jadual Kedua. 2.2.4 MENTOR berhak menolak bekalan yang tidak memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan di dalam Perjanjian ini. 2.2.5 Menjadi perantara dengan jabatan, agensi kerajaan dan syarikat swasta. 2.2.6 Membuat pemantauan projek PROTEGE sehingga tamat perjanjian ini. 2.2.7 Memantau pelaksanaan projek PROTEGE secara berkala dan melaporkan perkembangan projek kepada PPK. 2.2.8 Mengadakan perjumpaan/perbincangan dan program/aktiviti bersama PROTEGE.


44 2.3 PROTEGE DISINI MENGAKUJANJI DENGAN MENTOR seperti berikut : 2.3.1 Menerima infrastruktur, peralatan & input petanian projek sepenuhnya seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama perjanjian ini. 2.3.2 Mematuhi pelaksanaan projek mengikut perjanjian dan Business Model daripada PPK dan MENTOR. 2.3.3 Membenarkan pihak LPP, PPK dan MENTOR untuk melawat dan memeriksa pelaksanaan projek untuk memastikan PROTEGE menjalankan projeknya dengan sempurna. 2.3.4 Membekalkan hasil projek kepada MENTOR mengikut spesifikasi dan ketetapan di dalam Jadual Kedua perjanjian ini. 2.3.5 Hendaklah menghadiri setiap latihan/perjumpaan/perbincangan dan program/aktiviti bersama MENTOR. 2.3.6 Jika berlaku apa-apa bencana ke atas diri, keluarga atau kerosakan atas projek PROTEGE diberi kelonggaran untuk menangguhkan perlaksanaan projek semasa di atas persetujuan MENTOR dan PROTEGE. 2.3.7 Tidak menjual, menyewa, memindah milik, menyerah hak, menggadai, mencagar atau dengan apa jua cara, melupuskan hak milik atas projek semasa berkuatkuasanya perjanjian ini tanpa kebenaran bertulis daripada PPK dan MENTOR sehingga perjanjian selesai. 2.3.8 Membayar caj konsultasi MENTOR sekiranya berkaitan. 2.3.9 Menyediakan laporan ringkas prestasi projek kepada MENTOR.


45 2.4 PENAMATAN PERJANJIAN 2.4.1 Perjanjian ini tamat dengan sendirinya pada tarikh tamat yang dinyatakan di dalam butiran 2 Jadual Ketiga. Perjanjian ini dan notis di bawah perjanjian ini hendaklah diberi oleh MENTOR kepada PROTEGE secara bertulis. 2.4.2 Walau apapun peruntukan Perjanjian ini, MENTOR boleh menamatkan Perjanjian ini lebih awal dari tarikh tamat sekiranya PROTEGE melanggar mana-mana peruntukan di dalam Perjanjian ini. 2.4.3 Mana-mana pihak boleh menamatkan perjanjian ini dengan memberikan notis secara bertulis dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh penamatan. Penamatan ini tidak terjumlah kepada apa-apa bentuk tuntutan kerugian pihak-pihak. 2.4.4 Sekiranya penamatan dibuat oleh MENTOR atau PROTEGE sebelum tamatnya tempoh perjanjian atau penamatan disebabkan oleh pelanggaran perjanjian ini, maka PPK berhak mengambil alih projek berkenaan untuk diserah kepada MENTOR atau PROTEGE lain yang berminat.


46 2.5 DENGAN INI KESEMUA PIHAK-PIHAK BERSETUJU seperti berikut : 2.1.2 LPP dan/atau PPK tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau apa-apa musibah sepanjang pelaksanaan projek. 2.1.3 LPP dan/atau PPK tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerosakan, kehilangan harta benda PROTEGE dan/atau MENTOR dan kecederaan yang menimpa ke atas PROTEGE dan/atau MENTOR atau pekerja-pekerjanya atau sebarang pelawat yang bersangkutan dengan pelaksanaan projek yang di bawah kawalan PROTEGE dan/atau MENTOR. 2.1.4 Perjanjian ini boleh diperbaharui atau dilanjutkan atas persetujuan bersama di antara MENTOR dan PROTEGE. 2.1.5 Kedua-dua pihak bagi perjanjian ini hendaklah menjaga apa-apa sahaja bentuk kerahsian projek dan nama baik projek. Semua kos dan perbelanjaan yang lain bagi tujuan pelaksanaan perjanjian ini hendaklah ditanggung sepenuhnya oleh PROTEGE. 2.1.6 Kedua-dua pihak mengakujanji tidak menamakan di antara satu sama lain dalam apa-apa tindakan mahkamah jika berlaku kerugian yang disebabkan bencana alam, peperangan atau ‘force majeure’ yang menyebabkan kegagalan mana-mana pihak melaksanakan perjanjian ini. 2.1.7 Perjanjian ini akan terbatal, sekiranya mana-mana pihak bagi perjanjian ini meninggal dunia.


47 2.6 PERTIKAIAN Apa-apa pertikaian yang timbul di antara MENTOR dan PROTEGE dalam perlaksanaan Program AgriPRENTICE hendaklah diselesaikan secara rundingan bersama dan sekiranya pertikaian gagal diselesaikan, maka hendaklah dirujuk kepada Ketua Pengarah LPP, selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang 1973 [Akta 109] dan keputusan Pendaftar Pertubuhan Peladang adalah muktamad.


48 PADA MENYAKSIKAN DI ATAS, perjanjian ini ditandatangani oleh pihak-pihak dalam dua (2) salinan yang diakui sebagai salinan yang sah. Ditandatangani oleh MENTOR ) .................................................... ) Nama: ) No. K/P: Di hadapan saksi bagi pihak MENTOR ) .................................................... ) Nama: ) No. K/P: ) Jawatan: Ditandatangani oleh PROTEGE ) .................................................... ) Nama: ) No. K/P: Di hadapan saksi bagi pihak PROTEGE ) .................................................... ) Nama: ) No. K/P: ) Jawatan:


49 JADUAL PERTAMA SPESIFIKASI INFRASTRUKTUR, PERALATAN & INPUT PETANIAN PROJEK Bil Perkara (Contoh) Bil. Unit Kos (RM) 1. 2. 3. 4. Infrastruktur a) Kerangka besi fertegasi meja b) Set fertegasi biasa Peralatan Pertanian a) Pam b) Sprayer Membekal Input Pertanian a) Benih b) Baja c) Racun serangga dan kulat


50 JADUAL KEDUA PEMBEKALAN DAN PEMASARAN Bil Perkara Butiran (Contoh) 1. Harga Harga Ladang : RM 70/Kg Harga Kontrak : RM 90/Kg Harga Lantai : RM 70/Kg 2. Kualiti Gred A/B/C/Tiada Gred 4M (Manis-Manis, Manis-Masam, MasamMasam, Masam-Manis) Skor : 3. Kuantiti Hari/Minggu/Bulan 4. Penghantaran Pengangkutan 5. Kaedah Bayaran Online/EFT/Tunai 6. Tempoh Bayaran Hari/Minggu/Bulan 7. Perlesenan/Permit/Jualan Di Luar Kawasan Dokumen Berkaitan/Kos Ditanggung Oleh Mentor/Protege


Click to View FlipBook Version