The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PROJEK INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) –

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amin rashid, 2023-11-29 08:52:59

IPR INTAN

PROJEK INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) –

PROGRAM INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) – INISIATIF USAHAWAN TANI (INTAN) DI BAWAH LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP)


TUJUAN Kertas ini disediakan untuk makluman kepada Anggota Lembaga, LPP mengenai Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) – Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) di bawah LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG.


LATARBELAKANG YAB Perdana Menteri semasa pembentangan Belanjawan 2023 pada 24 Februari 2023 telah mengumumkan pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah penyeliaan Kementeriaan Ekonomi sebagai komitmen Kerajaan untuk mengupayakan golongan termiskin bagi meningkatkan pendapatan secara mampan. Kerajaan pada 26 Februari 2023 telah melancarkan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) bertujuan membantu keluarga miskin tegar, miskin dan B40 menjana pendapatan tambahan secara mampan. Inisiatif ini melibatkan kerjasama antara Kerajaan, rakyat dan rakan strategik selaras dengan pendekatan keseluruhan negara seperti digariskan dalam RMKe-12 serta prinsip Ihsan di bawah Kerangka Dasar Madani. IPR menyasarkan golongan ini mampu menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.


INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT (IPR) ▪ Syarikat Pertanian ▪ Rantaian Peruncitan makanan ▪ Pengeksport ▪ Agensi-agensi kerajaan berkaitan ▪ Koperasi INISIATIF USAHAWAN TANI (INTAN) • Pengusaha mesin menjual (vending machine) • Syarikat-syarikat yang ingin menyediakan kemudahan makanan kepada pekerja • Pemilik atau pengusaha premis-premis agensi kerajaan • Institusi pendidikan yang ingin menggunakan mesin menjual makanan • Stesen-stesen LRT • Hospital dan kemudahan kesihatan yang ingin menggunakan mesin menjual makanan INISIATIF USAHAWAN MAKANAN (INSAN) • Syarikat-syarikat swasta yang memerlukan pekerja-pekerja sambilan untuk tujuan pembersihan premis • Premis-premis agensi kerajaan INISIATIF OPERATOR PERKHIDMATAN (IKHSAN)


KONSEP PELAKSANAAN IPR – INTAN LPP BERKELOMPOK • MINIMUM 10 PESERTA KELUASAN TAPAK • MINIMUM 5 EKAR • 0.5 EKAR SETIAP PESERTA TANAMAN • HASIL KURANG SETAHUN • MENYUMBANG RANTAIAN INDUSTRI MAKANAN TEMPATAN


PERANAN LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP) DAN PERTUBUHAN PELADANG (PP) Tanggungjawab Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) ▪ Bertanggungjawab menyelia dan memantau pelaksanaan projek. ▪ Mencadangkan projek IPRINTAN yang akan dilaksanakan oleh Pertubuhan Peladang dan mengemukakan kertas cadangan projek kepada kementerian Ekonomi untuk kelulusan. ▪ Menguruskan kaedah perolehan dan pembayaran kerja-kerja yang dilaksanakan berdasarkan kelulusan yang diperolehi. Tanggungjawab Pertubuhan Peladang (PP) ▪ Pertubuhan Peladang bertanggungjawab sebagai kontraktor membekal dan menyiapkan projek ▪ Sebagai penasihat teknikal projek kepada para peserta selama 24 bulan ▪ Agen pemasaran dan mencari pasaran untuk hasil yang dikeluarkan oleh peserta projek. ▪ Menyedia dan menyelaras mekanisma untuk pembayaran elaun bulanan peserta berjumlah RM 500.00 yang disediakan oleh Kementerian Ekonomi.


PROGRAM IPR – INTAN LPP ▪ Kementerian Ekonomi pada 2 Mei 2023 telah memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan permohonan Kementerian Ekonomi bagi membenarkan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) melantik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) secara rundingan terus bagi melaksanakan Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) – Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) diseluruh negara dengan kos siling tahun 2023 sebanyak RM 166 Juta. ▪ Projek pertama IPR – INTAN melibatkan LPP bertempat di Persint 9, Putrajaya dimana PPK Kuala Langat dilantik sebagai pelaksana projek dengan kos sebanyak RM 2,356,752.00


PROJEK IPR – INTAN PUTRAJAYA JENIS PROJEK Fertigasi Cili LOKASI Presint 9, Putrajaya BIL. PESERTA 20 Orang LUAS 10 Ekar KAPASITI TANAMAN 40,000 beg KAPASITI TANAMAN/PESERTA 2,000 beg SASARAN PENDAPATAN PESERTA RM 2,000 sebulan.


KONSEP IPR INTAN PUTRAJAYA Fokus tanaman sektor strategik pertanian seperti tanaman cili. 10 ekar tanah milik Kerajaan Persekutuan/ Negeri/ Badan Berkanun dimanfaatkan untuk projek ini. Bantuan telah diberikan dalam bentuk penyediaan tapak, infrastruktur dan latihan untuk tempoh 24 bulan. Golongan B40 dan usahawan yang berminat telah direkrut untuk menyertai aktiviti pertanian ini. Peserta diletakkan dalam satu pengurusan yang mendapat latihan dan di ajar dari mulanya tanam pokok cili dan hasil 100% akan dibeli semula. Kerjasama strategik juga akan dilaksana bersama off takers dan institusi kewangan pertanian untuk memastikan kesinambungan rantaian bekalan (supply chain) dan bayaran. Konsep IPR ini juga diadaptasi dengan konsep Satelite Farm PPK Kuala Langat.


PEMILIHAN PESERTA IPR INTAN PUTRAJAYA 1 Seramai 10 orang peserta (fasa 1) yang terdiri daripada golongan kategori B40/ usahawan yang berminat dalam menyertai tanaman cili secara fertigasi di IPR Putrajaya. 2 Peserta mesti membuat akuan sumpah bagi penyata pendapatan seperti dalam web Kementerian Ekonomi. 3 Kebanyakkan peserta tinggal dikawasan setempat, yang diberhentikan kerja dan dalam kategori miskin tegar. 4 Sepanjang mengikuti latihan penanaman projek cili ini, peserta mesti mengikut SOP yang ditetapkan. 5 Elaun bulanan juga turut diberikan kepada peserta berjumlah RM500 sementara menunggu penuaian hasil.


PEMASARAN ▪CONTRACT FARMING DENGAN NESTLE ▪PUSAT PENGUMPULAN HASIL KUALA LANGAT


CADANGAN PROJEK IPR – INTAN DI BAWAH LPP MASA DEPAN 1. Projek IPR – INTAN Negeri Sembilan Kerjasama strategik diantara PPN Negeri Sembilan (PPNNS) dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Dilaksanakan di atas tanah milik MAINS di Gadong, Rembau, Negeri Sembilan. Pembangunan projek adalah seluas 10 ekar untuk tanaman cili fertigasi menggunakan 40,000 polibeg menggunakan kaedah para. 2. Projek IPR – INTAN Negeri Pahang Kerjasama strategik diantara PPN Negeri Pahang dan Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP). Projek akan dilaksanakan di atas tanah milik JAIP seluas 7 ekar di Kampung Tebing Tinggi, Mukim Penor, Daerah Kuantan, Pahang. Pembangunan projek adalah seluas 7 ekar untuk tanaman cili fertigasi sebanyak 28,000 polibeg menggunakan kaedah para. 2. Permohonan dari PP dari masa ke semasa


6. PENUTUP Mesyuarat Lembaga hari ini adalah dipohon mengambil maklum mengenai pelaksanaan Projek Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) – Inisiatif Usahawan Tani (INTAN) Di Bawah Lembaga Pertubuhan Peladang oleh LPP.


Click to View FlipBook Version