The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nordinabdon, 2019-09-08 01:14:07

AAAA

AAAA

Ciri-ciri petempatan Tamadun Mesopotamia

• Tamadun Mesopotamia terletak antara Sungai Tigris dan Sungai Euphrates.
• Orang Sumeria berhijrah ke sini dan membuka kampung yang berkembang

menjadi bandar dan negara kota.
• seperti Kish dan Uruk.
• Negara Kota terbahagi kepada kawasan utama, iaitu pusat kota, tembok

kota, luar kota dan pelabuhan. Setiap negara kota ini juga mempunyai kubu
pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang yang menjadi lambang
kekayaan sesebuah kota.
• Di dalam kota pula terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah
kedai, dan pasar dengan kebanyakan jalannya berkeadaan lurus dan lebar.
• Pusat sesebuah kota ialah rumah ibadat yang menjadi tumpuan anggota
masyarakat pada masa itu.
• Setiap kota juga mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.

SUMBANGAN TAMADUN MESOPOTAMIA
 Diperkenalkan Kod Undang-undang Hammurabi .Undang-undang ini berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
 Diperkenalkan tulisan Cuneiform untuk merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan.
 Berkembang ilmu matematik seperti sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, mendarab,membahagi dan

punca ganda dua
 Memperkenalkan kalendar berasaskan sistem solar yang mengandungi 12 bulan dalam setahun
 Mengkatalogkan 500 jenis ubatan herba dan ramuan perubatan
 Tamadun Mesopotamia telah mencipta roda yang digunakan pada kereta kuda untuk kegunaan semasa

peperangan dan aman
 Roda digunakan dalam kincir air untuk mengalirkan air ke kawasan tandus, meningkatkan pertanian dan mengawal

banjir
 Orang Sumeria telah menggunakan kapal layar sehingga berjaya menguasai jalan laut dan dapat berhubung

hingga ke India dan kawasan laut Mediterranean
 Mereka mencipta batu bata daripada tanah liat
 Mereka juga mencipta seni arca. Contohnya patung Raja Gudea
 Mereka mencipta tiang batu seperti tiang dalam Zigurat.
 Tamadun Sumeria mewujudkan empayar pertama di dunia seperti Kerajaan Akkad


Click to View FlipBook Version