PSVK 1084 E - PORTFOLIO PENSYARAH : PUAN SALZURIAWANI BINTI RIDZWAN ASAS LUKISAN DISEDIAKAN OLEH : WAN NUR EFFAH AUNI BINTI WAN JUSOH TUGASAN 2
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kehadrat Ilahi kerana izin kurnianya dapat saya menyiapkan tugasan subjek Asas Lukisan (PSVK 1084) dengan jayanya. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Salzuriawani kerana telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam prose menyempurnakan tugasan e - portfolio ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan - rakan saya yang telah membantu saya menjawab pertanyaan saya tanpa lelah dan juga membimbing saya sehingga tugasan ini selesai. Akhir kata, jutaan terima kasih juga kepada mereka yang telah membantu saya secara langsung dan tidak langsung. Sekian terima kasih. PENGHARGAAN
SOALAN TUGASAN ISI KANDUNGAN SUMBER ILHAM KONSEP LUKISAN LANDSKAP CONTOH LUKISAN LANDSKAP JENIS LUKISAN LANDSKAP KAJIAN MEDIA & TEKNIK LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA KOMPOSISI APRESIASI SENI HASIL AKHIR RUJUKAN
SOALAN TUGASAN
Lukisan ialah hasil karya seni yang menggunakan media kering dan merupakan peringkat awal sebelum menghasilkan kesan garisan untuk menghasilkan sebuah imej berdasarkan hal benda yang dipilih. Media yang sering digunakan ialah pen, pensil, krayon, arang,dan pensil warna KONSEP ASAS LUKISAN & LUKISAN LANDSKAP Lukisan landskap pula dieertikan sebagai lukisan atau seni taman yang menunjukkan pemandangan alam sekitar. Lukisan landskap juga bermaksud karya seni yang menghasilkan satu gubahan lukisan berasaskan pemandangan alam semula jadi.
1 . 0 LUKISAN PEMANDANGAN ALAM SEMULA JADI jenis lukisan landskap Lukisan pemandangan alam semula jadi ialah karya yang menampilkan elemen- elemen alam semula jadi Sebagai contoh, lukisan yang berlatarkan gunung- ganang yang mempunyai tasik dihadapannya serta hutan pokok pine. Selain itu, elemen- elemen alam semula jadi ialah sungai, bukit- bakau, sawah padi dan sebagainya.
Lukisan ini menjadikan sesuatu bangunan sebagai hal benda dan dilukis dari sudut mata burung dari atas mahupun bawah bahkan dari dalam bangunan atau tingkap. Lukisan pemandangan bandar atau nama lainnya ‘ cityscapes ‘ ialah hasil karya yang menunjukkan hiasan latar bandar versi landskap. Elemen menarik yang diaplikasikan ialah bagaimana pelukis melukis cahaya lampu yang mereka lihat dari bandar- bandar dengan lampu yang berwarna- warni dan kecerahannya. 2 . 0 LUKISAN PEMANDANGAN BANDAR / ‘CITYSCAPES‘
3 . 0 LUKISAN PEMANDANGAN LAUT / ‘SEASCAPES‘ Lukisan pemandangan laut atau dikenali sebagai ‘ seascapes ‘ ialah karya yang menerapkan elemen - elemen laut dan kehidupan akuatik. Namun begitu, perkara yang difokus dalam lukisan ini ialah bagaimana para pelukis melukis irama dan pergerakan ombak dalam gambar atau lukisan. Elemen yang biasa dimasukkan ialah ombak, pasir, pokok kelapa, pantai dan sebagainya. Lukisan ini sering dikatakan sukar kerana bentuk ombak yang ingin dilukiskan.
Lukisan landskap abstrak ialah hasil karya seni yang menggunakann gaya seni imaginasi dan khayalan berbanding gambaran realistik. Lukisan ini juga membenarkan para pelukis untuk meluahkan emosi dan kreativiti serta imaginasi tanpa halangan realistik. Para pelukis kebiasaannya menerapkan elemen- elemen yang berbeza atau tidak wujud dari alam realiti dalam penghasilan lukisan landskap asbtrak. 4 . 0 LUKISAN LANDSKAP ABSTRAK
kajian media & teknik Media yang biasa digunakan dalam penghasilan karya lukisan ialah media pensel. Terdapat banyak jenis pensel yang digunakan iaitu pensil keras (H) dan pensel lembut (B). Pensel keras (H) biasanya digunakan untuk melakar manakala pensel lembut (B) untuk lorekan atau ton cahaya. PENSEL
PEN Pen merupakan media lukisan yang menggunakan dakwat ke atas kertas lukisan. Kebiasaannya, pen digunakan untuk teknik pointilisme dan cross- hatching. Kebiasaanya media pen yang digunakan ialah pen ballpoint, pen gel, pen rollerball, pen fen- tip, dan pen berus
Arang pada asalnya datang dari arang batang kayu yang terbakar. Merupakan media lukisan yang paling tertua. Penggunaan media arang dalam lukisan berfungsi untuk menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. Kebiasaanya arang digunakan untuk teknik gosokan dan lorekan. ARANG
CROSS- HATCHING Cross- hatching merupakan salah satu teknik yang digunakan untuk menghasilkan ton cahaya dan bayangbayang. Teknik ini dilakukan dengan mencantuman satu titik titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak jarak tertentu merentasi sesuatu kawasan hingga terbentuknya sesuatu objek atau imej.
HATCHING Hatching merupakan teknik yang popular di kalangan pelukis kerana ia mudah untuk digunakan dalam penghasilan karya seni. Teknik ini juga serupa dengan croshatching iaitu untuk menimbulkan tona cahaya dan bayang- bayang. Teknik ini dilakukan dengan menggunakan garisan selari secara berulang-ulang kali.
GOSOKAN Teknik gosokan ialah teknik yang senang untuk diaplikasikan dalam penghasilan karya lukisan. Teknik hanya perlu dilakukan dengan cara menggosok kesan pensel dan arang ke atas lukisan untuk menghasilkan kesan yang lebih gelap dan bayang- bayang. Teknik gosokan ini biasanya menggunakan media pensel dan arang.
sumber ilham
contoh lukisan landskap
lakaran perkembangan idea OLAHAN PERTAMA
OLAHAN KEDUA YANG DIPILIH
OLAHAN KETIGA
komposisi YANG DIPILIH
hasil akhir
PSV 3123 ( Lukisan & Penyuburan Diri) - Teknik Hatching by NORHANIZA BT. TAHARUDDIN. (n.d.). PPT. https://www.slideshare.net/norhanizataharuddin/psv-3123- lukisan-penyuburan-diri-teknik-hatching-by-norhaniza-bt-tahar Teknik gosokan. (n.d.). PPT. https://www.slideshare.net/rurounidin/teknik-gosokan rujukan JAMES, & JAMES. (2022, AUGUST 22). GUIDE– CITYSCAPE ART - MALAYSIAN ARTS. MALAYSIAN ARTS - MALAYSIAN ART SCENE AT ITS PEAK. HTTPS://WWW.ARTS.COM.MY/ARTSGUIDE/TYPES-OF-ARTS/GUIDE-CITYSCAPE-ART KENNEDY, C. (2022). WHAT DOES ‘SEASCAPE’ MEAN TO YOU? CATHERINE KENNEDY. HTTPS://WWW.CATHERINEKENNEDY.CO.UK/2021/03/25/WHAT-DOES-SEASCAPE-MEANTO-YOU/ SPIRALJ. (2023, SEPTEMBER 7). ABSTRACT LANDSCAPE PAINTINGS - WHAT ARE THEY? MODERN ABSTRACT ART – JCIANELLI.COM. HTTPS://JCIANELLI.COM/ABSTRACT-LANDSCAPE-PAINTINGSWHAT-ARE-THEY/