Sekitar rakaman detik pegun dokumentasi digital sempena program rakaman Pemetaan Budaya JKKN bertempat KDCA, Sabah. Episod pertama rakaman berkaitan permainan tradisi ’Lansaran’ dalam kalangan etnik Murut Tahol. Persatuan Kebudayaan Murut Kg Maugus Kemabong, Tenom terlibat dalam episod khas ini bersama produksi JKKN, PROFIMA dan SEAMAX. Berdasarkan sumber penyelidikan, lansaran berasal daripada perkataan kaum Murut, lumasar, yang bermaksud 'melambung' atau 'berayun-ayun'. Tradisi ini adalah warisan nenek moyang kaum Murut di daerah-daerah Tenom dan Keningau, Sabah. Tarian ini biasanya ditarikan di atas lantai yang berukuran 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang dan diperbuat dari kayu bulat. Kayu bulat ini akan dipasang berlapis-lapis supaya lebih anjal bagi membolehkan penari boleh melantun di atasnya. Tarian ini biasanya ditarikan secara berkumpulan dimana penari wanita akan memakai busana tradisional yang berwarna hitam. Penari wanita ini akan memakai hiasan manik-manik yang berwarna-warni ketika mempersembahkan tarian Lansaran. Bagi penari lelaki, mereka akan memakai topi berbulu burung dan memakai baju yang diperbuat daripada kulit kayu dan dicampur dengan kain yang berwarna. Penari tarian ini akan membuat bulatan di sekeliling lantai Lansaran sambil melonjak-lonjak sambil menghentak kayu di bawah lantai Lansaran. Penari lelaki pula akan melonjak dengan tinggi untuk mencapai “kinkilat” ataupun uncang yang digantung di bahagian atas sambil bersorak. Kemuncak untuk acara ini ialah apabila penari-penari ini berbalas pantun antara satu sama lain dalam suasana yang amat harmoni dan mesra. Sebarang pertanyaan berkenaan program ini boleh menghubungi; Unit Dasar & Penyelidikan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sabah Kompleks JKKN Sabah, Jalan Tasik off KM4 Jalan Penampang, 88200 Kota Kinabalu SABAH Telefon : 088-205070 Faks : 088-242 052 Email : [email protected] / [email protected]
Permainan tradisi ’Lansaran’ dalam kalangan etnik Murut Tahol JKKN Sabah

Keywords: seni dan budaya,arts and culture,JKKN,JKKN Sabah,Lansaran,Murut Tahol,Permainan Tradisi Sabah,Borneo,Sabah,Murut,Traditional Games,KDCA,Malaysia,Malaysia Heritage,Warisan,Etnik Sabah,Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara,Motac,Pemetaan Budaya,Dokumentasi,Cultural